CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Percaya Penuh, Tak Pernah Periksa Telefon Suami - “Macam Saya Tiada Kawan Perempuan, Semua Pondan"

21-3-2024 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8276| Komen: 30

Description: Meledak isu penyondol membabitkan pasangan selebriti, pelakon Rozita Che Wan berpendapat memang wujud segelintir wanita yang kebulur untuk memiliki hak orang lain.


Meledak isu penyondol membabitkan pasangan selebriti, pelakon Rozita Che Wan berpendapat memang wujud segelintir wanita yang kebulur untuk memiliki hak orang lain.

Malah ujar pemilik nama lengkapnya Rozita Abu Bakar, 51, keadaan itu boleh dikatakan menjadi lumrah bahawa golongan wanita suka melihat kaumnya sendiri jatuh dan terluka.

“Macam ni, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas, selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap.

“Kebanyakan orang terdekat dengan kita adalah individu yang akan merampas hak kita sebab dia tahu kehidupan, keadaan dan harta benda suami kita, jadi hati-hatilah.

“Macam saya tiada kawan perempuan, semua pondan, jangan salahkan sebelah pihak, salahkan kedua-dua. Saya sangat setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia,” katanya kepada Kosmo! Online.


Ditanya sama ada dia memeriksa telefon bimbit suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin, aktres yang mesra disapa Che Ta itu menggeleng kepala seraya menegaskan meletakkan kepercayaan terhadap Zain Saidin.

“Saya memang percayakan Zain, begitu juga sebaliknya. Masing-masing tahu batasan sebagai individu yang sudah berkeluarga.

“Saya memang tiada masa nak periksa mesej di telefon suami, tetapi dia tahu saya akan melenting kalau dia buat yang bukan-bukan.

“Saya dah beritahu dia siap-siap, kalau ada orang sampaikan maklumat dan ‘kantoi’, maka cukuplah setakat itu, tiada penerangan yang saya akan terima,” ujarnya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf, baru-baru ini.


Paling utama kata Che Ta, sebagai pelakon, perlu ada batasan antara heroin dan hero apatah lagi yang sudah berumah tangga supaya terbit rasa hormat, selain mengelakkan perkara tidak diingini.

Pada 9 Mac lalu, netizen kecoh apabila pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kediaman wanita terbabit yang membawa kepada tuntutan cerai Bella Astillah pada 11 Mac lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 21-3-2024 01:04 PM
Okla daniel tu pun ramah layan kastemer
Quote QueenIsolde 21-3-2024 01:13 PM
Ko jgn komen lebih2 cheta, laki ko tu muda byk dr ko. Nanti kang tak cukup tanah merempan. Depan bini sume laki baik, pijak semut pun tak mati.
Quote rumahbiru 21-3-2024 01:57 PM
pondan pon bahaya cheqta oi.... hang taktahu lagi penangan pondan...yang lurus boleh jadi bengkok oi...hang jangan confident telajak
Quote sayurmayur88 21-3-2024 01:58 PM
untong che ta, dapat laki half kokesen, hensem, setia...
Quote AbukRokok 21-3-2024 02:04 PM
ramai je jantan terdesak layan pondan
xtau la kenapa boleh tersedak layan pondan
Quote intan_smsb 21-3-2024 02:06 PM
da 51 ye dia
Quote kepompong 21-3-2024 02:07 PM
AbukRokok replied at 21-3-2024 02:04 PM
ramai je jantan terdesak layan pondan
xtau la kenapa boleh tersedak layan pondan

layan pondan sampai tersedak
Quote kepompong 21-3-2024 02:08 PM
rumahbiru replied at 21-3-2024 01:57 PM
pondan pon bahaya cheqta oi.... hang taktahu lagi penangan pondan...yang lurus boleh jadi bengkok oi ...

kek fondant tu keluar masuk rumah che ta tak?? jgn kang kantoi fondant ngan jen pulak
Quote rumahbiru 21-3-2024 02:10 PM
kepompong replied at 21-3-2024 02:08 PM
kek fondant tu keluar masuk rumah che ta tak?? jgn kang kantoi fondant ngan jen pulak

choi
Quote kepompong 21-3-2024 02:15 PM
rumahbiru replied at 21-3-2024 02:10 PM
choi

chuols percaya ke dgn fondant2 tu... i tak caya langsung! even lelaki gagah perkasa badan kekar bengkok pun i tak caya ... jejgn dorang baik ngan cheta sbb nak cuci mata kat jen, pastu nnt lelama pasang jerat pulaks euwwww
Quote Mimo.mimo 21-3-2024 02:20 PM
kepompong replied at 21-3-2024 02:15 PM
chuols percaya ke dgn fondant2 tu... i tak caya langsung! even lelaki gagah perkasa badan kekar be ...

Ke usha anak cheta?
Quote rumahbiru 21-3-2024 02:22 PM
kepompong replied at 21-3-2024 02:15 PM
chuols percaya ke dgn fondant2 tu... i tak caya langsung! even lelaki gagah perkasa badan kekar be ...

sorang fondant pernah sound 1 makcik yang pandang serong kat deyols dengan berkata, "kak jangan sampai kami goda laki kak...akak tak tahu lagi penangan kami yang akak kata fondant ni...silap hari, kak yang kena cerai...kami ni asalnya laki,kami tahu nak puaskan laki macam mana"


macam mana aku tahu?fondant tu kawanku
Quote kepompong 21-3-2024 02:33 PM
Mimo.mimo replied at 21-3-2024 02:20 PM
Ke usha anak cheta?

ye lorr anak2 cheta semua lelaki . kan . dgn jen je dpt girl
Quote ninajaybee 21-3-2024 02:48 PM
Pondan pun still hukumnya jantan tak ke? Nekta takde kawan pompan ke? Kesian Ecah pun dok kawan dgn pondan.
Quote NazRysha 21-3-2024 03:20 PM
Dia ni kalau bukak mulut je bunyi bodoh
Quote lightheaded67 21-3-2024 03:30 PM
banyaknyelah yek masalah maknosia romahtangga. tak gadoh fomfuan, berebut dgn fondan pulak, lah hai. patotle ramai je ummah pilih bela haiwan
Quote syamzana 21-3-2024 03:38 PM
kalau kene sondol ngan pondan lagi la sakitnya disitu sana sini habis la...cam haremmmm ngan pondan pun jadi

dia ni kan imej pegun ok la, bila bukak mulut je
Quote aemon 21-3-2024 04:31 PM
Indirectly cakap vampirelesbian or rocik itu peponen kah?
Quote sofi_sofia 21-3-2024 04:41 PM
betullah tindakan nenek nih ... takat si zain katik + sengkek tu mmg tak perlulah nak rasa insecure sgt...!

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.396946 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top