Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Close

Bongkar! Vapor Berperisa Dadah

31-7-2015 11:28 AM| Komen: 17

Artikel Oleh : Izzah Abbasy
Video Oleh : Izzah Abbasy, Firdausz



Sejak akhir-akhir ini, rokok elektronik atau lebih dikenali dengan 'vapor' mahupun 'vape' telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di Malaysia tidak mengira usia muda, tua, pelajar, lelaki dan anak gadis.

Pengambilan vapor ini semakin digilai kerana ia dikatakan lebih selamat dan jimat daripada rokok. Alat tersebut bekerja dengan memanaskan cecair berperisa, yang mengandungi nikotin dan seterusnya menjadi wap yang dihirup seperti rokok tradisional. Asap yang dihembus juga tidak berbau busuk seperti rokok malahan mempunyai pelbagai perisa.

Nur Aleya Azlan berkata kepada wartawan CARI Infonet, harga perisa berbeza-beza iaitu ada yang bernilai RM30, RM35, dan RM40 mengikut ketahanan pengambilannya dalam jangka masa seminggu hingga 2 minggu. Ia juga bergantung kepada jenis dan bentuk vapor tersebut.

Sungguhpun begitu, terdapat juga perisa dadah yang telah dilaporkan. Ramai yang berpendapat ia tidak sepatutnya diambil jika mempunyai dadah. Namun, pengambilannya  juga tidak perlu dihentikan kerana sebelum membeli, mereka harus memeriksa kandungan perisa dengan teliti.

Sehubungan dengan itu, polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat dan menangani isu berhubung kewujudan perisa yang mengandungi dadah dalam penggunaan rokok elektronik ini. - Sinar Online.

Namun, apabila Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya, ia kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok, ramai pula anak gadis mula berani untuk menjadikan vapor ini sebagai hobi seterusnya trend untuk mereka tampak lain sebagaimana lelaki. Rata-rata bersependapat, vapor ini kurang sopan diambil oleh anak gadis kerana tidak manis dilihat berhembus wap asap sana sini. Apa kata anda dengan gadis vapor ini? - CARI Infonet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
27
Marah
15
Terkejut
18
Sedih
10
Lawak
23
Bosan
11
Komen: 17
Komen

Komen Terbaru

Quote ultra78 11-8-2015 07:01 AM
spiderman80 replied at 11-8-2015 01:55 AM
Seumur hidup Spidey ini, pernah juga sekali nampak seorang awek bertudung hisap rokok (tapi tak pa ...

Kenalan perempuan saya dahulu pun hisap rokok walaupun bertudung. Tapi sekarang dah berhentilah kot sebab dah kahwin..

Kadang-kadang di kedai mamak akan jumpalah perempuan yg manis bertudung hisap rokok

Lain-lain Komen

Quote gaara_X 31-7-2015 11:53 AM
mmg failed laa kalau gurl amik vapor nie.....tak sopan...
Quote miabebe 31-7-2015 11:53 AM
Normal la kan nk bg product laku letak dadah... Nnt ketageh repeat order kekdah nya...

Cheezey wedges pon ade dada ka sbb mia ketagehhh...lol
Quote rdzaccess 31-7-2015 03:17 PM
vapour perasa ketum tak lama lagi ..
Quote ultra78 31-7-2015 03:36 PM
Aku pernah nampak seorang perempuan melayu bertudung yg sedang mengandung melayan sebatang Dunhill merah

Quote kucingTomey 31-7-2015 03:42 PM
dunia dah tak betul...lelaki yg macam saya ni tgk perempuan melayu pakai tudung isap shisha vapor semua ni....yg lelaki cam saya pulak tak isap ape2....

