CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Realiti Masalah Obesiti Di Malaysia

17-10-2020 12:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5841| Komen: 28

Description: Masalah obesiti merupakan keadaan kesihatan yang merunsingkan berikutan ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan yang



Masalah obesiti merupakan keadaan kesihatan yang merunsingkan berikutan ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan yang mempengaruhi kualiti hidup individu. Malaysia merupakan negara pada kedudukan tertinggi di Asia dalam konteks individu yang mempunyai masalah obesiti dan berat badan berlebihan. Perkara ini bukan sahaja akan mempengaruhi hidup individu yang didiagnosis, malahan negara secara menyeluruh kerana terpaksa membelanjakan sejumlah wang ke arah rawatan penyakit kronik ini. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.


Peningkatan kes obesiti yang membimbangkan

Sejajar dengan perkembangan teknologi dunia, jumlah populasi individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga meningkat. Ini disebabkan oleh gaya hidup sedentar, pemakanan tidak seimbang dan tidur yang tidak mencukupi dalam kalangan populasi orang dewasa. 

Menurut Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Negara (NHMS) Malaysia, data terbaru yang telah direkodkan oleh NHMS pada tahun 2015 menunjukkan peningkatan berbanding dengan data NHMS pada tahun 2011. Populasi obes di Malaysia berada pada kadar 44.7% daripada jumlah populasi umum. 

Walaupun jumlah kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak tidak teruk berbanding dengan orang dewasa, Malaysia masih menduduki carta 3 teratas bagi negara dengan jumlah tertinggi kanak-kanak terobes di Asia. Menurut Kaji Selidik Nutrisi Kanak-kanak Malaysia yang dijalankan pada tahun 2013, kanak-kanak yang berusia di antara 6 bulan hingga 12 tahun mempunyai kadar obesiti setinggi 11.8%.

Ini merupakan satu statistik yang membimbangkan berikutan permasalahan obesiti pada usia muda boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti hipertensi dan penyakit jantung seterusnya kematian pramatang. Jika masalah ini tidak dibendung, menjelang tahun 2030, jumlah kanak-kanak yang mempunyai masalah obesiti akan mencecah 250 juta kes dengan negara China mempelopori di tangga teratas.

Mungkin punca kepada masalah obesiti buat sesetengah individu kelihatan jelas namun obesiti boleh dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran. Menurut Alex Teo, Pengarah Perhubungan Saintifik dan Perkembangan Kajian Asia Pasifik di Herbalife Nutrition, secara amnya, masalah obesiti kebiasaannya disebabkan oleh tabiat pengambilan makanan yang banyak dan kurang bergerak. Faktor seperti pemakanan, aktiviti fizikal, keadaan kesihatan dan kesan sampingan ubat merupakan antara punca utama mengapa seseorang itu mendapat obesiti.


Gaya pemakanan tidak seimbang

Ketidakseimbangan nutrisi makro merupakan salah satu punca mengapa masalah berat badan berlebihan menjadi semakin serius. Pengambilan makanan melebihi saranan jumlah kalori harian di samping jumlah karbohidrat dan makanan berlemak yang tinggi menyebabkan peningkatan pada kebarangkalian untuk mendapat masalah obesiti, hipertensi dan kencing manis. 

Antara gaya pemakanan yang boleh menyebabkan masalah obesiti adalah:

  • Makanan segera. Kebanyakan (jika bukan semua) makanan berproses mempunyai kandungan gula, garam dan lemak yang tinggi. Kesan makanan segera adalah lebih jelas pada golongan kanak-kanak dan remaja berbanding dewasa memandangkan kebanyakan makanan segera disasarkan kepada golongan tersebut. Kajian menunjukkan bahawa makanan segera mempunyai kandungan kalori 55% lebih daripada makanan yang dimasak di rumah
  • Pengambilan alkohol. Walaupun kajian menunjukkan pengambilan minuman beralkohol secara sederhana tidak menjejaskan kesihatan namun jika diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan masalah obesiti dan penyakit kronik yang lain berikutan kandungan kalorinya yang tinggi. Jika dilihat pada statistik kajian, mereka yang sering mengambil alkohol pada jumlah yang banyak kebiasaannya mempunyai masalah berat badan berlebihan
  • Pengambilan minuman bergula. Tabiat ini juga boleh menyebabkan peningkatan jumlah lemak badan. Ia merupakan salah satu punca utama berkaitan dengan peningkatan jumlah obesiti dalam kalangan remaja. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Malaya pada tahun 2016, purata jumlah pengambilan air bergula dalam kalangan remaja di Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan negara Australia dan Eropah. Namun, melihat kepada peningkatan jumlah obesiti dalam kalangan remaja di Malaysia, berkemungkinan jumlah pengambilan air manis tersebut lebih rendah berbanding dengan nilai sebenar
  • Makan di restoran luar. Tabiat keluar makan di kedai-kedai luar juga boleh meningkatkan risiko obesiti berbanding dengan memasak sendiri di rumah. Kebanyakan makanan yang dijual di kedai-kedai mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Anda juga pasti tertarik dengan senarai hidangan pencuci mulut yang disediakan di dalam menu kedai menyebabkan pengambilan kalori berlebihan, tanpa disedari

