K3MuNcUp Publish time 28-12-2009 01:44 PM

hurm....terperinci skali penerangan tuu...bgsla...hrp2 org yg btanya dptla amik panduan...
:D

sunsuria3 Publish time 28-12-2009 09:24 PM

Maahad tahfiz pun bagus yg di mrsm or DQ pun bagus. Pd sy kita perlukan juga pakar dlm bidang lain spt ekonomi, perubatan, kejuruteraan tak blh harapkn dr bangsa lain agama lain kerana blm tentu mrk sudi jual teknologi pd org Islam. Sbb tu perlunya cerdik pandai dlm pelbagai bidang yg juga hafal Quran . Kalau semua tumpu utk hafal Quran je apa jadi dgn kehidupan di dunia. Kita nk seimbng dunia akhirat.
Td sy blk sbn bincg dgn Adik yg anknya layak interview mrsm gemencih tu. Katanya org tu bg taklimat ibi bapa kena bincang btl2 dgn ank2 jgn paksa mrk takut mrk x blh buT. Dia tunjuk statistik kejayaan program ulul albab ni di mrsm Trengganu makin meningkat setiap tahun kecuali tahun ni 2 org pelajar sakit mental. Bila si selidik keduanya ad keturunan family Ada sakit mental dan Ada juga yg pegi tu ats desakan ibu bapa. Sbb tu penting parents wujudkan kesedaran dn bg tau kepentingan hafal Quran supaya ank2 tu minat dgn sendiri. Blajar apa pun bila minat insyaallah no problm. Mcm ank no 3 dia punyalah x minat Sc mat blh score A setiap ujian to Sc tak penah A, ni pmr pun dpt B Sc nya terpaks tukar option form 4 ni
yg penting minat dr kecik kena semaikn kalau dia dh btl2 x minat it's no use to force them.
Sy tak tau bgaimana pengajaran di DQ cuma ank sy bg tau sehari hafal 5pages. Hari ni start
kuliah lps hbs orientasi tp semlm lg dia dh siap2 hafal 5 pages juz1 katanya, sbb minat sgt Lah ni. Program ni cuma bljr tajwid, Arab dan Bi selain hafazan. Bi sbg persediaan nanti terus smbung ke Uia lps hbs 1 1/2 tahun pengajian di DQ. So tak de subject lain yg berat semua tu kan dh bljr masa kat sek lg tjwid, Bi, dan Arab so blh lah tumpu kat hafazan aja.
Kalau Ada info lain nanti sy share lg
hari sy jln2 cari sek agama utk ank lps pmr ni jumpa dh yg berkenan sek men agama Hj mat said kat sban sebelah Kolej tunku kurshiah. Harap2 dptlah masuk . Sy lbh suka ank2 bljr dlm environment Islamic sbb dh tgk sek harian biasa mcm mana.

sunsuria3 Publish time 28-12-2009 09:28 PM

100# zamnie
Amin Amin Amin ya rabbulamin thanks

mbhcsf Publish time 29-12-2009 12:49 AM

so tuan rumah , nak hantaq mana ni?
apa pun make sure the thinking level bila kat university tak kira laa kat mena dunia [ apart from napier ahaks] - sampai bloom level 5 .....

te_peng Publish time 29-12-2009 01:58 AM

1. Semua sekolah memang nak pelajar dia bagus tapi biasalah bukan semua satu kepala. Yang saya cuba bawak ialah bandingan silibus dia dan bukan dari segi nilai dan harapan.

Seperti contoh Madrasah Kubang Bujuk atau yang sealiran dengannya, mereka menetapkan mesti hafaz Quran dahulu, selepas khatam 30 juzuk baru masuk kelas alim. Dalam kelas alim baru mereka belajar ilmu-ilmu seperti tauhid, fiqh dan sebagainya. Bahkan ada pelajar mereka selepas itu keluar masuk sekolah aliran biasa untuk tumpu SPM dan sebagainya.

Jadi tumpuan menghafaz tidak terganggu. Satu kelebihan mereka, pelajar seawal umur 10 tahun sudah boleh masuk. Lagi muda lagi bagus nak menghafaz dah tua mcm aliran DQ banyak dugaannya.

