CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mukhriz Enggan Menyerah Kalah, Dakwa Dirinya Masih MB Kedah

14-5-2020 11:54 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 11591| Komen: 142|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Walaupun 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih menganggap beliau masih Menteri Besar Kedah yang sah.
Mukhriz Mahathir dalam sidang media di Alor Setar, Kedah pada 13 Mei 2020


Walaupun 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih menganggap beliau masih Menteri Besar Kedah yang sah.

Memetik laporan Sinar Harian, Mukhriz berkata, pengumuman yang dibuat pembangkang dalam sidang media kononnya kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Harapan (PH) tumbang adalah tidak relevan kerana tidak mengikut Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

"Mesyuarat Exco memutuskan, bagi memastikan menteri besar masih mempunyai sokongan majoriti atau tidak, kami syorkan kaedah itu dilakukan melalui persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)," jelasnya.


Beliau menambah, syor tersebut perlu dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah untuk pertimbangan baginda.

Mukhriz menyatakan, kerajaan negeri Kedah masih berfungsi seperti biasa dan mesyuarat Exco boleh diadakan.


Gambar hiasan

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga meminta pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya sekiranya mereka mahu mengambil alih kerajaan negeri.

"Tak semestinya tunggu sidang DUN akan datang, ia boleh dilakukan bila-bila masa dalam tempoh itu," katanya.

Jika usul tersebut diperkenankan oleh Sultan Kedah untuk dibentangkan, semua ADUN akan diberi notis 14 hari untuk dipanggil bersidang.

Bersimpati dengan rakyat Kedah yang terpaksa berdepan kemelut politik ketika negara dilanda COVID-19. - CARI
4

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • DayangKirana

  • lady_suria

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 14-5-2020 11:58 AM
Gila kuasa ni ikut bapak dia la.... Buduh
Quote sarah82 14-5-2020 12:04 PM
Dari jadi menteri besar auto pilot.. Baik ang bagi jawatan kat org yg boleh dok kedah dan jaga kedah..
Quote nuril86 14-5-2020 12:18 PM
like fader like son... bg jela org lain plak...
Quote Tinot7 14-5-2020 12:19 PM
Semenjak ada poremer query, kenapa anak botak tapi ayah byk rambut, iols tak boleh nak move on..
Quote husna_amal 14-5-2020 12:22 PM
kental juga hati boboi ni
Quote Simunggu 14-5-2020 12:23 PM
mmm...kenapa ni??? gila kuasa kah???
Quote R2D2 14-5-2020 12:25 PM
Mukhriz 2 kali kecundang, 4 kali ditinggalkan
May 13, 2020 12:19 PM


KUALA LUMPUR: Kejatuhan Mukhriz Mahathir yang pasti akan berlaku tidak lama lagi susulan pembelotan semalam digambarkan sebagai “penghinaan politik yang terakhir” bagi anak kepada bekas perdana menteri itu.

Ahli parti teringat, ramai secara gurauan dalam perbualan yang dilihat FMT, bagaimana menteri besar Kedah itu memberi nasihat tentang kemahiran untuk bertahan kepada pimpinan PPBM Johor susulan perubahan politik di negeri selatan itu selepas tumbangnya Pakatan Harapan.

“Ada apa-apa boleh saya perjelaskan mengenai keadaan politik semasa?” kata Mukhriz kepada pemimpin PPBM Johor 2 minggu lepas.

“Kalau boleh saya terangkan bagaimana PPBM Kedah masih boleh bertahan setakat ini. Seperti di Parlimen, jumlah kerusi menentukan pihak mana yang tubuh kerajaan negeri.

“Maka walaupun saya tidak menyokong Perikatan Nasional (yang sebenarnya tidak wujud pun), PPBM masih boleh menganggotai kerajaan kerana kesepakatan bersama Pakatan Harapan masih utuh. Dan PH juga setuju saya kekal sebagai menteri besar,” katanya dalam kumpulan perbualan dengan pemimpin partinya di Johor.

Dalam satu lagi nasihat kepada pimpinan Johor, Mukhriz mendakwa Perikatan Nasional, gabungan yang merampas kuasa daripada PH pada Mac, berulang kali cuba memujuk “Adun-adun kami untuk lompat ke sana”.

“Tapi setakat ini usaha itu tak berhasil. Sampai bila? Belum tentu,” tambahnya.

Seorang orang dalaman parti berkata mesej Mukhriz itu membantu kumpulan yang bersepakat dengan Muhyiddin Yassin, presiden PPBM yang dicabar Mukhriz pada pemilihan parti akan datang.

“Ia boleh menunjukkan seorang watak utama dalam kumpulan pro-PH dalam PPBM mengalami penghinaan di tangan sekutu sendiri,” kata ahli PPBM itu, yang dekat dengan kumpulan dalaman kepimpinan parti Melayu itu di Kedah, kepada FMT.

Pemerintahan Mukhriz selama 2 tahun ditamatkan oleh pengumuman daripada 2 Adun PKR yang mengisytiharkan sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan PN.

Salah seorang bekas pegawainya menggambarkan perkembangan itu sebagai “deja vu” dalam kerjaya politiknya yang bermula dengan Umno sedekad lalu.

“Dua kali jawatan MB beliau tergugat, ia ada kaitan dengan pendirian bapanya mengenai kepimpinan pusat,” kata bekas pegawai itu kepada FMT.

“Bukan sahaja beliau hilang kuasa 2 kali kerananya, beliau juga banyak kali diabaikan sekutunya.”

