CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Maut Tertembak Kepala Sendiri Ketika Bertugas

30-12-2019 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10271| Komen: 54

Description: Anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala ketika bertugas di Sungai Buah, Dengkil, jam 3.55 pagi semalam.
Anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala ketika bertugas di Sungai Buah, Dengkil, jam 3.55 pagi semalam.

Berita Harian melaporkan, mangsa dipercayai tertembak diri sendiri ketika melaksanakan tugas sekatan jalan raya.


Dalam kejadian, anggota berusia 26 tahun dikatakan berada kira-kira 50 meter dari kawasan sekatan jalan raya dilakukan.


Gambar hiasan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan, Md Noor Aehwan Mohammad, terdapat kesan luka masuk ke sebelah kanan atas telinga mangsa dan satu kesan luka tembakan keluar di atas telinga kiri mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian jam 4.35 pagi sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

"Hasil bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat kesan luka tembakan masuk di sisi kanan menembusi tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa," katanya.


Mangsa yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia sejak lima tahun lalu meninggalkan seorang isteri dan seorang anak.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - CARI
13

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 29-12-2019 08:41 PM
Takziah. Kesiannye....tengah2 kerja buat roadblock tertembak pulak diri sendiri.
Quote GuaSayangMelaka 29-12-2019 08:43 PM
ANGGOTA polis maut tertembak diri sendiri sewaktu melaksanakan tugas sekatan jalan raya di Sungai Buah, Dengkil, Sepang, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian 3.55 pagi itu, anggota lelaki berusia 26 tahun itu berada kira-kira 50 meter dari kawasan sekatan jalan raya.

Katanya, terdapat satu kesan luka masuk ke sebelah kanan atas telinga mangsa dan satu kesan luka tembakan keluar di atas telinga kiri anggota terbabit.

“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian jam 4.35 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, menerusi hasil bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat kesan luka tembakan masuk di sisi kanan menembusi tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan pihak polis.

Sementara itu, Md Noor Aehwan berkata, mangsa berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, anggota terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan seorang anak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 6:45 PM
Quote GuaSayangMelaka 29-12-2019 08:43 PM
knp berita THE STAR dan HARIAN METRO lain2 ????

ke wartawan buta JAWI ????
Quote Pink_Purple 29-12-2019 10:20 PM
takziah, semoga keluarga tabah         
Quote ainashiqa 29-12-2019 11:09 PM
Allahu.. Kesiannya.. Semoga family tabah
Quote zamnie 29-12-2019 11:33 PM
Salam takziah..
Quote jazaa100 29-12-2019 11:55 PM
Kenapa sampai mcm tu sekali?....

Kesian kat anak....
Quote dua_chzy 29-12-2019 11:59 PM
Polis yang keberapa entah, bunuh diri di tanahair.
Quote nutnet 30-12-2019 12:10 AM
Left handed ke right handed. Shot range dekat ke jauh. Agak kepelikang di situ sape purposely nak letak pistol tepi kepala atas telinga dgn trigger happy nya?
Quote Sazida 30-12-2019 02:59 AM
Bau ikan betul.
Quote samsudin801008 30-12-2019 04:45 AM
Knp jadi cmtu
Quote orgsepang 30-12-2019 06:42 AM
Pelik pula bunuh diri sewaktu bertugas. Muda lagi. Kalau betul kasihan anak isteri dan keluarga dia.
Quote Cassieopeia 30-12-2019 10:03 AM
kesian kat bini dia..muda lagi tu. anakpun kecik lagi
Quote supermum 30-12-2019 10:11 AM
Meninggal masa roadblock memalam buta before subuh. Ye ke tertembak sendiri
Quote minguk 30-12-2019 10:25 AM
innalillah wainna ilaihi rojiun.

takziah buat keluarga allahyarham.
Quote Noraniza_Iblis 30-12-2019 10:48 AM
kuat sgt bau Manhattan fish market..
Quote leylapple 30-12-2019 11:05 AM
nutnet replied at 30-12-2019 12:10 AM
Left handed ke right handed. Shot range dekat ke jauh. Agak kepelikang di situ sape purposely nak le ...

mmg sesuatu pun...

arwah nie adik kenalan... jenis yang periang... ada anak kecik lagi...

dikatakan tembak diri sendiri pukul 4.45am sebelum habis shift 5am..

dah 2 kali kejadian kes konon bunuh diri polis yang melibatkan orang jauh
Quote arnauld 30-12-2019 11:07 AM
Postmortem takder citer pasal gsr???
Quote selyusi 30-12-2019 11:16 AM
Tertembak sendiri tu andaian reputz je kan

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.089907 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top