CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19 Belum Reda, Hantavirus Pula Serang China

27-3-2020 10:53 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 11258| Komen: 119|Original author: Oleh: top5complete

Description: Baru sahaja pandemik COVID-19 mula menurun di China, tiba-tiba dunia dikejutkan lagi dengan virus terbaru dikenali sebagai 'HantaVirus'.
Baru sahaja pandemik COVID-19 mula menurun di China, tiba-tiba dunia dikejutkan lagi dengan virus terbaru dikenali sebagai 'HantaVirus'. 

Menurut portal berita Anadolu China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus.



Foto: globaltimesnews

Mangsa pertama Hantavirus itu merupakan seorang lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.

"Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu," petik portal berkenaan.

Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.

Penyakit bawaan virus itu kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.


Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa 'hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia'


Foto: Google

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Ogos 2012, Pejabat Kesihatan Awam Taman Negara (NPS) melaporkan enam kes sindrom pulmonari Hantavirus (HPS) di kalangan pelawat ke Taman Negara Yosemite di California, Amerika Syarikat. Dua daripada enam kes itu menyebabkan kematian.


Foto: Google

HPS adalah penyakit yang jarang ditemui, tetapi serius dan disebabkan oleh air kencing, najis, atau air liur tikus yang dijangkiti. Tikus rusa adalah tuan rumah utama virus ini. 

Penyakit ini bermula dengan demam, menggigil, sakit otot, dan/atau gejala gastrointestinal, tetapi boleh berkembang dengan pesat ke penyakit yang mengancam nyawa. 


Foto: Berita Harian

Gejala HPS biasanya berlaku dua hingga empat minggu selepas pendedahan awal kepada virus itu. Walau bagaimanapun, gejala boleh muncul seawal satu minggu dan sehingga enam minggu selepas pendedahan. 

Bagaimanapun, penyebaran Hantavirus dari manusia ke manusia belum dilaporkan di Amerika Syarikat.


Foto: Rediff

Kes-kes hantavirus datang pada masa apabila jumlah kiraan mereka yang dijangkiti oleh coronavirus novel di seluruh dunia mencecah 400,000 dan saintis masih belum dapat menyembuhkannya. 

Semoga kita dijauhi dari virus ini, teruskan duduk di rumah dan jangan keluar tanpa tujuan sehingga ada arahan terbaru dari Kerajaan.

Foto: Google

INFO:

* Sindrom Pulmonari Hantavirus (HPS) adalah penyakit pernafasan yang teruk, kadang-kadang membawa maut kepada manusia akibat jangkitan hantavirus.

* Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, hantavirus adalah daripada keluarga virus yang merebak melalui tikus dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia.

* Menurut Perkhidmatan Kesihatan Awam Kanada, hantavirus boleh dijangkiti melalui partikel virus daripada air kencing, tahi atau air liur tikus.

* Gigitan tikus didakwa boleh menyebabkan jangkitan walaupun jarang berlaku.

* Hantavirus mempunyai tempoh pengeraman pendek antara satu hingga lapan minggu.

* Simptom pesakit termasuklah demam, keletihan dan sakit otot.

* Gejala lain termasuklah badan menggigil, sakit perut, sakit kepala, pening, mual, muntah dan cirit-birit.

* Pada peringkat seterusnya, paru-paru pesakit yang dijangkiti akan dipenuhi bendalir menyebabkan mangsa mengalami kesukaran bernafas.

* Manusia boleh dijangkiti hantavirus apabila bersentuhan dengan tikus yang membawa virus.

* Hantavirus boleh berjangkit jika seseorang menyentuh mata, hidung atau mulut selepas menyentuh kotoran, air kencing atau kawasan sarang tikus.  - CARI

SUMBER: https://www.who.int/csr/don/2012_09_04/en/




Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 24-3-2020 11:11 PM
jangan laaa datang sini virus. Dok china diam2.
Quote Tinot7 24-3-2020 11:12 PM
Ya Allah.. apa pulak hantu virus ni???
tak habis2 dugaan...
Quote Rahah 24-3-2020 11:16 PM
Hantavirus? Aigoo...
Quote siq 24-3-2020 11:17 PM
Astaghfirullah.. harap kali ni contain la betul2.. sebelum keluar lagi statement #HanyaKluster #KandangLembu #Palatau #DenggiDanObese

dah boleh mula pasang perangkap tikus dah ke ni?
Quote sharlenetexas 24-3-2020 11:19 PM
Siapa hantar pulak ni?
Quote famri7 24-3-2020 11:21 PM
Menurut ummah covid sebab sajjah sentuk kaabah.. ini sebab pondan mana pula iya cyst?
Quote Levespa 24-3-2020 11:23 PM
Edited by Levespa at 24-3-2020 03:29 PM

Kalau mereka ni tak insaf lagi pengotor lagi lepas ni tak tau la.. Harapnya virus ni tak mutate jadi boleh transmit human to human pulak
Quote aijinmisaki 24-3-2020 11:24 PM
Ramai doctors dah buat ulasan ni bukan virus baru. Dan dia tak berjangkit manusia ke manusia. Cara berjangkit kalau terpegeng najis tikus dan directly sentuh muka
Quote faraway1 24-3-2020 11:24 PM
what the banana is that..
aiyo
Quote nuralisa 24-3-2020 11:25 PM
Dorg buat apa pulak dgn tikus2 tu ..mkn jugak ke .. x abih2 china ni
Quote aijinmisaki 24-3-2020 11:26 PM
famri7 replied at 24-3-2020 11:21 PM
Menurut ummah covid sebab sajjah sentuk kaabah.. ini sebab pondan mana pula iya cyst?

Adoiiiiiii
Quote Nes3in1 24-3-2020 11:27 PM
China pusat penternakan virus ke? Innalillah
Quote R2D2 24-3-2020 11:27 PM
kalau PH masih berkuasa tentu dia tgh buat kajian demi kajian
Quote JunkMail 24-3-2020 11:28 PM
Hayoooo China sudah2 la dgn virus ni. Ekonomi belum recover... Covid-19 pun Belum settle lagi.
Quote Remyda 24-3-2020 11:36 PM
Sedikit info
Quote Remyda 24-3-2020 11:36 PM
Sedikit info

Quote damsel_fiji 24-3-2020 11:39 PM
letaklah nama China Hantavirus..dan segala jadah virus yg dtg dri situ letak nama China..motif bangsa ni x mau claim plak
Quote matamata 24-3-2020 11:40 PM
Macam kencing tikus ke...?
#mintaksuap
Quote makiting 24-3-2020 11:43 PM
Selagi semua umat tak mati gaknya mcm2 virus diaorg ni cipta dan test kot

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.363151 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top