CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lancar Radio Online Bantu Penagih, Radhi OAG Tak Malu Mengaku Pernah Terjebak Dadah

2-10-2020 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2994| Komen: 9

Description: Pernah terjebak dengan dadah, Radhi OAG bakal berkongsi pengalaman hitamnya itu menerusi radio dalam talian, Manthul FM yang bakal dilancarkannya pada 10 Oktober.
Pernah terjebak dengan dadah, Radhi OAG bakal berkongsi pengalaman hitamnya itu menerusi radio dalam talian, Manthul FM yang bakal dilancarkannya pada 10 Oktober.

Lebih menarik, anak vokalis kumpulan itu, Aishah, 5, akan menjadi penyampai radio dalam salah satu segmen.




"Alhamdulillah.,saya dan team akan membuka satu studio dan melancarkan radio online pertama dan slot kelolaan saya nanti akan mengetengahkan mengenai individu yang terjebak dadah.

"Sudah lama saya pasang impian nak kongsi pengalaman hidup dan saya tidak malu untuk akui saya seorang recovering addict kerana inilah kehidupan saya sekarang.

"InsyaAllah, 10 Oktober ini kita akan lancarkan Manthul FM... saya salah seorang penyampai! Untuk slot kendalian saya itu nanti kita akan bercerita tentang pengalaman, tapi jangan risau ada juga segmen lain yang menarik dalam radio itu nanti," katanya kepada mStar.


Kredit foto: IG Radhi

Nekad membangkitkan semangat bekas penagih, Radhi bersedia dihujani kecaman andai mana-mana pihak kurang senang dengan penubuhan Manthul FM.

"Mungkin dengan berkongsi ilmu ini nanti dapat beri manfaat kepada orang lain, kalau mereka terbuka untuk berkongsi, saya lagi suka!

"Selalunya, orang kita ni dia ada perasaan malu dan segan nak mengakui apabila terjebak benda-benda ni. Dalam program kami ini beri kebebasan mereka bercerita apa sahaja!," ujarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-10-2020 01:41 PM
Kalau asyik keluar cerita kena tangkap pasal dadah, tak payah ngaku pun org tau
Quote husna_amal 2-10-2020 03:02 PM
Harap2 tak ulang kesilapan yang lalu.
Quote mizruncing 2-10-2020 03:21 PM
hope dah berubah laa. jgn bangga sangat mengaku penah mendadih
Quote RatuDunia94 2-10-2020 07:01 PM
Anak umur 5 tahun jadi dj.. ape jer budak tu bebelkan?
Quote Carcosa 2-10-2020 10:26 PM
Mmg lah kau tak malu. Masa reputz keliling kau masa interview kat luar mahkamah, lepas kau cerai baru2 ni, kemain busy molot kau mengacip ha. Dgn berpoloh2 lagi muka kau. Sempat jugak kau melayan brg malam sebelum kau pegi mahkamah iyerk? Mmg terbukti kau tak malu
Quote sleepandream 2-10-2020 10:47 PM
anak heols umur 5 tahun jadi dj ko mampu??
radio online streaming ni dah melambak... org dgr spotify joox je...
unless ada podcast ala2 aiskacang tu best jgk
Quote domestobot 3-10-2020 07:42 AM
nak jugak tanya dia masih ada contact tokan dadah ke tidak. mana tau jadi penagih cam dia boleh jadi glamour jugak.  usaha2.
Quote arm_band 5-10-2020 04:58 PM
jangan jadi port networking tokan & user sudah laa radhi oiiiii
Quote nubook 6-10-2020 02:40 AM
Harap kali ni dia betul - betul berubah. Sayang betul duit banyak habiskan beli benda haram mcm gitu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049766 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top