Sejak rumah tangganya dengan pelakon Aliff Aziz retak buat kali kedua, Bella Astillah atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendedahkan sering menjadi tempat untuk wanita mencurahkan isi hati yang berduka lara. Bella, 25, menerusi IG Storynya pada Rabu mendedahkan mereka sering meminta nasihat berhubung masalah rumah tangga. Menurut Bella, dia tersentuh dengan kisah yang dikongsikan mereka dan meminta maaf jika ada mesej yang tidak sempat dibalas dek kerana terlalu banyak kiriman diterimanya. Mungkin ramai melihat Bella sebagai sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah menjadikan dia individu paling sesuai untuk mengadu masalah serupa dialami golongan hawa.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.098420 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.