akughi Publish time 19-9-2006 04:34 PM

kalo ko pose setahun, bukan setakat ilang buncit... dgn ko sekali kering macam papan lapis...kepale je beso...hahahahah..

sunshinerose Publish time 20-9-2006 01:19 PM

Originally posted by nenekglamer at 15-9-2006 19:44


Hehehe.. berkesan eh?

Kebetulan aku mmg ada beli Teh oolong ni weeks ago... Bila baca thread ni terus bukak pack tu and buat teh cam yang nko sarankan.Tapi aku perahkan limau kasturi jer s ...

elllo kat mane nak beli...name teh tuh cam familiar

wgd4082 Publish time 21-9-2006 10:03 AM

Originally posted by sunshinerose at 20-9-2006 01:19 PM


elllo kat mane nak beli...name teh tuh cam familiar

Banyak tempat ada jual...kat hypermarket...kat supermarket...Kat kedai cina/seng sei...tapi jangan cari kat kedai india & melayu, memang takder jual.

Oolong tea ni banyak jenis...takyah beli yang mahal2, yang murah pun dah kira ok dah. Mahal tu sebab daerah kawasan tanamannya (di China, Taiwan & Jepun), aroma, rasa & baunya yang lebih mengancam, tapi khasiat semulajadinya tetap sama bagi semua oolong yang mahal atau murah. Kalau ko dapat jumpa jenis "Shui Hsien" atau "Shui Xian" lagi bagus sebab kandungan kafein adalah yang paling rendah dikalangan teh jenis oolong. Kalau nak lagi best, malam ko minum "oolong tea" + limau nipis, siang pulak ko minum "green tea". Lagi banyak khasiatnya. Teh jenis "black tea" @ "red tea" jangan beli, sebab standardnya lebih kurang sama ngan teh kat Cameron Highland & Sabah atau teh yg dtg dari India/Sri Lanka.

Bila ko beli nanti, kalau boleh cari yang jenis "loose leaf". Sebab jenis teh ni adalah gred yang bagus dan khasiatnya adalah menyeluruh, berbanding ngan "tea bags" yang kebanyakkannya teh dah hancur atau jadi halus. Ada jugak teh jenis "loose leaf" yang diletakkan kat dalam "tea bags", tapi mahal sikit la.

Kesimpulannya, kalau ko pikir hanya nak ambik khasiatnya saja, semua jenis teh oolong dan teh hijau boleh sapu...tapi kalau ko nak jugakkan kenikmatan aroma, rasa & bau...aku cadangkan ko pi kedai Ten Ren. Kat situ dorang kasi ko rasa semua jenis teh dan suka hati ngko lah, nak pilih yang mana satu. Tapi kedai ni mahal sikit la...silap haribulan, boleh sampai dua kali ganda lebih mahal berbanding ngan para pengimpot yang lain kat Malaysia ni.

Cadangan aku :

"Jasmine Oolong Tea" yang diimpot dari Taiwan @ "Shui Hsien Oolong Tea" yang diimpot dari China (ditanam di kawasan pergunungan Fujian)

miss_lala Publish time 22-9-2006 02:39 PM

satu lagi petua....

jangan terus mandi selepas makan (rehat kan dulu badan n biar makanan tu turun dulu )....
better mandi sblm makan...:o:

Piratesjch Publish time 22-9-2006 03:02 PM

Originally posted by zacks at 24-8-2006 07:20 PM
Perut aku buncit skit, jadi nak mintak pendapat korang lah kalau aku buat sit up dgn push up 100 kali setiap hari, selama 2 bulan..boleh mengurangkan saiz buncit tu kpd minimum ke? :hmm: Ke still n ...

maaf ye....saya tak tau cara ape untuk mengecilkan perut buncit anda. becos saya sangat slim pun...hehe...

wgd4082 Publish time 22-9-2006 05:02 PM

Originally posted by miss_lala at 22-9-2006 02:39 PM
satu lagi petua....

jangan terus mandi selepas makan (rehat kan dulu badan n biar makanan tu turun dulu )....
better mandi sblm makan...:o:

Ini petua nak maintain kan saiz perut...bukannya nak kurangkan saiz perut.

nenekglamer Publish time 23-9-2006 12:15 PM

Originally posted by akughi at 19-9-2006 04:34 PM
kalo ko pose setahun, bukan setakat ilang buncit... dgn ko sekali kering macam papan lapis...kepale je beso...hahahahah..