Bandingan sekolah yang celaru spt disebut sblm ni membuatkan para pelajar tidak fokus kepada hafazan Quran. Ini bukan masalah kejar dunia akhirat tapi dikendong berciciran. Itulah yang dapat saya tengok dan realtinya memang berlaku.

Jadi maksud saya, kalau nak hafaz Quran masuk dahulu aliran dia betul-betul. Kemudian teruskanlah nak sambung mana, jadi lawyer, doktor dan sebagainya.

Alternatifnya sudah ada iaitu di Darul Quran dgn kerjasama UIA. Namun kerana tempat terhad hanya sedikit sahaja dapat masuk. Kerana itu langkah jauh telah diambil dgn idea penubuhan Universiti Darul Quran dan kemungkinan beberapa intitusi seperti itu akan lahir di beberapa buah negeri dengan hafaz Quran sebagai modul utama, selepas itu pelajar di serapkan ke kuliah pilihan seperti ekonomi, multimedia, komunikasi dan sebagainya. Sekarang masih dlm uji kaji.

2. Bandingan ibu bapa bahawa keputusan PMR, SPM tinggi sudah mesti mampu hafaz Quran adalah salah sama sekali. Kerana hafaz Quran bukan seperti belajar aliran biasa. Realtinya banyak pelajar gagal walaupun PMR 8A tapi tak mampu hafaz.

3. Utk DQ memang mulanya 1 muka tasmik. Tapi kalau pelajar mampu boleh tasmik 1 hizib (maqra') atau setengah juzuk. Cara hafaz tidak tertakluk dgn cara sekian-sekian sebenarnya. Apa yang diajar hanyalah sebagai panduan umum. Dah expert macam-macam gaya boleh tercipta.

4. Kalau dikira akhlak tu bagi saya anak-anak muda zaman sekarang nak buat camne godaan banyak sangat. Namun mereka lebih baik dari yang diluar sana, yang tu tak boleh nak kata dah.

5. Kalau di tanya antara dua, saya pilih aliran tahfiz lebih bagus untuk anak-anak dari aliran sekolah agama biasa. Namun kene lihat sekolah tu mcm manalah.

6. Satu lagi untuk mak bapak tolong jangan guna pengaruh mereka dengan pangkat kebesaran untuk masuk ke aliran tahfiz. Kalau keputusan ujian temuduga tinggi takpe jugak, ni tak layak masuk digunakan pengaruh untuk masuk. Yang nilah bawak kuman dalam sebuah institusi. Ni nanti awal bulan 1 adalah temuduga untuk sekolah tahfiz lepasan PMR, SPM bulan 8-9 nanti untuk DQ. Untuk yang berkeinginan bersedia dari awal. Yasin, Mulk, Waqiah, Sajdah kasi lancar dan 1 juzuk awal sudah dalam kepala sebagai modal. Tolong kerat kuku, tudung gosok. Semua itu diambil kira.

sunsuria3 Publish time 29-12-2009 07:06 AM

Banyak tips yg diberikan bolehlah parents buat rujukan jika nk hntr ank2 je sek tahfiz.

Sy rasa masuk DQ ni tak Ada guna cable sbb yg apply pun ramai ank2 Tok imam or org khat agama . Kawan baik ank sy ayahnya imam masjd bangsar tp gagal ke DQ tak Ada pula dia guna influence dia utk masukkan ank sendiribke DQ
Ada byk cara lain lg utk bljr tahfiz asalkn Ada iltizam yg tinggi ada self motivation. ank saya hari tu pun ada plan B nya kalau x dpt DQ nk ke buat medic di al azhar kan wajib juga hafal sekurangnya 10 juz. Kata pensyarah Usuludin yg rata2 dr azhar 10 juz ni syarat utk studn Malaysia je kalau stdn dr negara Arab wajib hafal 30 juzuk

bab interview ke DQ samalah mcm diterangkan di atas so take note lah

kasturi Publish time 29-12-2009 09:45 AM

1. Semua sekolah memang nak pelajar dia bagus tapi biasalah bukan semua satu kepala. Yang saya cuba bawak ialah bandingan silibus dia dan bukan dari segi nilai dan harapan.

Seperti contoh Madrasah...
te_peng Post at 29-12-2009 01:58 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Terima kasih banyak-banyak atas tips yang diberi, berguna untuk anak-anak saya nanti.
Banyak yang saya bersetuju dengan pendapat saudara.
Memang, bagi saya, Ma'ahad is the best choice..~

Terima kasih sekali lagi sdr te_peng.


