CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pesakit Cancer Positif Covid-19 Lepas Ahli Tabligh Berkeliaran Di Hospital

22-3-2020 10:58 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 10972| Komen: 79|Original author: Oleh: Straya

Description: Menurut berita semalam, jumlah korban Covid-19 di seluruh negara dilaporkan mencecah seramai lapan orang. Lebih 1,000 individu dijangkiti virus ini, di mana kebanyakannya ialah peserta Ijtimak Tablig ...

Kredit foto: BAH News

Menurut berita semalam, jumlah korban Covid-19 di seluruh negara dilaporkan mencecah seramai lapan orang.  Lebih 1,000 individu dijangkiti virus ini, di mana kebanyakannya ialah peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang telah berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac lepas.

Sebilangan besar peserta Ijtimak Tabligh ini telah memberikan kerjasama dan hadir ke hospital untuk membuat ujian saringan.

Namun baru-baru ini, timbul pula masalah lain mengenai peserta Ijtimah Tabligh yang sedang dikuarantin di hospital. 

Melalui 'Instagram Story' aadamjr_, Muhaimin Mazlan mendedahkan bahawa ayahnya, seorang pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan telah dijangkiti Covid-19 apabila didatangi sekumpulan ahli tabligh. 



Kredit foto: Instagram Story aadamjr_

Menurut Muhaimin, sesetengah ahli tabligh ini merayau-rayau di dalam wad dan menghampiri pesakit lain untuk memberi ceramah. Sedangkan, kebanyakan mereka sedang dikuarantin atau menunggu keputusan ujian saringan. 

Lebih membimbangkan, ayahnya sudah lama terlantar kerana sakit kanser paru-paru. Belum sembuh daripada sakit kanser, dia kini menghidap Covid-19 pula. Menurut doktor, pesakit kanser sukar untuk sembuh jika terkena virus berkenaan.

Dalam statusnya, Muhaimin meminta supaya ahli tabligh ini berhenti daripada menggunakan agama dan bersikap lebih bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan virus ini kepada pesakit lain. 

Dia juga meminta pihak berkuasa memaksa ahli tabligh ini supaya mengikut peraturan hospital dan tidak dibiarkan bebas merayau ke katil pesakit lain.

Bagaimanapun, lokasi hospital yang terlibat tidak dapat dikenal pasti kerana tidak dinyatakan dalam status Instagram ini. Harap sesuatu tindakan yang cepat boleh diambil pihak berkuasa untuk mengenal pasti dan mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab ini sebelum virus merebak lebih teruk. - CARI

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • munchkin


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 22-3-2020 11:00 AM
Haramkan jela tabligh ni.
Quote munchkin 22-3-2020 11:01 AM
Yang ni kesian sangat sangat.
Quote dubuk 22-3-2020 11:03 AM
this is sad....
Quote edee_91 22-3-2020 11:03 AM
sahih ke tak ni? kalau sahih, hanjeng punya geng tabligh.
Quote pokaibanktokyo 22-3-2020 11:08 AM
Tabligh = pundek
Quote monreyes 22-3-2020 11:09 AM
edee_91 replied at 22-3-2020 11:03 AM
sahih ke tak ni? kalau sahih, hanjeng punya geng tabligh.

kat twitter aritu ada viral gak psl ni....
dorang suka2 lak lawat2 pesakit...abih tu nurses sume x alert ke....
Quote kelapaparut 22-3-2020 11:10 AM
babi betul la kalu betul..duduk diam2 atas katil la, ni korang pi merayap bg ceramah agama dr katil ke katil dah knp, aku dah dgr 2 side punye cerite org tabligh dgn org biase, tetap aku salahkan geng tabligh..
Quote MissVixen 22-3-2020 11:10 AM
Biar betul?? Bukan diasingkan ke?
Quote edee_91 22-3-2020 11:12 AM
monreyes replied at 22-3-2020 11:09 AM
kat twitter aritu ada viral gak psl ni....
dorang suka2 lak lawat2 pesakit...abih tu nurses sume  ...

