hh_hs Publish time 14-4-2010 03:11 PM

Johor: Pekan francais 'mati'
Oleh Mohd Zin Ali
mdzin@bharian.com.my
2010/04/14

Peniaga dakwa lengang kerana tiada promosi tarik pengunjung

KANGKAR PULAI: Pekan Francais Mara Pulai, Taman Sri Pulai Perdana terletak di lokasi strategik dan sudah beroperasi lebih tiga tahun lalu tetapi kurang mendapat sambutan sekali gus menyebabkan ramai peniaga rugi. Pekan francais yang dibina dengan keluasan 2.3 hektar dengan kos RM8.8 juta itu bagaikan sebuah pekan mati apabila hanya beberapa lot saja masih aktif berniaga, manakala selebihnya beroperasi mengikut sesuka hati penyewa dan ada yang tidak beroperasi langsung. Sikap peniaga terutama di kawasan lot depan di kompleks berkenaan yang enggan menjalankan perniagaan menyebabkan orang ramai menganggap kawasan itu seolah-olah ‘mati’ sedangkan beberapa premis terutama syarikat membaiki kenderaan di belakangnya beroperasi seperti biasa.

Pembantu kedai komputer, Saharani Abdullah, berkata majikannya terpaksa banyak melakukan pemasaran di luar berikutan perniagaan di pekan francais itu kurang mendapat sambutan orang ramai.

Beliau berkata, walaupun kawasan berkenaan cantik dan menarik, beliau tidak tahu mengapa kawasan perniagaan itu tidak maju.

“Nasib baik majikan saya mempunyai cawangan di Kluang yang agak baik perniagaannya selain mendapat kontrak kerajaan untuk mengelak terus mengalami kerugian,” katanya yang mendakwa majikannya sudah menjalankan perniagaan selama satu setengah tahun di situ.

Pengusaha klinik homeopati, Dr Ariffin Mansor, berkata setakat ini, sambutan orang ramai di kawasan berkenaan kurang memuaskan dan beliau banyak bergantung kepada pelanggan tetap.

Beliau berkata, masalah berkenaan kurang sambutan mungkin disebabkan kekurangan promosi walaupun lokasi baik di tepi jalan dan berdekatan kawasan perumahan.

“Saya cadangkan supaya pekan francais ini disediakan bank atau pejabat pos untuk menggalakkan orang ramai datang sini. Selain kurang promosi, mungkin Mara boleh membantu dengan mengadakan lebih banyak papan tanda yang menunjukkan lokasi pekan francais,” katanya yang juga sudah menjalankan perniagaan selama satu setengah tahun di situ.

Selain itu, beliau turut meminta Mara mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang ‘hangat-hangat tahi ayam’ sehingga menyebabkan peniaga lain di sini menerima tempias selain menyekat peluang orang lain yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan.

“Sepatutnya, mana-mana penyewa yang menutup premis masing-masing lebih tiga bulan dikenakan tindakan oleh Mara dengan premis itu ditawarkan kepada orang lain yang benar-benar ingin meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Setiausaha Persatuan Pekan Francais Mara Pulai, Samsudin Ismail, berkata kawasan pekan francais berkenaan mempunyai sebanyak 49 lot perniagaan dengan empat blok bangunan iaitu A, B, C dan D.

Katanya, mengikut catatan Mara, ada sebanyak 29 penyewa di kawasan berkenaan tetapi yang aktif hanya beroperasi membabitkan sebanyak 15 lot.

“Ada dua isu di sini iaitu sebanyak 24 kedai kedai kosong yang tidak diisi, manakala sebanyak 14 kedai yang sudah diisi tetapi tidak berniaga atau sebahagiannya pula berniaga sesuka hati sehingga ada yang hanya membuka kedai dua tiga hari seminggu dengan alasan tiada pelanggan,” katanya.

Samsudin berkata, selain itu, bahagian blok B yang menjadi bahagian hadapan Pekan Francais itu memberikan persepsi tidak baik kepada orang ramai apabila hanya enam daripada 16 lot kedai yang ada di situ diisi oleh peniaga yang aktif.

