CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Lelaki Lalok Mandi Dalam Tangki Air

30-9-2019 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6663| Komen: 35

Description: Bukan sahaja menceroboh rumah pam air, tujuh lelaki warga tempatan didapati sedang mandi di dalam tangki air berkenaan dalam keadaan mabuk.
Bukan sahaja menceroboh rumah pam air, tujuh lelaki warga tempatan didapati sedang mandi di dalam tangki air berkenaan dalam keadaan mabuk.

Menurut BERNAMA seperti dipetik Astro AWANI, kejadian berlaku di rumah pam air SAJ Ranhill di Jalan Mutiara Utama, Taman Mutiara Rini 2 dekat Skudai kira-kira jam 10 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar, kesemua lelaki terbabit berusia lingkungan 22 sehingga 24 tahun itu ditahan sekitar 10.50 pagi.


Gambar Hiasan

Difahamkan, kejadian disedari pekerja di bahagian rumah pam berkenaan selepas mendengar bunyi riuh rendah di atas tangki air sebelum membuat tinjauan dari bawah tangki.


Pekerja berkenaan kemudian melihat tujuh lelaki mandi-manda di dalam tangki air disyaki dalam keadaan mabuk.

"Saksi menghubungi pusat operasi untuk tindakan selanjutnya dan kira-kira 40 minit kemudian unit peronda SAJ Ranhill tiba dan menegur selain menyoal siasat dan mengarahkan kesemua suspek untuk berkumpul, namun arahan itu tidak diendahkan," katanya.

Bagaimanapun, sebaik ditahan selepas ketibaan polis, enam daripadanya didapati tidak memiliki kad pengenalan.

"Menurut unit peronda SAJ Ranhill, kawasan tangki air tersebut telah diperiksa dan didapati tiada sebarang kehilangan ataupun kerosakan berlaku," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yoshimitsu 30-9-2019 09:10 AM
xplak mati lemas dlm tuh ek
Quote Buritan 30-9-2019 09:32 AM
yoshimitsu replied at 30-9-2019 09:10 AM
xplak mati lemas dlm tuh ek

Pandai berenang boleh laa.. org skudai minggu ni minum sorang sikit air mandian depalaa.. imagination aku mesti ade bulu punai ke bulu tiak tercabut selai dua.. mesti ade yg kencing tuu.. pas tuu mesti ade yg jenis tiak jenis busuk.. pas tuu mesti ade yg kurap ke kudis kat jubo punai.. pas tuu mesti ade cagu kat kuku.. uweeekk.. selamat
Quote hatikudus 30-9-2019 09:46 AM
nama pun mabuk, silap2 ada yg termuntah dlm tu
Quote Kurex 30-9-2019 09:53 AM
kena samak tangki tu
Quote chinta89 30-9-2019 10:09 AM
euwwwwwwwwwwww agak2 kencing tak.. bulus2 tercicir dak??
Quote kucingitam 30-9-2019 10:13 AM
pendatang ke, takde pengenalan diri?
Quote akakdendeng 30-9-2019 10:24 AM
elok mampus je dlm tangki tu
Quote minguk 30-9-2019 10:36 AM
elok mandi manda, lepas tu orang buat minum air tu...
Quote Bedah.Cun 30-9-2019 12:18 PM
Air perasa punai
Quote elnor_81 30-9-2019 12:27 PM
Mcm kes umah lme aku kt cheras dulu..kwsn cheras utama.apartment...umah aku mmg xde tangki.rumah penthouse je ad tangki..bdk2 rumah flat msuk siap mandi dm tangki...pttla mse tu kecoh..ad umah tu air bau hancing.cilaka btul geng2 rumah flat tu!
Quote kokocrunch 30-9-2019 12:31 PM
merasalah minum air mandian org mabuk..
Quote Artemesiaa 30-9-2019 12:33 PM
Dah mabuk tangki air dengan kolam renang pun dah tak boleh nak bezakan.  Simpati terhadap penduduk yang terpaksa menggunakan air bekas mereka ni
Quote Pink_Purple 30-9-2019 12:49 PM
weekk..xboleh nk bayangkan
Quote turboturtle 30-9-2019 12:53 PM
Bedah.Cun replied at 30-9-2019 12:18 PM
Air perasa punai

Punai rasa macam mana bedah?
Masam, masin, manis ke....
Quote Bedah.Cun 30-9-2019 02:25 PM
turboturtle replied at 29-9-2019 04:53 PM
Punai rasa macam mana bedah?
Masam, masin, manis ke....

Ermm, burung punai rasa dia lemak2 masin, yang
Quote DandelionW 30-9-2019 02:33 PM
Tolong kenakan hukuman setimpal please....kesian org teraniaya...Air dlm tangki tu SAJ buat apa la nanti?
Quote nebulagazer 30-9-2019 03:03 PM
Warga tempatan tp tadek ic.....somehing fishy...adakah pati?
Quote sharlenetexas 30-9-2019 03:04 PM
Sib baik tak mampos dalam tangki tu.
Quote underground 30-9-2019 03:14 PM
lebih 2 kolah ok la.

sama je macam mandi sungai dan waterfall.

org mandi kat hilir wah fresh nya airrrrr..

walhal kat hulu sungai ada org mandi siap kencing, basuh baju spender, sabun syampu dan terberak.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.125048 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top