CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Suami Bunga Citra Lestari Disyaki Seleweng Wang Milik Syarikat Bersama Bekas Isteri Berjumlah RM 1.7 Juta

4-6-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8832| Komen: 32

Description: Terkini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita berhubung suami kepada penyanyi terkemuka Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana yang telah didakwa melakukan penyelewengan wang syarika ...

Terkini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita berhubung suami kepada penyanyi terkemuka Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana yang telah didakwa melakukan penyelewengan wang syarikat yang diusahakan bersama bekas isterinya.

Menurut sumber, Tiko yang merupakan pengarah syarikat PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) telah menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta di antara tahun 2015 hingga 2021. Makala bekas isterinya, Arina Winarto merupakan pemilik dan pemegang saham syarikat yang sama menurut peguam Arina bernama Leo Serigar.


"Tiko dan Arina menubuhkan syarikat berkenaan dan ketika itu anak guam saya bertindak sebagai pemegang saham dan Tiko memegang jawatan sebagai pengarah.
 
"Bagaimanapun semua modal syarikat secara keseluruhannya dikeluarkan oleh Arina."

Di samping itu, Leo turut mendedahkan sepanjang syarikat berkenaan beroperasi, Arina meletakkan segala kepercayaan kepada bekas suaminya itu membuatkan Tiko memiliki kuasa penuh dalam mengurus kegiatan perniagaan termasuk urusan kewangan.

Namun, dirinya mula berasa curiga terhadap Tiko apabila menemukan dua dokumen P&L (profit and loss) yang mencurigakan.

"Konflik bermula sekitar 2019 apabila Tiko menyatakan hasrat menutup syarikat kerana sudah tidak mampu membayar sewa."
 

"Bagaimanapun dokumen profit and loss yang mencurigakan membuatkan Arina mula menyiasat dan mendapat laporan tersebut dimanipulasi.
 

"Daripada situ, Arina melakukan siasatan dan audit menyeluruh sebelum mendapati terdapat penggunaan dana sebanyak RM1.7 juta yang tidak jelas."

Susulan kejadian itu, Arina telah membuat laporan polis pada 2022 setelah Tiko gagal memberi penjelasan kukuh terhadap hasil audit yang dibuat. Kes tersebut kini sedang dalam siasatan dan masih belum mendapat maklum balas daripada pihak Tiko.

Untuk info, Tiko dan Arina bernikah pada 26 Jun 2014 namun berpisah pada 28 Oktober 2021 dan Tiko kemudian mendirikan rumah tangga bersama Bunga pada Disember tahun lalu.


Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amandaminaj96 4-6-2024 11:35 PM
Takde yg komen lagi? I akan comeback lepas acik2 forum komen
Quote hokeypokey 4-6-2024 11:48 PM
muka hensem tapi sengkek rupanya laki BCL ni, dh kikis ex wife skrg nk kikis BCL plak ke..
Quote zuriey 5-6-2024 12:08 AM
Hadap je lahhh
Quote gerbera.memopad 5-6-2024 12:31 AM
Kalau cerai dengan husband ni, adakah akan pakai surname Sinclair balik?
Quote BoongaKertas 5-6-2024 08:19 AM
hope sheols pandai jgn kasi dikikis.
Quote shida81 5-6-2024 08:22 AM
gerbera.memopad replied at 5-6-2024 12:31 AM
Kalau cerai dengan husband ni, adakah akan pakai surname Sinclair balik?

Ak pn terpikir bende yg sama...
Quote Sazreena 5-6-2024 01:04 PM
Tu pasal jgn ingat cinta tulus semata-mata...dia pun pandai tau ko masyuk. Arwah AS banyak tinggalkan reta and biznes. Ce la cari laki yg tajir melintir..baru la aman aman hidup..kata nyonya sosialitas.
Quote Fazzbulous 5-6-2024 04:29 PM
sejak kwen dgn mamat ni,byk cite tak best kuar psl unge ya..
Quote manamana123 5-6-2024 04:37 PM
Laki bcl kerja kat maybank kan
Quote nazzse 5-6-2024 04:40 PM
Yg kata lakinya banker tu pun tipu kan, padahal DJ bight club ajer. Netz sana dah bising
Quote nuki12 5-6-2024 07:08 PM
Edited by nuki12 at 5-6-2024 07:10 PM

[tiktok]7369639564442406150[/tiktok]
Baru je lagi bcl duet dgn laki dia di ultah ke 65 Maybank indonesia last month

Sebelum kahwin mmg dah byk cite tak best laki dia ni kan
Quote Fazzbulous 5-6-2024 08:30 PM
nape la i rasa mcm tak lama diorg ni...huhuhu
Quote Heydidle 5-6-2024 11:21 PM
nuki12 replied at 5-6-2024 07:08 PM
Baru je lagi bcl duet dgn laki dia di ultah ke 65 Maybank indonesia last month

Sebelum kahwin mmg  ...

Oh keje dgn mbb indo rupanya
Quote prettygood 6-6-2024 11:45 AM
klau iols adalah bcl, iols dh menyesal dh tu, yela ex husband kan husband yg terbaik katanya, gosip yg bukan2 pun x prnh dgr. tpi lps husb nya pergi, kahwin pulok dgn org gini, aduhai. tkpela jodoh kan cerminan diri hihihi
Quote hokeypokey 6-6-2024 04:46 PM
nuki12 replied at 5-6-2024 07:08 PM
Baru je lagi bcl duet dgn laki dia di ultah ke 65 Maybank indonesia last month

Sebelum kahwin mmg  ...

tak sweet pun.. lgsg tak sama cam dgn ashraf.. laki ni tak nampak cinta mati kt bcl pun.. nampak bcl yg in love ngan mamat ni..
Quote Gold999 6-6-2024 05:41 PM
Sejak kwen ngn mamat ni nmpk jelas imej bcl yg suka berparti...dlu ngn arwah pn berparti juga..tp nmpk terjaga juga la imej dia...skrg nmpk mcm try hard nauuu
Quote doubleA 7-6-2024 12:23 AM
Edited by doubleA at 7-6-2024 12:24 AM

Hebat dapat tekel bcl. Harap bcl tak bodo biarkan diri dikikis. Dengan arwah asraf dulu sama2 usahakan bisnes dan memang arwah yg manage bisnes pun kan
Quote Homewrecker 7-6-2024 01:55 AM
Ohh nooo kak unge, lari cepat2. Red flag je ni tiko ni
Quote Heydidle 7-6-2024 03:16 AM
Gold999 replied at 6-6-2024 05:41 PM
Sejak kwen ngn mamat ni nmpk jelas imej bcl yg suka berparti...dlu ngn arwah pn berparti juga..tp nm ...

Parti..mabuk

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055296 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top