DarkBaron Publish time 7-4-2008 03:23 AM

Reply #231 Obersliutenant's post

Actually u cant use this to gauge how well a country is doing..for me a more better table of comparison would be to use GDP per Capita..in USD. Pasal in the case of korea memang harga dorang makan beribu dalam mata wang dorang..just like japan..things start out at a 100 yen..so u see the difference?

Obersliutenant Publish time 7-4-2008 03:39 AM

Reply #261 DarkBaron's post

yep...point taken...

masnina Publish time 7-4-2008 11:27 AM

Originally posted by mshafiz at 7-4-2008 02:25 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
memang bukan current issue pun, dah 10 thn dah
kalau kawen dah ada anak 6-7 org dah
aku sajer lepak dan post kat sini
:lol: :lol: :lol: tulah.. memang dah 10 tahun pon.. currentlah sangat ;P

observateur Publish time 8-4-2008 01:56 AM

Originally posted by peYno at 4-4-2008 05:24 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Thai dan korea pinjam IMF... kira mereka dah jadi milik omputeh la tu;P

Masa Thai kasi settle utang IMF, dema raya sakan. That speaks a lot. Macam dema raya bebas dari satu penjajahan.

Indon lak, sampai sekarang tak settle2 lagi. Rp jatuh tak naik2...

mshafiz Publish time 8-4-2008 02:22 AM

Oleh kerana waktu kerja dah habis (dah kul 7.30pm) dan aku pun tetiba sgt rajin, maka aku tempek lah sedikit benda bagi korang lagi puas hati. Biarlah "SESEORANG" itu mengumpul ilmu di dada.

Korang jgn jadi mcm dia, sikit punya demand nak tau pelbagai scenario, analysis bagai tapi semua nak kena spoon feed. Tak reti cari sendiri. Lepas tu main pakai hentam org jer. Jgn stoop to his level ok. :I :I

Malu aku sebagai seorang Malaysia, masih ada yang tidak tahu kepentingan ekonomi kepada negara serta tak tahu bagaimana untuk manage finances. Kalau korang nak mintak ilmu pasal ekonomi Malaysia, DarkBaron tu 1000 kali ganda lagi bagus walaupun Singaporean. Nasihat aku, kalau tak cukup ilmu belajar dulu, jgn main pakai ckp jer.

Utk si Gemukkk tadi time lunch aku adalah cerita pada kwn aku Malaysian jugak pasal debat dlm nie. Aku mintak maaf lah tadi ckp pasal kau kat kwn aku ek. :lol: :lol:

Gossip sat no:
Kawan aku nie cerita lah sebab disebalik DSAI nak ambik IMF. Aku pun tak tahulah kebenaran nyer kan. Dia kata ada lah kwn dia cerita. Aku pun pernah jumpa anak hakim yg bebaskan DSAI, dia ada kat London buat Masters, ambik Law. Bini dia tu kerja court reporter kat Malaysia dulu, sempat cover kes DSAI dan Altantuya sikit2. Maka byklah cerita in court, outside court segala.

Dia kata DSAI bukan nak sgt ambik IMF time tu, tapi dia dah terdesak sebab dia tau Dr M memang nak kenakan dia (Kenakan pasal apa, jgn tanya aku. Aku tak tau. Tak betul jadi fitnah). Ada sorang polis tu menyamar jadi driver ke tukang kebun DSAI entah (kwn aku pun dah lupa). Bila DSAI tau, dia tiada pilihan lain kecuali membawa IMF masuk untuk tolong dia elakkan Dr M buat dia mcm tu. Mungkin dia dah tau Dr M nak penjarakan dia. Wallahualam lah kan.

