CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantu Dapat Penghargaan Dari Polis Tolong Kawal PKP

2-4-2020 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5211| Komen: 23

Description: Berang dengan kedegilan segelintir masyarakat yang melanggar Perintah kawalan Pergerakan (PKP), lelaki bertindak menyamar sebagai 'hantu' dengan harapan penduduk di kawasan perumahannya patuh perintah ...
Berang dengan kedegilan segelintir masyarakat yang melanggar Perintah kawalan Pergerakan (PKP), lelaki bertindak menyamar sebagai 'hantu' dengan harapan penduduk di kawasan perumahannya patuh perintah berkenaan.



Foto: FB

Namun, tanpa disangka-sangka tindakannya itu mendapat penghargaan daripada pihak polis.

Malah, Muhd Urabil Alias menerusi Facebooknya memaklumkan rumahnya didatangi sekumpulan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman selepas fotonya 'beraksi' tular, baru-baru ini bagi merakam penghargaan atas usahanya membantu melaksanakan PKP.

"Berdebar perut hantu bila kena serbu, mana taknya bila dua Hilux dan sebuah lori datang rumah.

"Ingatkan berusung dalam lori lah petang tadi," tulisnya pada Selasa lalu.


Loading FB Post...


Dalam masa sama, Urabil turut berterima kasih kepada anggota terbabit kerana sudi datang ke rumahnya serta menggelarnya "Detektif Hantu". - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 30-3-2020 06:48 PM
Patut diamkan dulu. Dah habis covid nanti baru bagitahu dia menyamar
Quote lazim 30-3-2020 06:48 PM
Hntu tkut. Virus x takut
Quote edoraixora 30-3-2020 06:57 PM
Dah heboh gini, mana maunya deme tu nak takut
Quote R2D2 30-3-2020 07:25 PM
Quote TravellingBear 30-3-2020 07:26 PM
@Kurex
Quote Skuau 30-3-2020 07:46 PM
lazim replied at 30-3-2020 06:48 PM
Hntu tkut. Virus x takut

dia kan hantu...sy pon x pasti hantu ni...dia boleh kena virus ke..idok???
Quote supernaturalee 30-3-2020 07:48 PM
R2D2 replied at 30-3-2020 07:25 PM


Mantap inspector sahab
Quote Cassieopeia 30-3-2020 09:31 PM
ala cpt sgt mengaku. nti ramai blk yg keluar lepak
Quote Zeatyisaac 30-3-2020 09:32 PM
Sekali terjumpa hantu betul.
Quote Supersirap 30-3-2020 09:57 PM
Macam-macam hal, kreatif sungguh
Quote Tinot7 30-3-2020 10:30 PM
lazim replied at 30-3-2020 06:48 PM
Hntu tkut. Virus x takut

Sbb depa nampak hantu. Virus tak nampak..
Quote sekngucing 30-3-2020 10:31 PM
apa maksud 'bengang'? sama mcm bengkang kah
Quote che_gaia 30-3-2020 11:28 PM
Iols suka tindakan dia..tapi iols tak suke la klau terjumpa..goshhhhh...larikkk
Quote binipopeye 31-3-2020 02:33 AM
adoiiii.... org dh tau dh menyamar hantu... makin degil masing2 kuar nk tgk hantu

Quote DARSITA 31-3-2020 06:48 AM


Aii tgk dlm FB (haahaha lepas bergaduh gaduh dgn puak extream) ada video polis denda yang degil degil buat ketuk ketapi.

Kelakar pulak sebab itu orang bangla kot?
Quote R2D2 1-4-2020 10:54 PM
Quote R2D2 1-4-2020 10:56 PM
Terima kasih 'lembaga putih'
2-3 minutes

“SAYA ingatkan polis datang untuk tangkap saya, rupanya menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih,” kata Muhammad Urabil Alias, 38, ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini tular gambar Muhammad Urabil berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van di Facebook sehingga dikongsi netizen sebanyak 3,300 kali dengan 1,400 komen dan 983 tanda suka.

Urabil berkata, dia berasa cemas apabila sekumpulan polis lengkap berpakaian operasi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman datang ke rumah.

“Mereka bertanya saya mengenai perbuatan saya memakai pakaian seperti lembaga putih untuk menakutkan remaja yang berkeliaran pada waktu malam.

“Saya diarahkan memakai semula pakaian dan topeng watak Gandalf itu kemudian keluar rumah untuk menemui mereka.

“Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu, namun kebimbangan itu hilang sekelip mata apabila mereka menyatakan kedatangan polis sekadar untuk mengucapkan terima kasih,” katanya ketika dihubungi di Chukai, hari ini.

Dia berkata, polis mengarahkannya memakai pakaian itu hanya untuk merakam gambar bersama.

“Saya berasa lega kerana tindakan saya itu dihargai dan lebih terharu kerana ia datang daripada kumpulan barisan hadapan.

“Polis mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada saya di atas tindakan saya menggalakkan orang ramai tinggal di rumah sesuai dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Menurutnya, jumlah remaja dan golongan belia yang berkeliaran di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung semakin berkurangan sejak gambar itu menjadi tular.

“Sehingga sekarang gambar itu masih dikongsi di media sosial,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki mengambil inisiatif bagi memastikan penduduk terutama remaja dan belia di taman perumahannya patuh kepada arahan PKP yang dikeluarkan.

Muhammad Urabil berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van sambil dirakam isterinya, Norhayati Nayan, 39.

Gambar itu kemudian dimuat naik ke Facebook miliknya dengan harapan ia menakutkan orang ramai untuk merayau di waktu lewat malam.

Quote CinnamonR 2-4-2020 05:32 PM
Ntah die pon SB sbnarnye kott
Quote SisthurVirus 2-4-2020 05:33 PM
Alah alah alah alah.........

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068363 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top