Gaya hidup tidak aktif

Menurut Alex, mereka yang memilih untuk hidup secara tidak aktif berisiko untuk mendapat masalah obesiti. Keseimbangan kalori merupakan salah satu faktor penting yang boleh mempengaruhi kebarangkalian seseorang itu untuk mendapat masalah obesiti. Jika jumlah pengambilan kalori melebihi jumlah penggunaannya, lebihan kalori akan disimpan di dalam badan dalam bentuk lemak. Ini boleh menyebabkan peningkatan kepada insiden penyakit kronik terutamanya obesiti.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan individu untuk melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana atau lasak sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Bagi kanak-kanak, jumlah masa tersebut tidak mencukupi dan mereka seharusnya bergerak aktif selama 1 jam dalam tempoh masa sehari. Walaupun saranan tersebut kelihatan jelas, pelbagai aspek individu perlu dipertimbangkan dalam penetapan jumlah masa ideal untuk aktiviti fizikal bagi mengekalkan kesihatan pada tahap optimum. Kajian terbaru menunjukkan bahawa 150 minit seminggu tidak mencukupi untuk mencapai objektif tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka yang melakukan aktiviti senaman secara kerap terhindar daripada risiko obesiti dan penyakit kronik.


Keadaan kesihatan boleh sebabkan obesiti?

Mereka yang mengalami masalah kesihatan tertentu seperti hipotiroidisme, sindrom Cushing dan polycystic ovarian syndrome berisiko untuk mendapat masalah berat badan berlebihan. Namun jika masalah tersebut telah didiagnosis dan dirawat, ia tidak akan menjadi faktor penghalang kepada keinginan anda untuk menurunkan berat badan.

Terdapat juga ubat yang boleh menyebabkan masalah kenaikan berat badan. Penggunaan steroid, ubat antipsikotik dan ubat diabetes, boleh meningkatkan selera makan seterusnya menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Bagi individu yang sedang berusaha untuk berhenti merokok, mereka juga boleh mengalami kenaikan berat badan kesan daripada stres. Namun, isu tersebut lama-kelamaan akan hilang apabila badan sudah beradaptasi dengan tabiat yang baru.


Faktor genetik

Ramai yang suka salahkan genetik apabila ditanya berkenaan dengan sebab anda gemuk, kan? Percaya atau tidak, terdapat lebih daripada 400 gen yang telah dikenal pasti boleh menyebabkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Namun begitu, cuma beberapa gen sahaja yang memberikan kesan yang signifikan terhadap penyakit kronik tersebut. Gen mempengaruhi komposisi lemak badan melalui:

  • Selera makan
  • Kekenyangan
  • Metabolisme badan
  • Keinginan untuk makan (craving)
  • Taburan lemak di dalam badan
  • Kecenderungan untuk makan ketika stres

Konklusi

Masalah obesiti perlu dibendung memandangkan ia boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kronik. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan permasalahan ini dan kebiasaannya ia berhubung kait di antara satu sama lain membuatkan proses patologi masalah ini tampak kompleks. Namun begitu, dengan gaya pemakanan seimbang dan peningkatan pada kadar aktiviti fizikal, berat badan boleh dikawal dengan baik. Jika anda mengalami masalah dalam mengawal berat badan, dapatkan khidmat nasihat doktor serta pemeriksaan kesihatan.


Sumber : hellodoktor.com

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 17-10-2020 01:01 AM
Anak saudara aku darjah3 60kg
Quote MsPercy 17-10-2020 01:13 AM
Makanan kat Malaysia shedap shedap {:childlike
Quote wnwa05 17-10-2020 01:33 AM

kat malaysia makan nasi..nasi tu kanji cepat gemuk..ko bayangkan pagi pelahap nasi lemak/nasi goreng..tengahari nasi campur...malam bantai lagi nasi. ubah la cara pemakanan..kalestrol tinggi tu
Quote wnwa05 17-10-2020 01:34 AM
matbad replied at 17-10-2020 01:01 AM
Anak saudara aku darjah3 60kg



masa sekolah bagi aku normal lagi 60kg sebab bila dah remaja akan kurus balik.tak caya tengok


Quote lavendernovella 17-10-2020 01:56 AM
Menu utama makanan hari2 yang memang high gluten, sebb itu lah yg murah atau consider terpaling mampu. Pagi nasi lemak, mihun, tghari malam pun nasik goreng atau nasik campur.  

Nak makan ikan dalam jumlah sekenyang nasik boleh aje , tapi ikan masih kategori mahal utk rata2 rakyat malaysia. Dapat jadi seketul lauk ikan utk satu hari pun dah sangat beruntung, apatah lagi nak ganti posisi nasi.