“Ia menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada orang ramai. Sepatutnya, penyewa yang tidak berniaga selepas diberikan peluang dikenakan tindakan oleh Mara. Ia merugikan rakan lain yang betul ingin berniaga,” katanya yang sudah menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan sejak tiga tahun lalu.

hh_hs Publish time 14-4-2010 03:15 PM

Johor: Masjid Jamek Sultan Ibrahim dibaik pulih
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2010/04/14

Rumah ibadat dibesarkan dengan kos RM1.7j bagi tampung kapasiti penduduk

AYER HITAM: Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini, yang didirikan sejak 70 tahun lalu akan dibaik pulih serta dibesarkan dengan kos RM1.7 juta bagi menampung kapasiti pengguna yang semakin bertambah. Masjid yang terletak di atas bukit yang menghadap bandar Ayer Hitam itu terkenal sebagai mercu tanda bandar berkenaan dan reka bentuk mirip Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru tetapi tidak mempunyai binaan menara. Masjid yang dibina dengan pengaruh seni bina kolonial Inggeris yang digabung dengan pengaruh seni bina Islam Moorish itu pada masa kini hanya mampu menampung sekitar 700 pengguna pada satu-satu masa.

Bagaimanapun, kapasitinya akan mampu menampung 1,200 pengguna apabila proses baik pulih siap pertengahan tahun depan yang membabitkan pembinaan menara masjid, selain pembinaan ruang sembahyang lebih luas serta bilik, selain tempat mengambil wuduk serta tandas lebih besar.

Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman turut melawat masjid berkenaan bagi meninjau sendiri pelan projek pembesaran masjid berkenaan dengan diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali.

Beberapa jemaah masjid yang ditemui menganggap pembesaran masjid berkenaan sebagai sudah tiba pada masanya berikutan limpahan jemaah yang dicatatkan masjid berkenaan terutama ketika solat Jumaat.
Pesara kerajaan, Othman Saliman, 56, berkata, masjid berkenaan ketika ini sudah tidak mampu menampung jemaah yang ramai dan paling dirasai ketika solat Jumaat selain musim perayaan iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

“Sudah hampir 10 tahun jemaah yang lambat tiba khususnya pada solat Jumaat dan musim perayaan terpaksa solat di bahagian luar masjid di atas jalan tar yang sudah dibentangkan tikar serta sejadah.

“Namun, sudah pasti suasana solat tidak selesa kerana kadangkala cuaca di luar amat panas dan jika hujan, kadangkala ada jemaah tidak mempunyai ruang untuk bersolat, jadi pembesaran masjid ini sangat kena masanya,” katanya.

Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Abdullah Badaron, 66, berkata, masyarakat Ayer Hitam sememangnya layak mendapat masjid baru berikutan pertambahan penduduk kawasan berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sekarang ini banyak taman perumahan baru wujud di Ayer Hitam menjadikan jemaah masjid turut meningkat.

“Malah, jemaah turut ramai pada solat lima waktu kerana bandar ini menjadi kawasan persinggahan utama bagi pemandu sebelum meneruskan perjalanan sama ada ke Batu Pahat, Kluang dan Segamat mahupun pengunjung yang membeli-belah di sini,” katanya.

teessot Publish time 14-4-2010 03:54 PM

Ditahan lacur remaja lembam

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
berita@kosmo.com.my
14/04/2010

http://i940.photobucket.com/albums/ad250/teessot/ne_0411.jpg

Ibrahim menunjukkan wang tunai yang dirampas daripada 'Kak Dahlia' di sebuah rumah di Taman Soga, Batu Pahat semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



BATU PAHAT - Perbuatan kejam seorang pondan yang bukan saja melacurkan seorang remaja perempuan lembam malah memukul dan memaksanya melakukan seks luar tabii sejak sebulan lalu terbongkar apabila dia diberkas di Taman Soga di sini Jumaat lalu.

Pondan yang popular dengan panggilan 'Kak Dahlia' berusia 29 tahun terbabit diberkas selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh abang mangsa mengenai kegiatan jahatnya itu.

Abang mangsa mengetahui adiknya yang berusia 19 tahun diperlakukan sedemikian oleh pondan itu selepas dimaklumkan oleh seorang rakan mangsa yang datang ke rumah suspek untuk melanggan pelacur yang disediakan oleh 'Kak Dahlia'

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, siasatan mendapati, mangsa telah berkenalan dengan pondan itu ketika mereka bertemu di Dataran Penggaram di sini pada 3 Mac lalu.

Menurut beliau, suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan sejak itu remaja lembam berkenaan dikurung selain dipaksa melayan nafsu pelanggan yang datang ke rumah suspek itu dengan bayaran RM100 bagi setiap pelanggan.