Kasturi~

zamnie Publish time 29-12-2009 10:23 AM

seronoknya korang dpt hantar anak masuk tahfiz kan.. Insya Allah, akak pun nak hantar anak nanti utk masuk sek. tahfiz kalau ada rezeki!!!!

aurorae Publish time 29-12-2009 03:07 PM

Aku tertarik dengan method sekolah tahfiz kat Solo yang mewajibkan pelajarnya berbahasa English atau Arab aje tu.Itu memang kaedah berkesan untuk menguasai sesuatu bahasa.   Teringat aku masa intensif englsih dulu, dalam bilik hostel aku dulu memang ramai budak kampung yg tak fasih english walau dah belajar tahap SPM.

Pastu atas inisiatif sendiri, kami seramai 16 orang dlm bilik tu mewajibkan setiap orang berbahasa Inggeris setiap masa.Setiap patah perkataan melayu, denda 10 sen (takde anak orang kaya dalam bilik tu ... ;P ).Mula2 ramai gak yg kena denda, terutama yg keras kepala taknak ikut peraturan baru.    Pastu bila duit dah makin sikit, barulah secara terpaksa kena jugak buat.Lagipun dah macam kera sumbang, sebab majoriti ikut apa yg dirancang.Memang berkesan.

Mawar Merah Publish time 30-12-2009 11:35 AM

105# te_peng

Boleh tanya Kubang bujuk tu kat mana? Pengambilan bila dan yuran kemasukan dan yuran bulanan berapa? Syarat2nya apa dia? Akademik langsung tak da ke walaupun berbentuk tuisyen. Sbb sesetgh Maahad tahfiz dia peruntukan hari sabtu ahad belajar akademik tp dlm btk tuisyen yakni perkara2 asas akademik supaya pljr tk ketinggalan sgt dlm pelajaran.

Boleh terang dgn detail. Tk.:D

te_peng Publish time 30-12-2009 04:45 PM

110# Mawar Merah

1. Madrasah Kubang Bujuk terletak di Kuala Terengganu, satu jalan ke Sekolah Imtiyaz Kuala Terengganu. Sekolah ni dibawah seliaan Jemaah Tabligh (swasta). Fasiliti dia kuranglah skt dari sekolah kerajaan. Belajar tahfiz je dulu, selepas tamat hafal 30 juzuk baru masuk kelas alim - belajar ilmu agama spt fiqh, sirah, nahu dan sebagainya. Khusus untuk lelaki sahaja.

Tentang yuran saya tak pasti dulu-dulu murah jer lagi pun ia berorientasikan dakwah jadi duit bukan utama.

Namun sekarang sudah alternatif, pelajar lepasan sini banyak dah buka maahad tahfiz di negeri-negeri lain. Yang tu kene tanya pak google atau forumer yang tahu boleh tolong bg info.


2. Selain itu ada saya dpt (info tak berapa pasti) ada sekolah di Kg Losong, Terengganu - untuk perempuan saja juga menggunakan sistem tahfiz dan juga dibawah pengurusan ustaz Tabligh. Yang ni ambik dari sekolah rendah.

3. Untuk dibawah seliaan kerajaan negeri spt Maahad Tahfiz Pahang, Johor, Perak mereka ambil lepasan SPM. Kecuali Terengganu ada dua aliran, lepasan SPM-Diploma Tahfiz dan lepasan PMR-Syahadah Tahfiz. Pelajar terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Utk lepasan SPM, maahad tahfiz negeri menggunakan silibus dari Darul Quran Jakim. Pelajaran selama 3 tahun atau 6 semester. 10 juzuk -1 tahun.

Subjek dia spt fiqh, b.arab, tafsir, qiraat, fawasil, rasm, BI. Tapi bukan semua belajar dalam satu masa, subjek itu dipecah2kan mengikut semester. Kebiasaanya tidak lebih dari 5 subjek untuk 1 sem. MUET juga ada disediakan termasuk kelas Khat dan Tarannum mengikut pecahan semester. Oleh kerana Diploma maka ada kertas kerja. Peperiksaan akhir di sem 6 dibuat di Kuala Kubu, DQ.