Cerita ni entah betul entah tidak, mungkin cerita hikayat or cerita dongeng. So supporters kedua2 DSAI dan Dr M diminta jgn kutuk aku dan jgn quote aku juga kerana sumber nya tidak sahih :lol: :lol:

[ Last edited bymshafiz at 8-4-2008 03:23 AM ]

observateur Publish time 8-4-2008 02:40 AM

Banyak gak ilmu@info aku dapat dari mshafiz et ali. Terima kasih.

mshafiz Publish time 8-4-2008 02:47 AM

Malaysia                                                                                        Thailand
Total Area         329,847 km

mshafiz Publish time 8-4-2008 02:48 AM

Reply #266 observateur's post

thanks :lol: :lol:
bluecathaze,rojaksedap,DarkBaron dan ramai lagi pun bagi byk info dan ilmu dlm nie
ilmu sikit2 jer, malu aku ler. byk lagi org lagi terer tapi tak masuk forum :lol::lol:
aku pun ambik dari buku nota dulu tu byk info tu, dgn internet ;P ;P ;P

[ Last edited bymshafiz at 8-4-2008 03:03 AM ]

mshafiz Publish time 8-4-2008 03:45 AM

http://img353.imageshack.us/img353/6472/datatablekb5thpngao8.jpg







http://img353.imageshack.us/my.php?image=datatablekb5thpngao8.jpg

[ Last edited bymshafiz at 8-4-2008 03:58 AM ]

mshafiz Publish time 8-4-2008 05:38 AM

ok, tadi sebab ada budak intern (budak China, tgh final year Cambridge buat chemical engineering - pasal apa dia nak buat akaun, aku pun tak tau). Dia dtg cuma 2 hari, sebab kalau dia minat dgn kerja2 nie, dia akan dtg balik time summer utk internship 3 bulan. Pastu dia nak try dulu sebelum start nanti, baik betul. :lol: :lol:

Anyway, sebab aku kena in charge kan dia ari nie. Dan aku sibuk kena rush report nak kena hantar kat boss, aku suruh lah dia buat table mcm aku paste kat atas tu daripada dia dok langut tgk facebook dgn chat jer sementara tunggu aku torture dia sikit2. Aku ajar lah dia cm mana nak cari info dan aku edit serba sedikit jadi mcm image tu.Jadi terima kasih lah kepada Yuen tu. :lol: :lol:

Pandai2 lah korang perbesarkan image tu sebab aku tak reti, 10 kali dah cuba. :lol: :lol: :lol:

Anyway, aku dah highlight beberapa tahun dlm table tu, 1994 - 2005. Benda yang kita kena ingat:

1) krisis ekonomi bermula late 1996
2) Thailand ambik IMF in 1997
3) Malaysia adopt style IMF in 1997 then tukar tu capital controls in 1998
4) Thailand telah berbincang dgn IMF dan seterusnya menukar policy IMF in late 1999/2000
5) Walaupun Thailand byr IMF in 2003, aku kira kita ambik kira dia pure IMF sampai 2000 sahaja sebab lepas tu dia tukar polisi, jadi tak adil sebab bukan pure IMF policies.
6) Economic indicators in 2001 antara Malaysia dgn Thailand tidak meaningful disebabkan beberapa internal factor kat Malaysia sahaja. Nanti aku bincangkan lagi.

Hampa tgk betul2 table tu (kalau nampak lah, kalau tak boleh PM aku) kerana post lepas ni aku nak bincang pasal fakta dlm tu.

Note: Semua data daripada UN, maka independent data.

[ Last edited bymshafiz at 8-4-2008 05:40 AM ]

mshafiz Publish time 8-4-2008 06:41 AM

GDP growth rate
Kalau dilihat dari segi GDP growth rate, Malaysia memang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dari 1994-1995 tetapi hanya dengan kurang dari 1%. Tetapi pada 1996, apabila ekonomi Thailand mula jatuh (Malaysia baru rasa sipi2 dan lepas tu baru tarik Malaysia sama), GDP growth rate kita melebihi Thailand sebanyak 4.1%! In 1997, Thailand dah buat ikut IMF, kita masih devise plan untuk ekonomi kita. Mula-mula kita ikut style IMF, tetapi effect dia sikit saja pada Malaysia sebab kita improvise sedikit polisi IMF. Tapi ekonomi kita masih berkembang tetapi Thailand dah mula merudum (sebab dia negative growth rate). In 1998, kita pun merudum jugak tapi tidak seteruk Thailand. Jadi kita tukar polisi kepada capital control, peg RM to USD etc yg buat ekonomi kita berkembang kembali in 1999. Walaupun Thailand mempunyai growth rate positive in 1999, perlu ingat dia still merudum sebab dia hanya positive 4.4% dari -10.5% (mcm -6.1%). Kita dah nak hampir kat even level kurang dari 1%. In 2000, kita dah memang tinggal Thailand jauh. Pasal 2001 aku akan bincang nanti.