"Jika mangsa enggan melakukan seks termasuk seks luar tabii, dia akan dipukul oleh pondan itu," kata beliau di pejabatnya di sini semalam.

teessot Publish time 15-4-2010 08:39 AM

Didik cintai hutan bakau

Oleh KAMIL MASLIH
editjohor@utusangroup.com.my

http://i940.photobucket.com/albums/ad250/teessot/wj_0111-2.jpg

SEBAHAGIAN pelajar SMK Tun Dr. Ismail yang mengambil bahagian menanam anak pokok bakau pada Program Eksplorasi Hutan Bakau di Tanjung Ketapang, Muar, baru-baru.

teessot Publish time 15-4-2010 08:44 AM

Cucu penyanyi 60-an dibelasah

Oleh Azida Shaharuddin
azida@bharian.com.my
2010/04/15


http://i940.photobucket.com/albums/ad250/teessot/pix_gal01.jpg

A HALIM menemani cucunya Che Hazman yang parah dipukul 10 lelaki bermotosikal di Hospitar Penawar, semalam. Mangsa parah di kepala kena serang 10 lelaki, dilanggar motosikal

PASIR GUDANG: Cucu penyanyi zaman 60-an, A Halim, Che Hazman Hazmi Othman, 20 dibelasah sekumpulan kira-kira 10 lelaki menunggang motosikal menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk kayu cota, topi keledar dan besi kunci motosikal berdekatan Pasaraya Today's di sini, awal pagi Selasa lalu. Che Hazman Hazmi berkata, kejadian bermula ketika beliau bersama beberapa rakan selesai minum di gerai berhampiran pasar raya terbabit kira-kira jam 2 pagi Selasa lalu, sebelum didatangi sekumpulan 10 lelaki yang menunggang motosikal.

揗ereka terus meluru ke arah saya dan membelasah tanpa sebab, walaupun cuba melawan dan merayu, saya terus dibelasah sehingga tidak berdaya berikutan jumlah mereka yang ramai.

揥alaupun melihat saya tidak berdaya, mereka masih belum puas hati dan seterusnya memaksa saya membonceng motosikal bersama mereka ke Flet Balau, kira-kira dua kilometer dari lokasi itu,

teessot Publish time 15-4-2010 08:55 AM

THE STAR ONLINE
Thursday April 15, 2010


Man jailed for ingesting drug


JOHOR BARU: A 39-year-old jobless man was jailed six months after pleading guilty to swallowing 0.13g of heroin at the Ayer Molek prison shortly after being taken there for remand.

S. Vijayan's misdeed was uncovered when wardens suspected something amiss on hearing his stomach churning at about 11.30am on Feb 11.

The drugs were discovered when he was induced to vomit.

In another case at the same court, Mohd Faldi Kasiron, 22, was charged with trafficking in 16g of heroin in Kampung Bakar Batu at about 12.30pm on April 7. No plea was recorded.

He faces the death sentence if convicted under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952.

Magistrate Hafizah Johor Ariff Johor set May 12 to hear the chemist抯 report.

In another case, labourer Dzafan Ismail, 36, claimed trial to possessing a stolen laptop computer belonging to a fish-breeding centre in Gelang Patah at about 9.30am on March 29.

Magistrate Hafizah Johor set bail at RM4,000 in one surety and fixed June 17 next year for trial.

DPP Nor Iffa Zarilla Abdul Rahman prosecuted all three cases while all accused were unrepresented.

hh_hs Publish time 15-4-2010 09:05 AM

Harian Metro

18 bulan cari anak hilang
2010/04/15      

KOTA TINGGI: “Sudah setahun lebih kami mencari, namun Norhadijah gagal ditemui. Saya merayu sesiapa yang mengenali dirinya supaya memujuknya pulang ke pangkuan kami,” kata Esah Kamin, 58, ibu kepada Norhadijah Md Jamil, 24, yang hilang sejak Ogos 2008.

Menurut Esah, kesihatan dirinya sering terjejas berikutan terlalu merindui anak perempuannya selain sering dihantui perasaan bimbang.

“Norhadijah anak kelima dalam keluarga dan menghilangkan diri lebih 18 bulan lalu tanpa meninggalkan sebarang pesan atau nota buat kami.

“Malah, sejak menyedari kehilangan Norhadijah, kami tidak pernah putus berdoa supaya diberi petunjuk dan dipermudahkan untuk mencarinya semula,” katanya.

Esah berkata, suaminya Md Jamil Sahlan, 63, sudah membuat laporan polis pada 12 Ogos 2008, namun masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa.

“Pada awal kehilangannya, kami percaya Norhadijah melarikan diri bersama seorang bomoh yang tinggal di kawasan berdekatan kerana dia pernah menyatakan hajatnya untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan, tetapi ditentang keras kerana faktor usia.

“Berdasarkan maklumat daripada rakannya, kami percaya dakwaan itu benar kerana ketika saya mencari bomoh berkenaan di rumahnya, dia tiada dan hanya pulang tiga hari kemudian,” katanya.

Katanya, dia bertambah bimbang apabila mendapat tahu bomoh terbabit pulang sendirian ke rumahnya.