Huduh tu!Cam antu jerangkung.

Googie Publish time 26-9-2006 01:14 PM

Originally posted by kacang^soya at 13-9-2006 04:01 PM
Minum teh cina dalam kotak tu...oolong ke apa namanya..seduh 1 sd teh penuh daun teh tu (pekat sket) ngan 1 cawan air panas...dalam 20 mnit gitu...no sugar ye...perah limau nipis 1 biji...minum mas ...



Memang betul petua nie. Aku selalu bg tips ni pada org2 yg dah frust ngan produk slimming.
Petua A380 tu pun betul...jauhi air gas, ais, makan bersulam air, mandi/tido slps makan & etc...
Badan kite ni kalau nak fit mesti hidup berdisiplin, patuh pada undang2 menjaga badan.

Minum tea & perahan limau (nipis lg baik) selain dari memecah lemak ia boleh membantu membuang toksin yg ada dlm badan. Tapi kene maintainlaa...
Tak dapek minum seminggu dah terus nak kempih perut tuh...
Kalau pompuan plak, mase yg paling baik utk kempiskan perut adalah selepas bersalin. Pantang Jangan Tak Pantang...

cantthinkofany Publish time 27-9-2006 09:01 AM

gua dah try and memang menjadi.....apple hijau + celery (batang daun bawang yang besar-besar tu...gua tak tau nama melayunya) + garam sikit = blend semuanya and minum...garam tu fungsinya untuk elakkan air tu bertukar jadi hitam/lebam disebabkan buah apple.....lebih boleh simpan dalam fridge...seminggu pun boleh tahan....

yang kedua...ni kalau lu sanggup la....air limau nipis + kapur sirih = adun dan sapu kat serata perut...buat 5 hari berturut-turut, sebulan sekali....hari kelima tu kulit perut akan macam terbakar sikit tapi jangan risau lama-lama akan mengelupas dan lu dapat kulit perut baru.....

rafino Publish time 27-9-2006 12:58 PM

Reply #29 cantthinkofany's post

Petua yang kedua tu, masa dalam pantang bidan tu urut hari2 dia buat cam tu. Lepastu dibengkung ler. memang berhasil sebab tali bengkung tu makin hari makin senang nak ikat.. tapi dah tiga bulan tak buatni,, emak kata kenapa engko gemuk dari masa dalam pantang.. So, lepas dapat kempiskan tu, pastikan terus berusaha mengekalkannya..

Syd Publish time 29-9-2006 02:55 PM

Masalah perut buncit membimbangkan
28-09-2006 11:25:20 PM

KUALA LUMPUR:Kajian menunjukkan 47.1 peratus lelaki dan 60.2 peratus wanita di negara ini mengalami obesiti abdomen, yang meningkatkan risiko penyakit kardiometabolik.

Menggunakan ukur lilit pinggang sebagai petunjuk utama, kajian itu yang dijalankan oleh Malaysian Shape of the Nation (MySon) mendapati angka itu menggambarkan gaya hidup mewah dan tabiat pemakanan tidak sihat di kalangan rakyat Malaysia.

Ketua kajian itu dan perunding kanan kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari berkata kajian obesiti abdomen itu yang membabitkan lebih 1,893 pesakit mengesahkan ukur lilit pinggang ada kaitan dengan penyakit kardiovaskular, hypertensi, masalah lipid, diabetes mellitus dan faktor risiko mendapat serangan jantung.

