srjebat Publish time 4-6-2008 08:50 AM

Reply #103 anie_sa's post

thanks anie for the info...

anticuado Publish time 5-6-2008 10:14 AM

Nak tanyer sikit..... saya ada apply housing loan kat beberapa bank la, pastu tadi Affin Bank call, bgtau letter offer dah kuar.... masalahnyer sekarang nih, saya tgh tgu jugak bank2 lain tu, nak compare mana yg boleh bagi rate yg paling best ..........

nak tye, letter offer tu ada tempoh tamat die tak, seminggu ke, sebulan ke..... takut dok tunggu2 loan lain, yg dah dapat ni terlepas

Nikotina Publish time 9-6-2008 06:56 PM

aku nak tanya sket..

kalo kita nak beli umah(umah sekenhend) secara cash(tanpa loan) melalui ejen..apa yg perlu kita buat dulu? atau apa yg perlu ditanya..? langkah2 penting laa kiranya...ada sedara aku nak beli umah pakai duit kwsp dia. tp tatau cara2 nya..takut nanti kena tipu hidup2 plak.

kalo ada sapa2 yg terer bleh bg tips atau panduan kt siini ok gak..

ReuK Publish time 10-6-2008 01:13 PM

good info walaupun dah terlambat ;P


haku nak tambah tang lokasi umah

especially kalao kat kawasan industry

*Perhati apa jenis industry yg ada di sekeliling rumah tu. Kalau ada kilang kimia maka risiko kepada kesihatan sangat tinggi. Contohnya di Pasir Gudang ada bnyk kilang kimia kat situ. Kerteh pun sama.

Kalau berlaku kemalangan kat industri jenis macam ni, radius kawasan yang terlibat boleh menjangkau sehingga 8km dari kilang tersebut.

Kalau korang memang dah duk kat kawasan camni, pastikan sentiasa update dgn info yg diberi oleh kilang2 jenis nih. Mereka tertakluk dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan perkejaan 1994 utk beri info kepada penduduk sekitar.
Jgn miss join persatuan tindakan kecemasan penduduk tau.

sekadar info :D

Potpouri Publish time 10-6-2008 04:25 PM

Originally posted by anticuado at 5-6-2008 10:14 AM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
Nak tanyer sikit..... saya ada apply housing loan kat beberapa bank la, pastu tadi Affin Bank call, bgtau letter offer dah kuar.... masalahnyer sekarang nih, saya tgh tgu jugak bank2 lain tu, nak ...

Ada tempoh tamat dia... dulu aku bt loan ngn RHB... 2 minggu x salah aku.

anticuado Publish time 11-6-2008 12:28 PM

Reply #108 Potpouri's post

ooo.. ok TQ...

True-X Publish time 12-6-2008 09:49 PM

kl gaji 3k.. ok ke nak beli umah rege 260k..:L

babytitot Publish time 13-6-2008 09:26 AM

utk tengok kelayakan pinjaman dengan jumlah gaji, boleh calculate through affordability calculator...kat internet banyak site ni...

afja Publish time 13-6-2008 10:58 AM

perumahan kat taman equine tu ok ke kalau nk beli area situ....

bukan talam byk wat projek kat situ ke :$

Potpouri Publish time 13-6-2008 12:15 PM

Originally posted by afja at 13-6-2008 10:58 AM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
perumahan kat taman equine tu ok ke kalau nk beli area situ....

bukan talam byk wat projek kat situ ke :$

in terms of location, mmg best laa sbb semua dh ada kat situ..pasaraya, psr borong, bank,..
tp kalau tgk rumah sedey sketlaa...bocor sana sini..sbb dh projek TALAM kan...lgpun umah kat sana smua leasehold

nenektua Publish time 14-6-2008 10:54 AM

Kawan-kawan, aku ada kemusykilan utk minta pendapat korang semua.

aku dan kawan aku ada beli satu rumah seken hen. Aku nak sewakan rumah tu.

