CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meghan Markle Dan Putera Harry Bakal Saman Tabloid Kerana Buli, Tulis Berita Palsu

3-10-2019 11:41 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2718| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle bakal menyaman sebuah tabloid UK kerana menerbitkan dokumen sulit berupa surat yang ditulis oleh Meghan kepada ayahnya.
Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle bakal menyaman sebuah tabloid UK kerana menerbitkan dokumen sulit berupa surat yang ditulis oleh Meghan kepada ayahnya.

Ahad lalu, Putera Harry menuduh akhbar The Mail On Sunday (MOS) sengaja menyunting kandungan surat itu sedemikian rupa untuk mejatuhkan maruah Meghan. 



Kredit foto: Carian Google

Beliau juga menuduh akhbar tersebut sengaja melancarkan kempen untuk memburuk-burukkan Meghan, sama seperti layanan akhbar terhadap mendiang ibunya, Puteri Diana yang meninggal dunia pada 1997 akibat kemalangan jalan raya ketika mengelakkan diri daripada dikejar paparazzi bermotosikal.

'Malangnya, isteri saya telah menjadi mangsa kerakusan akhbar tabloid UK tanpa mengira akibatnya, satu kempen kejam yang berterusan sepanjang dia mengandung sehinggalah kelahiran anak lelaki kami,' kata Putera Harry dalam satu kenyataan.



Kredit foto: Carian Google

Menurut sumber CNN, kenyataan itu ditulis sendiri oleh Putera Harry. Queen Elizabeth dan Putera Charles juga dikatakan sudah dimaklumkan mengenai tindakan yang akan diambil oleh beliau.

Sumber Istana menambah bahawa punca saman Putera Harry adalah tindakan akhbar The Mail menerbitkan surat peribadi Meghan kepada ayahnya, Thomas Markle pada Februari lalu sebelum perkahwinan mereka.


Kredit foto: Carian Google

Lebih memburukkan keadaan, akhbar itu sengaja menyunting sebahagian besar daripada surat itu.


Kredit foto: Carian Google

'Kami sudah tidak ada pilihan lain untuk menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab ini melainkan tindakan undang-undang,' tambah Putera Harry lagi.

Persoalannya, wajarkah tindakan Putera Harry menyaman akhbar tabloid ini? Dan sejauh manakah tindakan ini akan melindungi Meghan daripada tulisan-tulisan negatif pada masa akan datang? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 3-10-2019 12:22 PM
Pandai sheol play victim kan
Quote misslauren 3-10-2019 12:27 PM
Dah takde duit ke tuuu
Quote belilies 3-10-2019 01:00 PM
Meghan is not diana. Do not dianatized meghan!
Quote nanies 3-10-2019 01:26 PM
jgn saman, bungkuskan aje terus syarikat tu.
Quote Foxey 3-10-2019 01:37 PM
belilies replied at 3-10-2019 01:00 PM
Meghan is not diana. Do not dianatized meghan!

Yep. I saw that too. Dorang macam nak relate kan Meghan dengan Diana lak. Jauh panggang dari api hokay
Quote Perawankota 3-10-2019 02:13 PM
Apa yg membuatkan semua org rengsa, Sgt dgn si meghan ni yer
Quote Sang_Pencinta 3-10-2019 04:43 PM
Orang kata sebab dia kekwat dan menipu konon tak kenal Prince Harry siapa masa first jumpa sedangkan gambar2 masa kecil dia ada depan istana

Lepas tu ada orangbkata dia lupa diri tinggalkan kawan keluarga bila dah hidup senang
Quote Rogue98 3-10-2019 06:40 PM
Bagus saman jer....nanti ada lah dalam forum cari ni meroyan... {:run
Quote Madel 3-10-2019 07:03 PM
Hahaha aku ketawa
ID ig  pun curi org punya, ada hati nak saman org
Quote rayriff 3-10-2019 08:26 PM
Sang_Pencinta: Orang kata sebab dia kekwat dan menipu konon tak kenal Prince Harry siapa masa first jumpa sedangkan gambar2 masa kecil dia ada depan istanaLepas tu a ...
oo tapi mak dia adakan time dia kawen? i tot dia pernah bunuh orang ke.
Quote belilies 3-10-2019 08:49 PM
Foxey replied at 3-10-2019 01:37 PM
Yep. I saw that too. Dorang macam nak relate kan Meghan dengan Diana lak. Jauh panggang dari api h ...

Ada sebabnya tabloid tu tak kisah pun PH saman. Kalu deyols bersalah, dah tentu2 deyols post apology.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.256101 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top