CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Bapa Dengan Alat Kawalan Jauh TV Sebab Tak Suka Cara Bercakap

28-8-2019 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2915| Komen: 15

Seorang wanita di Britain dilaporkan membunuh bapa kandungnya dengan membaling alat kawalan jauh televisyen ke arah mangsa.



Nicola Townsend, 50, dikatakan membaling objek berkenaan dengan kuat kerana tidak puas hati dengan cara bapanya berusia 78 tahun itu bercakap dengannya.

METRO melaporkan, mangsa kemudian melarikan diri ke dapur untuk memeriksa kecederaan dialaminya sebelum ditolak suspek hingga terjatuh menyebabkan beberapa tulang rusuknya patah.

Nicola kemudian melarikan diri dari lokasi dan meninggalkan warga emas yang mengalami osteoporosis itu untuk menghubungi ambulans sendiri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di rumah mangsa di Bath, England pada 27 Disember, 2017.



Sebaik tiba, pasukan paramedik mendapati lelaki tua itu sedang duduk di atas kerusi dan menekap tuala pada luka di kepalanya.

Mangsa bagaimanapun memaklumkan kepada paramedik bahawa dia terjatuh dan menghentak kepalanya.

Mahkamah Bristol Crown pada Selasa diberitahu, mangsa meninggal dunia 12 hari kemudian akibat radang paru-paru.

Sementara itu, Nicola yang didapati bersalah membunuh bapanya tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika pertuduhan dibacakan di hadapannya.


Kredit foto: METRO/SWNS

Buat masa ini, dia dilepaskan dengan jaminan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

Difahamkan, tertuduh sebelum ini menghubungi abang iparnya dan mengaku mengenai perbuatannya itu sebelum abangnya membuat laporan polis membawa kepada penahanannya. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 28-8-2019 12:17 PM
Wanita kw? Mcm bapok jah!
Quote Artemesiaa 28-8-2019 12:21 PM
Dah lama nak lepas kemarahan yang dipendam tu yang teruk jadinya
Quote mr_cool5885 28-8-2019 12:25 PM
Dilepaskan dgn jaminan sementara menunggu keputusan? Wtfishh 302 tuuuu
Quote Foxey 28-8-2019 12:43 PM
Kejadiannya dah lama, tahun 2017. Minah ni jenis baran kot? Main baling2 barang, padahal perkara kecik je pun
Quote CatMiow 28-8-2019 12:45 PM
2017 punya kes..

Ada masalah kesihatan mental kot.  
Quote mieymiey 28-8-2019 12:50 PM
Scarynya tengok acik ni
Quote moonbug 28-8-2019 01:11 PM
mieymiey replied at 28-8-2019 12:50 PM
Scarynya tengok acik ni

Air muka nampak bengis dan semacam ada masalah mental
Quote sehirkedi 28-8-2019 01:38 PM
Lahaiii kat sana membunuh pun boleh ikat jamin.. Bebas merata kang sapa pulak dia bunuh..
Quote diggerr 28-8-2019 02:48 PM
Bapak tuuuuu
Quote nononcrux 28-8-2019 03:03 PM
kau tua kau kena pulak nanti.. suka hati kau je buat bapak kau mcm takde value.. puih
Quote arm_band 28-8-2019 03:33 PM
macam nenek kebayan muka acik ni. umur dah 50tahun dah pun
Quote niena90 28-8-2019 03:47 PM
Creepy gila muka dia ni. Dah serupa Valak!
Quote buapakperut 28-8-2019 04:55 PM
la dah tua, patutlah...acik ni macam zombie . pucat giler
Quote epuepy 28-8-2019 07:25 PM
Sian bapak. Bela dri kecik, dh besar kena pelangkung ngn remote. Masih Lagy bekup si anak walau durjana ya amat
Quote Itzy 29-8-2019 04:21 AM
Akhir zaman. Takde ku heran sebab nabi memang dah bagi peringatan dah.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055940 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top