CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diterbit Semula Mei 2020, Utusan Malaysia Bakal Jadi Lidah Rasmi PH?

24-1-2020 10:04 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5879| Komen: 35|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Penerbitan akhbar Utusan Malaysia yang dihentikan sementara sejak 31 Oktober tahun lalu dijangka akan diteruskan semula pada awal Mei 2020.
Kredit foto: Utusan Online


Penerbitan akhbar Utusan Malaysia yang dihentikan sementara sejak 31 Oktober tahun lalu dijangka akan diteruskan semula pada awal Mei 2020.

Memetik laporan portal Suara Merdeka, akhbar bahasa Melayu tertua di Malaysia itu tidak lagi diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Sebaliknya, Utusan Malaysia yang 'dihidupkan semula' itu bakal diterbitkan Media Mulia Sdn. Bhd. yang dikatakan mempunyai kaitan dengan tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.

Seperti diperjelaskan sumber kepada Suara Merdeka, akhbar tersebut akan beroperasi di bawah bumbung yang sama dengan Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times di Balai Berita New Straits Times Press (NSTP) di Jalan Riong, Bangsar.

"Sebuah ruang tingkat dua bangunan itu digunakan kumpulan editorial akhbar berkenaan sebagai pejabat.


"Namun, ruang berkenaan hanya boleh digunakan apabila selesai melalui proses pengubahsuaian yang dijangka bermula selepas sambutan Tahun Baharu Cina," katanya.


Pejabat baharu Utusan Malaysia dikatakan bakal beroperasi di bangunan ini.
Kredit foto: NST

Operasi Utusan Malaysia yang baharu juga akan dikendalikan dua bekas Pengarang Kanan dan seorang bekas Pengarang Berita Utusan Malaysia.

Pengarang yang bakal mengetuai Utusan Malaysia akan memilih sendiri calon-calon untuk mengisi jawatan Pengarang Berita dan Penolong Pengarang Berita, manakala jawatan wartawan dibuka kepada umum.

Sumber itu turut menjelaskan bahawa pengurusan baharu Utusan Malaysia hanya menumpukan kepada edisi cetak sahaja dan tidak merancang untuk menyambung semula operasi Utusan Online dalam masa terdekat.


Nasib Utusan Online masih menjadi tanda tanya.
Kredit foto: Utusan Online

Cuma timbul satu persoalan, adakah Utusan Malaysia yang diberi nafas baharu akan meneruskan dasar menjadi lidah rasmi parti politik tertentu atau  dijenamakan semula sebagai akhbar berpendirian berkecuali? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 24-1-2020 10:55 AM
Tak serik ke? Dulu jatuh pun pasal rakyat meluat dengan propa politik melampau. Ni buat balik.
Quote harizs 24-1-2020 11:21 AM
kebebasan suara ala Pee H
Quote vender14 24-1-2020 11:24 AM
perlu ada media begini supaya rakyat boleh melihat suatu berita dari prespektif kerajaan yang memerintah, bergantung kepada rakyat untuk memilih berita mana yang ingin diikuti, lastly rakyat sendiri yang pilih kerajaan masa pilihanraya nanti.
Quote Ina8895 24-1-2020 11:30 AM
vender14: perlu ada media begini supaya rakyat boleh melihat suatu berita dari prespektif kerajaan yang memerintah, bergantung kepada rakyat untuk memilih berit ...


Dulu masa umno pegang utusan, kena kecam pulak bila buat gitu
Quote anony-mous 24-1-2020 11:39 AM
Kalau mcm ni, elok melingkup je la
Quote husna_amal 24-1-2020 12:04 PM
MATI HIDUP SEMULA.
Quote tripleid 24-1-2020 01:09 PM
Edited by tripleid at 24-1-2020 01:35 PM

Tajuk tered pn ada tanda soal.nmpk sgt xde keje lain selain nk burukkan kjaan..utusan baru nnti sah2 la akn jd media bebas jgk  or just penyampai berita2 psl aspirasi kjaan jah mcm berita harian skrg.ingat ni  zman bn ka media jd alat penjilat najib n the geng.
Quote Ina8895 24-1-2020 01:11 PM
tripleid: Tajuk tered pn ada tanda soal.nmpk sgt xde keje lain selain nk burukkan kjaan..utusan baru nnti sah2 la akn jd media bebas jgk mcm berita harian skrg. ...


Syed mokhtar tu orang sapa bro? Zaman ph taik pun jadi suci. PHui!
Quote EmaAsmadi 24-1-2020 01:43 PM
Ahchai {:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose
Quote allshares 24-1-2020 02:16 PM
"hanya tertumpu edisi cetak sahaja, tidak bercadang menyambung operasi utusan online"

Masalahnya, ramai lagi ke yg beli paper especially org2 muda? Nanti rugi lagi. cer bersaing ikut peredaran zaman
Quote Simunggu 24-1-2020 02:42 PM
melayu layu di tanah malayu sampai berita tulisan melayu pun kena reject di tanah malayu
Quote Simunggu 24-1-2020 02:43 PM
melayu layu di tanah malayu sampai berita tulisan melayu pun kena reject di tanah malayu

melayu tunduk dgn kuasa DAP
Quote Simunggu 24-1-2020 02:43 PM
melayu layu di tanah malayu sampai berita tulisan melayu pun kena reject di tanah malayu

melayu tunduk dgn kuasa DAP sehingga berita melayu di salin kulitnya ikut acuan DAP
Quote Ina8895 24-1-2020 02:44 PM
allshares replied at 24-1-2020 02:16 PM
"hanya tertumpu edisi cetak sahaja, tidak bercadang menyambung operasi utusan online"

Masalahnya, ...

Masih tak belajar dari kegagalan dulu
Quote highcastle 24-1-2020 02:48 PM
Kalau nak laku buat lah cara Sinar Harian, yg boleh diterima di kedua2 belah pihak baik pembangkang atau gomen............
Quote allshares 24-1-2020 02:59 PM
Ina8895 replied at 24-1-2020 02:44 PM
Masih tak belajar dari kegagalan dulu

Pastu buat drama air mata lagi, khens
Quote tripleid 24-1-2020 04:50 PM
Ina8895 replied at 24-1-2020 01:11 PM
Syed mokhtar tu orang sapa bro? Zaman ph taik pun jadi suci. PHui!

Geng2 umnok mesti rindu nk baca burita2 hot utusex mcm dulu2 kan





Quote Ina8895 24-1-2020 06:59 PM
tripleid replied at 24-1-2020 04:50 PM
Geng2 umnok mesti rindu nk baca burita2 hot utusex mcm dulu2 kan

Orang bangang macam kau aje baca cerita menteri kaki sembur & ahli parlimen kaki lewat
Quote sekngucing 24-1-2020 07:03 PM
2x 5 saja

dlu dikuasai umno.. sekarang dikuasai ph

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051113 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top