Untuk Terengganu bagi lepasan PMR subjek mrk terbahagi kepada 2. Satu aliran tahfiz spt fiqh, hadith, nahu, qiraat, tajwid yang kira-kira ada 16 subjek tapi dipecah2kan mengikut tahun selama 4 tahun. Aliran kedua ialah untuk SPM tapi bukan aliran sains kerana tiada makmal sains-makmal komputer adelaaa. Jadi untuk 2 tahun pertama pelajaran mereka lebih kepada SPM, 2 tahun terakhir penumpuan kepada STAM (Sijil Tinggi Agama) dan Syahadah Tahfiz. Nantinya ada 3 sijilah..SPM, STAM dan Syahadah. MUET juga disediakan.

4. Untuk Sekolah Imtiyaz (di Terengganu sahaja) yang disebut program Ulul Albab. Bermula dari ting.1 - 5. Pelajaran akademik mcm biasa cuma ada hifzul Quran selama 5 tahun. Diperkirakan mrk akan habis menghafal 30 juzuk apabila smpi SPM. Imtiyaz ada cawangan di Kuala Terengganu, Besut, Kuala Berang, Dungun.

5. Dari segi boleh ke mana lepasan ini?

Lepasan SPM spt Imtiyaz dan lain-lain sekolah - mereka spt orang lain boleh ke mana sahaja selagi result bagus.

Untuk maahad tahfiz negeri Terengganu khususnya aliran lepasan PMR, mrk sudah ada SPM - boleh ke mana sahaja. STAM - terus ke ijazah tidak perlu lagi matrik, pelajar boleh ke Maktab Perguruan, universiti beraliran arab spt UIA, USIM. Dari USIM contohnya mereka boleh mengambil minor seperti multimedia dan sebagainya tergantung peluang yang ada di sesebuah universiti.

Selain itu boleh ke universiti luar negara spt Indonesia, Mesir, Jordan, Yaman, Sudan, Mekah dan Madinah. Tapi untuk ke Mekah dan Madinah, harus lulus temuduga.

6. Untuk tengok iklan2 sekolah tahfiz cuba tengok dalam surat khabar harakah. Akhir2 tahun ni banyakla iklan keluar. Kebanyakkan di Kelantan. Di Kelantan maahad tahfiz pulau condong antara yang terbaik.

sunsuria3 Publish time 1-1-2010 01:03 AM

Kalau di hulu langat ada beberapa sek tahfiz, yg campur yg lelaki saja Ada yg perempuan sj pun ada
ank saya di DQ hari2 call, semua cerita yg menarik. 1 juz dh blh hafal dlm 3 hari sbb dia org memang menghafal je. Cuma blajr tajwid secara detail Dan bahasa inggeris.
Dh Lah pegi tergesa2 tak sempat isi borang apa pun semua dia buat sendiri kat sana sbb masa memang byk terluang. Masuk dlm mrsm depan DQ minta pk hem sahkan sijil, buat medical Cek up, pi pej tanah matikan stem hasil borang biasiswa mcm2 buat sendiri
blh blk sebulansekali aja
kiranya yg apply guna result trial ni gred memang cemerlng. Yg 1st intake katanya mostly result 11A1, ank sy cuma 9A sbb tu rezeki dtg aft second in take. Tadi sy sembang dgn ustazah2 dan sorang Ust memng susah nk masuk kursus lps spm ni. Kena btl2 prepare bab hafazan Dan result academic.
Apa pun sy sgt bersyukur ats limpah Dan rahmatnya. 2009 menutup tirai, diawal tahun penuh dgn dugaan Dan cabaran, sabar Dan reda atas tiap ketentuan Ilahi alhamdulillah penutup 2009 limpah kurniaan Allah tak terhitung. Saya menutup tirai 2009 dgn penuh kesyukuran yg tak terhingga. Semuanya berlaku serentak dlm 2 minggu terakhir ni alhamdulillah times ten to the power of infinite.

lazuardi_senja Publish time 2-1-2010 02:08 PM

jangan salah sekolah dah le. pilih yang elok2 sikit. satgi jd cam sekolah tahfiz yg dok suruh bebudak gi mengemis jual kalendar la kismis la. motif sangat

maphilando46 Publish time 2-1-2010 02:48 PM

Saya syorkan kat Pondok Lubuk Tapah kat Kelantan sbb kt sana rmi tok guru/ustaz2 yg berpengalaman & berpengetahuan luas dlm ilmu agama.Dulupn sy nk msk sane tp xsmpt, kt sane, klu btl2 nk blaja agama mmg bgs...lagipun mkanan pn murah.

