CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengantin Lelaki 'Billionaire' Lesap Tinggalkan Bil Hampir Setengah Juta!

14-10-2019 10:27 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7886| Komen: 39|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Impian seorang wanita di Thailand untuk mengecap kebahagiaan berumahtangga lenyap apabila suaminya menghilang sewaktu majlis perkahwinan sedang berlangsung dan meninggalkannya dengan bil sebanyak 3.5 ...
Impian seorang wanita di Thailand untuk mengecap kebahagiaan berumahtangga lenyap apabila suaminya menghilang sewaktu majlis perkahwinan sedang berlangsung dan meninggalkannya dengan bil sebanyak 3.5 juta baht (RM480,000).


Seperti yang dilaporkan akhbar Bangkok Post, wanita bernama Da, 30, baru bertemu dengan lelaki itu, Nat, 50, di sebuah majlis pengebumian pada Mac lalu sebelum menerima lamarannya. 

Walaupun baru berkenalan, tetapi Da tertarik dengan Na, tambahan pula lelaki itu seorang yang kaya raya dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan di Hong Kong.


Kredit foto: Facebook / Bangkok Post

Majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah hotel mewah di Muang dengan kos sebanyak RM480,000 pada 10 Mei lalu. 

Bagaimanapun, di tengah-tengah keraian, Nat tiba-tiba menghilang dengan cek wang hantaran 1.6 juta baht (RM220,000) yang dibawanya bersama. 


Setelah usaha mencari terbukti sia-sia, Da kini berdepan tuntutan daripada hotel dan perancang perkahwinan yang diupah suaminya. Walaupun hotel itu bersetuju untuk menerima bayaran ansuran daripada Da, tetapi Da tidak tahu bagaimana dia akan melangsaikannya memandangkan dia bukanlah datang daripada keluarga berada. 


Kredit foto: Facebook / Bangkok Post / WOB

Perancang perkahwinan pula tidak mahu menerima bayaran ansuran dan bercadang untuk menyaman Da.


Kredit foto: WOB / Facebook

Na yang pernah mendakwa beliau pernah menjawat jawatan penasihat kepada Perdana Menteri Thailand kini menghilang dan tidak dapat dikesan sehingga kini.

 Instagramnya yang suatu keika dahulu memaparkan kehidupan serba mewah juga tiba-tiba dipadamkan meninggalkan Da menanggung hutang piutang.


Kredit foto: IG / WOB

Pengajarannya, janganlah terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga, apatah lagi dengan lelaki baru dikenali dalam masa yang singkat. - CARI
1

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikja 14-10-2019 10:30 AM
Aaaa sudah... ni betul2 dongeng ni.. mana si da ni nk cekau duit byr hutang...
Quote Lalalili66778 14-10-2019 10:32 AM
Bala.... habislah
Quote ais_kosong 14-10-2019 10:42 AM
Kesian kat ko Da dan semoga menjadi pengajaran la.
Jangan tamak haloba nak laki kaya nak ubah nasib kau yang hidup susah.
Usaha sendiri ja la ya.
Quote DayangKirana 14-10-2019 11:02 AM
aduh..
ni betul2 kes pelamin anganku musnah..ternyata yang terindah hanya sementara..

Quote haryatie 14-10-2019 11:07 AM
x pasal2 menanggung hutang
byk pulak tu
x yah lah beria berangan nk dpt laki kaya
Quote Cpkay 14-10-2019 11:19 AM
nak kawin dengan orang kaya tapi memakan diri sendiri Da
kasihan ..
Quote Boomibulat 14-10-2019 11:43 AM
Cepat btl Da bertukar status Janda..
Quote Kurex 14-10-2019 11:47 AM
Sian kau da..
Quote NekNgah 14-10-2019 11:52 AM
Apa motif pengantin lelaki buat begitu.  Balas dendam??
Quote Megikari 14-10-2019 12:19 PM
Bukan dah ada ke thread pasal ni a few weeks ago? Ke, aku yg dejavu??
Quote lynakajang 14-10-2019 12:22 PM
Dia bawak lari cheque hantaran? Apa susah2 dia bawak lari, baik call bank suruh cancel transaction je
Quote buragazz 14-10-2019 01:05 PM
Dalam masa perhubungan tu pun dak Na dah bagi hint.. Tino nama Da Jate Na jadi memang dak Na nak cari Dana.. dah dapat beratus ribu tu dia beram ler.. tinggal kan ko Da.. pastu tetamu yg datang  pun "Apa Da"...
Quote chicozinn 14-10-2019 02:26 PM
kesian DA dah jadi janDA
Quote nanies 14-10-2019 02:37 PM
kesian Da. ingatkan dapat jerung, rupanya dpt ikan keli aje. huhuhuu
Quote mieymiey 14-10-2019 03:04 PM
Da ni mesti tak siasat dulu kebenaran cinta si Na kan.
Semua yang si Na ni gebang, dia percaya.
Hujung-hujung, dirundung malang.
Kesian ko Da. Semoga dipermudahkan.
Quote Artemesiaa 14-10-2019 03:07 PM
Macam dah pernah disiarkan je sedikit masa dulu
Quote sue_liah 14-10-2019 04:18 PM
walaupun ada yg ckp ulang tyg tp tk pernah ku terbaca

kesian nya ko da..ingatkn dpt kawin org kaya

tp org kaya penipu ..dh la si jantan ni muka boleh tahan wpun umur dh tua

dah setel ke utang ko da ooi
Quote skullcandy 14-10-2019 05:31 PM
selagi tak habis byr hutang...selagi tu la takde laki yg berani nak melamar
Quote addved 14-10-2019 05:32 PM
Nasi dah jadi bubur, kesian

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.106684 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top