CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditikam Isteri Kerana Membeli-belah Terlalu Lama

24-12-2018 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2929| Komen: 10

Dek kerana cemburu buta, seorang wanita menikam suaminya hanya kerana mangsa 'mengambil masa terlalu lama' ketika membeli-belah sempena perayaan Krismas.

Memetik Mirror, Stuart Simpson, 45, ditikam isterinya, Sonia Simpson, 52, empat kali dengan pisau dapur rumah mereka di Great Yarmouth, Norfolk.



Doktor terpaksa melakukan pembedahan demi menyelamatkan nyawa tukang masak itu pada Krismas 2017.

Difahamkan, isterinya yang tidak bekerja itu dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun atas kesalahan dilakukannya.

"Saya pergi ke bandar, sementara Sonia menghabiskan masa bersama rakannya, Stacey di rumah.



"Tetapi, saya mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan kerana membeli-belah di saat-saat akhir.

"Setibanya di rumah lima jam kemudian, saya dapati Sonia mengamuk.

"Dia yang ketika itu mabuk bertanya kepada rakannya sama ada saya seorang yang bodoh dan apabila Stacey menafikannya, Sonia terus menerkam dan menumbuk wanita berkenaan," ujarnya.

Bagaimanapun, Sonia berang dan cemburu apabila Stuart melindungi Stacey sebelum menikam mangsa.


Kredit foto: Mirror

Difahamkan, Sonia sebelum ini sering mengawal suaminya selain menuduh mangsa curang dan tidur dengan wanita lain ketika menghadiri pengebumian ibunya.

Pernah suatu ketika, Stuart pulang lewat dan isterinya menuduh dia tidur dengan majikannya.

Stuart mendakwa isterinya tidak pernah mempercayai dirinya dan sentiasa cemburu jika dia didekati mana-mana wanita. - CARI
9

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 24-12-2018 01:25 PM
muka macam steve buscemi
Quote matchstick 24-12-2018 02:03 PM
padan muka ko acik...sekarang ko masuk dalam laki ko boleh enjois sepuasnya
Quote fff_cat 24-12-2018 02:13 PM
Sape suruh carik laki muda jauh beza dari umur. Kan dah saiko... Insecure jadik Psycho...
Quote myakayina 24-12-2018 02:21 PM
muka wife dia pun scary aku tengok...
Quote haryatie 24-12-2018 04:13 PM
gilerrrr cemburunya
ke suami pernah kantoiii
Quote BoongaKertas 25-12-2018 08:30 PM
Shopping last minute laa kak oi, mestilah jems (yeke? Entah. Meols assume sama mcm msia gak. Org serbu harga last sbb murah).
Quote yeepi_33 26-12-2018 06:53 PM
Emm
Cemburu eh?

Emm...🤔🤔
Quote buapakperut 27-12-2018 01:35 PM
putehkundor: muka macam steve buscemi

tang mata macam skop ice cream kan ..gigi pun nak sama
Quote mieymiey 27-12-2018 02:23 PM
Gila ko 14 tahun. Merana la acik kat dalam tu. Suami aman-aman hidup tanpa psychopath macam acik.
Quote DollahRepek 27-12-2018 02:39 PM
Seronok la suami dia nnt berskandal ngan pompuan lain sbb bini dah masuk penjara

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038332 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top