"Obesiti biasanya diukur mengikut indeks jisim badan (BMI), bagaimanapun penemuan kajian itu menunjukkan obesiti abdomen adalah cara lebih baik dalam menentukan risiko penyakit kardiovaskular daripada berat badan atau BMI, " kata Dr Robaayah, yang juga ketua Jabatan Kardiologi IJN pada sidang media mengenai Risiko Kesihatan Berkaitan Obesiti Abdomen di sini hari ini.

Obesiti abdomen didefinisikan sebagai mempunyai ukur lilit pinggang lebih 90 centimeter (cm) atau 35.4 inci bagi lelaki dan lebih 80cm (31.5 inci) bagi wanita.

Beliau berkata BMI, ukuran saiz badan, yang juga merupakan petunjuk bagi peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dan penyakit jenis dua, tidak mengambil kira pengagihan pelbagai lemak dalam badan di kalangan individu berbeza dan penduduk.

Katanya ukur lilit pinggang merupakan kaedah paling sesuai bagi mengukur obesiti abdomen yang tidak berkaitan dengan ketinggian tetapi berhubung kait dengan BMI dan jumlah lemak dalam badan.

"Obesiti abdomen boleh diukur dengan mudah melalui ukur lilit pinggang dan merupakan petunjuk kandungan adipos dalam abdomen, lemak tersembunyi dalam abdomen yang dikaitkan dengan masalah metabolik.

"Adipos dalam abdomen telah dikenal pasti sebagai punca faktor risiko kardiometabolik seperti peningkatan triglycerides, kekurangan kolesterol baik dan kandungan gula tinggi dalam darah," katanya.

Dr Robaayah berkata penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian dan telah muncul sebagai isu kesihatan awam di seluruh dunia.

"Seorang dalam lapan lelaki dan seorang dalam 17 wanita mati akibat penyakit ini sebelum mencapai usia 65 di negara-negara Eropah," katanya.

Katanya kajian itu juga menyokong hasil penemuan kajian INTERHEART, kajian kawalan kes yang memeriksa faktor risiko serangan jantung melibatkan lebih 29,000 pesakit di 52 negara, mendapati lemak berlebihan di sekeliling pinggang, mengikut ukur lilit pinggang, adalah faktor risiko bagi serangan jantung dan ramalan lebih baik bagi peningkatan risiko penyakit kardiovaskular berbanding menggunakan BMI.

"Kajian ini baik untuk pengetahuan kita kerana ia dilakukan ke atas penduduk negara kita yang meliputi semua negeri," katanya.

Kajian itu ditaja oleh geran tanpa had daripada SanofiAventis, syarikat farmaseutikal ketiga terbesar di dunia, bertujuan menganggarkan kadar obesiti abdomen yang diukur mengikut ukur lilit pinggang, di kalangan pesakit yang dipilih secara rawak yang sedang dirawat pakar perubatan.

Kajian itu juga menganggarkan kaitan antara obesiti abdomen, penyakit kardiovaskular dan faktor risiko kardiometabolik yang lain. Kajian itu dijalankan pada 22 Jun dan 23 Jun tahun ini.

Ia melibatkan lebih 90 pengamal perubatan di seluruh negara. Semua pesakit berumur antara 18 hingga 80 tahun yang mendapatkan khidmat nasihat pakar perubatan dipelawa dan bersetuju menyertai kajian itu tanpa mengambil kira sebab mereka mendapatkan khidmat nasihat itu. BERNAMA

Syd Publish time 11-10-2006 12:35 PM

This fatness measure is OK
10 Oct 2006
DATUK SERI DR ROBAAYAH ZAMBAHARI, DATUK DR ZAKI MORAD MOHAMAD ZAHER, and PROF DR S.P. CHAN, Malaysian Shape of the Nation (MySoN) Study


--------------------------------------------------------------------------------
ABDOMINAL obesity is not a new idea nor is it unknown in the field of metabolic and cardiovascular medicine.