“Selepas berita kehilangannya tersebar, anak saudara saya memberitahu ternampak Norhadijah di Melaka tapi gagal dikesan dan kami sendiri pernah terserempak dengannya di Kota Tinggi namun gagal menjejakinya,” katanya.

Esah berkata, anaknya itu meninggalkan rumah dengan membawa sebuah beg pakaian merah bersama semua dokumen pengenalan diri.

“Saya pernah bertanyakan bomoh berkenaan mengenai anak perempuan kami, namun lelaki itu mengatakan dia tidak tahu ke mana Norhadijah pergi.

“Kami kini bagai hilang punca berikutan bomoh berkenaan sudah meninggal dunia enam bulan lalu dan tiada sebarang maklumat mengenai Norhadijah diterima,” katanya.

Justeru, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Norhadijah diminta menghubungi Esah di talian 013-7408553.

hh_hs Publish time 15-4-2010 09:09 AM

Harian Metro

Adik mati roda motor tersangkut kain kakak
2010/04/15      

SEGAMAT: Akibat tidak memakai topi keledar, seorang pelajar sekolah menengah maut apabila motosikal yang ditunggangi bersama kakaknya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Cempelak dekat Labis di sini, tiba-tiba terhenti lalu mengakibatkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke bahu jalan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang di Jalan Mahang pada Ahad lalu, roda belakang motosikal yang dibawa Siti Norshafiqah Mohd Daud, 16, tersangkut kain baju kurung yang dipakai kakaknya Norshakina, 17, lalu mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum mengakibatkan mereka terpelanting ke bahu jalan.

Difahamkan kedua-dua mangsa ketika itu menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar dan akibat tercampak Norshafiqah cedera di kepala dan dada sebelum disahkan meninggal di Klinik Kesihatan Labis selepas 30 minit dihantar orang ramai bagi mendapatkan rawatan.

Manakala Norshakina cedera di beberapa anggota badan termasuk tangan dan difahamkan sehingga kini masih ditempatkan di sebuah wad di Hospital Segamat bagi mendapatkan rawatan susulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, berkata hasil siasatan susulan, polis mendapati mangsa yang maut tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, motosikal yang dibawa dua beradik terbabit tiba-tiba tersangkut membuatkan mangsa panik dan gagal mengawal kenderaan.

Menurutnya, kain tersangkut pada roda belakang motosikal terbabit mengakibatkan penunggang terpelanting ke bahu jalan manakala pembonceng motosikal itu diheret beberapa meter.

“Bagaimanapun, si kakak (Norshakina) tidak cedera serius, namun adiknya (Norshafiqah) tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati ketika mendapatkan rawatan.

“Lebih mengecewakan ialah kedua-dua mangsa menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, malah mereka tidak mempunyai lesen memandu sah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

M Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan yang menyebabkan kematian serta memandu dengan melulu atau membahayakan.

hh_hs Publish time 15-4-2010 09:33 AM

Harian Metro

Kena sebat setiap hari
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/04/15      

KOTA TINGGI: Hanya kerana anak menangis, seorang wanita berusia 25 tahun hidup bagaikan tahanan perang kerana terpaksa menadah belakang dan punggung untuk dibelasah suaminya yang panas baran dengan tali pinggang tanpa henti selama 10 minit.

Suri rumah berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zarimah berkata, kejadian hampir setiap hari itu, bagaikan satu kaedah hukuman dilaksanakan suaminya yang berusia 26 tahun, seorang penjual sayur di Kulai di sini dengan alasan mahu membentuknya menjadi isteri bertanggungjawab.

“Setiap kali naik angin, suami mencapai apa sahaja barang bersebelahannya termasuk tali pinggang, pasu bunga, botol susu anak atau kunci rumah untuk memukul saya.

“Bayangkan, jika anak menangis, saya terpaksa bersedia menerima hukumannya hingga mengakibatkan saya lebam dan alami kecederaan di punggung serta anggota badan lain,” katanya.

Menurut Zarimah, kejadian sama berulang sekiranya dia melakukan kesalahan kecil di rumah, termasuk lambat membancuh susu anak, mahu pun terlupa menyusun ikan dan sayur-sayuran dalam van yang digunakan suami.

Menurutnya, suasana itu menyebabkan dirinya seolah-olah menjalani kehidupan di neraka biarpun membina rumah tangga pada usia 17 tahun atas dasar suka sama dengan lelaki dari Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram di sini.

“Demi menyelamatkan rumah tangga, saya membohongi keluarga yang sangsi apabila nampak kesan lebam dan kecederaan pada anggota badan saya.

“Saya kata ia akibat terjatuh di bilik air atau terbabit kemalangan ketika membuat kerja harian di rumah.

