CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Backpacking Atau Travelling Ada Kelebihan Selain 'Enjoy'?

24-9-2019 11:19 AM| Diterbitkan: zakeynt_o| Dilihat: 3602| Komen: 12|Original author: Oleh: zakeynt_o

Bercuti ke tempat-tempat awam sama ada di dalam mahupun di luar negara semestinya menyeronokkan. Allah berfirman dalam surah al-Ankabut (29:20): "Berjalanlah kamu di muka bumi ini serta perhatikanlah bagaimana Allah mencipta (manusia) daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas sesuatu". 

Jika tiada kebaikan, masakan adanya firman Allah ini. Mari kita teruskan bacaan! 


sumber: Time Magazine

1. FOKUS

Menurut GEN-Q, mengembara melatih diri untuk lebih berfokus. Contohnya, apabila kita menyasarkan sesuatu tempat untuk bercuti, pasti kita akan mengumpul duit untuk mencapai target yang diingini.


2. KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM

Seseorang yang banyak mengembara mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi dan berpersonaliti menarik. Ini kerana mereka akan banyak berkomunikasi dengan orang tempatan untuk bertanyakan jalan dan nama tempat ketika mengembara. 

Jangan takut untuk bertanya kepada pekerja yang menjaga kawasan tempat bercuti dan komunikasi akan menjadi lebih menarik jika menggunakan bahasa Inggeris.


sumber: English Online

3. ILMU BAHARU

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Inilah yang dikatakan mengembara dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan mengembara, kita akan dapat tahu sejarah atau kisah di sebalik sesuatu tempat.


4. PENGURUSAN

Pernah dengar orang kata,"kalau tiada duit, jangan berangan nak travel"? Memang kata-kata seperti ini akan melemahkan semangat seseorang. Namun, dengan pengurusan yang baik dan perancangan teliti, banyak tempat yang akan dapat kita lawati hanya berbekalkan bajet minima. 

Bina hubungan baik dengan kenalan luar negara atau di tempat yang ingin dikunjungi. Pengurusan kewangan dan pengurusan perjalanan adalah yang paling penting, misalnya, lawati kawasan yang berdekatan jika ingin berjalan banyak negara sekali gus bagi menjimatkan kos. Buat catatan perbelanjaan dan dapatkan seberapa banyak info tambahan dan kenalan di luar negara.


Sumber: Crazy Egg

Ingatan buat semua, niatkanlah dalam hati tujuan kita mengembara kerana ingin melihat kebesaran Allah dan memperoleh ilmu yang bermanfaat. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 24-9-2019 01:16 PM
Backpacking kalau solo bukan dgn family sesuailah...
Quote julielapadite 24-9-2019 03:50 PM
jangan bawa baby kalau sendiri nak adventure konon susah senang hidup bersama - selfish!
Quote Peterpan17 24-9-2019 03:58 PM
julielapadite replied at 24-9-2019 03:50 PM
jangan bawa baby kalau sendiri nak adventure konon susah senang hidup bersama - selfish!

Ini bunyi mcm mamat ngok yg tido merempat tengah jalan kat Paris tu
Quote julielapadite 24-9-2019 07:22 PM
Peterpan17 replied at 24-9-2019 03:58 PM
Ini bunyi mcm mamat ngok yg tido merempat tengah jalan kat Paris tu

Harapnya dia terasa pedas la kan instead of defensive namampos
Quote Peterpan17 24-9-2019 08:11 PM
julielapadite replied at 24-9-2019 07:22 PM
Harapnya dia terasa pedas la kan instead of defensive namampos

muahahahah!! giler punya defensive bila kena kutuk. haprak punya bapa. kesian anak dia dpt bapa budus mcm ni. membahayakan anak demi nak adventure. pdhal sengkek tp nak travel.
Quote ikanmasin 24-9-2019 08:25 PM
julielapadite replied at 24-9-2019 03:50 PM
jangan bawa baby kalau sendiri nak adventure konon susah senang hidup bersama - selfish!

yg ni akk mmg sokong
Quote MakcikPrada 3-10-2019 09:07 PM
Edited by MakcikPrada at 3-10-2019 11:29 PM

To me, I x sanggup nak backpacking, biarla org nak kata I’m not adventurous enough but I know myself, I rela belanja lebih sikit as long as selesa
Quote sudahlah 3-10-2019 09:58 PM
tak berani nak backpacking
Quote intanazlynna 4-10-2019 10:07 AM
tak suka backpaking... kalau i gi jalan, hotel i kena selesa... lately asyik ambik suite room je huhuh and yang penting i boleh "membeli" dan i tak suka pack barang2 makanan...
Quote Foxey 15-10-2019 03:25 PM
I haven't tried backpacking and since i have a disc problem, i don't think it is suitable for me. But i love travelling and wish i can travel more.
Quote Audetom 16-10-2019 06:18 PM
My hubby selalu nk berbackpaking bila travel.. I tak suka sgt sbb penat nk kena galas beg.. Selalunya dia akan packing light jer utk i.. Tp untung bila bwk ank2 skali sbb semua anak jantan, semua bwk sorang satu so maknyer bwk beg kecik atau bwk diri jer..

Reason berbackpaking sbb senang bergerak.. Esp tmpt yg ada byk tngga, sbb kalau bwk beg tarik lg seksa nk bwk naik & turun.. Style jerlaa mcm backpacking tp takdelaa adventure mana sbb weols still tido kt hotel/hostels/airbnb.. Bekalan mknn kalau pegi berdua bwk sikit2 jer.. Kalau bwk ank mmg byk bwk bekal sbb dorang kuat makan, kalau nk kene beli jer mmg botak ler pale.. After all, weols ni bkn berduit sgt tp suka travel.. So, selagi boleh jimat, kita jimat..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064705 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top