CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biadab! Warga Asing Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan

22-3-2020 11:24 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 9217| Komen: 73|Original author: Oleh: Ct Cheery

Description: Ketika ini, negara sedang dilanda kebimbangan pandemik Covid-19 sehinggakan kerajaan mengambil inisiatif mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan wa ...

Ketika ini, negara sedang dilanda kebimbangan pandemik Covid-19 sehinggakan kerajaan mengambil inisiatif mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan.



Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette


Namun, ketika rakyat cuba mengikuti perintah kerajaan supaya duduk di rumah dan anggota polis meninjau kawasan bagi memastikan rakyat mematuhi arahan, terdapat warga asing dilihat merayau di kawasan sekitar pasar borong Selayang seperti dilaporkan MalaysiaGazette.


Difahamkan, kawasan itu rata-ratanya dihuni warga asing dan pendatang tanpa izin (PATI)



Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette


Ketika pasukan Malaysia Gazette melakukan tinjauan di pasar berkenaan, mereka dikejutkan dengan keadaan berpuluh-puluh penduduk berkumpul tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. 


Mereka kelihatan bebas berjalan-jalan, berkumpul dan duduk berbual di perkarangan kedai serta jalan raya. Malah, terdapat kanak-kanak bermain dan berlari-lari di kawasan tersebut.


Kedai-kedai makan juga dibuka dan beroperasi seperti biasa dengan kebanyakkan pelanggan duduk santai menjamu selera tanpa mempedulikan arahan yang dikeluarkan kerajaan. 


Selain itu, ada juga yang memancing ikan di kawasan tasik berdekatan. Sangat biadab!



Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette


Mereka seolah-olah tidak tahu menahu mengenai larangan kerajaan yang tidak membenarkan berkumpul sesama sendiri. 


Lebih menjijikkan, terdapat lelaki dan wanita yang duduk di luar perkarangan kedai sambil menjual sirih, malah mereka yang membeli dan mengunyah sirih langsung tidak mempedulikan soal kebersihan dengan meludah di merata-rata.



Loading FB Post...


Team Malaysia Gazette ada berbual dengan beberapa warga asing yang rata-rata mereka dari etnik Rohingya itu mengakui maklum dengan PKP, namun tidak menganggapnya serius.


Wahida Kama, seorang perniaga makanan maklum mengenai arahan kawalan tersebut, namun beranggapan ianya sekadar sekatan biasa yang melarang orang ramai keluar jauh dari kawasan masing-masing.


"Tidak tahu sangat. Kedai macam biasa. Tahu tentang tidak boleh keluar rumah tapi macam biasa," kata Wahida kepada Malaysia Gazette.


Sementara itu, Mohd Shawal akui dia sememangnya sedar mengenai penularan wabak Covid-19, tetapi tidak begitu faham dan peduli mengenainya.


" Tapi bila malam, tempat ini sunyi juga. Semua turun beli makanan dan naik balik. Saya juga begitu," ujarnya.


Rata-rata rakyat Malaysia bimbang dengan sikap warga asing berkenaan dan meninggalkan komen, mengharapkan kerajaan mengambil tindakan segera ke atas mereka sebelum ianya mengundang bahaya.



Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette


"Bangsa asing ni bukan tak tahu, saja buat tak tahu.


"Mustahil dalam ramai-ramai, sorang pun tak tahu Bahasa Melayu.


"Patutnya, kalau bukan sebab Covid-19 pun, dah lama perlu diselesaikan.


"Depa ni sebenarnya dah faham Bahasa Melayu, cuma malas nak ikut arahan.


"Memberi kesan buruk pada rakyat," antara komen netizen di Facebook Malaysia Gazette.


Apa yang dibimbangi adalah berasas kerana warga asing berada dalan lingkungan masyarakat kita dan wabak Covid-19 tidak memilih agama, bangsa mahupun warna kulit. - CARI

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote top5complete 22-3-2020 11:27 AM
PTI..kenapa ada di sini?
Quote nazzse 22-3-2020 11:29 AM
Hantar balik lah, buat serabut je puak2 ni..sakit masuk hospital pakai duit tak payer jgk, membazir..dah la degil..
Gov kena utamakan rakyat sendiri kali ni, buat mcm negara lain.
Quote beatgirlX 22-3-2020 11:29 AM
Tangkap je yg degil2 ni boleh?
Quote TravellingBear 22-3-2020 11:31 AM
DrM suruh kumpul dlm kandang kambing?

Weyhh... ambik la sorang dorang suruh derma darah
Quote bloodyamuk 22-3-2020 11:33 AM
Bohong taktau...takkan boss ke tauke ke tak bagitau tak perlu mai kerja 14 hari sebab corona...

bab tiktok wechat michat laju jah
Quote KIM.K 22-3-2020 11:33 AM
Hari biasa memang lengang kat situ. Budak gi sekolah, masing2 kerja.
Sebab pkp diorg beriadah rewang bagai. Mohon disekolahkan
Quote munchkin 22-3-2020 11:34 AM
Tangkap ajalah hantar balik. Menyemakkkkk
Quote bambimo 22-3-2020 11:35 AM
Korang upah 10 org tabligh lalu je kat situ
Mau semua org lari..
Apa la yg susah sgt nk duk rumah haihhh
Quote VirusCinta 22-3-2020 11:35 AM
Diorg ni lah yang akan replenish rakyat2 Malaysia YG mati tu.
Quote underground 22-3-2020 11:36 AM
Mereka tak takut penguatkuasa pun.

Sebab ada penguatkuasa yg korup dijaga ketua mereka merosakkan imej.

Aku pun dah letih hadap pati degil dan bongkak ni.

Harap2 ATM nanti guna rotan tu hayun je kepala diorang ni.



Quote haznor 22-3-2020 11:37 AM
Tangkap je puak2 ni hantar balik negara asal.
Quote unoryah 22-3-2020 11:38 AM
PTI memang kat mana2 sama saja...
Quote arasham 22-3-2020 11:49 AM
Yg video polis halau turun dari bas tu pun indon ramai kan
Quote Sham143 22-3-2020 11:54 AM
Dari negara dunia ke3..Golongan low mentaliti..Susah nk faham penerangan..
Quote Nham22 22-3-2020 11:54 AM
bambimo replied at 22-3-2020 11:35 AM
Korang upah 10 org tabligh lalu je kat situ
Mau semua org lari..
Apa la yg susah sgt nk duk rumah ...

Hantar azwan ali
Quote Nham22 22-3-2020 11:55 AM
Seba tu tentera perlu.. Bukan untuk rakyat malaysia. Tp untuk pati nih haah.. Degil.. Bawak air simbah
Quote Tunan 22-3-2020 11:59 AM
diorg nak duduk rumah? diorg ada rumah ke
klau satu rumah duduk 20 org agak agak boleh bernafas?
sbb tu diorg lepak luar...
Quote krustykrab 22-3-2020 11:59 AM
Mana puak2 yg dulu marah marah suruh bawak masuk rohingya ni, katanya bumi allah ni luas...mohon korg kutip diorg ni bela dlm rumah masing2
Quote cmf_premierleag 22-3-2020 12:11 PM
mohon wardina safiyyah kutip puak rohingya kesayangan dia ni dan kumpul diorg jat rumah wardina
cc @ituini @perangdina

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054465 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top