“Malah, saya juga terpaksa merawat kecederaan sendiri. Suami tidak pernah memberi kebenaran untuk ke klinik mahupun hospital bagi mendapatkan rawatan kerana bimbang perbuatannya terbongkar,” katanya.

Ibu dua anak berusia tujuh dan dua tahun itu berkata, dia pernah melaporkan perbuatan suaminya sebanyak empat kali di Balai Polis Kota Tinggi dan Ulu Tiram termasuk pada 5 Ogos, 28 Oktober, 12 Mac lalu dan Ahad lalu.

Menurutnya, dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 12 Mac lalu akibat kecederaan teruk di punggung dan paha.

“Saya masih trauma dengan perbuatan suami menolak saya di pintu jeriji dan memaksa saya berhutang dengan keluarga nenek bagi membayar tunggakan ansuran kereta.

“Dia juga mengugut akan membunuh saya dan anak jika gagal mendapatkan wang itu.

“Saya terpaksa melarikan diri ke rumah jiran dan mengambil keputusan berpisah dengan suami demi masa depan anak,” katanya yang turut melaporkan masalah dialaminya pada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

hh_hs Publish time 16-4-2010 10:07 AM

Utusan Online

ISKANDARnet diperkenalkan
Oleh Khadijah Ibrahim
utusanjohor@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0416/Utusan_Malaysia/Johor/wj_03.1.jpg
Dr. Tajul Ariffin Musa menunjukkan alat penerima data-data satelit Sistem Kedudukan Global di Johor Bahru, kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU 15 April - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini memperkenalkan jaringan stesen aktif Sistem Kedudukan Global (GPS) di kawasan Iskandar Malaysia.

Jaringan itu yang dinamakan ISKANDARnet merupakan sistem sokongan yang mampu memberi perkhidmatan penentu kedudukan GPS dengan lebih tepat dan cepat.

Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi UTM, Profesor Dr. Shahrum Ses berkata, terdapat lima perkhidmatan ditawarkan oleh ISKANDARnet.

"Antaranya sistem perkhidmatan penentu kedudukan GPS berdasarkan stesen kawalan maya yang dibangunkan secara online.

"Perkhidmatan ini juga berupaya memberikan ketepatan lokasi pada tahap beberapa centimeter secara real time dan amat berguna untuk tujuan aplikasi navigasi dan kejuruteraan geomatik," katanya pada majlis memorandum persefahaman (MoU) antara UTM dan Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) dan pelancaran produk penyelidik GPS di UTM di sini semalam.

Menurut Shahrum, sistem kendalian Pusat Kawalan UTM itu merupakan yang pertama dibina melalui hasil penyelidikan selama dua tahun oleh sekumpulan pakar yang diketuai oleh Ketua Kumpulan Penyelidikan GNSS dan Geodinamik UTM, Dr. Tajul Ariffin Musa.

Katanya, buat masa ini ISKANDARnet meliputi sebahagian Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang menghubungkan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), KKPG dan kampus UTM Skudai.

"Pihak UTM juga bercadang meluaskan kawasan liputan ISKANDARnet dengan menubuhkan stesen aktif GPS di beberapa lokasi strategik seperti di Pulau Pisang, Pontian.

"Pembinaan sebuah stesen aktif GPS secara kekal di pulau tersebut lebih bermakna daripada kewujudan sebuah rumah api yang telah usang," katanya.

Lagipun katanya, stesen GPS tersebut bukan sahaja berfungsi memberikan khidmat navigasi di perairan persekitaran, malah dapat dimanfaatkan bagi tujuan menjalankan kajian saintifik berkaitan atmosfera di kawasan tropika.

Menurutnya, satu sistem navigasi menggunakan teknologi GPS juga sedang giat dibangunkan oleh penyelidik UTM bagi menyediakan sistem navigasi kampus UTM.

Selain itu, pihak PTP juga menunjukkan minat untuk menggunakan khidmat ISKANDARnet bagi tujuan menjejaki pergerakan kapal-kapal di pelabuhannya.

hh_hs Publish time 16-4-2010 10:25 AM

Utusan Online

Kubur lama 'hilang' akibat kerja pembersihan

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0416/Utusan_Malaysia/Johor/wj_06.1.jpg
AYOB Abdul Salam (kanan) dan Din Yaakob menunjukkan batu nisan yang patah ketika kerja-kerja membersihkan tanah perkuburan dengan menggunakan jentera berat di Kampung Serom Panggung, Ledang, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

LEDANG 15 April - Biarpun bermaksud membersihkan kawasan, kerja-kerja 'menerangkan' semak dan pokok tua di kawasan kubur lama di Kampung Serom Panggung di sini menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk.