Aku beli umah tu dari sorang agen ni yang mewakili kak bedah (nama samaran). Kak bedah ni pon sewakan gak rumah tu.

Proses pembelian oklah, walaupun agak lambat. sehinggalah senin lepas, eberiting dah setel. bank dah keluarkan loan dan beri pada dorang.

Aku dan kak bedah pon berjumpa di pejabat loyer utk setelkan hal2 rumah tu. kak bedah dulu ada buat agrement rumah dengan penyewa. Utk agrement rumah aku, dia kata agrement sewa tu hilang tak tahu kat mana (dia kata tengah renovate opis, so barang2 seme letak dalam kotak). Yang kawan aku punya agrement ada. Kak bedah kata sama je agrement tu. Aku tengok dalam tu dia tulis Deposit 2 bulan. Tapi kak bedah cakap 1 bulan deposit, 1 bulan sewa.

Kak bedah pon kasiklah duit deposit utk dua bulan. Sewa yang bulan 6 ni dia tak bagi sebab dia kata tenant belum masukkan lagi.

Aku mintak Kak bedah bagitahu penywa tu yang owner rumah sudah bertukar. Dan aku mintak no kontek penyewa tu. Tapi kak bedah kata no kontek dia takde, sebab agent dia yang pegang. Nanti dia akan setelkan dengan penyewa tu.

Tup2 semalam dia sms aku, dia kata sewa bulan 6 ni dia tak dapat bagi pada aku, sebab nak ganti balik dia bayar agent masa dia sewakan rumah tu. Patutkah begitu?

Sekarang ni aku tak dapat nak kontek penyewa tu, sebab aku takde nombo phone dia. Sebab agent tu pon kata, tak sure yg mana satu plak nombornya. Lagipon aku jauh, tak dapat nak pi rumah tu sendiri dan tanya penyewa.

Ada cadangan tak kawan-kawan? Dan betulkah aku kena ganti balik duit agent tu?

PutraMarhaen Publish time 14-6-2008 04:01 PM

Originally posted by afja at 13-6-2008 10:58 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
perumahan kat taman equine tu ok ke kalau nk beli area situ....

bukan talam byk wat projek kat situ ke :$
ketepikan la project talam.

ada gak pemaju cam LBS dll..tapi kena check satu satu taman perumahan...

sini hampir semua lease hold tapi sebenarnya lease hold free hold dah dibincangkan panjang lebar dlm thread lain.takde masalah rasanya..

sini ramai melayu...dan agak tenang la jugak..gi kerja dan balik kerja tak sesesak area puchong.

budakjawa Publish time 14-6-2008 09:34 PM

ada apa apa prosedur kalau nak beli rumah di malaya
tapi kerja di luar malaya ?
. kena ada nama pemastautin tetap ke ?
. atau apa apa syarat lain ?

orang bank dan peguam , tolong saya bang brahim ! :P

amazed Publish time 15-6-2008 11:49 AM

Susahnya beli rumah baru - Pengguna kena bijak fahami pelbagai gimik tersirat

Oleh WARTAWAN

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0615/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpg
PEMBELI kena bersedia dengan segala jenis caj untuk
memiliki rumah sendiri. - Gambar hiasan


MEMILIKI rumah idaman sendiri pastinya menjadi impian setiap orang khasnya golongan muda selain mempunyai kerjaya tetap, kenderaan dan juga mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan.

Namun begitu, berbeza dengan menyewa rumah, impian mempunyai rumah sendiri sebenarnya tanpa disedari mengundang banyak masalah baru disebabkan oleh pelbagai skim yang penuh muslihat tersirat.

Perkara itu didedahkan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris sambil menasihatkan bakal pembeli rumah agar lebih berwaspada daripada terjerat dengan aneka masalah lain.

"Sebaik-baiknya elok tidak beli rumah baru jika tiada dana kecemasan, mana tahu dalam situasi ekonomi kini, ada yang dibuang kerja atau terpaksa menggunakan wang simpanan bagi membiayai ahli keluarga yang sakit," katanya.