GDP percapita (PPP)
Macam aku dah terang kat atas, GDP in value tak meaningful tapi kita kena kira by GDP per capita adjusted by PPP. Even berbanding GDP growth rate, GDP per capita yang paling bagus untuk menilai tahap ekonomi sesebuah negara.

GDP per capita kita sentiasa melebihi Thailand dlm semua tahun dari 1994 - 2005. Itu menunjukkan bahawa ekonomi kita lebih bagus dari Thailand. Sebelum krisis, GDP per capita kita hanya melebihi Thailand dgn +/- USD1,100 sahaja. Tapi sejak IMF masuk, kita melebihi Thailand dari+/- USD1,400 in 1996 tohampir USD2,250 in 2000 dan terus kekal dgn gap yang sama hingga 2005. Percapita ni di kira ikut population, so boleh dikira lah kalau Malaysia lebih USD2,000 dari Thailand, kan ke byk tu utk population 22 million?

Unemployment rate
Untuk unemployment rate pulak, Malaysia memang dari dulu mempunyai unemployment rate +/- 3%. Ini tiada kena mengena dgn ambil IMF atau tidak tetapi lebih kepada polisi government/ kecekapan government melalui ekonomi untuk menambah peluang pekerjaan.

Info tiada untuk 1994 untuk Malaysia, so kita bermula in 1995. Rate untuk Malaysia adalah 3.1% tapi Thailand cuma 1.1%. In 1996 hingga 1997, Thailand kekal pada tahap yang sama tetapi Malaysia turun sikit dari 3.1% ke 2.5%. Pada tahun 1998, Thailand dah sama unemployment rate dengan Malaysia sebab time tu byk firms di Thailand terpaksa ditutup. Maknanya unemployment rate dia naik lebih dari 2%. Dan perlu di ingat jugak, population Thailand hampir 3 kali ganda lebih byk dari Malaysia, jadi kalau naik sebanyak 2%, korang boleh agak2 lah berapa kan yg takde kerja time tu. Walaupun lepas tu umemployment rate kat Thailand turun, tapi still tak boleh pergi level dulu yang 1.1% sebelum IMF ada. In 2000 pun turun sedikit sebab dia tukar polisi mcm aku dah ckp kat atas tadi.

Inflation rate
IMF policy memang akan cuba kurangkan inflation rate, manakala policy Malaysia pulak time krisis tu untuk naikkan inflation rate. So benda nie tak berapa nak meaningful sgt sebab policy Thailand dan Malaysia berlawanan. Tapi in 1998, still inflation rate Thailand naik mendadak sampai 8.1%. Dahlah time tu unemployment rate pun naik.

FDI inflows
Mcm DarkBaron dah pernah post dulu kan. Yang kurang adalah FDI inflows kita sebab Malaysia buat benda baru so belum tentu akan jadi, so investors dah lost confidence dan diaorg pun lebih prudence in investing sebab time krisis. Jadi dari segi FDI, kita memang lost banyak jugak lah hampir setengah sebelum level yang sebelumnya. Dan bila Thailand pun mintak tukar policy IMF in 2000, diaorg pun hilang byk FDI inflows dari sebelum2 nya. Mcm dickp nanti apa sebab 2001 performance teruk sgt kat Malaysia, aku akan discuss nanti.

Tapi kita hilang FDI byk2 sejak 1998 tu bukanlah semata2 sebab kita tak ikut IMF jer tapi sebab time tu kes DSAI tengah hangat start 1998 hingga 2001. Org demonstrasi sana sini, maka investor takut sebab keadaan kucar kacir. Lagi satu, kita time krisis mengamalkan capital controls yg mana foreign investors agak ralat nak invest kat Malaysia.

