CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Bagi Awak 3 Hari!" - Wanita Bengang Pemilik Reti Hantar Kucing Tapi Tak Reti Ambil Balik

21-12-2018 01:50 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 7246| Komen: 17|Original author: Oleh: Ain

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang paling digemari pencinta haiwan.


Kredit foto: PBH2


Malah, adakalanya pemilik sanggup mengangkut beberapa haiwan peliharaannya untuk dibawa bersama jika pulang ke kampung jika tiada yang mampu menjaganya di rumah kerana berjauhan dari pusat jagaan haiwan atau kurang kemampuan.

Namun, ada juga penduduk di kawasan perumahan mengambil upah menjaga kucing.


Kredit foto: Mission Valley News


Pengguna Facebook, Ida Shari bagaimanapun tidak teragak-agak menularkan identiti individu tidak bertanggungjawab yang menghantar enam ekor kucing miliknya untuk dijaga peniaga atas talian itu.

"Kepada pemilik kucing yang hantar enam ekor kucing kepada saya dua bulan lepas, tolonglah bertanggungjawab," tulisnya.

Menurut Ida, individu berkenaan seolah-olah melepas tangan selepas dua bulan berlalu tanpa khabar berita.

Malah, individu terbabit hanya memberikan sejumlah wang bernilai RM350 kepada Ida untuk menguruskan enam kucing yang dihantarnya.



Difahamkan, usaha Ida untuk menghubungi pemilik kucing berkenaan menemui jalan buntu hingga membuat wanita itu tidak teragak-agak untuk menularkan identitinya, jika tiada tindakan diambil dalam masa beberapa hari ini.

"Saya bagi tiga hari dari sekarang," katanya.

Rata-rata netizen bersimpati dan mengecam tindakan individu terbabit yang mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kesenangan sendiri.


RM350 sedekah seumur hidup kucing tu kot...



Dalam masa sama, ramai yang bimbangkan enam kucing terbabit yang tidak diketahui nasibnya di masa akan datang.


Kredit foto: FB IdaShari

Jangan sampai kita ingin kelihatan seperti seorang pencinta haiwan, namun hakikatnya kitalah penyebab mereka dan orang sekeliling sengsara. - CARI
8

Bagus
20

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizahlili 21-12-2018 02:13 PM
Menyusahkan orang lain je pemilik kucing tu
Quote Artemesiaa 21-12-2018 02:43 PM
Kalau tanya pengusaha bording kucing pasti jawapan mereka ramai je manusia yang bersikap macam ni zaman sekarang ni.  Terutama mereka yang hantar untuk bercuti raya atau cuti sekolah panjang macam sekarang ni.  Bila bercuti tak beringat bila terlebih berbelanja ketika bercuti sampai lupa nak ketepikan bayaran yang harus dibayar untuk upah jaga kucing nanti mulalah buat perangai lambat ambik kucing mereka.  Call banyak kali pun bagi macam2 alasan hinggalah mereka dapat gaji semula nanti.  
Quote cekgihani 21-12-2018 02:50 PM
Aku tringin nk buka hotel kucing. Tp masalah yg mcm ni buat aku malas nih
Quote prettyuglybabe 21-12-2018 03:01 PM
memang owner niat nak buang kot..
i tengok muka anak-anak tak sampai hati nak bagi orang..
walaupun i tak ada masa nak layan and geram dengan nakal dorang..
Quote BabyOnEarth 21-12-2018 03:48 PM
kalau dah tinggal smpi 2 bln tinggal xamik2, memang maksudnya dia nk buang la tu tp xsmpi hati nk buang tepi jalan.
Jual kan jela kucing2 tu, ganti balik kos jaga makan pasir sume.
Quote Beautifulliar. 21-12-2018 04:03 PM
Comel plk gmbr kucing tu
Quote saviour_09 21-12-2018 04:19 PM

bukak boarding untuk kejar untung semata2 la ni kan?

takpe la meow, ada rezeki selamat la awak
takde rezeki, tak tuan awak, tokey ni sendiri yg buang

sebelum kena kecam,
aku pun bela meow
kutip strays & jaga dalam pagar rumah aku sendiri
jangan cerita lebih2 ye
Quote megan_pox 21-12-2018 05:08 PM
saviour_09 replied at 21-12-2018 04:19 PM
bukak boarding untuk kejar untung semata2 la ni kan?

takpe la meow, ada rezeki selamat la awak
...

Wak..

Klau bukak bisnes tp utk kebajikan tu namanya shelter kucing
Quote sinalegna 21-12-2018 11:23 PM
Sampai 6 ekor tu.. Apsal la x letak limit
Quote kay781 22-12-2018 02:10 AM
megan_pox replied at 21-12-2018 05:08 PM
Wak..

Klau bukak bisnes tp utk kebajikan tu namanya shelter kucing

Semua bisnes nak untung la.. Aiyyoi
Quote nuryakmal 23-12-2018 01:07 PM
owner mati kot

kalau tak amik hopefully bg adopt instead of buang camtu je
Quote missinpiece 24-12-2018 04:51 PM
Cian meow
Quote clarizsa 25-12-2018 12:49 AM
Kucing kampung yg selekeh dan comot kot?
Kalau kucing comel gebu mahal mesti x marah sgt kan
Boleh jual kalau tuan asal xmo amik
Iklankan je la kt fb kucing percuma tu
Mgkin ada yg nak adopt
Quote SweetShera 26-12-2018 03:49 PM
kucing pun mtce tinggi jgak..dengan makanan, ubatan, vitamin ..dsb

masa pun kena ada utk menguruskan mrk..

klu rasa2 xmampu dari awal x payah bela..jaga tekak sendiri ja nk mencekik...pastu xfikir bangun pepagi nk sediakan makanan mrk...nk bersihkan najis lagi
Quote afie_m 26-12-2018 04:40 PM
tak patut owner kucing buat macam tu..ko dah baca,,ko balas lah ..nak ke tak...ni ko biar ja penjaga tu dalam keadaan terbeban mcm ni
Quote pearl.silver 13-2-2019 05:50 PM
Cat boarding patut wat term baru.. Lambat ambil seminggu, tokei boleh jual kucing2 tu.. Klu kucing kg je jual rm50 sekor, klu kucing buku lebat jual rm300 sekor..
Quote lee_sakura 13-2-2019 09:43 PM
kesianny kucen2 tu, tuan buat perangai depa plak jd mangsa

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.050443 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top