CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lempar Bom Dalam Rumah 'Crush' Sebab Cemburu

16-1-2020 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3431| Komen: 16

Description: Seorang lelaki melempar bom ke dalam rumah seorang gadis dipercayai akibat patah hati cintanya ditolak mangsa.
Seorang lelaki melempar bom ke dalam rumah seorang gadis dipercayai akibat patah hati cintanya ditolak mangsa.

AsiaOne melaporkan, kejadian berlaku di sebuah apartment di Lat Phrao, Bangkok pada petang Isnin.


Polis mengesahkan menerima panggilan jam 9 malam hari sama mengenai objek berkenaan.

Berikutan itu, polis dan beberapa anggota dari Unit Pelupusan Bahan Letupan dikerahkan ke lokasi sebelum menemui sebutir bom tangan M26.


Kredit foto: AsiaOne

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana bom berkenaan tidak meledak selepas dilemparkan.

Saksi di tempat kejadian berkata, dia melihat seorang lelaki menunggang motosikal di jalan Nawamin 95 sebelum berhenti di luar bangunan apartment berkenaan sekitar jam 8 malam.

Katanya, lelaki itu kemudian melempar sesuatu ke dalam tingkap sebuah rumah di tingkat tiga.

Pasangan suami isteri yang tinggal di dalam rumah berkenaan terkejut dan ketakutan apabila melihat objek yang dilempar ke dalam rumah mereka itu, namun lega apabila ia tidak meletup.


Gambar hiasan
Kredit foto: ArtStation

Saranya Krueboon, pengurus apartment berkenaan berkata, suspek merupakan lelaki berusia lingkungan 50-an yang tinggal di kawasan berkenaan.

Tambahnya, lelaki itu tergila-gilakan anak perempuan pasangan terbabit. Namun, gadis berusia 20 tahun itu sudah memiliki teman lelaki.

Difahamkan, sebelum kejadian gadis terbabit membawa teman lelakinya ke rumah untuk bertemu ibu bapanya menyebabkan suspek cemburu hingga mendorong dia melakukan jenayah berkenaan.

Menurut laporan, suspek sudah ditahan dan siasatan sedang dijalankan. - CARI
1

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-1-2020 12:46 PM
kote mampu tegak tak???
Quote Artemesiaa 16-1-2020 01:10 PM
Mujur tak meletup kalau tak mesti ramai jadi mangsa
Quote minguk 16-1-2020 01:39 PM
saikonya...
Quote prettyuglybabe 16-1-2020 01:43 PM
pedo..


Quote helicornia 16-1-2020 02:13 PM
mah aih main bom2
Quote mieymiey 16-1-2020 02:37 PM
Dah tua pun bodoh.
Quote duri_durians 16-1-2020 02:55 PM
pedo much.. umur 50 saiko tergilakan budak umur 20..
Quote selipar_hijau 16-1-2020 02:57 PM
Apsal aku rasa lawak berita ni. Hot sangat ke awek tu
Quote Buritan 18-1-2020 03:08 PM
Mcm sabak bernamlaa jatuh cinta kat aku pas tuu lawan lawan marah kek.sini
Quote nenekglamer 18-1-2020 08:09 PM
Skeri. Aku ingat mcm pelik lelaki bole sampai mcm tu sekali kerana cinta?

Tapi aku sndiri skrg sedang dikejar n dipujuk exbf aku. Dh 3 bulan aku merana. Stress. Mak ayah aku pun stress. Dia kejar aku balik umah. Dia mlm2 dtg umah merayu.. guna mcm2 taktik sampai ayah aku tegur. Hampir2 nk bawa rombongan merisik arini tp berjaya digagalkan. Aku punya current teman rapat kena ugut2 (dia syak aku sdg close dgn mat ni but kitaorg buat2 bodo xngaku sbb xnk dia dtg serang).

Ayah aku skrg bimbang klu aku keluar rumah. Termenung je. For sure dia xnk mamat ni jadi menantu.

Aku akhirnya ckp aku sdg syg seseorg. Tak peduli juga. Masih nk pujuk2 aku. Nk belikan aku mcm2 (aku mintak iphone baru tau haaaa). Aku dah blok dia brp kali but tiap kali blok dia akan cari jalan aku terpaksa unblock. Antaranya... dia akan attack my new teman.

Harap dia xsampai tahap campak bom laa...
Quote nenekglamer 18-1-2020 08:10 PM
nenekglamer replied at 18-1-2020 08:09 PM
Skeri. Aku ingat mcm pelik lelaki bole sampai mcm tu sekali kerana cinta?

Tapi aku sndiri skrg se ...

And.. ex bf aku ni 11 tahun lg muda dr aku. Relevant ke? Hahaha
Quote jazaa100 18-1-2020 09:00 PM
nenekglamer replied at 18-1-2020 08:09 PM
Skeri. Aku ingat mcm pelik lelaki bole sampai mcm tu sekali kerana cinta?

Tapi aku sndiri skrg se ...

Okay.....

Nanti aku ceritakn kat jiran aku....dia mesti terkejut....
Quote nenekglamer 18-1-2020 09:12 PM
jazaa100 replied at 18-1-2020 09:00 PM
Okay.....

Nanti aku ceritakn kat jiran aku....dia mesti terkejut....

Oh.. apa kes jiran ko tu? Dlm kes aku ni dah jadi kes ugut mengugut skrg sbb ex aku sedaya upaya nk aku balik. Serabut lah. Aku dah consult sorg kawan aku yg polis ni.. but now terpulang la kpd TTM aku samada nk report atau x...
Quote shernazz 18-1-2020 11:21 PM
Cite pasal.org obses ni...

Pompuan ni cun cam mana.ek.sampai pakcik tu tergilakan dia?
Mesti ada x factor yang buatkan pakcik tu angau..tercalit minyak pengasih kat diri sendiri ke
Quote raxief 28-1-2020 07:47 PM
aku just nak tau, masa lempar bom tu dia ada jerit "fire in the hole!" ke
Quote dudaberhias 30-1-2020 12:16 PM
aik sampai macamtu sekali dia punya batak... perempuan je pun sampai begitu sekali ya dia sanggup buat mesti muka macam cerek kemek

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.435965 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top