Current account balance
Dari segi reserves dan current account balance, aku dah letak figures dlm table tu. Korang boleh nilaikan sendiri dan kita memang sentiasa lebih in a better position than Thailand. Tapi ia tak meaningful sebab Thailand pun kena bail companies mcm kita (cuma dia lebih selective sebab IMF ada campur tangan) guna reserves dan of course Thailand is a bigger economy dan semestinya dia lebih byk company. Tapi dari % of GDP (which is more meaningful) we were still in a better position and in 2005, current account balance dia dah negative tapi Msia positive.

[ Last edited bymshafiz at 8-4-2008 08:17 PM ]

mshafiz Publish time 8-4-2008 06:59 AM

Apa jadi in 2001

Ekonomi Malaysia merudum jatuh in starting late 2000 kerana beberapa internal factor bercampur external.

1) Matawang rantau East Asia bergantung pada Jap Yuen, so rantau Asia memang jatuh time tu. Malaysia pulak peg kan RM to USD, so kita still tinggi. Oleh sebab itu, export Malaysia pada 2001 menjadi sgt mahal berbanding Thailand etc. Itu juga menyebabkan FDI into Malaysia tak berapa attractive, so FDI pun kurang.

2) Kes DSAI. Walaupun kes ni start in 1998, tapi time tu ok lagi sebab sedang dibicara. By 2000, satu dunia dah kecam tindakan Mahathir, and bila DSAI dipenjarakan pada 2000, banyak investors dah lari sebab tak yakin dengan keadaan yg akan berlaku selepas itu. Tambah2 lagi byk demonstration berleluasa time tu tentang DSAI dan ISA. Nurul Izzah dgn Wan Azizah pun dok mintak tlg luar negara so diaorg dpt tahu apa berlaku. Takut orang merusuh ke, civil war ke etc jadi byk yg tarik balik investment. Walaupun time tu Govt kata takde apa2 tetapi sebenarnya effect dia sgt kuat.

Untuk investment ada 3 perkara yang affect FDI flows:
- political stability (kalau korang tak caya tgk FDI tahun nie berbanding thn lepas sebab politic kita huru hara)
- confidence terhadap kepimpinan samada stabil ke tidak untuk economic growth
- economic policies

3) Sept 11 terjadi jugak in 2001. Sedikit sebanyak tetap affect Malaysian economy.

Sebab itu, ekonomi kita begitu teruk sekali in 2001. Sebab kita ada political instability sekali coupled with economic crisis. Negara lain hanya ada economic crisis jer.

Tapi kita start pulih balik in 2002, sebab Dr M telah berjumpa menteri2 asing untuk terangkan stand dia against DSAI, maka barulah org nak start trade dgn Malaysia balik. Lagipun time tu DSAI pun dah masuk penjara. Orang pun dah kurang buat demonstration.

mshafiz Publish time 8-4-2008 07:13 AM

Kes DSAI bukan takat affect hingga 2001 jer tapi lepas Thailand tukar policy, dia dah makin naik. Kita tak berapa naik in economy sebab benda2 yg telah diterangkan kat atas dan juga Mahathir nak resign. Kan dia announce kat TV, lepas tu tarik balik dan resign betul2 in Oct 2003. Ingat tak?

Mungkin time tu dia pun tgh prepare Pak Lah, so hand over process mcm mana pun mesti akan affect economic growth. Lagi satu, bila investors tak yakin dgn successor pun akan affect economic growth jugak. Mcm org kata, tak kenal maka tak cinta kan. So time tu tak boleh dikira sgt lah sebab mcm2 hal kat Malaysia tu.

Tapi korang perasan tak bila Pak Lah ambik alih, at least in 2004 -2005 tu ekonomi kita makin bagus, lebih bagus dari Thailand. Mungkin korang akan kata sebab Thailand tak ikut IMF lah ekonomi dia jatuh. Tapi time IMF, economy dia sgt teruk. Yelah, dia dah boleh recover balik, masa krisis mana ada ekonomi yg bagus sgt. Tapi kalau ikut logik nya at least dia kena lagi bagus dari Malaysia masa time IMF. Tapi GDP per capita kita yg lebih bagus dari Thailand menunjukkan yang ekonomi kita lebih bagus dari Thailand.

