CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apam Tokyo Berinti Kastard Pandan, Buat Sendiri Lazat Tak Terperi!

24-9-2019 10:53 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10048| Komen: 19|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kuih kastard merupakan sejenis kuih yang mempunyai pelbagai nama seperti karipap kastard, apam suri, kuih tokyo, apam Penang, apam sua, apam Tokyo dan lain-lain.Kuih ini mempunyai pelbagai inti. Ada i ...


Kuih kastard merupakan sejenis kuih yang mempunyai pelbagai nama seperti karipap kastard, apam suri, kuih tokyo, apam Penang, apam sua, apam Tokyo dan lain-lain. 

Kuih ini mempunyai pelbagai inti. Ada inti kaya, kastard dan kelapa. Ia enak jika dimakan ketika sejuk selepas diletakkan di dalam peti sejuk.

Kuih-muih ini amat mudah disediakan dan sedap dimakan. Boleh disediakan dalam pelbagai warna dan inti mengikut cita rasa. Nak cuba? Ini resipinya seperti dipetik daripada FB Izza Howzin.


Kredit foto: ilovebakinginhse - Kuih Tokyo Inti Kastard


Apam Tokyo Inti Kastard Pandan

Bahan inti:
  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan
  • ¾ cawan gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan air pati pandan pekat  atau 2 helai daun pandan sekiranya ingin membuat inti kastard biasa

Cara membuat inti:



1) Campur semua bahan kecuali daun pandan. Kacau guna whisk atau sudu hingga sebati dan rata.

2) Tapis dan masukkan ke dalam kuali.

3) Kemudian, masukkan daun pandan dan kacau dengan api sederhana hingga pekat. Biarkan sejuk.


Bahan untuk kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2½ cawan air
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning / hijau

Cara membuat kulit:

1) Campur kesemua bahan. Kisar dan tapiskan.

2) Masak seperti membuat kuih dadar atau penkek. Masak hanya sebelah permukaan sahaja (tak perlu diterbalikkan).



3) Isikan dengan inti kastard yang telah dibuat tadi.



4) Angkat, kemudian lipat dan tekan hujung kuih tersebut. Tekan dengan sudu untuk mendapat bentuk yang cantik. Boleh juga gunakan acuan membuat karipap.



Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!


NOTA:

1) Sebaiknya guna kuali leper kecil untuk dapatkan bentuk yang sama besar.
2) Boleh pelbagaikan inti lain seperti kaya, nutella, kelapa, mengikut cita rasa masing-masing. - CARI


Kredit resipi: FB Izza Howzin
7

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • ramossterritory

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-9-2019 11:03 AM
Macam best je..
Quote hollahop 24-9-2019 11:15 AM
gebu ja nampak. sedappp
Quote RatuDunia94 24-9-2019 11:30 AM
Mcm bentuk poen..
Quote chicozinn 24-9-2019 12:50 PM
Memati aku ingatkan periuk kera tadi..btw boleh la try buat..{:smile
Quote hatikudus 24-9-2019 01:16 PM
Senang je rupanya buat kastad ni, boleh cuba weekend ni
Quote arm_band 24-9-2019 03:43 PM
tokyo kauuuuuuu
selalu nampak kat pasar malam, tak tau pulak namanya
Quote meisapoya 24-9-2019 06:23 PM
Oh sedap makan sejuk ke? Biasa i makan panas2 lepas penjual angkat dari kuali dia. Nikmat. Rindu plak penjual tu dah tak jual kat tempat biasa...
Quote natrahn 24-9-2019 09:23 PM


adududu poen pulak


Quote Perawankota 24-9-2019 11:06 PM
Aku ni fail bab2 masak kuih. Tp aku suka beli apam balik bandung yg kt danau kota tu.. sebab ada flavour nestum bagai..
Quote Azharitubunga 25-9-2019 02:33 AM
Nyummy tgk.. lama dh xmkn.. leh cuba ni
Quote CikB 25-9-2019 08:31 AM
sedapnyaaa....
Quote itams 25-9-2019 01:40 PM
sedap nyaaa
Quote lututputih 25-9-2019 02:22 PM
Apam tokyo ker namanya...sedappp
Quote lututputih 25-9-2019 02:24 PM

ish makanan kot..dah la saya suka
Quote Loloq89 26-9-2019 09:14 AM

aku ingt aku yg otak kuning
Quote puanbintang 27-9-2019 09:03 AM
yeaayy! i like..selalu beli kat pasar malam and lembut2  sedap!
Quote puanbintang 27-9-2019 09:04 AM
yeayyyy! suka apam ni...lembut and sedap..kalau nampak kat pasar mesti nak beli ni
Quote LoveliesHate 14-10-2019 03:51 PM
omg kuih favorite ni. nak cuba buat lah hr ni!! thanks for the recipe

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060906 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top