CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dirampas Rambut Palsu, Lelaki Dakwa Pegawai Penjara Cabul Hak Asasi

20-3-2017 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2602| Komen: 11

Berikutan tidak puas hati pegawai penjara merampas rambut palsunya, penjenayah yang berkepala botak menuduh pegawai penjara mencabul hak asasi kemanusiaannya dan akhirnya berjaya memenangi perbicaraan itu. 


Bertempat di New Zealand, penjenayah tersebut yang berumur 42 tahun dikenali sebagai Philip John Smith, telah dihukum penjara akibat membunuh. 

Difahamkan rambut palsunya dirampas pegawai penjara dan akibatnya dia dijadikan bahan lawak oleh orang awam susulan penampilannya yang kelihatan botak apabila diambil gambar oleh jurukamera media ketika di mahkamah. 

Tidak berpuas hati, dia mengambil keputusan membawa isu tersebut ke mahkamah untuk mengambil balik rambut palsunya. 

Memetik laporan media di New Zealand, Philip John Smith berkata, dirinya terasa begitu malu akibat penampilannya yang  botak telah menarik perhatian media. 

Selain mengakui dirinya sangat sensitif, malah rambut palsu yang dirampas itu adalah suatu hasil sentuhan seni yang direka khas untuk dirinya. Tegasnya ini adalah cara dirinya melahirkan keyakinan diri dan maruah. 


Ketua hakim di mahkamah tinggi mengatakan Philip John Smith menang perbicaraan tersebut kerana membuktikan dalam usaha mentafsirkan kebebasan hak asasi buat dirinya memang telah sah diabaikan, malah kebebasan itu termasuk juga pemakaian rambut palsu.

Biarpun Philip John Smith menang dalam perbicaraan itu, tetapi pihak mahkamah telah menolak permohonannya untuk menuntut ganti rugi lima ribu dollar New Zealand atau kira-kira 15 ribu ringgit.- CARI

sumber foto: www.stuff.co.nz

2

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
13

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 20-3-2017 04:56 PM
Ko nak melaram untuk sapa dlm penjara tew?
Quote zafira 20-3-2017 04:59 PM
hahaha... rupa dia mcm christopher reeves kalo pakai rambut pelesu tu...
Quote RatuDunia94 20-3-2017 05:02 PM
Justin bierber habis rambut pelesu dia..
Quote manjalara_01 20-3-2017 06:14 PM
just..just don't laugh at somebody who just murdered somebody...
Quote Artemesiaa 20-3-2017 06:28 PM
Ternyata penampilan amat penting bagi dirinya dari mengesali kesalahan yang dia buat
Quote FanTasyCreaTioN 20-3-2017 06:45 PM
malu dia ja dia pikir

Smith had been serving a life sentence for a murder in Wellington in 1996. He sexually abused a child when he was 17, and returned at the age of 21 to kill the child's father.

He stabbed the 35-year-old Johnsonville  man 19 times as the father tried to protect his 13-year-old son.

Quote merrissa 20-3-2017 06:47 PM
wakakkakaa....memula macam nak kesian....tapi hang dah la pedo...pembunuh lak tuh...padan muko hanggg
Quote samasam90 20-3-2017 07:08 PM
dia lagi okey tanpa rambut pelesu. walaupun kedua-duanya sangat hodoh. i ingatkan kes sodomi ke. rupanya kes kena ejek botak
Quote saladin780 20-3-2017 08:21 PM
Pembunuh pun tau melaram
Quote amon_79 21-3-2017 07:24 AM
budak yg ko molest dan bapaknya yg ko bunuh camna plak hak dia...walaupon ko dh kena penjara tp ko boleh bernafas lg kan dan sibuk dgn rambut pelesu...

emo plak pepagi neh..
Quote mieymiey 21-3-2017 08:13 AM
Tau pula kau nak mempertahankan hak bila rambut palsu diambil.
Yang kau pegi ambil nyawa orang (bunuh) tu tak pula kau fikir perasaan keluarga mangsa?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.067273 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top