CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bendalir Otak Bocor Lepas Ujian Swab Covid-19

2-10-2020 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6554| Komen: 24

Description: Ujian swab Covid-19 menyebabkan kebocoran bendalir dari bahagian otak wanita di Amerika Syarikat.
Ujian swab Covid-19 menyebabkan kebocoran bendalir dari bahagian otak wanita di Amerika Syarikat.

Memetik Daily Star, artikel doktor menerusi jurnal perubatan JAMA Otolaryngology – Head & Neck Surgery pada Khamis melaporkan ujian itu mengganggu jisim pada rongga hidung wanita berkenaan yang mengandungi cecair air tulang belakang atau 'Cerebrospinal Fluid' (CSF) dan tisu otak.



Kredit foto: JAMA Otolaryngology/University of Iowa Hospitals and Clinics

Pakar Otolaringologi-Kepala dan Pembedahan Leher dari University of Iowa Hospital berkata, wanita berusia 40-an itu melakukan ujian calitan itu sebelum menjalani pembedahan untuk hernia.

Tidak lama selepas itu, hidungnya mula berair dan berasa sakit kepala, tengkuk, sensitif terhadap cahaya serta muntah-muntah.

Doktor percaya ujian calitan itu mengganggu jisim pada rongga hidung hingga menyebabkan kebocoran bendalir dari bahagian otak.



Gambar hiasan

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati wanita itu memiliki sejarah perubatan berkaitan tekanan tinggi di otak kerana penumpukan CSF.

Malah, lebih 20 tahun sebelumnya, dia pernah membuang polip di dalam hidung. - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • fushimi


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hizert 2-10-2020 09:57 AM
Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je pon check air liur je. Konon virus berbahaya, nk check kena cucuk sampai dalam hidung. Tu pon ade kambing2 yang takleh pk.
Quote Scheherazade 2-10-2020 09:57 AM
Ngeri lak baca
Quote Perk77 2-10-2020 10:37 AM
Sure dia pening je ni kalau bendalir otak bocor...
Quote Artemesiaa 2-10-2020 10:49 AM
Hizert replied at 2-10-2020 09:57 AM
Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je p ...

Betul tu sepatutnya ujian secara oral yang terbukti sama ketepatannya diguna pakai berbanding ujian swab.  Tambah buruk kalau yang kurang mahir mengendalikannya pasti boleh menyebabkan kecederaan lebih buruk jadi macam dalam kes ni.
Quote bulanbulat 2-10-2020 12:23 PM
Hizert: Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je pon check air liur je. Konon virus berbahaya, nk ch ...

boleh check air liur? Source?
Quote husna_amal 2-10-2020 12:24 PM
Kalau punca sebab swab test covid19 mesti ramai dah terkena macam ni.
Quote bulanbulat 2-10-2020 12:24 PM
Belakang hidung tu ada tulang rawan yang lembut.
Mcm accident pun boleh keluar csf dari hidung ni kalau terpatah tulang muka.

Ni kes salah jolok la ni. Kesian pesakit
Quote ina_na 2-10-2020 12:25 PM
Hizert replied at 2-10-2020 09:57 AM
Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je p ...

Check air liur mcm check tibi pulak..
Quote depresio 2-10-2020 12:27 PM
Dirodok rodok ke?
Quote bulanbulat 2-10-2020 12:29 PM
bulanbulat: boleh check air liur? Source?


Nvm dah jumpa
Idokla equally reliable. Dalam artikel mention last2 dorang prefer nasal cavity sebab high virus concentration kat situ and saliva is too variable amongst person
Quote matbad 2-10-2020 12:55 PM
Hizert: Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je pon check air liur je. Konon virus berbahaya, nk ch ...

Kalau la bolehhh sedonia dah buat
Quote Supersirap 2-10-2020 01:46 PM
Takut apabila mendengar perkhabaran seperti ini, x sangka melalui ujian swab boleh menyebabkan kecederaan ini
Quote buapakperut 2-10-2020 03:03 PM
Hizert replied at 2-10-2020 01:57 AM
Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je p ...

mungkin air liur meengandungi banyak unsur pelik dan terlalu banyak bakteria akibat menjilat benda pelik2.
Quote mbhcsf 2-10-2020 06:09 PM
nasal swab ni , mungkin terlalu dalam jolokkan atau swab bud tu sampai dia sentuh dasar bawah otak yg terletak kat sphenoid bone tu...


memanglah akan sakit kepala sebab air csf  bocor, air tulang belakang in BM tu ( csf ) tu maintain pressure dalam otak , so bila dah bocor then tekanan ada berubah , memang pening le kepala.

Quote MissVixen 2-10-2020 06:15 PM
Dirodok kuat sangat sebab mangsa ni karen ke?
Quote brego 2-10-2020 06:54 PM
Edited by brego at 2-10-2020 06:56 PM

a feck up test. siapa yg bagi advice nih? a corrupt WHO or bill gates? takde cara lain ka nak test covid ni, selain rodok tester masuk hidung? aku baca portal mat saleh yang kat negara mereka test ambil sample dari dalam mulut jer.
Quote 234126 2-10-2020 07:47 PM
Masa iol buat swab test doctor tu siap korek slow2 lagi.. hazab sungguh rasa tapi takda la sakit pun. Dia sangat teliti orangnya tapi terasa mcm lama haha
Quote Hizert 5-10-2020 10:52 AM
bulanbulat replied at 2-10-2020 12:23 PM
boleh check air liur? Source?

Deyyy, ko baca ke tidak TT post??

"Sehubungan itu, katanya, individu yang mempunyai masalah sinus atau pernah menjalani pembedahan dasar kerangka otak sepatutnya memilih untuk mendapatkan saringan secara oral."

Spesis baca tak abis. dah aku kena tolong quotekan pulak.


Quote Hizert 5-10-2020 10:56 AM
buapakperut replied at 2-10-2020 03:03 PM
mungkin air liur meengandungi banyak unsur pelik dan terlalu banyak bakteria akibat menjilat benda ...

The thing is, boleh bukannya tak boleh. Jadi cam pesakit ni dah camne? Otak bocor weh.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056379 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top