CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasihat WHO Boleh Cetus Panik Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

13-2-2020 12:29 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 25661| Komen: 210|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang dengan nasihat Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi rantau Asia Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai agar Malaysia bersedia menghadapi kemungkinan pen ...
Kredit foto: Facebook Kementerian Kesihatan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang dengan nasihat Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi rantau Asia Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai agar Malaysia bersedia menghadapi kemungkinan penularan wabak Covid-19 yang lebih luas akan menyebabkan rakyat menjadi panik.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penilaian pihaknya mendapati situasi jangkitan Covid-19 yang sebelum ini dikenali sebagai koronavirus baharu adalah terkawal.

Katanya, situasi kini adalah pada tahap pembendungan awal dan Kementerian Kesihatan bersedia mengadapi fasa berikutnya iaitu tahap pembendungan akhir dan tahap mitigasi.

"Sehingga hari ini, masih lagi seluruh episod jangkitan kluster ini sedang ditangani KKM dan kita belum tiba masa menyerahkan baton (tanggungjawab) mengambil sikap serahkan kepada PM (Tun Dr. Mahathir Mohamad).


"Kalaulah kita buat pengisytiharan sebagai krisis, nasihat WHO itu akan diletakkan pada perspektif sebetulnya," katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette pada 12 Februari.

Walau bagaimanapun, Dr Dzulkefly menghargai nasihat yang diberikan Dr Takeshi itu.


Kredit foto: Facebook Kementerian Kesihatan

Dr Dzulkefly menambah, setakat ini, KKM mempunyai 18 makmal awam yang menjalankan ujian pengesanan jangkitan Covid-19.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12 makmal beroperasi di hospital kerajaan selain sebuah makmal kesihatan awam kebangsaan di Sungai Buloh, Selangor, empat makmal kesihatan awam di Perak, Johor, Kelantan dan Sabah serta sebuah Institut Penyelidikan Perubatan.

Selain itu, lima makmal di bawah pengurusan pihak swasta dilatih untuk melakukan ujian pengesanan virus tersebut.

"Setakat ini, sebanyak 550 ujian pengesanan Covid-19 telah dijalankan ke atas pesakit yang bergejala dan juga kontak rapat. Hanya 18 pesakit daripada jumlah itu disahkan positif jangkitan Covid-19," jelasnya,


Kredit foto: Facebook Kementerian Kesihatan

WHO juga telah mengumumkan Covid-19 sebagai 'musuh awam nombor 1' dan dianggap menimbulkan ancaman lebih serius berbanding serangan pengganas. - CARI
2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • ctcheery

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lipans 13-2-2020 12:32 PM
kena tangkap WHO ni. sebar berita palsu.
Quote jazaa100 13-2-2020 12:34 PM
Malaysia dah 19org dah.....

Makin bertambah....china prc masih masuk ke msia lg ke?
Quote coco 13-2-2020 12:37 PM
apa status 19 orang ni.... di ambang kematian ke,  ke arah kesembuhan ke,     itu pun rakyat nak tau wahai pak menteri
Quote lemak_masin 13-2-2020 12:41 PM
Sapaa WHO ni? Pepandai je nak nasihat kita
KKM Lagi pandai laa..
setakaT 18 jangkitan jangan kasi panic ok... ekonomi malaysiaa lebih penting laaa..  rakyat sakit tu sendiri obat laaa..


Quote Orix 13-2-2020 12:44 PM
kau nak tggu sampai 19ribu rakyat Malaysia kena covid 19 bru ko nak suh kitorg gelabah tetek untuk panik ke pak muntri ?
Quote kasibiman 13-2-2020 12:51 PM
Diminta ahbeng rba dap dtg bagi pencerahan sumber sahih against statement WHO ni.


Huiii jahat betul WHO dgn fake news dia.
Quote Ferr_Remy 13-2-2020 12:53 PM
Bodoh bertingkat2. Mmg kerajaan spenggal je la korg ni.
Quote saripdolmat 13-2-2020 12:53 PM
tiada yg lebih bodo melainkan menteri PH
Quote najib888 13-2-2020 12:55 PM
Sapa sebar fake news Ni? WHO.
Sapa?
SKMM sila tangkap WHO.. Malaysia masih terkawal la.
Quote tobby 13-2-2020 12:55 PM
Jumlah kes Koronavirus COVID-19 cecah 60,000 semalam.

Peningkatan besar itu direkodkan kerana negara China telah memperluas definisi untuk kes COVID-19 dengan memasukkan kes yang ‘didiagnosis secara klinikal’ dalam angka rasminya dan bukan hanya dari ujian asid nukleik sahaja.

Adakah kerajaan PH juga akan buat serupa dengan negara China?
Quote tobby 13-2-2020 12:58 PM
lipans replied at 13-2-2020 12:32 PM
kena tangkap WHO ni. sebar berita palsu.

KERAjaan PH anggap ini berita palsu kerana kementerian PH amat memerlukan duit dari pelancong Cina  malahan menteri pelancongan PH yg bodoh itu berkata virus ni masalah kecil saja
Quote R2D2 13-2-2020 01:00 PM
mohon macai segera dgn kadar segera report pada SKMM pasal WHO la yg cetuskan panik  
jgn lupa screen shot
Quote Ina8895 13-2-2020 01:05 PM
Dia ni pakar toksikologi. Dah biasa handle kes macam ni. Kata cai ph.
Quote teky 13-2-2020 01:07 PM
jadah nyer terkawal.. dri 8 kes dan bertamabah ke 18.. terkawal apenye natang...

Quote lemak_masin 13-2-2020 01:09 PM
tobby replied at 13-2-2020 12:58 PM
KERAjaan PH anggap ini berita palsu kerana kementerian PH amat memerlukan duit dari pelancong Cina ...

Depa tu takde idea lain.. pelancong negara lain pun byk jugaa... pi laa promote kaw kaw.., ini kaum prc tak cebok ni jugak depaaa utamakan..
Quote EmaAsmadi 13-2-2020 01:14 PM
Tak panik pun. Tapi kalau serius biar menteri2 yang mati dulu
Quote tobby 13-2-2020 01:32 PM
Ina8895 replied at 13-2-2020 01:05 PM
Dia ni pakar toksikologi. Dah biasa handle kes macam ni. Kata cai ph.

adakah dia salah seorang penyebar fake news Lynas adalah loji nuklear?
Quote FailFish 13-2-2020 01:38 PM
minta ayam ph dekat forum ni report WHO
statement dr kasai tu boleh cetus panic
report bawah kesalahan dengan sengaja cuba mengganggu ketenteraman awam
Quote Buritan 13-2-2020 01:39 PM
tobby replied at 13-2-2020 12:58 PM
KERAjaan PH anggap ini berita palsu kerana kementerian PH amat memerlukan duit dari pelancong Cina ...

Pyropura dah lari mencirit kekmana ek

Lihat semua komen(210)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.069714 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top