CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jururawat Kembar Seiras Bantu Kelahiran Bayi Kembar Seiras

22-10-2019 10:44 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 3170| Komen: 13|Original author: Oleh: Pink Lily


Bingung! Mungkin itulah perkataan yang boleh menggambarkan perasaan seorang ibu apabila dimasukkan ke wad bersalin di sebuah hospital di Georgia bulan lepas, ketika ingin melahirkan anak kembarnya. 


Mana tidaknya, kedua-dua jururawat yang menyambut anak kembarnya juga merupakan sepasang kembar seiras! 

Ibu itu, Rebecca Williams mendapat tahu keadaan pelik itu tiga minit sebelum anak-anaknya dilahirkan melalui pembedahan caesarian. 

Menurut stesyen TV Atlanta, WXIA TV, salah seorang jururawat itu, Tara Drinkard yang merupakan jururawat perbidanan di Pusat Perubatan Piedmont Athens Regional memaklumkan keadaan berkenaan kepada Rebecca. 

Katanya, "Cuba teka? Saya ada sesuatu nak beritahu kamu. Saya ada kembar dan kami berdua akan membantu kamu melahirkan anak."



Tara Drinkard dan Tori Howard bersama bayi kembar yang disambut mereka. 
Kredit foto: Huffington Post 

Kembar jururawat itu, Tori Howard juga bekerja di hospital tersebut di unit jagaan rapi neonatal. 

Tori memberitahu Good Morning America, "Untuk setiap kelahiran C section, kami akan dibantu jururawat NICU kerana ia mempunyai risiko yang lebih tinggi. 

"Saya teruja untuk membantu kelahiran tersebut bersama kembar saya, tetapi saya tak terfikir pula yang kami akan menyambut kelahiran bayi yang juga pasangan kembar."

Apa yang lebih menarik adalah Tara dan Tori juga dilahirkan di hospital sama yang kini menjadi tempat mereka bekerja. 

Suami Rebecca, Brannan Williams turut teruja apabila mendapat tahu yang anak-anaknya, Becca dan Emma telah disambut oleh sepasang kembar.

"Agak menarik juga kerana Tara sedang menjaga Becca di bilik bersalin, manakala Tori sedang menjaga Emma di NICU," katanya.

Menurut Facebook hospital tersebut, ini juga merupakan pertama kali bagi pasangan jururawat kembar itu bekerjasama dalam menyambut kelahiran.



Bayi kembar itu dilahirkan seawal 32 minggu dan dijadualkan akan keluar daripada hospital pada Khamis ini, tetapi itu bukan petanda mereka hanya akan menjadi kenangan kepada pasangan jururawat itu. 

"(Tara dan Tori) telah menjadi sahabat kami.

"Saya tak sabar nak bagitahu anak-anak saya perkara ini suatu hari nanti dan semoga mereka dapat bertemu dan kekalkan hubungan ini," kata Brannan Williams kepada CNN. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 22-10-2019 11:12 AM
wahhhh jarang2 nih
Quote arnauld 22-10-2019 11:14 AM
Baby tu lagi la bingung hehehe
Quote Artemesiaa 22-10-2019 11:20 AM
Wah unik kembar membantu kembar
Quote Foxey 22-10-2019 12:54 PM
Menariknyaaaa. Pengalaman yang jarang berlaku. Kenangan manis ni
Quote awanysss 22-10-2019 01:55 PM
bestnye ade kembar and dpt baby kembar..
Quote Sangkar_Emas7 22-10-2019 02:17 PM
wahhh...double kembarr...jarang2 berlaku ni.
Quote CatMiow 22-10-2019 02:20 PM
Wah seronoknya....

Harap2 anak kembar tu jadi nurse/doktor juga {:love
Quote aleesyasofia 22-10-2019 03:22 PM
wah.. menarik.. sama2 kembar..
Quote polluxsstar 22-10-2019 03:29 PM
moment yg x semua org mampu merasainya
tahniah utk pasangan kembar kedua2 nya
Quote mata.kail 22-10-2019 09:25 PM
nice moment...
Quote Perawankota 23-10-2019 12:01 AM
Jarang terjadi...
Quote beta_carotene 23-10-2019 09:59 AM
Tora datang lagi..
Quote videcloset 11-11-2019 11:52 AM
alaa cuteeee

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.114872 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top