CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Meninggal Dalam Bilik, Tali Pinggang Berbelit Di Leher

15-10-2019 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35461| Komen: 250

Description: Remaja perempuan berusia 18 tahun ditemui adiknya meninggal dunia dalam keadaan tali pinggang berbelit di leher.
Remaja perempuan berusia 18 tahun ditemui adiknya meninggal dunia dalam keadaan tali pinggang berbelit di leher.


Gambar Hiasan


Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di dalam bilik di perumahan kakitangan kilang kelapa sawit di Dungun, jam 2.45 petang semalam.

Difahamkan, ibu mangsa tidak menyedari kejadian kerana sedang berada di dapur.

Dikatakan, adik perempuan mangsa yang pulang dari sekolah bertanya mengenai kakaknya kepada ibu mereka sebelum wanita itu meminta dia menjenguk bilik remaja terbabit.

Ibu mangsa kemudian dikejutkan apabila kanak-kanak berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa kakaknya itu berada dalam keadaan terduduk di bucu katil dengan keadaan tali pinggang berbelit di leher.


Foto: Harian Metro


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri gagal dikejutkan ibunya sebelum wanita itu menghubungi polis.

“Pegawai perubatan dari klinik berhampiran yang turut ke lokasi kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Susulan itu, sepasukan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dipanggil ke lokasi untuk siasatan lanjut tetapi tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dibawa  ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Tambahnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 11ogos 14-10-2019 09:35 PM
Assalamualaikum, kali ke 2 buka benang, boleh katup jika tidak berkenaan. Tq
Quote sarah82 14-10-2019 09:40 PM
Allah.. Cantik budak ni.. Awat adik.. Ang pilih mcm ni.
Quote putericahaya999 14-10-2019 09:45 PM
Sebab jantan tu pasal apa



Apa pun sebab balik lah pada agama bukan gantung diri
Quote 11ogos 14-10-2019 09:48 PM
Ade dengar2 mcm dibunuh pulak.. Nnt ade iifo kite kongsi ye.  Andai benar dibunuh moga syurga buatmu dan terbela kematianmu
Quote Pink_Purple 14-10-2019 10:12 PM
takziah..                             
Quote thetimes 14-10-2019 10:15 PM
Salam takziah untuk keluarga arwah.
Quote cupu 14-10-2019 10:17 PM
Lawa bdknya...tp status bdk jate tu buat aku geram je..dok seke dok seke...brp kali ko nak ulang ayat yg sama haaaa... Jual pinklady pun ko sebut gak..
Quote nazzse 14-10-2019 10:19 PM
Plak dah, sayang sungguh..pasal jate jer punnnn
Quote malaysiaku123 14-10-2019 10:31 PM
cupu replied at 14-10-2019 10:17 PM
Lawa bdknya...tp status bdk jate tu buat aku geram je..dok seke dok seke...brp kali ko nak ulang aya ...

Pinklady tu nate gapo eh?
Quote Kurex 14-10-2019 10:36 PM
Tak fahm aku baca loghat pantai timur ni.. Ada siapa boleh terangkan tak?
Quote sukacactus 14-10-2019 10:38 PM
So dia ikat tengkuk kat bucu katil je la ye
Cemacam cara nak tamatkan nyawa sdr...muda lg
Quote Lentera 14-10-2019 10:41 PM
cupu replied at 14-10-2019 10:17 PM
Lawa bdknya...tp status bdk jate tu buat aku geram je..dok seke dok seke...brp kali ko nak ulang aya ...

Laaa jate ke cara meroyan igt kan tino
Quote diss69 14-10-2019 10:51 PM
Ya Allah.. Kalau dibunuh hrp ada pembelaan buat adik ni, kalau sendiri yg buat moga diampunkan dosa2 yg lalu..
Quote anony-mous 14-10-2019 10:52 PM
Kalau islam ni kan i susah nak percaya diaorang bunuh diri sbb mmg dah belajar bunuh diri dgn sengaja mmg straight ke neraka. Ustazah i pernah ckp, kdg2 org islam yg bunuh diri ni mungkin hujung nyawa dia, dia “gila” , so masa dia buat tu dosa xdikira sb org gila xde dosa (pd masa dia gila). Smpai skrg i ingt benda ni n xpernah pndang hina pd org2 mcm ni.

Kita pon pernah rasa pd keadaan yg stress sgt smpai nk bunuh diri kan? Tp bila ingat psal neraka mmg rasa takut sgt. Fikir kene duduk dlm kubur sorang2 pon dah takut, amalan semua lg, dri bunuh diri terus doa nk umur panjang.
Quote delia3003 14-10-2019 10:53 PM
Edited by delia3003 at 14-10-2019 10:55 PM

Yang 'kawan' tu pun, ntah apa2 buat post mengundang macam tu. Adoi ler budak2 sekarang ni gila socmed betul

Takziah kepada keluarga arwah
Quote dua_chzy 14-10-2019 11:12 PM
Edited by dua_chzy at 14-10-2019 11:13 PM

1. Matilah rumah tu berhantu. Kot ye pon nak bunuh diri jangan la di rumah sunri.

2. Mohon jadik kuntilanak pi cekik jantan yang buat sheol bunuh diri.

3. Lol pasal jantan pon nak bunuh diri ke? Bodoh nak mampos. Fadan la dah mampos pon (-> ok yang ni akak tambah sinri. )

(Sekadar ulang taip beberapa komen yang akak pernah nampak bila hada tered umat kapir non Melayu bunuh diri. Hapa rasa bila ayat2 ni dilemparkan pada sedara seiman born Moslem, Melayu sumore, yang bunoh diri?)
Quote Madel 14-10-2019 11:14 PM
Hari mati sama dgn artis Kpop Sulli.
14hb Oct. 2019.
Quote Pixie902 14-10-2019 11:14 PM
Macam suspicious pulak gantung diri sendiri pada bucu katil?  
Bukan perlu tempat tinggi ke nak gantung diri?
Macam ada unsur2 foul play...adakah arwah dijerut oleh seseorang?
Quote dua_chzy 14-10-2019 11:15 PM
anony-mous replied at 14-10-2019 10:52 PM
Kalau islam ni kan i susah nak percaya diaorang bunuh diri sbb mmg dah belajar bunuh diri dgn sengaj ...

Level tinggi punya husnuzon ustazah chuol tuh.

Lihat semua komen(250)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.078132 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top