CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Hargai Pekerja Farm Fresh, Bos Susu Buat Konsert Dalam Ladang Lembu

30-12-2019 10:19 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10092| Komen: 25|Original author: Oleh: natrahn

Description: Selepas menjadi penaja program realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Syarikat Farm Fresh Sdn Bhd mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya mengadakan konsert di kawasan ladang ternakan l ...

Kredit  foto : Instagram Azmi Zainal

Selepas menjadi penaja program realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Syarikat Farm Fresh Sdn Bhd mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya mengadakan konsert di kawasan ladang ternakan lembu.

 


Konsert 'Picnic In The Farm' berlangsung dengan penuh gaya di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM) seiring dengan imej pengeluar produk tenusu.



Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh atau lebih mesra dikenali sebagai Bos Susu, Azmi Zainal berkata, konsert itu bertujuan untuk menghargai pasukan dan pekerja syarikat berkenaan.
 
"Konsert ini juga lanjutan daripada konsert Gegar Vaganza, namun ditujukan kepada pasukan Farm Fresh termasuklah pengedar dan semua yang berkaitan. 

"Ada juga pelanggan yang kita undang kerana selama ini banyak menyokong Farm Fresh.

"Pemilihan lokasi di ladang pula sesuai dengan imej syarikat Farm Fresh iaitu pengeluar susu. Malah ini adalah konsert dalam ladang pertama dianjurkan di Malaysia," katanya memetik laporan Astro Gempak.


Kredit Foto - Astro Gempak

Konsert yang diadakan di kawasan berkeluasan 190 ekar itu diserikan dengan persembahan juara GV6, Hady Mirza dan Naqiu Boboy serta beberapa bintang lain termasuk One Nation Emcees, Nurfatimah, Jatt, Sham Visa, Wann, Noorshila Amin dan tidak ketinggalan juara Big Stage 2019, Hanbyul.

Konsert 'Picnic In The Farm' yang dihoskan oleh Bell Ngasri dan Fiza Frizzy boleh ditonton pada 15 Januari ini di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO.



Menurut Bos Susu lagi, lokasi itu juga akan diangkat sebagai tempat pelancongan agro apabila ia dibuka kepada orang ramai mulai Februari 2020.

"Dulu, banyak permintaan pihak sekolah nak melawat ladang kami tapi ia lebih kepada industrial punya konsep. Sekarang, lebih mudah sebab kami dah bangunkan 190 ekar ladang ini menjadi satu lokasi yang boleh dikunjungi ramai.

"Selain ladang lembu, terdapat juga pusat simpanan ikan laga, kawasan botani dan sayur sayuran, malah tempat bunga nanti pun akan saya jadikan macam dekat Amsterdam.

"Semuanya dah hampir siap dan akan dibuka secara rasmi sekitar Februari," katanya.