ape nak jadi perempuan skarang ni....letak hataran tinggi...pemalas...hisap vapor..tak tahu malu...lepas tu minta lelaki baik jadi suami..baik mampos dari hidup minta macam2
Quote dewimalam78 31-7-2015 03:49 PM
Ai pernah kena bash bila mngutuk perempuan hisap vapor. Alasan klu perempuan dh jaga makan pakai cucu2 dan anak ai..sudah la, yg penting diorg bahagia. Cannot brain org yg berpendirian mcmtu.
Quote bulan_gerhana 31-7-2015 03:58 PM
ari tu kat tibi 1 ade forum pasal vape ni.. tp aku bukak dah abes la pulak.. jenuh cari vid tu.. slot selamat pagi malaysia ari sabtu.. depa ckp bahye baik yang pengguna atau org sekeliling

pencerahan... cer senaraikan pro and cons nye???
dari segi pengguna (kesihatan badan , kesihatan poket pengguna, etx) dan kerajaan ( xde kuatkuasa cukai ke.. soo xleh kaut cukai la mende tgh top ni).. org yang disekeliling (kesihatan org sebelah yang dok hidu asap depa)

ade sorang tu menegaskan kata x bahaya... sbb itu wap air.. kerajaan dengki sbb x leh collect cukai..

aku tak paham... mohon pemcerahan sepotlight pleseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
Quote nist02 31-7-2015 10:16 PM
bulan_gerhana replied at 31-7-2015 02:58 PM
ari tu kat tibi 1 ade forum pasal vape ni.. tp aku bukak dah abes la pulak.. jenuh cari vid tu.. slo ...

Ye ar.. nak tau jugak..
Quote aduh2sayang 3-8-2015 06:03 PM

ada yang jawab aku hisap tak pakai duit ko
Quote clarizsa 10-8-2015 02:57 AM
Perisa dadah cmne? Bkn ke dlm rokok pun mmg ade ganja?

Quote mekbudu 10-8-2015 10:54 AM
haremmmm kan..?
Quote udanghitam 11-8-2015 01:04 AM
Kalau nak kata bahaya semua bnda kat skeliling kita bahaya...x hisap rokok pun bleh kena kenser juga...
Pompuan hisap vape semua org kata x sopan x senonoh tp napa bila pompuan hisap rokok org x kata apa2...
Quote udanghitam 11-8-2015 01:09 AM
Kalau kata vape ada perisa dadah..abis dlm ubat pun ada dadah so apa masalah nya...bnda ni atas diri kita la..kalau bnda tu x betoi x elok x payah la nak ikut..
Vape ni cuma salah satu cara utk bhenti rokok...dari hisap rokok baik hisap vape skurang2nya x da bahan kimia yg boleh memudaratkan spt tar...dlm perasa vape cuma ada nikotin dan perasa ja...
Tp tpulang la kpd masing nak menilai...
Quote aHoi83 11-8-2015 01:39 AM
pada perokok2 tegar kat luar tu tukar jela kepada vapor ni. kepada bukan perokok , jgn la gedik2 nak isap vapor ni. dah isap vapor jgn la plak post2 gambar video asap2 tebal, hembus kat kedai makan takpandang keliling, isap dlm building. perangai BBNU mmg tk pikir panjang. seeloknya disimbah acid je org2 bodoh ni
Quote spiderman80 11-8-2015 01:55 AM
ultra78 replied at 31-7-2015 03:36 PM
Aku pernah nampak seorang perempuan melayu bertudung yg sedang mengandung melayan sebatang Dunhill m ...

Seumur hidup Spidey ini, pernah juga sekali nampak seorang awek bertudung hisap rokok (tapi tak pasti jenama apa) di sebuah kedai mamak. Memang sangat rare tahu nak tengok seorang gadis bertudung dewasa menghisap rokok di public. Spidey tengok macam ganjil sikit.
Quote hanalisa 11-8-2015 06:41 AM
ada member ajak try menatang ni, aku wat bodo je. aku bukan smoking pun.
Quote ultra78 11-8-2015 07:01 AM
spiderman80 replied at 11-8-2015 01:55 AM
Seumur hidup Spidey ini, pernah juga sekali nampak seorang awek bertudung hisap rokok (tapi tak pa ...

Kenalan perempuan saya dahulu pun hisap rokok walaupun bertudung. Tapi sekarang dah berhentilah kot sebab dah kahwin..

Kadang-kadang di kedai mamak akan jumpalah perempuan yg manis bertudung hisap rokok

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091236s Gzip On
To Top