Beliau meminta pembeli bersedia membayar ansuran berkala tanpa masalah kerana bank memberi pinjaman dengan melihat kepada slip gaji bulanan dan bukan belanja semasa.

Apa tidaknya, bank tidak tahu pembeli mungkin ada perbelanjaan untuk menyara ahli keluarga, kos pendidikan atau pinjaman lain hingga menyebabkan pelanggan terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat.

"Jika gagal jelas ansuran untuk tempoh tertentu, akhirnya rumah itu 'dirampas' bank. Begitu juga wang dibayar selama ini dikira hangus," tegas beliau.

Justeru ujar Mohamed Idris, beberapa isu perlu dikaji dulu, antaranya pendapatan, perbelanjaan, bayaran pinjaman, kadar gadai janji dan simpanan serta yuran guaman, insurans dan kos-kos lain.

Lazimnya lebih panjang tempoh pinjaman, makin kuranglah ansuran bulanan. Ia juga bermaksud, lebih ramai orang dapat membeli rumah tetapi tanpa disedari makin tinggilah bayaran balik pinjaman itu.

"Misalnya pinjaman sebanyak RM50,000 dengan kadar faedah sembilan peratus bererti kena membayar RM93,060 jika tempoh 15 tahun atau RM109,440 jika pilih 20 tahun," jelas beliau.

Mohamed Idris turut menasihatkan pembeli berwaspada dengan terma skim sewa beli yang mungkin nampak menarik walhal kadar faedah dikenakan itu adalah lebih tinggi berbanding kaedah konvensional lain.

Ini kerana pembeli skim itu harus membayar kos perjanjian dan insurans yang cenderung tinggi malah tidak diberi alternatif memilih panel institusi kewangan digemari.

"Kadar ini ialah caj berjangka tanpa kos sebenar pinjaman ditunjukkan kerana faedah sewa beli dikena ke atas kadar rata berdasarkan jumlah awal dipinjamkan bank," terangnya.

Dengan lain kata, walaupun sudah membayar balik sebahagian pinjaman, 'bunga' masih dikenakan ke atas jumlah keseluruhan hutang pokok itu hingga tarikh ansuran yang paling akhir.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0615/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.2.jpg


Bagaimanapun, Pengurus Besar Pinjaman Pengguna Standard Chartered Malaysia, Francis Loh memberitahu, tiada unsur caj tersembunyi dikenakan. Ini kerana sebelum perjanjian sewa beli ditandatangani, pihak bank akan memberi khidmat nasihat dan ketelusan sepenuhnya,

"Latar belakang kewangan pemohon akan diteliti, kemampuan bayar setiap bulan setelah ditolak belanja semasa," katanya.
bank sendiri memberi kemudahan kemampuan antara 10 hingga 30 tahun sehingga mencecah umur 65 hingga 70 tahun.

Fikir panjang sebelum beli rumah

ę¸¯EMEMANGNYA institusi perbankan bermotifkan keuntungan tetapi bakal pembeli rumah seharusnya meneliti faktor kewangan, terma dan syarat perjanjian sewa beli rumah sebelum bersetuju menandatanganinya.

budakjawa Publish time 15-6-2008 09:04 PM

banyaknya orang yang tanya soalan
tak ada ke orang bank dan peguam di sini ?

ni kena bukak tajuk bod baru ni

jadree00 Publish time 16-6-2008 06:50 AM

Reply #114 nenektua's post

Pengalaman Jad: Bergantung budi bicara ngan ajen. Setakat nih deposit sewa= 2bulan + deposit letrik & air(1/2 bulan kalu tak silap). 1 bulan sewa bayar kpd agen sbg service charges depa.

kalu x silap, Stamping tenancy agreement/TA will be borne by tenant.