Nak ganti lain , macam quinoa, beras non gluten dan lain2 setaraf. Boleh aje cuma kena tingkatkan ekonomi.

Lagi, banyakkan taman2 utk beriadah. Yang iol nampak , taman2 riadah nun kat tempat orang ada2 jer. Area b40 segala ceruk dibina bangunan selagi boleh sampai parking pun berebut2.  

Quote Kurex 17-10-2020 08:12 AM
Aku makan nasik 2 kali sehari dgn kuantiti yg sikit.. tetap cun body aku ni
Quote otai_g 17-10-2020 08:23 AM
wnwa05 replied at 17-10-2020 01:33 AM
kat malaysia makan nasi..nasi tu kanji cepat gemuk..ko bayangkan pagi pelahap nasi lemak/nasi gore ...

Abis x mkn nasi nak mkn apa?
Mkn quinoa ker mcm najib?
Quote Jitu 17-10-2020 08:39 AM
mcm mana blh obesiti makan apa yg smpi obesiti tu ?   

aku masa nak bulky punyalah susah tp sekarang kurus semula malas nak makan banyak2 ngan xda masa nak workout lg pun muka jd tembam bila bulky ni

Quote nanayaya 17-10-2020 09:27 AM
Masalahnya bila diet, migrain gastrik la..susahnya nk turun berat badan lepas bersalin..dia lepas bersalin ok lepas tu naik mcm dipam pam
Quote Knowlee 17-10-2020 09:55 AM
NHMS ni dijalankan oleh team researcher  kat tempat I. Tapi kat tempat I sendiri berapa banyak yg  duduk dlm kategori obese.
Quote helicornia 17-10-2020 10:45 AM
Jitu: mcm mana blh obesiti makan apa yg smpi obesiti tu ?   aku masa nak bulky punyalah susah tp sekarang kurus semula malas nak makan banyak2 ngan xda masa ...

rezeki ko dik susah nak naik berat badan. bukan sume orang badan sama. kt ofis tu pun iols tengok budak2 muda melantak nasi pagi tghari mlm badan menten je.kita ni puas menahan tekak makan tghari je pun makin lama makin naik jugak berat.bersyukur la dik.tp kena jaga juga sbb org kurus byk kolesterol gak
Quote diss69 17-10-2020 12:06 PM
Nafsu makan susahnya nk kawal..
Quote matbad 17-10-2020 02:08 PM
wnwa05 replied at 17-10-2020 01:34 AM
masa sekolah bagi aku normal lagi 60kg sebab bila dah remaja akan kurus balik.tak caya tengok
...

Kan selalu bebudak mcm tu. Aku puas tgk dorang makan. Aku suka tgk dorang makan.
Quote siputpepel 17-10-2020 03:46 PM
Macam mana nak kurus kalau duduk di Malaysia? Semua makanan sedap dan menarik. Buka pintu je ada kedai runcit jual nasi lemak pagi2.
tengahari pulak decide je nak makan nasi kandar ke, nasi berlauk, nasi ayam, nasi tomato, nasi arab, semua ada
petang pulak berderet kedai jual kuih, goreng pisang
Malam keluar minum takkan nak minum saja.... mesti order roti canai sekeping
Quote Jitu 17-10-2020 09:24 PM
helicornia replied at 17-10-2020 10:45 AM
rezeki ko dik susah nak naik berat badan. bukan sume orang badan sama. kt ofis tu pun iols tengok  ...

tp ada jugak kekurangannya mcm bila nak bina otot mmg susah...org pompuan xkisah sbb bila kurus sangat pun tetap nampak lawa tp klu org lelaki nampak sekeping mcm mana nak angkat bini
Quote insulin 17-10-2020 10:37 PM
Knowlee replied at 17-10-2020 09:55 AM
NHMS ni dijalankan oleh team researcher  kat tempat I. Tapi kat tempat I sendiri berapa banyak yg  d ...

Ramai officer yang obese di situ?
Quote Knowlee 17-10-2020 11:57 PM
insulin replied at 17-10-2020 10:37 PM
Ramai officer yang obese di situ?

Ramai... Kita ajak bersenam, semua bagi macam-macam alasan. Tapi bab jamuan, diorg paling committed.
Quote insulin 18-10-2020 12:21 AM
Knowlee replied at 17-10-2020 11:57 PM
Ramai... Kita ajak bersenam, semua bagi macam-macam alasan. Tapi bab jamuan, diorg paling committe ...

Time jamuan tu mesti ko tenung sorang2, kan? Macam Wesley tenung boss dia yang anorexic dalam Wanted 2018.
Quote rosasen 18-10-2020 08:08 AM
aku obese...lg 2 weeks nk jumpa dietitian berat aku still maintain acaner niiiii huhuhuhu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.059209 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top