aku pun sendiri ada tengok gambar viral dalam spital pulak geng2 tabligh ni buat dakwah. tapi aku ingatkan ok la, buat dakwah sesama geng2 yang dah sedia jangkit dengan covid ke apa kan... sekali rupanya2 melilau sampai ke wad lain ke???
Quote nazzse 22-3-2020 11:15 AM
Bukan ke pesakit yang kena covid ni diasingkan dari wad2 lain, khaas utk dieorg je, even nak keluar masuk pun tak boleh kecuali org2 hospital je, tu pun kena full ppem. Mana ada letak sekali lagi2 dgn cancer pt. yg diketahui immunocompromised.  I tak nak percaya status budak ni, saja nak viral kekadang
Quote marumaru 22-3-2020 11:17 AM
tanggung jawab banyak di bawah pihak hospital dan kkm...tabligh tu pun pesakit kat situ..kalau mereka disyaki pengidap penyakit senang berjangkit dan merbahaya macam ni, kenapa tidak diasingkan betul2..kenapa dibiarkan pergi sana sini dalam hospital...adalah tidak adil disalahkan dan diletakkan tanggungjawab atas pihak tertentu sahaja..

kepada golongan tabligh, saya tahu apa yang cuba lakukan adalah untuk menyebarkan dakwah, tapi sekarang cara bertemu orang ramai macam tu adalah salah..guna cara lain seperti media sosial yang tidak perlu berjumpa ramai2..

jangan biarkan golongan anti islam menggunakan isu ini untuk menjatuhkan usaha dakwah islam...marilah redha dan sabar serta menggunakan saluran yang betul untuk berdakwah...

saya tahu kamu sayang mereka, sebab taknak mereka terseksa dalam neraka disebabkan kelalaian dan kejahilan, tetapi kalau ramai taknak ikut  itu mungkin pilihan mereka..yg penting cara bersemuka beramai2 tak sesuai sekarang...gunakan media sosial dan banyakkan berdoa untuk dibukakan hati orang2 yang benci islam ni...
Quote KIM.K 22-3-2020 11:21 AM
marumaru replied at 22-3-2020 11:17 AM
tanggung jawab banyak di bawah pihak hospital dan kkm...tabligh tu pun pesakit kat situ..kalau merek ...

Ramai yg perangat isu tabligh hari2 ni RBA jah..bukan sapa2 pun. Character assassination
Org luar baca porum terpengaruh. LAWAN DIORG NIE
Quote amerald 22-3-2020 11:23 AM
Macam mana pulak pesakit covid ni boleh pergi jalan ke mana2 wad dan katil lain?
Bukan ke setiap wad hospital dikawal rapi.
Kalau tak kawal, mesti semua staff kkm boleh jangkit
Quote Kurex 22-3-2020 11:26 AM
Ok.. ni satu cerita geng tabligh yg penah datang ketuk rumah aku..

Dia kata "yg bagi kesihatan dan kekuatan adalah Allah, bukan ubat atau air Milo. Jadi kalau takde ubat pun Allah boleh sembuhkan, tak minum milo pun Allah boleh bagi kekuatan...". Woi celaka!!! Kalau semua nak mintak Allah tanpa usaha pun tak guna la bodohhhhh
Quote syadq 22-3-2020 11:29 AM
Tak boleh nak percaya cerita budak ni. Hospital mana pon tak bagitau. Mungkin sebenarnya org tabligh tu kawan bapak dia dtg melawat.
Quote Aerhys 22-3-2020 11:31 AM
Mereka ini seolah olah terputus terus dari dunia nyata. Langsung tidak tahu apa2 tentang isu semasa di dunia termasuk bahayanya virus covid dan cara penyebarannya. Mengejar yg akhirat saja, fardhu kifayah tercicir, pahala habis berguguran satu demi satu kerana menyebabkan kematian umat islam yg tidak bersalah dan meruntun hati keluarga mereka yg kehilangan insan tersayang. Inikah ajaran islam? To this day none of them have apologized to the public kan? All we heard is KKM this KKM that, government didn't stop them etc. Inilah masa utk mereka bermuhasabah. Help the authorities to track the rest of your jemaah. Ini sibuk pula bermain angka. Do your part utk kebaikan bersama instead of shifting the blame to the government who is already struggling to contain the virus. Nasihatkan anak2 buah yg masih degil itu. Stop being so defensive.
Quote Lagubestbest 22-3-2020 11:36 AM
muflis akhirat bunuh orang
Quote unoryah 22-3-2020 11:40 AM
Bukan semua tabligh gitu...
Ni perangai individu tak wakili senua..
Quote monreyes 22-3-2020 11:51 AM
Aerhys replied at 22-3-2020 11:31 AM
Mereka ini seolah olah terputus terus dari dunia nyata. Langsung tidak tahu apa2 tentang isu semasa  ...

mmg btol...
umah xde tv...
bila borak kat ws..terpaksa explain over n over again...
kadang2 rimas juga...
sbb alang2 ko dah buang duniawi...
x yah la amik tau....

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060336 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top