Yang than 2004-2005 tu aku nak korang pikir sendiri lah baik buruk Pak lah tu. Aku tak sokong di tau! Memang lah dia tido tapi ekonomi membangun lah jugak, takde lah teruk sgt mcm org dok kata tu, takde lah negative atau stagnant. :lol: :lol:

[ Last edited bymshafiz at 8-4-2008 02:03 PM ]

mshafiz Publish time 8-4-2008 07:45 AM

Mcm ari tu ada org tanya pasal reserves kita yg diguna untuk bail companies kan? Tadi time aku sembang2 dgn kwn aku baru aku teringat. Time krisis ni dulu aku baru kerja lah dekat Arthur Andersen yg dah bankrupt tu. Time junior biasalah, mesti kena buli kan.

So time krisis in 1997, government set up Danaharta dgn Danamodal untuk ambil alih non-perfrming loans (loans tak boleh byr) dan inject capital dlm company yg bankrupt. Time tu aku kena jadi invigilator (mcm ketua peperiksaan mcm tu) berdua dgn kwn aku kat Danaharta. Kerja tu yg paling bodoh sepanjang karier aku kat A&A. Aku kena jaga berpuluh2 file tentang loans nie tadi sebab ada pembeli nak tgk. Aku kena pastikan diaorg tak amik apa2 kertas bwk keluar. Punyalah sangap, nak ckp tepon tak boleh, main laptop tak boleh, kena perhati jer diaorg 8 jam sehari. Nasib beberapa hari jer sebab gilir2.

Anyway, dlm kesangapan aku nak buat kerja tu, aku adalah tilik2 sikit file2 tu. tengaok summary dia. Sebab nyer ada setengah loans tu yg secured pada property, so tak boleh byr property tu ditarik. Bila lelong, ada lah pembeli kan. Aku kena jaga pembeli nie lah.

Time tu seingat aku lah, in 1998 ke 1999 Danaharta ada ambik around RM33 billion kot (sebab aku kena buat spreadsheet untuk bagi cepat semak etc - loan mana, co mana, property mana). Danamodal ada letak capital dlm RM7-8 billion. So total dlm RM40 billion lah lebih kurang untuk bail financial institutions dan companies. Aku tgk byk loans kat banks dgn finance house jer time tu. Tapi aku tak ingat lah semua (jangan tanya aku co mana - aku takkan bgtau).

So aku pun search lah pasal Danaharta. Dpt website dia. korang gi lah check : http://www.danaharta.com.my/default.html

Tapi dlm tu dia kata around RM50 billion, mungkin lepas aku buat spreadsheet segala tu ada loans baru yg masuk. Dan recovered RM30 billion. So reserves yang diguna adalah around RM20 billion.

Lepas itu aku tgk press release dia, ada lah total2 costs sehingga Danaharta ditutup in 2005 (sebab ia di set up pun utk purpose NPL nie jer dan ada time limit):
1) RM2.05 billion - Managing the NPLs
2) Cost of corporation - RM3 billion
3) Cost for resolving NPLs - RM12 billion
4) Cost for Danamodal - RM0.6 billion
maka duit rakyat RM17.5 billion lebih kurang lah. Walaupun RM2.05 million untuk manage NPL tu income tapi still Governement kena top up tempat lain, so aku kira jugak.

mshafiz Publish time 8-4-2008 08:20 AM

di atas tu tak termasuk injections made by Petronas, EPF, Tabung Haji etc. Itu aku tak tau. Takde info lah, cari sendiri ok.

dan mengikut IMF: http://www.imf.org/external/np/f ... inposition_flag=YES

Thailand byr interests sebanyak USD450.9 millions (convert to USD yg di peg kan pada RM3.8 = RM1.7 billion)

Tapi Thailand ada USD30 billion debt (RM114 billion) manakala Malaysia ada USD14.4 billion (RM54.7 billion) iaitu 2 kali ganda kan. Jadi kalau dari segi logic, dia kena keluarkan lebih byk utk restructuring. Dalam case study done by Bank of Japan, the restructuring costs oleh Thailand adalah Thai Bath 400 billion (RM40 billion). Di ambil dari http://www.mof.go.jp/singikai/gaitame/siryou/h120117b.htm

