CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tolak Permohonan Jaminan Balu CEO Cradle Fund

12-4-2019 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9189| Komen: 49

Description: Permohonan jaminan Samirah Muzaffar bagi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan ditolak Mahkamah Tinggi, semalam.
Permohonan jaminan Samirah Muzaffar bagi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan ditolak Mahkamah Tinggi, semalam.


Kredit foto: BH Online


Memetik Berita Harian, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendengar hujah peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman dalam penghakimannya berkata, terdapat kemungkinan besar tertuduh akan mengganggu saksi sekiranya diikat jamin. Ab Karim berpendapat tidak mustahil tertuduh mampu menyediakan pembelaan walaupun berada dalam penjara.

“Pemohon boleh berjumpa peguam selama 45 minit dalam masa seminggu tertakluk kepada syarat penjara. Tidak mungkin pemohon tidak dapat menyediakan pembelaannya.

“Apa yang penting kepada mahkamah ialah material yang diberi cukup untuk mempercayai kes dan bukan menyiasat lebih daripada itu. Laporan bomba, dua laporan bedah siasat, kenyataan pegawai penyiasat dan kenyataan yang menyatakan bukan mereka tiada di rumah ketika kejadian,” katanya.


Walaupun hanya sebahagian saja, sudah tentu keseluruhan maksud surat itu (arahan pembelaan) mencapai maksudnya.

Muhammad Shafee dalam hujahnya sebelum ini mendakwa anak guamnya tidak bebas berkomunikasi dengan peguamnya selain mendakwa surat-surat Samirah telah ditapis pihak penjara.

Jamil ketika membalas hujah Shafee mendakwa, hak Samirah tidak pernah dinafikan di mana dia masih boleh bertemu dan memberi arahan kepada peguamnya.

Mahkamah menetapkan 21 Jun ini sebagai tarikh sebutan bagi pengurusan kes dan perbicaraan akan bermula pada 3 September. 

Samirah dan dua anak tiri Nazrin pada 12 Mac lalu mengaku tidak bersalah membunuh lelaki itu pada Jun tahun lalu di hadapan Ab Karim. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 12-4-2019 02:07 PM
Banyak pula permintaan samirah ni
Quote prettyuglybabe 12-4-2019 02:09 PM
dah macam seluar lion dance pulak selimut kepala dia tu..
Quote gigi 12-4-2019 02:59 PM
BERANI BUAT BERANI TANGGUNG
Quote saviour_09 12-4-2019 03:25 PM
mengada2 namampos dia ni

too suspicious

kalo betul ko buat semoga sangkut la kes ko ni
Quote gadogado 12-4-2019 03:47 PM
mana rupa dia yang latest.asyik berselubung je
Quote mamarock 12-4-2019 03:51 PM
Kenapa tutup kepala camtu, payah nak jalan. Kat terseradung, jatuh. Lagipun dah tahu rupa asalkan? Tutup pun orang ramai dah kenal.
Quote TravellingBear 12-4-2019 03:54 PM
Kat penjara boleh mekap2 tak. skincare semua?? Kalau tak boleh mmg patot la dia tutup muka... bare skin mmg tak lawa mana pon
Quote martiena 12-4-2019 04:01 PM
TravellingBear replied at 12-4-2019 03:54 PM
Kat penjara boleh mekap2 tak. skincare semua?? Kalau tak boleh mmg patot la dia tutup muka... bare s ...

Mona Fendi blh je....
Quote milo_888 12-4-2019 04:39 PM
TravellingBear replied at 12-4-2019 03:54 PM
Kat penjara boleh mekap2 tak. skincare semua?? Kalau tak boleh mmg patot la dia tutup muka... bare s ...

Penah tengok dia dekat2 ke?
Quote milo_888 12-4-2019 04:41 PM
hakim ckp kalau dia lepas boleh mengganggu saksi.. salah sorang haruslah family arwah kan... haritu kat court pun family pmpn ni dah ckp bukan2 kat kakak arwah...
Quote teen_angelJB 12-4-2019 04:51 PM
Watpe ttp muka..orang dah kenal kot..bukak je la
Quote buapakperut 12-4-2019 06:08 PM
dah mcm ape berkelubung camtu huhuhu
Quote namieamuro 12-4-2019 06:09 PM
milo_888 replied at 12-4-2019 04:41 PM
hakim ckp kalau dia lepas boleh mengganggu saksi.. salah sorang haruslah family arwah kan... haritu  ...

ape yg die ckp kt kakak arwah?
Quote TabletSusu 12-4-2019 06:14 PM
milo_888 replied at 12-4-2019 08:41 AM
hakim ckp kalau dia lepas boleh mengganggu saksi.. salah sorang haruslah family arwah kan... haritu  ...

Apa yg dorg ckp milo? Marah2 ke?
Quote Acikgomen 12-4-2019 06:23 PM
milo_888 replied at 12-4-2019 04:41 PM
hakim ckp kalau dia lepas boleh mengganggu saksi.. salah sorang haruslah family arwah kan... haritu  ...

Dgn dia2 skali menjerit kat court bila nampak muka kakning tu
Gile betul gigih nak kuar jugak padahal terang2 302 tali gantung jgn harap la persecutors nak biar ko bebas
Quote milo_888 12-4-2019 06:24 PM
Cuba baca thread Cradle CEO yg lama.. ada sebut pasal ni.. dlm court dorang kata something kat kakak arwah.. tu berdasarkan komen dlm fb page justicefornazrin... gi la jenguk.. tp details tu dia tak cerita la...
Quote milo_888 12-4-2019 06:26 PM
Acikgomen replied at 12-4-2019 06:23 PM
Dgn dia2 skali menjerit kat court bila nampak muka kakning tu
Gile betul gigih nak kuar juga ...

tanggechi mental gitu la... gigih nak cuci rumah serta merta lepas kebakaran wpun masih dalam siasatan...
Quote zarul427 12-4-2019 06:36 PM


kes bunuh  bosskurr
gila apaa jaminan
minah ni bole buat2  sakit mental je
Quote nutnet 12-4-2019 07:40 PM
Kelubung apakah ittew.. ada bulat merah tak?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061827 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top