CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Sedia Lepas Jawatan Duta Kk Mart - "Saya Tetap Kena Letak Pendirian Bahawa Saya Adalah Seorang Islam"

21-3-2024 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7513| Komen: 18

Description: Pelawak Shuib tidak teragak-agak melepaskan tanggungjawab sebagai Duta KK Mart jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah 'Allah' dalam tulisan rumi ...



Pelawak Shuib tidak teragak-agak melepaskan tanggungjawab sebagai Duta KK Mart jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah 'Allah' dalam tulisan rumi dan jawi yang hangat diperkatakan sekarang.

Shuib berkata, sebagai umat Islam, dia mengeji penjualan stoking tertera kalimah 'Allah' dan menganggap ia tidak sepatutnya berlaku.

"Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau memang tiada rezeki saya, maka tiadalah. Kalau ada rezeki saya, adalah.

"Tetapi macam mana pun, saya tetap kena letak pendirian bahawa saya adalah seorang Islam," katanya ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Shuib yang dilantik Duta KK Mart sejak empat tahu lalu dan baru memperbaharui kontrak menganggap, tindakan menjual stoking tertera kalimah 'Allah' sebagai keji.




"Apa yang berlaku itu sangat keji . Sebagai umat Islam, saya sangat terkesan dan ia tidak sepatutnya berlaku dalam perniagaan atau apa juga situasi.

"Kita akan marah kerana isu kalimah Allah ini sangat besar," katanya.

Meskipun menggalas tugas sebagai Duta KK Mart, namun, ia bukan alasan untuk Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad, bersikap neutral berhubung kontroversi itu.

Bagaimanapun, Shuib perlu menunggu hingga siasatan selesai sebelum membuat tindakan lanjut berhubung kontrak sebagai duta.

"Kalau benar, saya tidak akan sokong, saya tidak akan mengiyakan langsung. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.

"Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dilakukan. Jadi, saya tidak boleh hendak ulas lanjut kerana ini melibatkan perniagaan dan sensitiviti masyarakat.

"Saya akan berdiri sebagai seorang umat Islam di mana apabila perkara itu tidak betul, salah, dan melanggar peraturan, saya tidak akan sokong," katanya.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Berikutan itu, timbul gesaan agar rangkaian kedai serbaneka itu diboikot.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilapor memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu dilaporkan berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Rentetan daripada insiden itu, pengendali rangkaian kedai serbaneka terbabit turut meminta supaya tidak memboikot perniagaan mereka.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 21-3-2024 12:33 PM
Letak je la jawatan tu
Muka ko ada kt situ pun aku tak pegi kk mart
Lps ni kalo muka ko dah takde pun mmg aku takkan pegi kk mart
Quote adiksha 21-3-2024 12:41 PM
seumur idup penah masuk skali je kk mat ni
mcm pricey je brgnye
pastu kedainye sendu je sebenarnye
tapi boleh idup [em:4:]
mungkin kedai dobi kot sebenarnye [em:3:]
Quote KamikuP 21-3-2024 12:43 PM
Baru tau dia duta KK Mart. Mmg tak penah pegi dan taknak pegi pon.. ekekeke
Quote laksmanabentan 21-3-2024 12:55 PM
baru nak letak??? nak bukti apa lagi tu.... hahahahaa....
Quote Cyempaka 21-3-2024 12:57 PM
patutnya dari dulu letak. bengang woi nak ambik barang je semua muka dia terpampang. sanggup aku beli brand yg mahal asal xde muka dia.
Quote beatgirlX 21-3-2024 12:57 PM
KKMart ni konsep mcm kedai serbaneka 24hrs..tu harga pricey skit...
Tapi pelik jgk.. Kedai x rmai oeg tp caw nya banyk
Quote sayurmayur88 21-3-2024 01:54 PM
tak pernah masuk kk mart ni. speedmart yg xde plastic bag tu selalu lah, barang kt situ murah
Quote rumahbiru 21-3-2024 01:59 PM
beatgirlX replied at 21-3-2024 12:57 PM
KKMart ni konsep mcm kedai serbaneka 24hrs..tu harga pricey skit...
Tapi pelik jgk.. Kedai x rmai oe ...

nak  komen tapi tak jadi lah
Quote rosevelvet 21-3-2024 02:01 PM
adiksha replied at 21-3-2024 12:41 PM
seumur idup penah masuk skali je kk mat ni
mcm pricey je brgnye
pastu kedainye sendu je sebenarnye

Ada kemungkinan. Business samira ni pun diragui. Mungkin sbb dorang dlm circle yg sama
Quote alieyrina 21-3-2024 02:40 PM
knowing soeb ni penah kena soal jwb kan. Red flag sgt biz yg ada kena mgena dgn dia ni
Quote kerani_je 21-3-2024 02:45 PM
KamikuP replied at 21-3-2024 12:43 PM
Baru tau dia duta KK Mart. Mmg tak penah pegi dan taknak pegi pon.. ekekeke

KK mart ni pun ada isu jugak kn  bisnes cuci2 tauke pun bangsa C..Padan la soeb data pun pasal die pun geng cuci2 jugak..

X minat la beli KK mart ni selain mahal, ada jual arak, cashier semua foreigner..pastu lain yg org tanye, lain diaorg jawab..
Quote kerani_je 21-3-2024 02:48 PM
adiksha replied at 21-3-2024 12:41 PM
seumur idup penah masuk skali je kk mat ni
mcm pricey je brgnye
pastu kedainye sendu je sebenarnye

Memang ada isu kan KK mart ni rolling duit bisnes cuci2 jugak..Tauke nye pun bangsa C..Apo nk heran..Kadang2 terpaksa sangat g KK ni pasal die kedai 24 jam..Klau dah 1 pagi tiba2 sakit perut ke rasa nk demam..Terpksa la beli panadol ke mknn buat alas perut kat die..
Quote prince_marhaen 21-3-2024 02:50 PM

hehehehehehee


Quote matseh 21-3-2024 02:54 PM
Nak tunggu hasil siasatan apa nya. KK Mart dah mengaku.
Tapi kalau dia berenti, dan akan memudaratkan dia. X payahlah berenti. MAna tau kontrak ada lagi 3-4 tahun. kena tebus pulak bayar 3-4 juta. Mcm mana?
Quote jihyomelly 21-3-2024 03:10 PM
jarang sgt2 masuk kk mart apatah lagi bila terpampang muka dia kat situ..
Quote BoongaKertas 21-3-2024 03:45 PM
cmf_premierleag replied at 21-3-2024 04:33 AM
Letak je la jawatan tu
Muka ko ada kt situ pun aku tak pegi kk mart
Lps ni kalo muka ko dah takde pu ...

komen chuols menghiburkan
Quote BoongaKertas 21-3-2024 03:50 PM
iols rasa dia ckp tggu siasatan is sbb heols kenalah properly terminate the agreement jd duta tu sbb salah laku kkmart sendiri kot. kang kalau heols terminate diri sendiri, tak psl kena saman sbb langgar kontrak duta tu plak.
Quote johan-adx 21-3-2024 03:55 PM
ib ni nak menempel jgk
letak jela jwtn..ni mcm 50-50 plak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060482 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top