Jadi total costs to Thailand = 40+1.7 (interests IMF) = 41.7 billion dan Malaysia 17.5 billion. Tapi sebab ekonomi Thailand 2.5 times bigger, tak boleh nak kira mcm tu jer, tak adil. Kalau Malaysia kali 2.5 times = 43 billion. So costs agak sama. (Layman's counting - so not necessarily true coz usually it will involve a lot of other things also)

Tapi ini yg terang, tak termasuk costs tersembunyi utk kedua negara. tambahan ekonomi Thailand jatuh, so dia lagi teruk.

Harap anda semua faham kerana saya nak tidur.

nak lebih byk info kat sini: www.intanbk.intan.my/cda/m_online/jusa_files/capitalcontrol.pps

Itu ajer benda aku nak post kat sini. Janji tak post lagi, org semua pun dah boring nak termuntah tgk post aku.:lol::lol: Lepas nie takde dah kot isu lain. Yg pro IMF tunggu org lain post. Aku sajer jer bagi info nie. Jgn ingat aku sesajer nak tunjuk pandai pulak, takde makna nyer :I :I

[ Last edited bymshafiz at 9-4-2008 08:13 AM ]

kabukiman Publish time 8-4-2008 08:39 AM

kita sbg rakyat... kesedaran yg patut ada

economic cycle will always come and go.

dlm quran sendiri ada ckp; 7 tahun hasil tuaian yg baik dan bersedialah utk 1 tahun yg tiada hasil. so, it will always work out to an average over the long term.

dlm konteks modern finance, it is in most instances it is the bubble effect that leads to a recession. and the biggest culprit is always centred on property speculation. sbb, property being illiquid in nature its not a fluid market. property valuation is a self-feeding cycle yg rapuh. Property(real estate) is only there to absorb excess liquidity to help curb inflation. Go above this in valuation and everybody ends in deep sh!t. Refer to mshafiz's posting cost incurred for danamodal.

some may argue that commodity burst can also lead to recession. AGREE. but commodities are productive resources. Thus quicker to return to median; and less painful. Properties (real estate) are the most unproductive resources around.

Jadi sbg average rakyat, sedarlah. Our collective actions also play a role.

ps~apa namanya the property lobby claim? err.. property safe investment ka apa? sure go up one or somethign laik dat... abistuh yg danamodal kene byr berbillion tuh atas menatang apa kalu tidak kerna overvalued properties? :re:

property safe investment kunun.... my foot lar:@

sutera_abadi Publish time 8-4-2008 08:43 AM

wowwwww... bravooo.... :victory:
sekurang-kurangnya aku fahammmm (ada jugak yg aku tak paham tapi buat-buat paham)...

Originally posted by mshafiz at 8-4-2008 08:20 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
di atas tu tak termasuk injections made by Petronas, EPF, Tabung Haji etc. Itu aku tak tau. Takde info lah, cari sendiri ok.

dan mengikut IMF: http://www.imf.org/external/np/fin/tad/extrans1.a ...

bluecathaze Publish time 8-4-2008 08:55 AM

Reply #270 mshafiz's post

adoi,kecik nye.. zoom pon tak nampak.. nak kne carik kanta pembesar ni:L :lol:

satriamerah Publish time 8-4-2008 09:58 AM

Pehhh!!...best lar info dari ko..Memang aku tau gak lar sket2 pasal apa Mahathir singkir Bung Nuar nih dulu..Memang betul lar ape yang aku dengo..Tapi wa memang respect gile ngan Tun Mahathir nih berbanding DSAI atau Pak Lah..Kalaular dia ikut cakap nuar amik IMF tuh, ntah haper la nasib kita sekarang nih..

kupia Publish time 8-4-2008 10:02 AM

Korea dan Indonesia pilih IMF jauh lebih dulu pulih dari malaysia..

si tua haprak tu sebenarnya tak mau good governence, transparency n accountability..
Pages: 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [14] 15
View full version: Kenapa Tun Mahathir tak pilih IMF ( krisis kewangan 1997 - )


ADVERTISEMENT