Ini kerana sebahagian besar kubur lama di kawasan seluas kira-kira 0.4 hektar itu tertimbus dek tanah dan ada batu nisan yang rosak serta patah dipercayai akibat kerja pembersihan menggunakan jentolak.

Utusan Malaysia difahamkan, kerja-kerja pembersihan itu dijalankan sejak beberapa hari lalu dan tapak kubur yang wujud sejak tahun 1860-an itu terletak di tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Seorang penduduk, Din Yaakob, 46, berasa sedih melihat tapak perkuburan yang turut menempatkan kubur nenek moyangnya itu bagaikan 'hilang' akibat kerja-kerja pembersihan yang dilakukan.

Menurutnya, tindakan kontraktor tersebut didakwa tidak sensitif terhadap perasaan para waris kerana kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan menggunakan jentolak dan jentera berat.

"Sepatutnya kerja-kerja ini dilakukan dengan perbincangan terlebih dulu bersama waris dan mereka tidak sepatutnya mengakibatkan kubur-kubur lama tertimbus bagai hilang begitu saja," katanya yang juga seorang pekebun.

Sementara itu, Ayob Abdul Salam, 59, memberitahu, dia mula menyedari kerja-kerja pembersihan dilakukan di tanah perkuburan itu Ahad lalu setelah dimaklumkan beberapa penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.

"Saya dapati kerja-kerja pembersihan dan penebangan pokok dijalankan sehingga menyebabkan banyak kubur lama 'hilang' begitu saja dan saya rasa kubur nenek moyang saya turut menjadi mangsa," katanya.

Katanya, penduduk kampung tidak berniat menghalang kerja-kerja tersebut namun sebaik-baiknya ia dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur di samping memaklumkan terlebih dahulu kepada waris yang masih hidup.

Menurutnya, kubur tersebut digunakan sejak 1860-an hingga 1980-an sebelum tapak baru disediakan untuk kegunaan penduduk di Kampung Serom 3.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Belemang, Kamarulzaman Abdul Rahman, 38, berkata, kerja-kerja pembersihan kawasan perkuburan lama itu dilakukan bagi tujuan membersihkan persekitaran termasuk menebang pokok tua dan menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Menurutnya, kerja tersebut mendapat kelulusan Pegawai Daerah Ledang, Amran Abdul Rahman namun beliau mengakui ia dijalankan tanpa perbincangan atau kebenaran daripada waris.

"Pejabat daerah memberi kebenaran supaya pihak saya menjalankan kerja pembersihan dan pada masa yang sama, kami akan membaik pulih kubur jika rosak akibat terlanggar jentera berat semasa kerja berkenaan dijalankan," katanya.

Pihaknya telah merujuk kepada Pejabat Agama Daerah Ledang mengenai perkara itu dan dimaklumkan bahawa kebenaran tidak diperlukan kerana tanah perkuburan itu bukan terletak sebagai tanah wakaf perkuburan, sebaliknya tanah rizab JPS.

hh_hs Publish time 16-4-2010 10:30 AM

Post Last Edit by hh_hs at 16-4-2010 10:31

Utusan Online

Jaga ketuai kumpulan pecah rumah
Oleh AZIZI MAJID
pengarang@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0416/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_03.1.jpg
Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (tengah) menunjukkan barang bukti yang dirampas daripada Geng Man Taka di Johor Bahru, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU 15 April - Sebagai seorang pengawal keselamatan di Danga Bay, sudah pasti khidmatnya adalah mengawal keselamatan lokasi pelancongan itu daripada diceroboh oleh penjenayah.

Itulah sebenarnya tugas rutinnya. Sebaliknya apa yang berlaku, pengawal keselamatan ini merupakan ketua kumpulan geng pecah rumah, Geng Man Taka yang terlibat dalam 28 kes di sekitar bandar raya ini.

Kegiatan lelaki berusia 42 tahun ini terbongkar apabila dia bersama lima rakannya berusia antara 28 hingga 42 tahun ditahan polis pada 10 April lalu di Tampoi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, modus operandi geng berkenaan adalah dengan memecah masuk rumah yang ditinggalkan oleh penghuninya.

"Geng ini biasanya akan memantau rumah mangsa dan tahu bila dan berapa lama mangsa akan meninggalkan rumah mereka.

"Sebaik saja rumah tersebut tiada penghuni, mereka akan memecah masuk dan melarikan barang berharga," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar memberitahu, selepas menahan kumpulan itu, polis menemui semula beberapa barangan hasil curi, antaranya wang tunai RM7,000, sebuah televisyen plasma, dua unit pembesar suara, enam utas jam tangan dan empat telefon bimbit.

