CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pakatan Rakyat Perkenal Cgt Ganti Gst

10-10-2014 02:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18735| Komen: 213

Description: Selain Itu, Empat Keutamaan Jangka Pendek Yang Menjadi Tumpuan Pada 2015 Bagi Mempertahankan Kebajikan Rakyat Iaitu Pengenalan Sistem Gaji Yang Adil Bagi Memastikan Pekerja Mendapat Perkongsian Sewaja ...
Pakatan Rakyat Perkenal CGT Ganti GST

Anwar menunjukkan buku Belanjawan Malaysia 2015 yang dihasilkan Pakatan Rakyat pada sidang media di Bangunan Parlimen, Khamis.


KUALA LUMPUR: Pakatan Pembangkang yakin pengenalan Cukai Keuntungan Modal (CGT) berupaya mengukuhkan asas pendapatan negara berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menganggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan sebanyak RM3 bilion pada 2015.

"Apabila ekonomi lebih berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat, kutipan dari CGT atas keuntungan urusniaga melibatkan modal juga akan meningkat tinggi," katanya ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2015 di bangunan Parlimen di sini, Khamis.
Selain itu, menerusi Buku Belanjawan yang diedarkan kepada media, CGT juga untuk mengenakan cukai ke atas keuntungan urusniaga melibatkan saham dan bon, termasuk opsyen saham seperti Skim Opsyen Saham Pekerja (Esos).

"Pakatan Rakyat juga mencadangkan supaya pelaksanaan CGT mengambil kira kaedah terbaik dari seluruh dunia, termasuk kaedah menstabilkan kutipan cukai CGT supaya tidak terlalu turun naik seperti yang diamalkan di California, Amerika Syarikat," katanya.

Menerusi belanjawan alternatif itu juga, pembangkang mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan Cukai Warisan Harta demi melindungi golongan miskin.

"Kerajaan Persekutuan sepatutnya memperkenalkan kedua-dua cukai itu sebelum GST diperkenalkan," katanya.

Selain itu, empat keutamaan jangka pendek yang menjadi tumpuan pada 2015 bagi mempertahankan kebajikan rakyat iaitu pengenalan sistem gaji yang adil bagi memastikan pekerja mendapat perkongsian sewajarnya.

"Mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah dan subsidi umum untuk mengekang kenaikan harga barang.

"Mewujudkan lebih banyak skim kewangan perumahan dan skim perumahan rakyat yang lebih radikal untuk membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah selain merancakkan ekonomi desa," katanya.



3

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerikangkung 9-10-2014 05:47 PM
tak lama lagi najib tiru la....
Quote jofizo 9-10-2014 05:50 PM
lawak la... tiap2 tahun syok sendiri buat bajet...
Quote Orix 9-10-2014 05:59 PM
jofizo posted on 9-10-2014 05:50 PM
lawak la... tiap2 tahun syok sendiri buat bajet...

alaa dia nak jugeekkk fefeeling jd PM. buat yg olok2 pn jd la. kihkihkih
Quote batmana 9-10-2014 06:00 PM
klu tk kuarkn idea, kang ade juge tuduh pembangkang makan tido berak aja..

manusie2..
Quote cipOt_cedOt 9-10-2014 06:05 PM
camner CGT boleh mengurangkan harga barang?

Malaysia dah pun amalkan CGT ni... lam sektor hartanah ada RPGT... sapa yang beli rumah dan kemudian jual balik dalam tempoh masa kurang dari 1 - 5 tahun akan dikenakan % tax... kaedah ni kononnya untuk menghalang spekulasi harga rumah tapi stakat skarang sejak diperkenalkan pada tahun 2010 takde plak aku nampak harga rumah menurun... semakin naik jer... rumah second hand lagi cepat naik dari rumah baru... ekekeke...

kalu impose cukai ni... makcik jual karipap tepi jalan pun akan dikenakan CGT sebab cukai ni akan dikenakan kepada semua aset yang mempunyai nilai...

contohnya beli bahan buat karipap... beli kat kedai dah kena cukai... pekedai mesti pindahkan CGT ni pada pembeli untuk kaut untung... peniaga plak guna tepung buat karipap... karipap tu dah jadi aset yang boleh dikenakan cukai sebab ada nilai keuntungan dari modal...

kalu korang jadi peniaga... dengan CGT ni... korang nak serap ke nilai cukai atau korang nak pindahkan beban cukai tu pada pembeli... ekekeke...

dalam bab cukai ni... kona la tang mana pun... cukai dicipta untuk menguntungkan kerajaan... tak pernah lagi aku baca dalam sejarah cukai dicipta untuk menguntungkan rakyat... ekekeke... Last edited by cipOt_cedOt on 9-10-2014 06:19 PM

Quote nour2001 9-10-2014 06:12 PM
kat mana2 Negara pun pembangkang akan keluarkan budget mereka juga...nothing unusual here..
Quote aks_berhad 9-10-2014 06:20 PM
cipOt_cedOt posted on 9-10-2014 06:05 PM
camner CGT boleh mengurangkan harga barang?