Saya skang kje kt Kuantan, tnggal kt Tanah Merah...bila blk sbulan skali saya akan pastikan xmiss kuliah subuh & maghrib kat masjid besar T.Merah. Masjid nie smgu skali akan menjemput ustaz2 drp Pondok Lubuk Tapah utk bagi kuliah.

Percayalah, Pondok Lubuk Tapah nie adlh Pondok Terbaik di Kelantan & InsyaAllah dgn berkat ilmu yg diajarkan, pelajar2 akanterarah kpd Islam.

Syarat Kemasukan Pondok Lubuk Tapah

Antara syarat kemasukan pelajar baru

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya
2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat
3.    Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada pihak Mudir madrasah
4.    Terbuka kepada semua lapisan pelajar berumur 13 ke atas
5.    Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa
6.    Penerimaan pelajar adalah berdasarkan penilaian dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pondok
7.    Pendaftaran terbuka sepanjang tahun kecuali pada hari Jumaat dan cuti tahunan pondok (15 Sya’aban hingga 15 Syawal dan cuti hari raya sorban )

Yuran Pendaftaran

a.    Yuran kemasukan sebanyak RM 125 (termasuk kitab dan baju pondok)
b.    Yuran bulanan sebanyak RM 15

# Kadar yuran ini tertakluk kepada perubahan yang akan diberitahu dari masa ke semasa

Hubungi Pejabat : 09-7905672

more info: -

http://epondok.wordpress.com/category/pondok-lubuk-tapah/

sunsuria3 Publish time 3-1-2010 01:03 AM

Di kelantan ada maahad tahfiz sains, hbs form 5 Kira dh hafal. Di DQ ramai students dr maahad ni. Saja nk update diri. Kata Ust kat DQ tahun lps yg mohon 45 org yg layak masuk DQ 42 org tp sbb kena ikut qouta setiap sek hanya 6 org yg terbaik di terima masuk, itu pun mrk setakat nk Semak hafazan aja selain dpt biasiswa penuh hingga ke Uia nanti

di pekan pahang ada juga sek tahfiz, tanjung lumpur tk silap. Ank jiran sy ada sek di situ. Upsr dulu cuma dpt 2A Aja pmr baru ni 9A. Pertengahan bln dec baru ni dh blk semula ke sek utk teruskan prog tahfiz.

Hari ni bc harian metro sedih bc berita bergambar seorang pljr tahfiz di kedah ditangkp khalwat di mlm tahun baru. Dh hafal 5 juzuk tu blh buat perbuatan keji lg

sunsuria3 Publish time 4-1-2010 12:43 AM

31 /12/09 juga saya buat keputusan bersama anak bongsu saya akhirnya setuju tukar sekolah dari sek kebangsaan biasa ke sekolah seri integrasi...

sekolah agama yg meliputi academic, pengajaran agama yang biasa dan juga tahfiz.
sekolah bermula jam 8 tapi kena hadir 745 kerana semua pelajar wajib solat duha dahulu, termasuk murid2 tadika, murid kelas KAFA, dan SERI.
jam 8-9 hafazan dan seterusnya sambung belajar kelas seperti biasa...makan tengahari, solat dan sambungbelajar...4-530 mengaji hingga selesai solat asar.

saya dah solat minta petunjuk dan inilah pilihan yang terbaik utk anak saya yang darjah 5 ni...insyallah semoga pilihan kami ini di restui Ilahi.
saya suka dgn konsep amal ibadat yang ditekankan di sekolah ni...anak nazrey bekas kumpulan raihan tu pun ada 2 anak nya di sini siap dok asrama lagi. dulu saya hairan jugak anak sekecil darjah 1 dah duduk asrama but now semua itu adalah sunnah belaka..nabi sendiri di pelihara ibu susunya sehingga usia 6 tahun seawal itu diberi orang lain pelihara...
ada pelajar dari penang, melaka yg tinggal di asrama SERI..
bayaran pada saya cukup murah rm200 + rm50 for food, kalau tak mau blh bawa bekal or beli dikantin.
kelasnya kecil dlm kelas anak saya baru ada 7 orang mendaftar..kelas berhawa dingin..