Selain itu, turut ditemui dua peket dipercayai dadah jenis syabu, seutas gelang tangan, sebuah kamera digital, peralatan komputer dan sebilah parang.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati lima daripada suspek turut positif dadah jenis syabu dan kesemuanya kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kira-kira 40 minit selepas dia dan seorang rakannya mencuri sebuah lori pasir di Taman Universiti, Skudai awal pagi 10 April lalu.

Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu berjaya mengesan lori tersebut yang dipandu suspek di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kulai.

"Anggota peronda polis lebuh raya terus mengejar lori itu dan berjaya menahannya di Kilometer 190, berhampiran Jasin, kira-kira pukul 5.50 pagi.

"Bagaimanapun, rakan suspek berjaya melarikan diri. Usaha mengesannya kini giat dijalankan," katanya.

Suspek yang ditahan kini direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

hh_hs Publish time 16-4-2010 11:19 AM

Berita Harian

Johor: Penduduk daerah Kluang mula terima bekalan air
2010/04/16

JOHOR BAHRU: Penduduk di daerah Kluang mula menerima bekalan air secara normal berkuat kuasa serta merta selepas bekalan air berjadual kepada mereka sebelum ini ditamatkan.

Ketua Komunikasi Korporat SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJH), Jamaluddin Jamil (kanan), berkata keadaan hujan yang berlarutan sejak akhir ini sekali gus menunjukkan peningkatan positif air di Sungai Sembrong dan empangan Sembrong Barat.

Begitupun, jika cuaca kembali panas dan menyebabkan penurunan berterusan pada paras air di sungai dan empangan, kami akan memaklumkan kepada pengguna bagi bekalan air berjadual dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, SAJH menasihati pengguna khususnya di Kluang menggunakan air secara berhemah dan sebarang masalah boleh menghubungi Pusat Info SAJ menerusi talian mesra 1800 88 7474 atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi 019-7727474 atau menerusi e-mel di customer.care@saj.com.my.

king\'s Publish time 16-4-2010 06:15 PM

metro online

Wanita diugut RM10,000 kerana gambar dalam telefon bimbit
2010/04/16      JOHOR BAHARU: Gara-gara menyimpan gambar di dalam telefon bimbitnya, seorang wanita berusia 30 tahun dari Bandar Baru Permas Jaya diugut sebanyak RM10,000.

Kejadian itu berlaku selepas dia dirompak seorang lelaki yang tidak dikenali di rumah sewanya pada 5.30 pagi, 9 April lalu di mana dua telefon bimbit dan wang tunai RM30 miliknya dilarikan.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu, Asisten Komisioner Zainuddin Yaakob berkata selepas melaporkan kejadian rompakan itu kepada polis pada hari yang sama, dua hari kemudian wanita itu menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki jam 2 petang, mengugut akan menyebarkan gambar-gambar peribadinya di dalam internet dan atau kepada kenalannya jika tidak membayar sebanyak RM10,000.
Lelaki itu juga menghantar beberapa gambar bogel wanita itu menggunakan perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) kepada rakan-rakan serta kakaknya bagi menyakinkannya tentang ugutan itu.

"Kita percaya pengugut itu mendapat gambar itu daripada telefon bimbit yang telah dijual oleh perompak berkenaan kepadanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Zainuddin berkata, pihaknya yang bertindak atas maklumat awam melakukan serbuan ke sebuah gerai jualan VCD/DVD di Permas Jaya pada 7.30 malam Rabu lalu dan memberkas dua lelaki berusia 23 tahun.


Sebuah komputer riba, 150 keping DVD pelbagai tajuk dan 50 keping VCD/DVD lucah dirampas dalam serbuan itu.


Susulan tangkapan itu, polis telah menyerbu sebuah premis di bandar raya ini dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun serta menjumpai sebuah telefon bimbit milik wanita itu yang masih tersimpan gambar-gambarnya.


Hasil siasatan, polis mendapati gambar-gambar wanita itu sudah diubah menjadi gambar lucah dengan teknik menindih gambar (superimpose).
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 392 kanun Keseksaan kerana samun, Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut, Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki DVD/VCD lucah dan Seksyen 18(4) Akta Penapisan Filem 2002 kerana tiada sijil perakuan B. Suspek berusia 29 tahun itu juga didapati berstatus "orang sekatan" yang masih di bawah tempoh pengawasan polis mengikut Seksyen 6(3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 selama 2 tahun mulai 9 Mei tahun lalu di kawasan Plentong.


Kesemua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.-Bernama

king\'s Publish time 17-4-2010 10:43 AM

metro online

Wanita idam RM168j tepuk dahi
2010/04/17      SEGAMAT: Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM228,000 apabila dia diperdaya sebuah syarikat pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan lumayan melalui satu skim pelaburan mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat.