There are many measures of obesity as mentioned by Rizal Mohd Razman ("Use more reliable sources"

jarimanis Publish time 11-10-2006 03:17 PM

Nak ilang perut buncit....Minumlah B-Young...Minuman berfungsi...

lindasam Publish time 12-10-2006 10:31 AM

jgn mandi selepas makan
jgn tido/baring selepas makan
jgn minum ais
jgn makan berulam air
minum selepas abis makan
kunyah lelamamakanan baru telan

SEMUA NYER DAH BUAT TP X JLN!!!! minum teh2 cina ni me takut sket. takut produk nyer x slamat. kesimpulannya me biar jer perut ni buncit walaupun malu bila org nampak masa dokong anak or tlupa pakai girdle.

Syd Publish time 13-10-2006 11:00 AM

Lebih 70% lelaki bandar buncit
13-10-2006 10:37:53 AM

KUALA LUMPUR:Lebih 70 peratus kaum lelaki yang tinggal di bandar menghadapi masalah lebihan berat badan dan obesiti kerana terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat bandar dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Kajian Penuaan Lelaki mendapati banyak gejala penyakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan strok mula ditunjukkan pada usia lebih awal.

Kajian sejak dua tahun lepas yang dijalankan secara rambang oleh Persatuan Andrologi Malaysia terhadap 1,046 responden di Subang Jaya dan Petaling Jaya mendapati lelaki semuda 55 tahun telah diserang simptom penyakit kronik.

Perunding Urologi Pusat Pusat Perubatan Subang Jaya, Prof Datuk Dr Tan Hui Meng, memberitahu sidang media di sini hari ini bahawa kajian yang siap Julai lepas membabitkan 34.3% responden Melayu, 49% Cina, 14.9% India dan 1.7% kaum lain.

Katanya kajian itu membabitkan lelaki berusia 40 tahun ke atas daripada golongan perokok, peminum arak, ukuran pinggang yang besar dan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Prof Tan berkata kebanyakan lelaki yang tinggal di bandar tidak menyedari mereka kini diancam simptom penyakit kronik dan "ramai menjangkakan mereka akan hidup sihat lebih lama."

"Tetapi trend kini di usia 55 tahun telah menghidap penyakit utama seperti ini, yang sepatutnya hanya menyerang mereka yang berusia 70 tahun," katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata beliau bimbang dengan trend itu. BERNAMA

yaszz Publish time 14-10-2006 01:13 AM

Originally posted by redsinner at 13-9-2006 04:15 PM
aku ada terbaca kat health mag mane ntah + cleo bulan april/may, dia kata kalo perut buncit tak memadai dgn sit up alone. u kena consistent buat at least 1 set of exercise. i dunno whether its card ...

:setuju:

Agree thru my experience. Mmg kena buat cardio exe, either jogging, skipping, cycling etc. And yg paling berkesan skali kurang mkn... bulan poser ni boleh kata kempis lak perut aku nih...

Enaklazat Publish time 15-10-2006 05:58 PM

itulah antara peranan Ramadhan... Mubarak sungguh.:ting:

kieragedut7 Publish time 14-12-2006 03:19 PM

best lak aku baca thread ni..mmg berguna utk aku...salin terus...berkobar2 nak turun beli teh oolong tu..thanks for the info...

coyotemawi Publish time 14-12-2006 06:26 PM

Originally posted by mitsui at 26/8/2006 12:58 AM
sapu minyak but-but kat perut tu tiap2 malam...insyaAllah kurang buncit tu nnt.


minyak apa tu?
bule scan n tepek gambar?

Jackie Publish time 14-12-2006 11:57 PM

Originally posted by lindasam at 12-10-2006 10:31 AM
jgn mandi selepas makan
jgn tido/baring selepas makan
jgn minum ais
jgn makan berulam air
minum selepas abis makan
kunyah lelamamakanan baru telan

SEMUA NYER DAH BUAT TP X JLN!!!! minum teh ...


1 lg x buat. exercise!!!!
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: [MERGED] MENGATASI PERMASALAHAN PERUT BUNCIT


ADVERTISEMENT