CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Kalau U Boleh, Kenapa I Tak Boleh" - Kenapa Perempuan Berani Curang?

2-1-2020 10:54 AM| Diterbitkan: LadySeri| Dilihat: 5050| Komen: 10|Original author: Oleh: LadySeri

Description: Isu curang kerap kali dikaitkan dengan kaum lelaki kerana merekalah makhluk yang mempunyai pemikiran paling ringkas. Dalam pemikiran mereka, pilihan yang ada cuma YA atau TIDAK.

Gambar hiasan

Isu curang kerap kali dikaitkan dengan kaum lelaki kerana merekalah makhluk yang mempunyai pemikiran paling ringkas. Dalam pemikiran mereka, pilihan yang ada cuma YA atau TIDAK. 

Namun, mereka tidak sama sekali menjangkakan bahawa satu lagi makhluk yang mempunyai pemikiran paling kompleks berupaya membuat keputusan untuk berlaku curang walau di dalam keserabutan otak mereka. 

Penulis ingin sekali berkongsi dengan pembaca semua berdasarkan pengalaman penulis mendengar keluh kesah isteri-isteri yang curang dan apakah faktor-faktor yang boleh membuatkan seseorang wanita melakukan kecurangan.


Faktor 1: "Kalau u boleh, kenapa I tak boleh"

Penulis yakin dialog ini tidak asing di kalangan mereka yang sudah berumah tangga terutamanya sang suami yang mempunyai sejarah berlaku curang. 


Bila berlaku kecurangan di dalam satu perhubungan, pihak yang merasa dianiayai (isteri) mempunyai satu perasaan tidak puas hati dan merasakan untuk sang suami memahami apa yang si isteri rasa adalah dengan membalas semula perbuatan suami itu tadi dengan tindakan sama. 

Lelaki kalau curang mahu disorok sedalam-dalamnya, tapi perempuan kalau curang mahu ditunjuk sedaya upayanya sama ada secara sengaja atau tidak.


Image result for husband cheated by wife quotes
(Sumber: Google Image)
   

Faktor 2: " Hadap jelah game tu sampai kiamat"

Gamers lelaki sekalian, bila anda berkehendak melepaskan hajat pandai pula mencari isteri masing-masing. Bila sudah langsai dihadaplah semula game itu sampai datang kembali semula hajat yang perlu ditunaikan sehinggalah kiamat. 

Isteri anda bukannya mangkuk yang perlu menadah kemahuan anda bila diperlukan sahaja. Mereka perlu diberi perhatian, perlu diberi belaian dan perlu dihormati juga.  


Image result for husband cheated by wife quotes
(Sumber: Google Image)


Faktor 3: " U ni ada masalah ke? Ni dah 3 bulan kita tak bersama"

Kemahuan untuk melakukan hubungan intim bukan sahaja ada pada lelaki, tetapi juga pada perempuan. Si isteri bukanlah sekadar sepohon kayu, tetapi makhluk tuhan yang paling indah. 

Setiap bulan pada waktu-waktu tertentu hormon kegatalannya agak melebih sedikit dan pada masa inilah tumpuan dan fokus suami sangat diperlukan. Namun, apakan daya suaminya lebih gemar melayan porno di telefon pintar dan menyelesaikan apa yang patut selepas itu. 

Sesungguhnya sang suami itu berada di dalam kerugian sedangkan makhluk tuhan yang paling indah berada di depan mata.      


 Image result for husband cheated by wife quotes
(Sumber: Google Image)


Faktor 4: " I bosan lah dengan u ni"

Perempuan juga mempunyai rasa bosan yang melampau terhadap pasangannya sama ada pasangannya terlalu baik atau terlalu jahat. 

Walaupun perempuan lebih baik melaksanakan perkara rutin, tetapi perempuan juga memerlukan kejutan dalam perhubungannya sekali sekala. Bukan kejutan yang boleh mengundang maut, tetapi kejutan yang meransang spiritualnya, meransang intelektualnya dan meransang nafsunya.


Image result for husband cheated by wife quotes
(Suumber: Google Image)


Faktor 5: " Jeleslah I tengok Peah tu skandal kiri kanan tak padan dengan muka"

Pengaruh kawan-kawan juga sangat memainkan peranan. Kebanyakan kaum wanita amat mudah dipengaruhi. Maka, apabila rakan satu pejabat atau rakan main kutu asyik bercerita betapa bahagianya berskandal sana sini, maka timbullah keinginan yang turut diapi-apikan oleh syaitan untuk mencuba dengan berbekalkan senyuman yang tidak cukup manis itu. 

Maka, penting juga untuk sang suami mengenali rakan-rakan isterinya bukan untuk digoda oleh sang suami tersebut ya, tetapi untuk memastikan isterinya tidak tersalah pilih kawan.


Image result for husband cheated by wife quotes
(Sumber: Google Image)

Demikianlah sedikit sebanyak yang boleh penulis kongsikan. Mari sama-sama bincangkan jika ada sebab yang lebih ekstrim mengapa wanita berani berlaku curang. - CARI
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (14 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 2-1-2020 11:03 AM
bini camni hanya layak utk di kaki kan
Quote mizruncing 2-1-2020 11:40 AM
bini nk curang balik blh je. tapi sbb pikir kan anak lantak kau la nk curang ke ape. smpai 1 tahap tak blh blah mmg angkat kaki jelaa
Quote fliphair8 2-1-2020 12:09 PM
masalah jangan dicari...dosa apatah lagi...
Quote Skuau 2-1-2020 12:14 PM
LELAKI....xde istilah 'ditebuk tupai'.....
Quote isseliparjepun 2-1-2020 12:18 PM
I can never digest this topic tho i know it happens a lot. Sudah sudah la bagi alasan.
Quote justchu 2-1-2020 01:29 PM
alah bukan benda baru. laki2 org yg curang tu kebanyakan pasangan curang tu pun bini org atau tunang org
Quote tanak-balik 2-1-2020 03:37 PM
aku ade 2-3 kawan yg rapat yg "curang" kategori atas..
Bila suruh dorg balik ke pangkal jalan and takut ALLAH, mmg dorg kata dorg takut..
Tp still buat, yg sorg mmg dah lama jalinkan hubungan, yg lg 2 org takat messages2 whatsapp, atau kenkdg video call sbb memasing katanya bini org..so, x jmpa sgt..tp video call je kalau rindu..

Nthla..tatau nak nasihat sbb masing2 dah dewasa kan..dorg pun tau baik buruk, ade yg da p umrah, ngaji pandai..lg pn aku takut ape yg aku tarbiahkan Allah uji balik  ke aku pulak..aku rasa better aku diam jela..

so, aku bila dorg cite psl menda2 partner in love selain drp laki sendiri, aku diam je skg dan aku pun tanak involve kan diri sendiri dgn dorg..
Quote salmon-suki 3-1-2020 12:38 AM
Kenapa lelaki curang tetapi pmpuan xleh curang?kalau pmpuan curang,msti kena kecam berpanjangan..tp kalau lelaki curang,skjp je kne kecam..tak adil taw..{:nose
Quote Artemesiaa 3-1-2020 05:36 PM
Kuat berangan bayangkan pasangan kepunyaan orang lain tu lebih baik dari ada yang dia ada pada hal selalu sebaliknya
Quote gorjeous 3-1-2020 07:06 PM
Curang adalah CHOICE bukan KESILAPAN!!! Sendiri yang pilih untuk curang, sendiri yg kena hadapi akibat dari perbuatan itu! Walau beribu alasan diberi SALAH TETAP SALAH!!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.053541 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top