CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cari Penyakit - Basikal Lajak Terlajak Bahaya, Namun Masih Ada Yang Degil

30-10-2019 10:13 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6181| Komen: 20|Original author: Oleh: natrahn

Description: Isu penularan geng basikal lajak dalam kalangan kanak-kanak pernah menggemparkan negara apabila sekumpulan remaja maut dilanggar dalam satu kemalangan di Johor Bahru tidak lama dulu.


Isu penularan geng basikal lajak dalam kalangan kanak-kanak pernah menggemparkan negara apabila sekumpulan remaja maut dilanggar dalam satu kemalangan di Johor Bahru tidak lama dulu.

Terbaru, Mahkamah Majistret Johor Bahru telah melepas dan membebaskan pemandu tersebut daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 itu.


Kredit Foto - OhBulan

Keputusan itu mengundang pelbagai reaksi masyarakat, malah ibu bapa kumpulan remaja berkenaan turut tidak dapat menerimanya. 

Dalam pada itu, tular pula video sekumpulan remaja menunggang basikal lajak secara berkumpulan di jalan raya di Taman Muda Ampang, Selangor.




Video berdurasi lebih kurang dua minit itu memaparkan kira-kira lima hingga enam remaja dipercayai berlumba sambil diekori sebuah motosikal dipercayai rakan kepada sekumpulan remaja terbabit berjaya dirakam pemandu teksi yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Di hujung video berkenaan, dua daripada kumpulan remaja ini telah jatuh tergolek di atas jalan raya dan kemudiannya dibantu pemandu teksi terbabit. Mujurlah kecederaanya tidak serius.

Dalam video lain yang turut tular, dapat dilihat betapa bahayanya remaja-remaja ini menyusuri jalan raya dengan basikal mereka. Nasib mereka baik kerana tiada kemalangan berlaku.



Rata-rata netizen menyelar tindakan remaja-remaja terbabit yang disifatkan sengaja mengundang masalah kepada pengguna jalan raya.


FB Vincent Loke

Tidak dinafikan netizen berasa marah pada aktiviti berbahaya ini dan meninggalkan komen sinis.


Kredit Foto - FB Saiful Bahari

Daripada dua video yang tular di atas, dapat disimpulkan bahawa tragedi basikal lajak sebelum ini masih tidak mampu mewujudkan kegerunan dalam kalangan remaja yang sudah menggilai aktiviti basikal lajak.

Ibu bapa harus sedar bahawa segala permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak terutama mereka yang masih di bawah umur, kesannya akan ditanggung ibu bapa. 

Jika timbul masalah, maka ibu bapa akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001. 

Sampai bilalah agaknya hal ini terus berlaku? - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 30-10-2019 10:44 AM
cmni nk kte pemandu yg salah ke..so smue org klu nmpk basikal lalu kne bg laluan k..wlpn ko di jln yg betol..
Quote CatMiow 30-10-2019 11:40 AM
Katanya boleh kena kompaun ...

[youtube]ebkdLvNTCqs[/youtube]
Quote Artemesiaa 30-10-2019 11:42 AM
Dah banyak kali melibatkan mereka ni pun masih tak serik2
Quote mamapea 30-10-2019 11:48 AM
geram btl aku tgk video ni...
sama la mcm kt rumah aku...kalau keta atau motor lalu sebelah diorg kita pulak kena slow...
kita laju diorg pun sama laju...dh la himpit2 kita...
kita pulak kena bg diorg laluan...slalunya aku jerit jer kt budak2 ni...
Quote natrahn 30-10-2019 12:11 PM
CatMiow replied at 30-10-2019 11:40 AM
Katanya boleh kena kompaun ...

Dah kompaun...tapi tak serik budak-budak nih... Hati kering
Quote haryatie 30-10-2019 12:36 PM
basikal lajak tu yg salah
nape dia wujud kat dunia ni
Quote Perawankota 30-10-2019 01:31 PM
Aku ingat baikal lajak ni dah x relevant.. Rupanya ada LG... Dik, Sayangi lah nyawa anda.. Kasihanilah keluarga anda..
Quote Psfzi 30-10-2019 01:54 PM
Tula ingt basikal ni dh xde, rupanya masih ada budak2 layan
Quote bungarose 30-10-2019 06:25 PM
Anak2 degil jahat nih datang dari mane yer
Mak bapaknyer mane
Karang accident baru canang sayang anak bagai
Quote tokenn 30-10-2019 06:33 PM
Kecik2 dgn basikal lajak, dh besar sikit rempit pulak. Kena langgar salah kan org
Quote RatuDunia94 30-10-2019 08:22 PM
Lain kali bawak treler sondol je..
Quote natrahn 30-10-2019 09:50 PM
RatuDunia94 replied at 30-10-2019 08:22 PM
Lain kali bawak treler sondol je..

ratu..nanti masuk penjara..... sondol dengan niat tu
Quote RatuDunia94 30-10-2019 11:10 PM
natrahn replied at 30-10-2019 09:50 PM
ratu..nanti masuk penjara..... sondol dengan niat tu

Bg je alasan keadaan jalan gelap
Quote Eric.n9 31-10-2019 05:04 AM
Makin membiak diaorg ni kat mana2.
Mak bapak dok biarkan je ke?
Dah kena lenyek kang meroyan plak.
Quote natrahn 31-10-2019 07:59 AM
RatuDunia94 replied at 30-10-2019 11:10 PM
Bg je alasan keadaan jalan gelap

hahahaha
Quote mrsT 31-10-2019 08:27 AM
andai kata myvi tadi tu terlagar salah siapakah?? myvi putih itu juga kahh??
Quote natrahn 31-10-2019 08:29 AM
mrsT replied at 31-10-2019 08:27 AM
andai kata myvi tadi tu terlagar salah siapakah?? myvi putih itu juga kahh??

confirmlah...maka bersorak sorai gegak gempita masyarakat menyalahkan myvi...
basikal tak salah
anak-anak tak salah
ibu bapa anak-anak tak salah
Quote mrsT 31-10-2019 09:34 AM
natrahn replied at 31-10-2019 08:29 AM
confirmlah...maka bersorak sorai gegak gempita masyarakat menyalahkan myvi...
basikal tak salah
...

khaaaaannnnn....
siapa yang pernah lalui akan tahu.. yang tak boleh blah tu tunjuk samseng lagi tu...
tak padan dengan kecik memasing..
Quote lemak_masin 31-10-2019 10:01 AM
mrsT replied at 31-10-2019 08:27 AM
andai kata myvi tadi tu terlagar salah siapakah?? myvi putih itu juga kahh??

Ikut logik sesetengah netizen..
kalau pemandunye melayu..kereta tu tak salah dah bdk mati sebab takdir..

kalau pemandunya bukan melayu.. apa2 pun kereta yang salah.... walaupun lampu hijau, sapa suruh jalan jugak kaalu dah nampak bdk lajak tengah lalu.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.354768 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top