Empat tahun lalu, Mukhriz sebagai menteri besar Kedah bawah pemerintahan Umno hilang keyakinan ahli partinya, selepas bapanya, Dr Mahathir Mohamad semakin menekan perdana menteri ketika itu, Najib Razak supaya berundur kerana hal 1MDB.

Tiga minggu selepas kejatuhan Mukhriz, Mahathir tinggalkan Umno.

Ini kali kedua Mukhriz mendapati dirinya ditekan supaya meletak jawatan.

Anak Mahathir itu tidak popular, walaupun dalam kalangan sekutunya dalam PH yang menjadikan bapanya sebagai tarikan untuk memenangi pilihan raya 2018.

Bagi menekankan perkara itu, pengkritik Mukhriz mengedarkan surat oleh Pengerusi PKR Kedah, Johari Abdul mencalonkan Adun PAS, Muhamad Sanusi Md Nor untuk jawatan menteri besar selepas perubahan kuasa persekutuan pada Mac.

“Tetapi apa yang lebih menjejaskan adalah apa yang presiden PKR ketika itu buat selepas kemenangan PH di Kedah pada 2018,” kata sumber itu, menunjukkan kepada FMT surat daripada Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Kedah 2 hari selepas pilihan raya umum 9 Mei.

Dalam surat itu, Wan Azizah menamakan Johari sebagai pilihan PKR untuk jawatan menteri besar, mendakwa partinya menang 18 daripada 36 kerusi.

“Walaupun ramai orang termasuk calon PPBM tiada pilihan kecuali menggunakan lambang PKR untuk pilihan raya,” kata sumber itu.

“Ternyata Mukhriz tidak pernah jadi pilihan pertama setiap kali ada peluang untuk beliau berkuasa di Kedah.

“Beliau ditinggalkan Umno pada 2016, ditolak PKR 2 kali pada 2018 dan 2020, dan sekarang hilang sokongan Adun.”

Namun, sehingga 2 minggu lepas, Mukhriz masih memberikan tip untuk bertahan kepada rakan-rakannya dalam PPBM.


“Saya ingin mencadangkan PPBM Johor kembali kepada PH secara ‘total’. Majoriti PPBM-PH akan lebih besar dari apa yang Umno-PPBM punyai sekarang ini,” katanya dalam mesej lewat malam kepada pemimpin parti negeri itu.

“PPBM kembali memegang jawatan MB Johor. Gunakan tempoh sebelum pilihan raya umum ke-15 untuk kukuhkan kedudukan kita di kampung-kampung dan bandar. Ramaikan ahli berkualiti.

“Jentera mesti terlatih dan bersemangat. Mesti bersikap ‘hemoi’,” katanya, menggunakan istilah loghat utara yang bermaksud tebal muka.
Quote sharlenetexas 14-5-2020 12:27 PM
Tinot7 replied at 14-5-2020 12:19 PM
Semenjak ada poremer query, kenapa anak botak tapi ayah byk rambut, iols tak boleh nak move on..

Ikut baka mak heols kot?
Quote hiswife 14-5-2020 12:30 PM
Tinot7 replied at 14-5-2020 12:19 PM
Semenjak ada poremer query, kenapa anak botak tapi ayah byk rambut, iols tak boleh nak move on..

Ikut mak kot..
Quote Tinot7 14-5-2020 12:31 PM
sharlenetexas replied at 14-5-2020 12:27 PM
Ikut baka mak heols kot?

Mak heols tu sbb sakit. Kalau tak sakit, tak sure la.. adik badik mak dia pun botak ke?
Quote Tinot7 14-5-2020 12:32 PM
hiswife replied at 14-5-2020 12:30 PM
Ikut mak kot..

Tak pasti...
Quote missyL 14-5-2020 01:42 PM
Hmmm.
Berebut la ko me jawatan ni sume.
Dunia nk kiamat dah. Dok sibok lg pas dunia.
..
Sape la soh tun m letak jawatan aritu..
Tp nsb bek pm kite skang ade tok covid19 nie..
Quote jofizo 14-5-2020 01:45 PM
KAHKAHKAH.....pak nk pekena org, anak kena dulu...
Quote ResellerMaxis 14-5-2020 01:47 PM
Kurex replied at 14-5-2020 11:58 AM
Gila kuasa ni ikut bapak dia la.... Buduh

Dia ikut muhyidin ni. Apa apa tunggu sidang parlimen. Lepas tu sidang parlimen wat setengah hari je tu pun utk ucapan ydp sahaja supaya usul xpercaya xboleh dibentang.

Apa salahnya kedah tiru benda sama?
Quote ResellerMaxis 14-5-2020 01:49 PM
jofizo replied at 14-5-2020 01:45 PM
KAHKAHKAH.....pak nk pekena org, anak kena dulu...

No lah. Memang dah lama muhyidin n azmin bagi masa kan. Dah nak masuk 3 bulan. Tapi beliau tetap dengan pendirian dan integriti.

Tahniah DSMM.
Quote dizekni 14-5-2020 01:53 PM
Pakat kena pulun anak beranak

hahaha
Quote clara_nur 14-5-2020 01:55 PM

satu2nya menteri negeri yg tak duduk kt negeri sendiri,,
anak bini tak sanggup ikut balik dok kedah ponnn..
Quote zamzam 14-5-2020 01:57 PM
So bila nak dpt mb baru?
Quote glump 14-5-2020 01:58 PM
Dia tak mau letak jawatan tapi konon terpulang kpd raja kedah.

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059974 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top