CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Perempuan Selalu Kata Tak Ada Baju?

24-1-2020 10:51 AM| Diterbitkan: irapie| Dilihat: 5081| Komen: 11|Original author: Oleh: coklatcadbury

Description: Pening melihat sikap wanita yang selalu mengeluh tiada baju untuk dipakai, padahal sudah ada dua almari pakaian!
Pening melihat sikap wanita yang selalu mengeluh tiada baju untuk dipakai, padahal sudah ada dua almari pakaian!

Mesti anda pernah mengalami situasi begini, namun tahukah anda apabila orang perempuan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai baju sebenarnya ada maksud tersirat yang perlu anda faham. 


Jom kita baca apa sebenarnya maksud tersebut.


Mana satu nak pakai selalu menjadi persoalan.
Kredit foto: IDN Times

1) Baju sudah outdated
Kaum adam yang pastinya selesa sahaja walau ulang baju sama selama tiga tahun. No hal lah! Tapi, tidak bagi kaum hawa. Bagi mereka, kalau boleh bajunya mahu berganti setiap bulan dan seperti kita tahu fesyen wanita memang selalu sahaja bertukar setiap bulan.

2) Saiz sudah berubah
Haa yang ini jangan dibuat main dan jangan gelakkan wanita kesayangan anda kerana boleh jadi gaduh besar bila anda mengingatkan mereka bahawa berat sudah bertambah dan zip di belakang baju sudah tidak mampu untuk ditutup. 

Lagi-lagi bagi wanita yang senang betul naik berat badannya, maka memang tidak banyak pilihan baju dalam almari yang boleh dipakai. Jadi, tidak hairanlah kalau terpaksa beli baju baru lagi.

Tak boleh zip baju = mimpi ngeri semua wanita
Kredit foto: today.com


3) Tiada gambar baru untuk OOTD

Jangan tidak tahu memang ada orang yang sanggup beli baju baru semata-mata untuk ditayang pada akaun sosial media agar tidak dikatakan asyik ulang pakai baju sama sahaja jika merakam gambar. 

Kalau anda perasan, wanita cukup suka menulis kapsyen yang tiada kena mengena dengan gambar. Itu maksudnya, mereka ingin menunjukkan gaya dan baju mereka. Ini pun kadangkala boleh mendatangkan kegembiraan pada mereka cukup dengan hanya menangkap gambar mengenakan pakaian baru walaupun berlatarbelakangkan pemandangan bilik yang serabut. Opsss


Kredit foto: Lifewire


4) Baju sudah lusuh atau memang patut tukar baru?

Berbahagialah jika pasangan anda begini kerana mereka hanya akan berkata tiada baju hendak dipakai jika pakaian mereka benar-benar lusuh atau sudah koyak. Tidak salah membahagiakan permaisuri dalam hidup anda. Untung-untung, rezeki anda makin bertambah.


Jadi, selepas ini sekiranya wanita mengatakan mereka tiada baju mungkin anda boleh cuba ajak mereka membeli-belah baju baru. Nanti anda tengoklah kegembiraan di wajah mereka. Senyum sampai ke telinga! - CARI
4

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 24-1-2020 11:44 AM
aku x rasa benda ni utk pompuan je
laki pon ada jenis cani
maknanya depends on lifestyle dan kemahuan kot
ke kebetulan aku n wife saiz badan sama je mcm 10 tahun lepas
dan jarang sgt2 pegi event
so pakai je yg mana ada selagi x rosak
Quote sarah82 24-1-2020 12:00 PM
Boleh tak tulis mewakili diri sendiri?

Aku tak pernah rasa tak ada baju nak dipakai.. Kecuali aku malas basuh baju..

Jadi bukan semua perempuan propa yg hanya pentingkan penampilan tapi otak kosong
Quote husna_amal 24-1-2020 12:07 PM
Sebenarnya perempuan ni susah nak buat pilihan. Tu alasan takde baju.
Quote Boomibulat 24-1-2020 12:16 PM
Edited by Boomibulat at 24-1-2020 12:18 PM

Betul la..tgk kdg2 diorang pakai baju kecik sendat..pinjam adik punya kut..kadang2 seluar jean pun dh koyak..kesian sgt2..contoh kat bawah ni
[size=100%]


Quote rospinki 24-1-2020 12:26 PM
Boomibulat replied at 24-1-2020 12:16 PM
Betul la..tgk kdg2 diorang pakai baju kecik sendat..pinjam adik punya kut..kadang2 seluar jean pun d ...

ini yang dikatakan berhijab tapi togel bak kata ifan
apake hal makai seluar koyak gitu nampak jelas kulit
lainla pakai legging kat dalam. macik ta patut faham konsep menutup aurat tu macamana lain lah budak baru nak up.
Quote Artemesiaa 24-1-2020 12:51 PM
Zaman sekarang ni lelaki perempuan yang suka jaga penampilan pasti akan berfikir macam tu mungkin sebab mereka tak nak selalu dilihat sama sebab tu bagi kenyataaan macam tu
Quote bedahmulutpuaka 24-1-2020 02:10 PM
Samelah ngan aku..
Quote mieymiey 24-1-2020 02:26 PM
Almari penuh baju tapi yang ni dah pakai minggu lepas, yang ni baju 3 tahun lepas dah selalu sangat pakai, yang ni tak sesuai dengan kasut, yang ni tak match dengan tudung baru, yang ni tak cantik (kenapa la aku beli?), yang ni macam dah sempit sikit dan macam-macam lagi
Quote puanbintang 30-1-2020 09:25 AM
dah post gambar kat ig, fb pastu terasa macam eh baju ni dah pernah pakai, takmolah pakai dah nanti nampak macam takde baju lain la pulak..gitulah life ootd seorang perempuan
Quote puanbintang 30-1-2020 09:27 AM
sebab nanti bila dah post gambar pakai baju yang sama 2-3 kali dekat ig ke fb, bila scroll sendiri balik, eh berapa kali aku dah pakai baju ni, padahal baju - baju dah setimbunpun dalam almari..begitulah life ootd seorang perempuan
Quote fifie_olin 30-1-2020 10:25 AM
aku la tu
mmg baju byk
tp dok nak pilih mau mkn sejam
jenuh

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047914 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top