CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Benda Paling Saya Takut Terjadi" - Bapa Saudara Muaz KoolFM Meninggal Akibat Covid-19

22-3-2020 10:50 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 6848| Komen: 15|Original author: Oleh: top5complete

Description: Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan berita empat lagi kematian di Malaysia akibat virus Covid- 19 menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak lapan orang.
Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan berita empat lagi kematian di Malaysia akibat virus Covid- 19 menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak lapan orang.


Foto: Instagram

Berita tersebut dikongsikan di Twitter rasmi kementerian itu.

Agak mengejutkan apabila penyampai radio KoolFM, Muaz Muhamed turut memaklumkan berita duka bahawa bapa saudaranya meninggal dunia petang semalam akibat pandemik itu.

"Benda yang saya paling takut, terjadi juga. Pak Uda saya iaitu Idris b Atan telah pergi selamanya. Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak. Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris dan lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini.


Foto: Instagram

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," kongsi Muaz di Instagram miliknya.


Foto: Instagram

Perkara tersebut juga dikongsikan anak perempuan Allahyarham iaitu Syahira Idris di akaun Twitter miliknya.

"Assalammualaikum semua. Dengan berat hati, ayah saya Idris Bin Atan telahpun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat. Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat.

"Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

"Seperti yang dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital. Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital.

"Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah," tulisnya.

Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat seluruh rakyat Malaysia, jangan sesekali mengambil enteng covid-19. Jangan sampai keluarga kita sendiri yang terkena baru mahu sedar dan mengambil serius. - CARI
1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 22-3-2020 11:25 AM
Edited by KIM.K at 22-3-2020 11:28 AM

Few years dulu aku kata kat few people, anak2 kau tak dapat cium jenazah kau. Tak ada kubur. Tak ada funeral. Tak ada jenazah. Anak2 tak boleh bau pun jenazah kamu

Welcome to 2020 folks where I already anticipate the fate of sungai buloh. Apapun iols tak pernah tak doakan orang beriman terlepas dari bala dan ujian. Semoga ditempatkan bersama org beramal saleh
Quote beatgirlX 22-3-2020 11:37 AM
Salam takziah buat keluarga aruah
Quote imanjannah 22-3-2020 01:00 PM
salam takziah
Quote LadyCarefree 22-3-2020 01:06 PM
Jadinya siapa mati sebab covid19 ni tuhan sayang lebih? Mati muda tuhan sayang lebih. Mati orang baik2 tuhan sayang lebih.
Quote blekkep 22-3-2020 01:30 PM
LadyCarefree replied at 22-3-2020 01:06 PM
Jadinya siapa mati sebab covid19 ni tuhan sayang lebih? Mati muda tuhan sayang lebih. Mati orang bai ...

sian atok aiols umo pjg tuhan x syg
Quote LadyCarefree 22-3-2020 03:17 PM
blekkep replied at 22-3-2020 12:30 PM
sian atok aiols umo pjg tuhan x syg

Kesiannnnnn
Quote pinkzara 22-3-2020 04:46 PM
LadyCarefree replied at 22-3-2020 01:06 PM
Jadinya siapa mati sebab covid19 ni tuhan sayang lebih? Mati muda tuhan sayang lebih. Mati orang bai ...

Hikmah Mati muda tuhan sayang. Sebab allah takut makin byk dosa yg org muda tu buat
Quote LadyCarefree 22-3-2020 09:17 PM
pinkzara replied at 22-3-2020 03:46 PM
Hikmah Mati muda tuhan sayang. Sebab allah takut makin byk dosa yg org muda tu buat

Tuhan saya maha mengasihani dan penyayang. Tuhan saya sayang semua makhluknya. Biasanya kalau berdoa, kami doa semoga Tuhan panjangkan umur, murah rezeki.
Quote biozipstar 22-3-2020 10:53 PM
salam takziah
Quote nolya 22-3-2020 11:07 PM
KIM.K replied at 22-3-2020 11:25 AM
Few years dulu aku kata kat few people, anak2 kau tak dapat cium jenazah kau. Tak ada kubur. Tak ada ...

Inna lillahi wa inna ilaihi ro ji'uun.....Segala yg terjadi sudah dlm perkiraan Allah namun doa drp anak2 dn keluarga yg soleh itulah yg akan memberi syafaat kpd almarhum di alam barzah.
Quote nolya 22-3-2020 11:56 PM
pinkzara replied at 22-3-2020 04:46 PM
Hikmah Mati muda tuhan sayang. Sebab allah takut makin byk dosa yg org muda tu buat

Allah sayang kpd semua makhluk yg dicipta-Nya. Segala yg dijadikan tidaklah sia2 kerana saling memanfaati.  Itu sebab Allah melarang manusia berlaku zalim sesama, juga terhadap binatang dn lam.

Dikatakan Allah matikan yg muda sbg tanda sayangNya bukan bererti Allah tak sayang kpd yg tua. Allah sayangi semua ttpi itulah rahsia Allah  menentukan takdir-Nya. Tak harus dipertanyakan . Kenapa orang muda, orang baik mati dulu, kenapa orang jahat orang tua lambat matinya, tak ade siapa yg dpt merungkai jawapannya.

Kalau dikatakan "Sebab allah takut makin byk dosa yg org muda tu buat", salah sangkaan begitu. Prasangka begini perlu dibetulkan. Allah miliki rasa kasih sayang dan mengasehani (spt maksud dlm kalimah Basmalah)  ttpi Allah tak ada rasa khuatir apa lagi takut terhadap segala kemungkinan jelik/dosa yg akan manusia lakukan. Bukankah  Allah itu Yg maha tau. Kata2 Allah sayang dia, maka dia dijemput duluan (dlm usia muda) adalah kata2 kiasan, kata2 bujukan bagi waris2 yg ditinggal pergi agar tidak terlalu sedih dn berdukacita. Manusia semua adalah milikNya, dari Dia manusia datang, kpd Dia manusia pulang.
Quote pinkzara 23-3-2020 01:14 AM
nolya replied at 22-3-2020 11:56 PM
Allah sayang kpd semua makhluk yg dicipta-Nya. Segala yg dijadikan tidaklah sia2 kerana saling mem ...

No need to longgggg explanation la sis. Dont take it too seriously. Chill.
Bab agama i belajar dgn ustazah face ro face. Mana boleh main percaya org tulis dialam maya tanpa berguru. Adoii la.
Quote nolya 23-3-2020 01:46 AM
pinkzara replied at 23-3-2020 01:14 AM
No need to longgggg explanation la sis. Dont take it too seriously. Chill.
Bab agama i belajar d ...

Saya cuma ingin sampaikan maklumat sebaik mungkin.  Tapi kalau U tak nak terima, terserah. Semak juga apakah informasi saya betul atau salah atau lebih wajar dibakulsampahkan saje. Lebih gampang pedulikan saja, tak perlu nak peningkan kepala atau tersenggol rasa. Nama pun berforum kan?
Quote husna_amal 23-3-2020 09:52 AM
Takziah buat keluarga arwah.
Quote Kelabuasap 23-3-2020 09:57 AM
nolya replied at 22-3-2020 11:56 PM
Allah sayang kpd semua makhluk yg dicipta-Nya. Segala yg dijadikan tidaklah sia2 kerana saling mem ...

Terbaik sis..
Tq

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055357 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top