Malaysia dah pun amalkan CGT ni... lam sektor hartana ...

byk org yg simpan hartanahnyer smapi nam taun...tp perlu diingat, tempoh 1-5 taun tu bkn bermula masa ambil kunci. tp bila SnP ditandatangan.
lgpon harga bahan mentah pembinaan pon naek tiap taun...
Quote highcastle 9-10-2014 06:24 PM
W'pun aku menyampah si Ketum, tapi itu hak dialah nak beri pandangan sebagai Ketua Pembangkang.
Quote tekoyong 9-10-2014 06:25 PM
lol lawak giler

meamng dah ade la Capital gains Tax nih akt malaysia

anwar ni tido ke???? aritu si rafizi meroyan dalam parlimen pasal CGT ni, dia tak buat homework ke padahal malaysia dah laksanakan CGT

lagipon CGT ni tak menyeluruh pon... ianya makenisme untuk tambah pendapatan negara je, tapi ianya bukannya untuk kawal harga barang (macam GST)

bodoh punya anwar
Quote tekoyong 9-10-2014 06:28 PM
cipOt_cedOt posted on 9-10-2014 06:05 PM
camner CGT boleh mengurangkan harga barang?

Malaysia dah pun amalkan CGT ni... lam sektor hartana ...

well said bro

nasib baik bro bukan jenis hangguk2 je macam macai anwar yang lain

kerajaan laksana GST sebab GST bukan sahaja mampu tambah hasil negara, tapi pada masa yang sma boleh pantau harga, kawal harga dan mengelakkan peniaga tipu akaun dan lari cukai

melawak la anwar ni nak impose CGT dalam jual beli harian kahkahkah
Quote cipOt_cedOt 9-10-2014 06:29 PM
tekoyong posted on 9-10-2014 06:28 PM
well said bro

nasib baik bro bukan jenis hangguk2 je macam macai anwar yang lain

yang aku tau kerajaan laksanakan GST sebab kerajaan dah takde duit... ahahaha...
Quote Modngengade 9-10-2014 06:33 PM
jofizo posted on 9-10-2014 05:50 PM
lawak la... tiap2 tahun syok sendiri buat bajet...

Betul dikk...belanjawan syok sendiri...nukilan bung ketum


Pasti macai kagum
Quote Modngengade 9-10-2014 06:35 PM
tekoyong posted on 9-10-2014 06:28 PM
well said bro

nasib baik bro bukan jenis hangguk2 je macam macai anwar yang lain


Bung ketum ni background study dia pengajian melayu..itu pun kelas tiga...haruslah x reti bab ekonomi ni....pak nil lagi arif uoul
Quote tekoyong 9-10-2014 06:35 PM
cipOt_cedOt posted on 9-10-2014 06:29 PM
yang aku tau kerajaan laksanakan GST sebab kerajaan dah takde duit... ahahaha...

bro nak melawak gak ke?

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press_all&ac=3080&lang=bm

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM432.8 bilion (bersamaan dengan US$136.1 bilion) pada 28 Jun 2013.

Bank Pusat itu dalam satu kenyataan, berkata paras rizab memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Rizab antarabangsa itu terdiri daripada rizab mata wang asing (US$136.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$124 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR)(US$900 juta), emas (US$1.4 bilion) dan aset rizab lain (US$7.9 bilion).

Jumlah aset Bank Negara termasuk rizab antarabangsa berjumlah RM479.45 bilion pada 28 Jun, 2013.

Aset selain rizab antarabangsa termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM1.93 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM26.7 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM9.06 bilion) dan aset-aset lain (RM8.96 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), kumpulan wang rizab am (RM32.58 bilion), mata wang dalam edaran (RM69.8 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM214.13 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.11 bilion), deposit lain-lain (RM4.69 bilion), kertas Bank Negara (RM121.46 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM6.43 bilion) dan liabiliti lain (RM20.15 bilion). Bernama, 5 Julai.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.oX5wKpCh.dpuf
Quote ajinomotonosuga 9-10-2014 06:35 PM
nour2001 posted on 9-10-2014 06:12 PM
kat mana2 Negara pun pembangkang akan keluarkan budget mereka juga...nothing unusual here..

tapi negara lain ketua pembangkang depa bukan BEKAS BANDUAN

pulak tu ada kes mahkamah tapi muka tak malu macam tiada apa berlaku

kalo di jepun ketua pembangkang cam ni dah lama harakiri or sepuku kut , bunuh diri pasei nak bersihkan maruah or dignity dia

kalo tak, depa akan bunuh dia

di mesia manusia cam ni malah di pertahan di julang dan di jilat2 lalu di tadah kencing nya

so plisss leave the other nation alone hokeh?
Quote tekoyong 9-10-2014 06:36 PM
Modngengade posted on 9-10-2014 06:35 PM
Bung ketum ni background study dia pengajian melayu..itu pun kelas tiga...haruslah x reti bab ekon ...

ilmu ekonomi bang nuar ni ilmu ekonomi tingkatan 6 je

bangyong lagi terer dari bangnuat tauuuu
Quote Modngengade 9-10-2014 06:37 PM
cipOt_cedOt posted on 9-10-2014 06:29 PM
yang aku tau kerajaan laksanakan GST sebab kerajaan dah takde duit... ahahaha...

Tukar statement...bukan "yang aku tau..."   tetapi "yang aku diberitahu oleh macai2 ketum..."
Quote clarizsa 9-10-2014 06:38 PM
apa2laa....

hadap je , pejam mata bayar...

suka ke x suka, tanggung sendiri....
Quote Modngengade 9-10-2014 06:39 PM
tekoyong posted on 9-10-2014 06:36 PM
ilmu ekonomi bang nuar ni ilmu ekonomi tingkatan 6 je

bangyong lagi terer dari bangnuat tauuuu
...

Ilmu ketum...entah2 sekadar ekonomi asas tkt 4 jer

Lihat semua komen(213)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.099164 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top