CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam Tak Mengaku Salah Tipu Pengurus Dapatkan Sijil Nikah

30-1-2020 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2768| Komen: 11

Description: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah menipu pengurus syarikat minuman bagi mendapatkan sijil nikah sah dengan bayaran RM3,800, lapor BERNAMA.
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah menipu pengurus syarikat minuman bagi mendapatkan sijil nikah sah dengan bayaran RM3,800, lapor BERNAMA.

Lebih mengejutkan, isteri tertuduh memaklumkan mahkamah bahawa suaminya seorang imam.


Mohd Mustakim Ithnin, 36, membuatkan pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.


Gambar hiasan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Fazal Mohd Hussain, 40, kononnya dia boleh mendapatkan sijil nikah Malaysia yang sah.

Tertuduh juga memperdaya mangsa untuk menyerahkan RM2,500 sebagai bayaran melalui serahan tangan.

Selain itu, Mohd Mustakim mendorong mangsa menyerahkan wang tambahan RM1,300 ke dalam akaun milik tertuduh.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai makan di Jalan Ipoh di sini, antara 7 dan 18 Oktober tahun lalu.


Mohd Mustakim didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal sebelum ini menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan dengan alasan menanggung dua anak.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Mustakim diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 5 Mac ini. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GuaAnakMelaka 30-1-2020 03:57 PM

Quote Kurex 30-1-2020 04:27 PM
ada tak gambar ostad tu?
Quote ellez 30-1-2020 04:34 PM
Sebenarnya sijil nikah msia ni boleh beli ke?
Quote ellez 30-1-2020 04:35 PM
Edited by ellez at 30-1-2020 04:37 PM

Kalau nikah kat siam(secara resia),pastu nak beli sijil nikah malaysia boleh ke..
Quote Boomibulat 30-1-2020 04:40 PM
Edited by Boomibulat at 30-1-2020 04:42 PM

Ni imam yg masih muda yg atau yg masuk rancangan IMAM MUDA kat tv tu..?


Quote crazybeach 30-1-2020 09:34 PM
Kurex replied at 30-1-2020 08:27 AM
ada tak gambar ostad tu?

ni ke ustad tu kurex?

[youtube]_inYPGyAGlM[/youtube]
Quote Kurex 31-1-2020 12:43 AM
crazybeach replied at 30-1-2020 09:34 PM
ni ke ustad tu kurex?

serious ke ni???
Quote gideoncross 31-1-2020 03:43 AM
Boomibulat replied at 30-1-2020 04:40 PM
Ni imam yg masih muda yg atau yg masuk rancangan IMAM MUDA kat tv tu..?

Ingtkn iol je yg ada trfikir mcm ni tdi msa mmbca artikel lol.

Quote biozipstar 31-1-2020 10:37 AM
kenapa suka sangat jadi penunggang agama?
Quote husna_amal 31-1-2020 11:26 AM
beli sijil nikah sebab apa ni agaknya?
Quote GuaAnakMelaka 31-1-2020 05:42 PM
husna_amal replied at 31-1-2020 11:26 AM
beli sijil nikah sebab apa ni agaknya?

nk jd menteri la

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.347452 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top