CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sampai Pelancong Tabur Duit, 'Duta Jalanan Malaysia' Semakin Dikenali Dunia

31-10-2019 10:30 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 5447| Komen: 9|Original author: Pink Lily

Description: Sentuhan Buskers-- pemuzik jalanan tempatan yang semakin dikenali di seluruh dunia.

Kredit Foto: Cucuq Udang
Buat peminat dunia busking, nama Sentuhan Buskers semestinya tidak asing lagi. Melalui video-video muzik jalanan yang semakin tular di Youtube, Sentuhan Buskers merupakan antara video busking yang popular dengan jumlah tontonan mencecah 6.4 juta orang. 

Kumpulan pemuzik jalanan yang diterajui oleh Muhammad Aizad Azman yang juga dikenali sebagai Bob Sentuhan ini bermula sejak 7 tahun lepas. Menurut anak jati Pulau Pinang ini, tujuan utama mereka melakukan persembahan jalanan selain mencari rezeki adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan menyebarkan kasih sayang. 


Umpama menyaksikan konsert percuma di tepi jalan, persembahan Sentuhan Buskers diakui ramai merupakan salah satu tarikan utama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kumpulan ini bukan sahaja terkenal di kalangan warga tempatan, tetapi juga dikenali ramai di kalangan pelancong asing yang rata-rata menjadikan menonton persembahan kumpulan ini 'acara wajib' sekiranya berada di Kuala Lumpur. 

Apa yang menariknya, Bob Sentuhan yang bersuara serak-serak basah mampu menyanyikan pelbagai genre lagu dalam pelbagai bahasa seperti Cina, Jepun, Hindustan, Inggeris dan Arab dengan baik; selain pandai melayan pelancong-pelancong asing yang berinteraksi sepanjang persembahan mereka. 

Pelancong dari China yang terhibur dengan nyanyian lagu Mandarin dari Bob sehingga sanggup menyumbangkan wang dengan jumlah yang banyak. 
Nyanyian dan mainan alat muzik dari Sentuhan Buskers yang memukau pejalan kaki di Bukit Bintang adakalanya terlalu meriah dan menghiburkan sehingga ada sesetengah pelancong menabur duit dengan senang hati sebagai tanda berterima kasih. Kebiasaannya persembahan mereka akan turut menampilkan nyanyian, tarian dan mainan alat muzik di kalangan penonton dari pelbagai negara seperti Jepun, India, Turkistan, England, Iran, China dan lain-lain negara; membuatkan persembahan mereka kelihatan begitu mesra pelancong sehingga netizen menuntut agar Bob dijadikan 'duta kecil' Malaysia dan diberikan anugerah. 

Golongan artis juga adakalanya hadir menyaksikan persembahan Sentuhan Buskers. Kredit Foto: Cucuq Udang
Antara komen-komen netizen di Youtube mengenai Sentuhan Buskers:

"Semua lagu dia boleh nyanyi perghhh"

"Bob ni memang salah satu penarik untuk para pelancong datang Malaysia"

"Terbaiklah Bob, pandai dia berinteraksi dengan pelancong, keramahan dia tu buat orang ramai suka, rasanya satu dunia dah tahu siapa Bob ni.. Hebat"

"Menteri Pelancongan, sila ambil perhatian kumpulan buskers kita ini! Help them to promote our tourism industry!"

Selain pandai menghiburkan pelancong asing, Bob Sentuhan juga dipuji apabila tidak membenarkan penonton menyentuh atau meraba sewaktu persembahannya. Menurut Bob, kru-kru Sentuhan Buskers sentiasa berwaspada sekiranya terdapat gangguan daripada penonton atau perkara lain di luar kawalan yang boleh menjejaskan persembahan mereka atau menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penonton. 

Pelancog Arab menabur duit ketika persembahan Sentuhan Buskers. Kredit Foto: Matahari Tv
Walaupun pendapatan persembahan jalanan tidak tetap terutama apabila hari hujan, namun ketika ditanya wartawan Malaysian Gazette, Bob Sentuhan berkata dia tidak akan meninggalkan dunia buskers. 

Mungkin sudah tiba masanya pihak kerajaan mengambil serius potensi industri muzik jalanan yang boleh dijadikan tarikan pelancongan, seiring dengan hiburan digital yang semakin menjadi pilihan kini. - CARI 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 31-10-2019 10:55 AM
Tak perlu campur tangan kerajaan sebab nanti jadi lain pulak kan....pihak berwajib patut bagi lesen sahaja utk mereka busking. Jangan kacau.
Quote natrahn 31-10-2019 11:02 AM
Lolalala replied at 31-10-2019 10:55 AM
Tak perlu campur tangan kerajaan sebab nanti jadi lain pulak kan....pihak berwajib patut bagi lesen  ...

Setuju... DBKL bagi lesen lah..
Quote Boomibulat 31-10-2019 11:05 AM
Dah lama x pgi dgr..tp mmg best diorang ni
Quote Sang_Pencinta 31-10-2019 11:26 AM
Saya suka tengok bob tp suaranya dah merundum

Dulu serak serak basah, sedap

Sekarang pecah mcm mikrofon rosak, sampai terpaksa berharap audiens nyanyi, dah tak sedap

Mungkin kesan menyanyi terlalu kerap stp malam..
Quote mizruncing 31-10-2019 11:26 AM
kadang2 kesian jgk tgk org busking ni. lagi2 klu tmpt berisi beg duit tu takde duit. tp dah tu hobi dorg kan. pilihan dorg sendiri
Quote rosasen 31-10-2019 12:17 PM
ramai lagi tak kenal dia..aku pn baru kenal lepas baca artikel ni
Quote buragazz 31-10-2019 12:37 PM
Aku kenal drummer dia sebab dulu pernah menderumkan band aku.. hehe dak Amri...
Quote Artemesiaa 31-10-2019 12:50 PM
Biarlah jer dia bergerak sendiri macam tu asal dah diberikan lesen.  Di negara lain pun ada je yang lebih kurang macam ni mereka pun bergerak secara sendiri je tampa campur tangan pihak lain.
Quote Perawankota 1-11-2019 03:20 AM
Kt bukit bintang belah mana yer? Yg kt mekdi tu ke

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055073 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top