Baguslah Bos Susu. Tak sabar pula nak lawat ladang ni nanti. - CARI
14

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikhafiz83 30-12-2019 11:06 AM
semoga murah rezeki Bos Susu
Quote helicornia 30-12-2019 11:27 AM
tak yah tiru amsterdam. buat macam dairy farm kat kundasang tu pun menderu orang datang sbb view cantik n dairy products sedap
Quote imransulaiman 30-12-2019 11:29 AM
Ohhh! Ada sudah lokasi baru untuk dikunjungi nanti 2020 ni {:good
Quote MadameOnion 30-12-2019 11:31 AM
yeay!! boleh bawak anak jalan2 ke ladang farm fresh lepas ni
Quote NekNgah 30-12-2019 11:38 AM
Idea yang bagus. You go boss susu.
Quote buragazz 30-12-2019 11:50 AM
Abis la.. pasni Cik B pun nak ajak orang gi kilang cosmetic mak dia.. boleh tgk dayang sulul versi BBNU
Quote mizruncing 30-12-2019 11:53 AM
wahhh nk dtg
Quote biskutraya 30-12-2019 12:13 PM
Nak buat study tour kt sini la nanti.. Hehe
Quote kuchenta_81 30-12-2019 12:18 PM
Okay masuk wishlist trip bawak anak-anak nanti.
MAHA2020 pun pasti best.
Quote shashalala 30-12-2019 12:21 PM
Wahhhh sokong sgt2 ni!!!
Quote orgsepang 30-12-2019 12:29 PM
Ni dah masuk lawatan ni, suka melihat kemajuan anak tempatan lepas kecewa dengan kes ladang lembu suami menteri dulu tu
Quote whadda 30-12-2019 12:36 PM
ladang UPM ni memang tempat dia ternak lembu tuk pengeluaran susu farm fresh ke? ke saje je buat konsert kat sini.. ladangnye kat tempat lain?
Quote salmon-suki 30-12-2019 02:13 PM
Wehhhhh..giler laa bos susu ni..dia pny csr mmg terbaekkkkk laa..dah ler mcm2 plak tu,ladang lembu,kolam ikan,tmn botani..something y berfaedah gitu haa..{:love
Quote paz 30-12-2019 02:20 PM
Bagus yer, teruskan.
Quote Cassieopeia 30-12-2019 04:01 PM
iols dapat tiket masuk kawan bagi tapi last minit tak dapat join...kalau tak dapat tengok ladang ni. ladang ni dia punye ke usahasama upm ye
Quote aleesyasofia 30-12-2019 04:27 PM
hmpir 10thn dok upm belum prnh sggh ladang 16.. lalu jer..
Quote rynamarina 30-12-2019 09:56 PM
suke betul cara marketing bos susu ni.. ni baru betul meniaga..
Quote i_is_kennot 31-12-2019 02:10 AM
Rare giler idea ni,  ohh yeah boss susu meols nk tgk konsert sambil selfie berlatar belakang kan lombu2 dan pokok2 menghijau.. Meols LOVE..
Quote Zack8hunter 31-12-2019 04:34 AM
Edited by Zack8hunter at 31-12-2019 04:38 AM
whadda replied at 30-12-2019 12:36 PM
ladang UPM ni memang tempat dia ternak lembu tuk pengeluaran susu farm fresh ke? ke saje je buat kon ...

Farm Fresh mmg dah ada collaboration dgn UPM.. ada ternak lembu dan facility pemprosesan susu.. kt ladang ni la.. skrg dia nak buat Edupark.. ala2 taman yang boleh bagi education psl pemprosesan susu.. sounds interesting..

https://upm.edu.my/news/upm_the_holstein_milk_company_sdn_bhd_set_up_upm_icoe_dairy_farm-33295

KUALA LUMPUR,14 August–Universiti Putra Malaysia (UPM) has signed a Memorandum of Agreement (MoA) with The Holstein Milk Company Sdn. Bhd (THMSB) to set up a Center for Excellence for Dairy Farming Industry (UPM-ICoE Dairy Farm).
UPM Vice Chancellor, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris said that this MoA will help to improve the infrastructure of the Dairy Unit, University’s Agricultural Park (TPU), UPM.
“An estimated grant of RM15 million from The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. will be able to help develop the infrastructure, the improvement and transfer of technology as well as the dairy production in UPM,” she said.
She also added that the Dairy Unit, TPU, UPM will be upgraded from 40 to 60 hectares from its original area of nine hectares.
The Managing Director of The Holstein Milk Company Sdn. Bhd., Loi Tuan said that UPM-ICoE Dairy Farm has become the pioneer for the purpose of teaching and learning, research and expertise in managing the country's dairy industry.
“The 10-year MoA with UPM will enable both parties to develop UPM-ICoE Dairy Farm so that the livestock sector in Malaysia will be more innovative and supportive in the development of The National Dairy Organization targeted in 2018,” he remarked.
The Deputy Head of Secretary (DASAR) of the Ministry of Agriculture & Agro-Based Industry, Dato' Mohd Sallehuddin Hassan was also in attendance for the MoA.
THMSB which has won the title of the most skilled company at the Asian Livestock 2015 Exhibition, and making use of the brand name, Farm Fresh, is the leading company that has been appointed by the Malaysian government to develop the country's fresh milk industry.
Besides that, THMSB possesses two dairy farms in Kota Tinggi, Johor and Bandar Muadzam Shah, Pahang, as well as a tropical dairy cow breed farm production in Australia. - UPM

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.090034 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top