CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bolehkah Air Kelapa, Lemon Suam Rawat Covid-19?

13-2-2020 06:12 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9067| Komen: 71|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Baru-baru ini, tular saranan seorang pengamal perubatan, Dr Noordin Darus agar individu yang dijangkiti Covid-19 meminum antara enam hingga tujuh gelas air kelapa dan lemon suam pada hari pertama.
Kredit foto: Thunyarat KlaiklangGilmer Diaz Estela / Pexels


Baru-baru ini, tular saranan seorang pengamal perubatan, Dr Noordin Darus agar individu yang dijangkiti Covid-19 meminum antara enam hingga tujuh gelas air kelapa dan lemon suam pada hari pertama.

Selain itu, pesakit Covid-19 turut digalakkan memakan sayur hijau seperti kangkung dan jangan kerap makan gula, susu serta daging.


Dr. Noordin Darus

Kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, timbul persoalan sama ada langkah tersebut benar-benar berkesan untuk merawat virus yang berasal dari Wuhan, China itu.

Merujuk maklumat yang dikongsikan Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan melalui Facebook pada 10 Februari, setiap makanan yang disebutkan itu mempunyai khasiat tersendiri.

"Namun, belum ada kajian saintifik yang yang berjaya membuktikan pengambilannya dapat merawat atau mencegah daripada jangkitan Novel Coronavirus," jelasnya.


Kredit foto: Facebook

Orang ramai turut dinasihatkan supaya jangan mengambil sesuatu makanan sahaja tanpa bukti saintifik yang ia boleh merawat penyakit tertentu.

"Pengambilan sesuatu makanan yang dianggap 'sihat' itu juga tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ada kesannya kepada tubuh badan," katanya.

Pada masa sama, mereka juga tidak seharusnya menjauhkan makanan lain yang tidak terbukti kemudaratannya.

"Sebagai contoh, jika mengelak dari mengambil sesuatu kumpulan makanan seperti daging dan susu, kemungkinan kekurangan zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan kalsium untuk mengelak kerapuhan tulang. 

"Ambil ikut Panduan Diet Malaysia, iaitu sebesar 2 kotak mancis bagi satu hidangan daging dan 1 gelas susu untuk satu hidangan kumpulan tenusu," ujarnya.

Sebaik-baiknya, kita mengamalkan pemakanan seimbang, minum air secukupnya dan bersenam setiap hari untuk menjaga kesihatan. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote domestobot 13-2-2020 06:30 PM
doktor camni nak pulak orang dengar cakap dia.
Quote jazaa100 13-2-2020 06:33 PM
Ikut pengamal perubatan kat India....guna tahi lemboo blh baik.....
Quote pakatanhancing 13-2-2020 06:41 PM
tak betol,

air kincing pee esh lagi mujarab,
Quote Ina8895 13-2-2020 07:28 PM
domestobot: doktor camni nak pulak orang dengar cakap dia.


Dia tu doktor sukan rasanya
Quote Buritan 13-2-2020 07:34 PM
jazaa100 replied at 13-2-2020 06:33 PM
Ikut pengamal perubatan kat India....guna tahi lemboo blh baik.....

Betull.. kanda pirop dah buat.. bersannnnn n
Quote Dwdrum 13-2-2020 07:39 PM
6 to 7 glass air kelapa untuk hari pertama saja kah? or setiap hari .....jika tidak Dr ini mahu hantar pesakit yang infected terus ke kubur kah...tinggi gila potassium akan ada dalam darah....
Quote sarah82 13-2-2020 07:40 PM
Dwdrum replied at 13-2-2020 07:39 PM
6 to 7 glass air kelapa untuk hari pertama saja kah? or setiap hari .....jika tidak Dr ini mahu han ...

Haa.. Boleh stop jantung..
Quote KIM.K 13-2-2020 07:52 PM
Terima kasih Dr. Mau naik harga kelapa muda lepasni.
Pengidap HIV memang banyak minum air kelapa. Boleh counter virus. Lemon pun boleh ya..untuk potong glukos kot

Kata kawan iols vit C intravenous yang boleh rawat HIV/kanser tu diharamkan di Msia. Tapi boleh ambil liposomal vit C sebab 90% diserap oleh badan. Vit C oral biasa tu 20% je diserap tubuh
Quote kasibiman 13-2-2020 07:53 PM
pakatanhancing replied at 13-2-2020 06:41 PM
tak betol,

air kincing pee esh lagi mujarab,

Cis bedebah.

Pesalll kau potoong trip aku nak Komen pasal ni?
Quote Dwdrum 13-2-2020 09:08 PM
sarah82 replied at 13-2-2020 03:40 AM
Haa.. Boleh stop jantung..

extrapolated sangat ...tanpa bagi detail .... u kenal siapa yea Dr ini ?
Quote sarah82 13-2-2020 09:13 PM
Dwdrum replied at 13-2-2020 09:08 PM
extrapolated sangat ...tanpa bagi detail .... u kenal siapa yea Dr ini ?

Aku tau sebab tok aku jaga kan ada kidney problem.. Jadi bila potassium dia tinggi mmg kami semua berjaga2..pernah bacaan potassium dia 20++..urea dia 40++..
Quote lonso 13-2-2020 09:27 PM
Mgkn ada betulnya.. Tapi ambil dgn kadar betul.. Jgn bnyk sgtlah..mgkn sehari segelas..
Quote arnauld 13-2-2020 09:29 PM
Air kelapa kaya dgn potaium lemon ph9 mmg la kuatkan immune system. Paling mudah sekali pantang gula susu pekat dan bnykkan air kosong dan workouts ur bicep tricep thigh and calves dah cukup utk any virus...
Quote arnauld 13-2-2020 09:30 PM
Air kelapa kaya dgn potaium lemon ph9 mmg la kuatkan immune system. Paling mudah sekali pantang gula susu pekat dan bnykkan air kosong dan workouts ur bicep tricep thigh and calves dah cukup utk any virus...ni la natural immunotherapy
Quote ina_na 13-2-2020 09:36 PM
Doc ni pun salah seorg bekas pesakit kanser kan.. Ade tgk fb dia.. Dia suggest mungkin ikut cara perubatan tuk org yg hiv kot.. Sbb rsnye skrg ni doc pakai ubat hiv tuk pesakit corona
Quote Dwdrum 13-2-2020 09:37 PM
aku tidak reply kepada hang..perlu tag ..donno y

@sarah82

tok ada sejarah diabetic...blood preesure or pernah buat chemo sebelum ini? ...
umur tok brapa yea?
Quote arasham 13-2-2020 09:41 PM
arnauld replied at 13-2-2020 09:29 PM
Air kelapa kaya dgn potaium lemon ph9 mmg la kuatkan immune system. Paling mudah sekali pantang gula ...

Tapi ahli bina badan kat wuhan tu mati jugak dek virus ni... hmmmm...
Quote sarah82 13-2-2020 09:46 PM
Dwdrum replied at 13-2-2020 09:40 PM
aku tidak reply kepada hang..perlu tag ..donno y

@sarah82

Dia x ada diabetic.. Pernah kena strok..chemo tak pernah.

Apa yg dr bgtau kat kami.. Kes tok 1 dlm 10 ribu.. Kidney dia block.. Jadi uro buat NT prosedur kat dia..
Quote arnauld 13-2-2020 09:48 PM
arasham replied at 13-2-2020 09:41 PM
Tapi ahli bina badan kat wuhan tu mati jugak dek virus ni... hmmmm...

Actually overly workout pun tak elok...nominal the best. Lampau workout , minum air pun bahaya...

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057561 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top