CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kehadiranmu Memenuhi Hatiku..” – Azrinaz Titip Ucapan Hari Lahir Ke-18 Buat Anak Sulungnya, Putera Abd Wakeel

4-6-2024 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5419| Komen: 22

Description: Baru-baru ini, perkongsian daripada bekas personaliti televisyen iaitu Azrinaz Mazhar Hakim telah berjaya meraih perhatian warganet.


Baru-baru ini, perkongsian daripada bekas personaliti televisyen iaitu Azrinaz Mazhar Hakim telah berjaya meraih perhatian warganet.

Hantaran tersebut merupakan ucapan hari lahir ke-18 pada 1 Jun lalu buat cahaya mata sulungnya iaitu Putera Abd Wakeel, anakanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

"Selamat ulang tahun ke-18 kepada Putera Raja yang dikasihi!
 
"Semoga hari istimewa ini menjadi mempesona dan megah seperti anda. Ini adalah tahun yang dilimpahi dengan kasih sayang dan berkat yang tidak berkesudahan."


Pada masa yang sama, Azrinaz turut meluahkan rasa bangga dengan anak sulungnya itu dan berjanji akan sentiasa menyayanginya .

"Kehadiranmu memenuhi hatiku dengan rasa bangga yang tidak terkira, aku bersyukur memilikimu sebagai milikku. Dengan cinta yang kekal seumur hidup dan seterusnya, selamanya dan sentiasa."


Sekadar info, Azrinaz pernah menjadi isteri kedua kepada Sultan Brunei pada 2005 lalu sebelum berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putera Abd Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 4-6-2024 04:51 PM
dah elok bertudung litup, awat x cover plak gmbr lama. kot ye nak up kan gmbr tu, edit ler sis. adeh.
Quote beautifulorchid 4-6-2024 05:11 PM
mental touchers sebenarnya bila tak boleh jumpa anak..hanya boleh negok dr tv , berita gambar je..
sebagai mak nak jugak pelok cium anak tu..
Quote MisXoXo 4-6-2024 09:49 PM
Mmg dia xpernh jmpa ank2 dia ke eh
Quote MizzNaza 4-6-2024 11:12 PM
ooo makin lama makin iras muka apaknya ehh
Quote zuriey 5-6-2024 12:14 AM
Tgk dia dgn mateen selalu berbalas komen
Btw kata nyehh ada je jumpa
Quote sayurmayur88 5-6-2024 07:17 AM
naluri dan sifat keibuan ... semoga yg baik2 buat mu
Quote nirman 5-6-2024 09:04 AM
maybe anak dia pun tak teringin nak jumpa mak dia. malu kan mak dibuang janda/gundik lain semua no problem aman di brunei, dia saja dibuang
Quote prettygood 5-6-2024 10:15 AM
Anak2 sheolls dgn brunei je yg sama dgn muka sheolls, tpi yg skrg ni semua ikut muka ayahnyer
Quote prince_marhaen 5-6-2024 10:17 AM
bosan la pompuan penuh drama ni.... dah elok2 hidup atas dulang emas, buat hal pulak ye.. lepas tu drama. tapi kawin tetp kawin yekk... tak menahan masa skandal ngan ponen Wak Toyok dulu...hahah boleh lak dia melayan jantan jawa katik gila attention tu.. apoooo
Quote ezacbee 5-6-2024 11:54 AM
Sampai sekarang xtau pe dia buat hal sampai bercerai..
Quote mawarputih2612 5-6-2024 03:07 PM
zuriey replied at 5-6-2024 12:14 AM
Tgk dia dgn mateen selalu berbalas komen
Btw kata nyehh ada je jumpa

tgk kt mana tu
Quote sharlenetexas 6-6-2024 02:25 AM
Harap dapat unite dengan anak2 mcm jac pascarl dan anak2 dia.


Quote Zazama 6-6-2024 02:47 PM
SB tak kan la tak izinkan anak dan ibu kandung berjumpa. Boleh jd mereka fly ke luar negara utk pertemuan. Tak mungkin la kut jumpa kt istana.
Quote stapler 7-6-2024 09:43 AM
zuriey replied at 5-6-2024 12:14 AM
Tgk dia dgn mateen selalu berbalas komen
Btw kata nyehh ada je jumpa

berbalas komen kat mana chuols?

Quote stapler 7-6-2024 09:44 AM
ezacbee replied at 5-6-2024 11:54 AM
Sampai sekarang xtau pe dia buat hal sampai bercerai..

haha khuennn... selow la nurtizen sekalians, termasok haku.
Quote bioessence 8-6-2024 09:14 AM
ezacbee replied at 5-6-2024 11:54 AM
Sampai sekarang xtau pe dia buat hal sampai bercerai..

Masalah mcm tiara intan berlian masuk kotak magee tak logik sebab kena lalu security nak buka vault etc so ni rasa nya sebab step doters tak suka young step mom. So how to get along?
Quote bioessence 8-6-2024 09:26 AM
4 princesses from 1st wife je lagi tua dari step mom. Baya adik2 depa. Kalau selalu kena sakat tak sedih ke....begitu la spekulasi aku
Quote scarflicious 9-6-2024 09:18 PM
bioessence replied at 8-6-2024 09:14 AM
Masalah mcm tiara intan berlian masuk kotak magee tak logik sebab kena lalu security nak buka vaul ...

Tak suka bermadu dgn madu baru....
Quote Heydidle 10-6-2024 01:38 AM
Setiap tahun la keluar psl ni . Xde menda pun.
lg 1, yg nak bercik puan lagi knp? bukan isteri bergelar dah pon.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062116 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top