CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Belasah, Rogol Teman Wanita Untuk Bunuh Kandungan

8-10-2019 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3316| Komen: 15

Description: Di usia 19 minggu kehamilannya, seorang wanita melalui detik hitam apabila dibelasah dan dirogol teman lelakinya yang mahu membunuh janin dikandungkannya.
Di usia 19 minggu kehamilannya, seorang wanita melalui detik hitam apabila dibelasah dan dirogol teman lelakinya yang mahu membunuh janin dikandungkannya.

Memetik METRO, Joseph Combs, 20, didakwa menyerang mangsa secara fizikal dan seksual di rumah wanita itu di Gainesville, Florida pada Jumaat lalu.


Difahamkan, lelaki itu bertindak kejam sedemikian kerana tidak mahu mangsa melahirkan anaknya.


Kredit foto: METRO

Combs didakwa menyeret mangsa ke ruang tamu dengan mencengkam rambutnya sebelum mula menumbuk dan menendang perut wanita malang itu sebelum menyeret teman wanitanya ke tingkat atas rumah berkenaan.

Suspek dikatakan berhenti memukul apabila melihat kepala mangsa berdarah dan mengambil sehelai kain untuk mengelapnya. Lelaki itu kembali memukul mangsa selepas berkata;

"Saya minta maaf, tapi saya terpaksa membunuh anak ini."


Sementara itu, Gainesville Sun melaporkan suspek kemudian mengambil sebilah pisau dan mengarahkan wanita itu mengelar pergelangan tangannya sendiri sebelum merogol mangsa dengan harapan ia dapat membunuh kandungan teman wanitanya.

Mangsa dilaporkan berjaya menghubungi talian kecemasan dan dikatakan mengalami kecederaan di muka, perut, kedua-dua belah tangan, kaki dan dada kanan.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada kandungannya mengalami kecederaan dalam serangan itu.

Manakala, suspek didakwa melakukan cubaan membunuh dan ditahan di Penjara Daerah Alachua dengan bon jaminan ASD 3.5 juta (RM14,670,250). - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • kiah78

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 8-10-2019 12:28 PM
memang lah ko tu xlayak membiak, xboleh ke pergi gugurkan kt klinik dgn selamat..lepas tu kembirikan diri ko tu
Quote Dwdrum 8-10-2019 12:38 PM
lain kali spare condom if tidak mahu bayar child support .... by choice ibu berhak tentu kan hak anak dalam perut ..... cash pada jenis tabur sperm bersepah ...bon jaminan pun usd $3.5 mil ...mereput lah dalam jail semoga di sodom dalam penjara ...kejam sangat .
Quote yuki812 8-10-2019 12:39 PM
mental lah jantan ni..
Quote Foxey 8-10-2019 12:49 PM
Bodow dia ni. Kalau takmo anak, awal2 nape tak guna contraceptive? Dah mengandung macam tu, bawak la p abort awal instead of p pukul anak orang macam tu. Serius bodow!
Quote ItisDD 8-10-2019 01:00 PM
Ni jantan sengal namanya
Quote delsmomm 8-10-2019 01:28 PM
otak tertinggal masa lahir kott..

pastu urat kejam terlebih sambung..
Quote nanies 8-10-2019 02:12 PM
kejam nya la hai manusia ni
Quote akakdendeng 8-10-2019 02:12 PM
elok mampus je jantan ni
Quote kakyungpilah85 8-10-2019 02:17 PM
dah tau xnak anak time tu masa memancut tu otak letak kat kepala but*h ko kan..fikir nak tembak dalam je...dah berbenih ko pi kerjakan gf ko..babi punya jantan
Quote ichaliza 9-10-2019 07:50 AM
kesian wanita ditindas mcm ni
Quote rosasen 9-10-2019 08:40 AM
bongok! dah nk bg kandungan tu mati lagi ko nk rogol
Quote Gomea 9-10-2019 12:16 PM
Betul ke umur dia 20 tahun?
Jantan bodoh... Dah tau tak nak anak kenapa ko pegi pancut dalam. Kalau taknak tanggung anak tu, sepatutnya ko yang kena bunuh diri. Anak tu pun taknak jadi anak ko
Quote Artemesiaa 9-10-2019 12:19 PM
Kejamnya perbuatan bukan selesaikan masaalah tambah masaalah lagi ada ler
Quote nono86 10-10-2019 02:57 AM
matchstick replied at 8-10-2019 12:28 PM
memang lah ko tu xlayak membiak, xboleh ke pergi gugurkan kt klinik dgn selamat..lepas tu kembirikan ...

Setuju.. Pegi mandulkan diri sendiri tu
Quote DARSITA 10-10-2019 05:55 AM
cerita cerita macam ni aii maleh nak percaya sebab kebanyakkan perempuan AA suka jerat jantan dgn kehamilan. Tgk lah berapa punya ramai single parents bangsa AA. Kes ni lebih kpd siperempuan nak anak .. kalau si perempuan tak nak banyak jer pertolongan dari jbt kesihatan utk gugurkan kandungan.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.058516 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top