saya buat keputusan keluar dari sek kebangsaan kerana jawi nya masih merangkak..blm boleh tulis jawi sepenuhnya tak lancar..baca pun merangkak...al quran pun belum lancar baru juz tiga..pada saya buat apa dia boleh speaking london kalau bahasa al quran tidak lancar..bukan dia tak pergi sekolah agama biasa selepas sek kebangsaan, tapi saya tgk di sek keb dlm kelas ada 45 orang di sek agama pun hampir 50 orang saya dah daftar utk sesi 2010 tp fikirkan masalah kepadatan murid dlm kelas ni buat saya fikir byk kali...alhamdulillah kesempatan bertemu jiran saya yg hantar anaknya di SERI ni buka mata saya..anak kawan saya ni special..anak nya katagori lembam, dari umur 4 tahun dah hantar ke tadika mahal2, tadika china, inggeris semua tiada improvement tiada yg baru di pelajari bila dia hantar ke SERI anaknya dpt byk ilmu..blh hafal surah2 lazim dan solatnya tertib..

maphilando46 Publish time 6-1-2010 09:31 PM

Alhamdulillah....Selamat berjaya.. Amin:)

sunsuria3 Publish time 7-1-2010 09:04 AM

ni ada satu cerita boleh buat renungan....dari semalam saya fikir..bila kita niat baik insyallah Allah akan membantu

ank sedara saya kembar, si adik dpt 5A si abang 2A 3C...adik dpt sbp..saya pun ckp dgn adik saya dah si abang ni tak pandai academic masukkan aja sekolah agama at least pandai agama...dari jadi mekanik ke salesman ke posmen ke baik jadi tok bilal, ke tok siak ke tok imam ke sejuk gak perut ibu mengandung...
apply satu sek agama, minimum requirement 3A...apply juga pegi interview dgn mengaji menggigilnya, jawi tak pandai, sijil PAFa tak ada sbb mak dia berhenti kan sek agama masa darjah 6 konon nak concentrate upsr..saya kata doa aja niat baik insyallah allah bantu
ingatkan tak dapat..terkejut dpt surat offer dari sekolah agama ni..sedangkan jiran2 dia ada 3/4 org apply sek ni dgn sijil Pafa masing2 lengkap dgn result 3A upsr tak dpt?
senalam pegi daftar nama dia tak ada dlm list daftar? cikgu yg daftar tak blh buat apa bawa ke pengetua..pengetua tanya masuk ni guna cable orang besar ke? adik saya jawap apply biasa aja,( walau pun dia ada cable besar tapi segan nak guna katanya sbb dia tau anak dia result lbh kurang aja), lastly pengetua sign penerimaan katanya ni memang rezeki anak you lah, nama tak ada dlm list sbb kami ambil 3A ke atas aja, cikgu2 kat daftar pun kata memang rezeki anak you ni...
so insyallah akan terus belajar sekolah agama and insyallah jadi insan soleh satu hari nanti..DOA senjata orang mukmin...firman Allah, berdoalah nescaya akan ku perkenankan...

sunsuria3 Publish time 7-1-2010 09:08 AM

alhamdulillah, anak bongsu saya suka sangat sek baru SERI ni..dia siap cakap nanti sekolah men nak sambung SERI lagi padahal tak ada lagi sek men dia lah darjah paling tinggi kat sekolah tu...
semalam sibuk ajak beli barang hiasan kelas sebab rakan2 dlm kelas dia semua dok asrama tak ada sape nak beli nanti hari sabtu dia orang hias kelas dia beli aja..
seronok hati saya sekarang...
kawan rapatnya anak si nazrey bekas kumpulan nasyid raihan tu..dan ada 3 orang lagi dia siap sebut nama...alhamdulillah..thankyou allah...

zamnie Publish time 7-1-2010 09:37 AM

kak suria..

kat maner ekk sek seri integrasi nih? sebulan rm250 ekk....
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12
View full version: SEKOLAH MAAHAD TAHFIZ ATAU SEKOLAH AGAMA


ADVERTISEMENT