CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rangka Siapa Dalam Tong Sampah?

30-1-2020 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4171| Komen: 16

Description: Bau busuk mencurigakan berdekatan tiang elektrik membawa kepada penemuan rangka manusia di dalam sebuah tong sampah.
Bau busuk mencurigakan berdekatan tiang elektrik membawa kepada penemuan rangka manusia di dalam sebuah tong sampah.

Astro AWANI melaporkan, rangka itu ditemui pada Rabu berhampiran lereng bukit di tepi Jalan Paya Terubong, Georgetown sebelum lelaki berkenaan menghubungi polis pada 7.20 petang.



Foto: AWANI

Hasil pemeriksaan mendapati rangka berkenaan dibuang ke dalam tong sampah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Suffian Santong berkata, pihaknya membawa naik tong sampah itu ke tepi jalan menggunakan tali sebelum dibawa ke Jabatan Forensik hospital tersebut untuk pemeriksaan lanjut.

Tambahnya, identiti rangka itu belum dikenal pasti dan pihaknya akan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 30-1-2020 08:47 AM
MISTERI bau busuk daripada sebuah tong sampah yang ditinggalkan berhampiran lereng bukit di tepi jalan Paya Terubong, dekat Georgetown sejak kelmarin membawa kepada penemuan rangka manusia hampir reput yang disembunyikan di dalam tong sampah bertutup itu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang peniaga di kawasan itu kira-kira pukul 7.20 malam memaklumkan terdapat bau busuk berhampiran tiang elektrik di tepi lereng bukit di situ.
Quote fliphair8 30-1-2020 09:18 AM
huhhh......ade2 jek puak pulau ni...
Quote Kurex 30-1-2020 10:19 AM
gangster kot....
Quote card_reader 30-1-2020 10:25 AM
demmm...baru minggu lepas lalu jalan nie, 2 3 kali plak tu
Quote Artemesiaa 30-1-2020 10:29 AM
Mengerikan buang manusia macam buang sampah
Quote cap_ayam 30-1-2020 10:33 AM
Kat penang ni kan jumpa mayat warga asing balut dengan tilam?
Quote sarah82 30-1-2020 10:34 AM
Paya terubong? Dulu masa aku dok penang.. Selalu opismate aku citer penampakan pocong kat flat dia dok di paya terubong
Quote Boomibulat 30-1-2020 10:37 AM
I syak ni Myanmar berbunuhan sesama sendiri
Quote violetungu 30-1-2020 10:43 AM
Eh pasni jangan mlm2 dok nyakat org sudah..
Quote jaja8 30-1-2020 01:01 PM
aduh macam buang sampah je..mayat budak ke sampai muat tong sampah
Quote CikB 30-1-2020 01:33 PM
no komen.....
Quote Kampungpeoplesz 30-1-2020 02:27 PM
Ngeriiiiii
Quote husna_amal 30-1-2020 03:18 PM
Entah2 berhantu lepas ni kawasan tu
Quote misz_sha86 30-1-2020 03:31 PM
seram...skg main2 buang dlm tong sampah ek..
Quote any42 30-1-2020 03:52 PM
pmbunuh xbuang myat mrata. dibuang dlm tong sampah. ni nk lupus bukti ke nk bg org jumpa. xde laporan org hilang so bangsa asing ke ni.  
Quote KIM.K 30-1-2020 09:05 PM
Jangan la dia buang pesakit corona

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065416 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top