CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kandungan Cecah Usia 5 Bulan, Oktovia Manrose Umum Hamil Cahaya Mata Ketiga

21-3-2024 09:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16217| Komen: 19

Description: Pelakon Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose umum hamil cahaya mata ketiga.


Pelakon Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose umum hamil cahaya mata ketiga.

Menerusi laporan mStar Online, wanita berusia 32 tahun itu turut mendedahkan kandungannya kini sudah memasuki usia lima bulan dan dijangka bersalin pada Julai depan.

“Alhamdulillah sedang berisi, sekarang saya tengah mengandung.
“Usia kandungan sudah pun masuk lima bulan,” katanya ketika ditemubual mStar Online.

Dalam pada itu, Oktovia memberitahu dia bukan berahsia mengenai kehamilannya sebaliknya sudah jarang mengemas kini tentang kehidupan peribadi di media sosial.



“Saya rasa lebih tenang apabila menjauhkan diri daripada media sosial selepas sedar bukan semua perkara perlu dipaparkan kepada umum,” tambah pelakon Tuan Petri Saadong itu.

Dia menjelaskan, tidak semestinya semua benda harus dikongsi di media sosial kerana kehidupannya sekarang dalam keadaan baik dan tenang sahaja.

Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, Oktovia mahu memperbanyakkan aktiviti yang dapat menambah pahala seperti mengaji al-Quran, mengikuti ceramah agama, solat tarawih berjemaah dan sebagainya.


“Aktiviti bulan Ramadan tahun ini saya banyak mendekatkan diri dengan aktiviti ilmu dan berkongsi rezeki, kira perkara yang dapat tambah pahala,” katanya.

Dia turut mengambil peluang ini meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tersayang dengan melakukan aktiviti ‘agama’ sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Untuk rekod, Oktovia mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 13 tahun, hasil dari perkahwinan pertamanya bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011 namun bercerai pada 2015.

Oktovia kemudiannya berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Md Isa pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia 2 tahun,

Sumber: mStar Online (Amin Hazlan), Instagram @oktoviamanrose

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 22-3-2024 07:32 AM
muka bapak betul dia ni.. kakak dia cantik
Quote koko2 22-3-2024 08:40 AM
pinkpunk replied at 22-3-2024 07:32 AM
muka bapak betul dia ni.. kakak dia cantik

mata dia seksi... pd aku dia lebih natural beaty berbanding adiknya aprill..
Quote pinkpunk 22-3-2024 08:48 AM
koko2 replied at 22-3-2024 08:40 AM
mata dia seksi... pd aku dia lebih natural beaty berbanding adiknya aprill..

yg tu adik ye.. salah plak..
Quote MistrezHermanaz 22-3-2024 08:48 AM
lakinya dari jauh ingat safee sali..pemain bola sepak jugak rupanya..iols suka aprena, cantik..aprena adik ye
Quote kerani_je 22-3-2024 08:56 AM
pinkpunk replied at 22-3-2024 07:32 AM
muka bapak betul dia ni.. kakak dia cantik

Die ada kakak ke? Bukan die ke sulung? Maksud u aprena ke cantik?Tak silap aprena tu adik die..Aprena lagi muda dari die..

Depa dua2 cantik tapi x boleh lawan kecantikan senrose siblings la..Dlm industri pun depa kalah jauh dgn senrose yg asyik dpt offer heroin je..
Quote nanasno 22-3-2024 09:06 AM
aprena yang tak mengandung2 lagi kan. harap2 ada rezeki aprena
Quote Beribear 22-3-2024 12:53 PM
Taklh in real life adik beradik manrose ni lagi lawa dari senrose. Pernah jumpa oktovia depan² lepas dia solat. Barefaced time tu oktovia ni, terkedu iolss tengok dia cantik. Lepastu member iolss lak jumpa adik dia aprena tu sampai kata boyfriend dia berhenti nak tengok aprena punya cantik. Iolss pernah jumpa qasha je, qasha cantik lah tapi mekap tebai & lagi satu qasha mcm ada aura. Tp still takleh lawan cantik oktovia, cuma oktovia takde aura
Quote hokeypokey 23-3-2024 11:16 PM
dh ler cantik, suara pun seksi..
Quote downiey 23-3-2024 11:38 PM
tahniahhh.
Quote beatgirlX 24-3-2024 05:46 AM
hokeypokey replied at 23-3-2024 11:16 PM
dh ler cantik, suara pun seksi..

Kann.. Oct dgn april ni muka lawa.. Suara deme tu mcm husky2 seraknyaaa
Quote bottombikini 24-3-2024 05:52 AM
dia ni kategori muka sexy
tapi bibio tu usah la filler sgt
light2 sudah
Quote AWEKSAMURAI 24-3-2024 06:27 AM
kerani_je replied at 22-3-2024 08:56 AM
Die ada kakak ke? Bukan die ke sulung? Maksud u aprena ke cantik?Tak silap aprena tu adik die..Apr ...

Tapi arwah mak dorang lawa gila masa muda dlu..x sangka arwah mak dorang adik beradik dgn mak uqasha n Nelydia
Quote AWEKSAMURAI 24-3-2024 06:28 AM
Beribear replied at 22-3-2024 12:53 PM
Taklh in real life adik beradik manrose ni lagi lawa dari senrose. Pernah jumpa oktovia depan² lepa ...

Masa oktovia ni d tuduh dgn laki si anu terpaling salena Gomez tu ..dia kwen baru dh ke atau belum ea? Lupa plak
Quote pichee 24-3-2024 09:21 AM
AWEKSAMURAI replied at 24-3-2024 06:28 AM
Masa oktovia ni d tuduh dgn laki si anu terpaling salena Gomez tu ..dia kwen baru dh ke atau belum ...

blm..  tme tu die bru nk naik.. tgh hot2 lg. i suka muka octavia sbb muka sexy ..
Quote chinta89 24-3-2024 09:42 AM
dia ni lawa tp blakon x ada aura. mcm faezah elai, cantik tp x tau nape aura tu takde huhu
Quote anony-mous 24-3-2024 12:12 PM
koko2 replied at 22-3-2024 08:40 AM
mata dia seksi... pd aku dia lebih natural beaty berbanding adiknya aprill..

Puppy eyes, sng je guna mata ni nk goda / pujuk org
Quote AWEKSAMURAI 24-3-2024 12:56 PM
pichee replied at 24-3-2024 09:21 AM
blm..  tme tu die bru nk naik.. tgh hot2 lg. i suka muka octavia sbb muka sexy ..

Dia kan dh lama jd artis ..dah lama hot..oh patut si bella like dat..depa ni jenis x makeup pun cantik
Quote stania83 24-3-2024 01:11 PM
dia ni tinggi sec appeal yaa suara mata dan body..untung somi..3 dah anak dia..
Quote liesa10987 24-3-2024 10:51 PM
antara suma rose mmg suka dia ni sbb natural beauty x npk alter2 mcm yg lain..dia kawen muda gile pastu serai kan ada anak sorang.ni second husband.kalau dia x kawen awal maybe leh mendonia mcm cousins dia

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.078230 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top