CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seluk Tangan Dalam Tu Kenapa, Dik?

12-4-2019 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5441| Komen: 24

Description: Kanak-kanak berusia empat tahun menanggung sakit hampir setengah jam selepas tangannya tersepit di dalam mesin permainan.
Kanak-kanak berusia empat tahun menanggung sakit hampir setengah jam selepas tangannya tersepit di dalam mesin permainan.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kedai runcit di Taman Bahagia Baru, Temerloh, kira-kira jam 8 pagi tadi.


Sebaik menerima panggilan, anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa, kata Ketua Balai BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba Hasnuddin Husin.


Foto: Harian Metro

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan mengikuti ibunya ke kedai runcit berkenaan sebelum bermain di sekitar mesin permainan itu.

Entah mengapa, kanak-kanak itu kemudian memasukkan tangannya ke dalam lubang mesin berkenaan.

Bagaimanapun, tangannya tidak dapat dikeluarkan semula menyebabkan keadaan panik dan mangsa mula menangis apabila orang ramai yang cuba membantu gagal mengeluarkan tangannya dari lubang mesin itu.


Anggota mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa dengan menggunakan alatan khas bagi memecahkan mesin berkenaan.

Usai kejadian, kanak-kanak itu menerima rawatan awal daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainora 12-4-2019 03:03 PM
Kau apa hal dik? Suka seluk2
Quote prizadane 12-4-2019 03:09 PM
Tajuk thread mengundang. Alahai, kesian kau dik
Quote zulka 12-4-2019 03:28 PM
suruh adik tu lepaskan bola tu...sure boleh tarik keluar tangan tu
Quote ffbeauties 12-4-2019 03:54 PM
Mak pak budak sila la bayar balik harga mesin tu. Tak pasal rosak harta benda orang... dahvtu anak tu nakal pantau la
Quote saviour_09 12-4-2019 03:58 PM
hehehe..

nak main telur 50 sen tu last2 tangan sangkut

biasa seluk2 sampai ke dalam ni jenis yg tak masuk pun 50 sen tu
kelepet dgn cara seluk2 gini la

been there done that

kecik2 dolu laaa
Quote prettyuglybabe 12-4-2019 04:00 PM
niat tak baik tu..
kan dah sangkut..
Quote amyza 12-4-2019 04:04 PM
Tu laa nakal lagi
Quote eyansss 12-4-2019 04:21 PM
zulka replied at 12-4-2019 03:28 PM
suruh adik tu lepaskan bola tu...sure boleh tarik keluar tangan tu

teringat satu fb posting ni, tangan anak tersangkut kat dalam pasu...  katanya nak amek syiling...  puas buat memacam cara tapi takleh..  aku lupa the details of the story tapi bila bapaknya balik, bapak dia hulur duit, immediately si anak boleh keluarkan tangan...  rupanya sia dok genggam duit dalam tu...
Quote Artemesiaa 12-4-2019 04:26 PM
Harap jadi pengajaran lepas2 ni jangan nakal lagi
Quote MsKoreanfanatic 12-4-2019 04:33 PM
budak besar ni mmg la nakal.. berani lain mcm.. mcm2 nak buat.. teringat anak buah iols~
Quote zulka 12-4-2019 04:34 PM
eyansss replied at 12-4-2019 04:21 PM
teringat satu fb posting ni, tangan anak tersangkut kat dalam pasu...  katanya nak amek syiling... ...

betul...budak kecik kan
Quote gigahertz 12-4-2019 07:17 PM
ffbeauties replied at 12-4-2019 07:54 AM
Mak pak budak sila la bayar balik harga mesin tu. Tak pasal rosak harta benda orang... dahvtu anak t ...

mesin tu nak beli kat mana ya? nak letak kat rumah.
Quote mesmerize 12-4-2019 09:36 PM
nasib baik mesen tu tak mengisar kalau tak hancus tangan ko nak
Quote onexox97 13-4-2019 07:45 AM
Tangan yang sangkut dah keluar
Mesin pecah sapa nak tanggung
Quote AwanCikDania 13-4-2019 10:01 AM
Kesian adik.
Quote eyansss 13-4-2019 03:04 PM
zulka replied at 12-4-2019 04:34 PM
betul...budak kecik kan

bila saya baca kisah tu, terkekek2 habis...  gelagat anak...  maknya maybe panik sampai tak terfikir...
Quote RatuDunia94 14-4-2019 02:49 PM
Nasib x muat masuk kepala.. kalau tak dgn kepala2 tersangkut.
Quote ShiningStars 14-4-2019 03:09 PM
Adik ni ingat kalau seluk tangan dpt ambil telur tu kot
Quote DeeHanania 14-4-2019 06:40 PM
hihihi,
dah, nape panjang akal ko nak,
sampai seluk dlm tu...
aaduuyaiii

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.074525 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top