Hal ini boleh dielakkan dgn tenant buat bayaran deposit tuh kpd landlord. Dan kemudian land lord bayar ke agen.

landlord sepetutnya dpt jugak tenancy agreement drp agent. So, mintaklah tenacy agreement drp agent.

jad bukan lawyer...tapi rasanya kalu byk sgt songeh, i think you've the right utk cancel the transaction sekiranya tenancy agreement belum sign.
depends gak lah samada umah tu senang dapat penyewa tak. Jika senang, land lord boleh lah eksyen skit. he he...

tkh Montly rental payment perlu dibayar seperti dinyatakan padasyarat dlm tenancy agreement, walaupun penyewa tak masuk umah lagi. Biasanya in advanced before 7th monthly tapi bergantung gak kpd tarikh execution TA.

[ Last edited byjadree00 at 16-6-2008 07:09 AM ]

Potpouri Publish time 16-6-2008 08:48 AM

Originally posted by nenektua at 14-6-2008 10:54 AM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
Kawan-kawan, aku ada kemusykilan utk minta pendapat korang semua.

aku dan kawan aku ada beli satu rumah seken hen. Aku nak sewakan rumah tu.

Aku beli umah tu dari sorang agen ni yang mewaki ...

hi Nenek,

x patutlaa kalau ko plk yg kene byr utk agen tu.sdgkan agen tu dilantik oleh tuan umah yang lama.. sepatutnya dia laa yg kene byr..

pd pndpt aku, ko kene laa jgk pi melawat penyewa umah ko tu n bgtau status ko sbgai tuan umah yg baru.. lgpun msti ko nk tau gak kan sapa penyewa umah ko tu kan..pstu ko suh laa dia bank-in kan sewa bulanan pd ko je...

tenancy aggrement tu bukan susah sgt pun ko nk buat sndiri...x pyh nk beragen2 bagai...
ko tiru je aggrement asal tu tp tukarlaa nama owner tu...ko sign laa n mintak penyewa pn sign jg...pstu pi stamping kan...rm10 je pun..kalau hire agen..punyalaa mahal fees dia...sampai sebulan sewa diorg ambik tu...

jadree00 Publish time 16-6-2008 09:25 AM

Reply #120 Potpouri's post

Oooo baru faham rupa2nya kak bedah tuh owner lama erk, ingatkan agen jual rumah...Rasa pelik pulak kak bedah tak der contact no penyewa dia dulu w/pun agreement dah hilang.

Agree ngan potpouri sbb naper pulak nenektua nak bayar sbb bukan nenektua yg lantik agent tuh.

jadree00 Publish time 16-6-2008 09:41 AM

Reply #101 serimaya's post

Kalu tak silap, syarat asas ialah monthly repayment < 1/3 gross salary.

Cth monthly repayment = rm1000, maka gross salary minima 3k.

Lain-lain consideration:
-Jika ada pendapatn lain selain gaji pun bank amik kira.
-Ada jugak bank yg bagi pinjam lebih drp 1/3 gross salary. bgtg syarat yg mereka tawarkan spt jika graduate blh pinjam lebih.

p/s- Nice name Seri Maya. Macam nama apartment yg cantik depan lrt Setiawangsa.

afja Publish time 16-6-2008 10:29 AM

Originally posted by PutraMarhaen at 14-6-2008 04:01 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif

ketepikan la project talam.

ada gak pemaju cam LBS dll..tapi kena check satu satu taman perumahan...

sini hampir semua lease hold tapi sebenarnya lease hold free hold dah dibincangkan pan ...

aku dgr ada phase baru sedang naik...
bukan talam corporation yg buat....

tmn equine aku rasa ok....
sbb dok tgh2....antara putrajaya n puchong.....
(kwn kijer kat bdr puteri. aku kijer putrajaya :$ )
so aku rasa ok lah....
x jauh tuk dua2 org...

lease hold ekk....
free hold x de sgt yer...
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: Cara Membeli Sebuah Rumah


ADVERTISEMENT