CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Lepaskan Berpuluh Ular Hidup Di Sungai Untuk Tuah

11-4-2019 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3042| Komen: 5

Description: Seorang lelaki ditahan selepas melepaskan sejumlah ular hidup di sungai dengan harapan ia dapat meningkatkan keuntungan dalam perniagaannya.
Seorang lelaki ditahan selepas melepaskan berpuluh ekor ular hidup di sungai dengan harapan ia dapat meningkatkan keuntungan dalam perniagaannya.

Memetik Shanghaiist, polis sedang menjalankan siasatan terhadapnya kerana terbabit dengan penyeludupan hidupan liar.


Lelaki dikenali sebagai Yu itu dilaporkan membeli sejumlah ular hidup yang kesemuanya seberat 40 kilogram dengan harga 5,000 yuan (RM3,062) dari sebuah pasar di wilayah Guangdong, minggu lepas.


Kredit foto: Shanghaiist

Bukan saja ular, malah dia turut membeli sejumlah ikan dan belut pada harga 11,000 yuan (RM6,737).

Beberapa hari kemudian, Yu melepaskan kesemua haiwan itu di Sungai Lancang di wilayah Yunnan.

Perbuatan itu dikatakan upacara keagamaan Buddha “fangsheng” yang bermaksud 'melepaskan nyawa' di mana pelakunya akan mendapat tuah dengan melepaskan haiwan yang ditangkap kembali ke habitatnya.


Sehubungan itu, Yu bertindak demikian dengan harapan ia dapat membantu perniagaan hartanahnya.

Menurut laporan, sekumpulan 50 pegawai perhutanan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk cuba menangkap reptilia terbabit. Namun, hingga kini dipercayai mereka hanya berjaya menangkap 12 ekor daripadanya. - CARI



Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-4-2019 05:21 PM
Sepet mainland kan bodoh
Quote msdummy.2018 11-6-2019 03:09 PM
euwwwww......
Quote glump 11-6-2019 03:19 PM
Cina kat tpt aku asa gak melepaskan ikan keli 1 tan kat sungai depan kebun tu. Kadang patin.. Entah ikut lah apa niat depa
Quote cik_nit 11-6-2019 03:54 PM
Ular? Eeeuwwww!!!
Quote sekngucing 11-6-2019 03:55 PM
ajaran. buddha bagus... lepaskan hidupan agar tak terseksa dlm kurungan
tp niat pelaku ni salah.. pergunakan agama utk. kepentingan diri sendiri

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.068832 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top