Wanita berusia 32 tahun yang juga ibu kepada enam anak itu tertarik dengan skim terbabit yang ditemuinya selepas melayari Internet pada Disember 2009 lalu.

Difahamkan, mangsa yang juga seorang graduan berkelulusan diploma teknologi maklumat di sebuah universiti tempatan mula terpedaya apabila dia menerima e-mel menjanjikan pulangan pelaburan dalam mata wang dolar.


Tertarik dengan tawaran itu, mangsa terus membalas e-mel sebelum dimaklumkan pihak syarikat terbabit supaya melabur RM98,000 sebagai permulaan.


Mangsa yang tidak berfikir panjang terus bersetuju tanpa mengadakan pertemuan dan perjanjian secara bertulis mahu pun bersemuka dengan pihak syarikat yang menawarkan skim itu.


Difahamkan, mangsa beberapa kali memasukkan wang tunai menggunakan mesin pendeposit di sebuah bank tempatan, malah pernah melakukan transaksi RM60,000 pada satu masa.

Selepas jumlah pelaburan mencukupi RM228,000, mangsa diberikan sekeping sijil oleh syarikat terbabit sebagai tanda dia pelabur berdaftar serta layak menerima pulangan yang dijanjikan.


Wanita terbabit hanya menunggu wang pulangan yang dijanjikan pihak syarikat yang bernilai AS$48 juta (RM168 juta) serta dijanjikan akan dimasukkan terus melalui akaun pada Mac lalu.


Namun, selepas dua bulan lewat dari tarikh dijanjikan, dia cuba menghubungi syarikat terbabit, tetapi gagal apabila nombor telefon tiada dalam perkhidmatan.


Menyedari dirinya ditipu, mangsa beberapa kali ke ibu negara untuk melakukan siasatan sendiri, namun sekali lagi hampa apabila mendapati nama syarikat itu tidak pernah wujud, malah tidak pernah disenaraikan di mana-mana bursa saham tempatan.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata wanita itu terpedaya dengan janji ditawarkan pihak yang mendalangi sindiket penipuan pelaburan melalui Internet.

king\'s Publish time 17-4-2010 10:50 AM

metro online


Rindu 8 tahun
Oleh Mohamed Farid Noh
am@hmetro.com.my
2010/04/17      BATU PAHAT: Selepas lapan tahun terpisah, seorang ibu tunggal yang hidup serba kekurangan tampil merayu bantuan masyarakat atau pihak berkenaan untuk menjejaki dan membawa anak sulungnya yang dilarikan lelaki Lombok supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga.Akibat rindu yang tidak tertahan lagi, Rosnah Rahmad, 46, ibu kepada enam anak itu mengharapkan Azlina Dzol, 28, yang dilarikan dari rumahnya pada 5 Julai 2002 dibawa pulang untuk menjalani kehidupan baru bersama keluarga di sini.

Pekerja estet itu percaya bahawa Azlina kini berada di Lombok Tengah atau Medan kerana mengikuti lelaki yang juga bekas pekerja estet berkenaan berdasarkan panggilan telefon terakhir yang dibuat anaknya, baru-baru ini. “Ketika lari dari rumah, Azlina sedang sarat hamil luar nikah angkara hubungannya dengan lelaki Lombok yang juga pekerja estet tempat saya bekerja. “Walaupun saya marah tindakannya menconteng arang ke muka saya sekeluarga, saya sendiri tidak pernah menghalang rancangan mereka untuk bernikah dan sanggup membantunya. “Namun, dia (Azlina) mengambil keputusan untuk lari mengikut teman lelakinya ke Lombok dan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di pejabat Harian Metro di sini, semalam.


Menurut Rosnah, dia pernah berputus asa untuk menjejaki Azlina apatah lagi selepas suami meninggalkannya sekeluarga ketika dia sedang sarat mengandung tujuh bulan iaitu tidak lama selepas Azlina menghilangkan diri.


“Saya pernah cuba melupakan dia (Azlina) namun panggilan telefon daripadanya diiringi tangisan meminta maaf serta kemahuannya pulang ke sini menyebabkan saya tidak berdaya menyisihkannya lagi,” katanya.

king\'s Publish time 17-4-2010 11:11 AM

Utusan online

Kejar gaji lumayan: Ibu tunggal ditipu
JOHOR BAHRU 16 April - Seorang ibu tunggal sanggup berpisah dengan anaknya yang menghidap penyakit tulang rapuh semata-mata untuk mencari rezeki di negara jiran, Singapura.

Namun, hasrat wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mona, 33, dari Taman Impian Emas di sini tidak kesampaian apabila mendakwa ditipu seorang ejen pekerjaan yang hanya dikenalinya sebagai 'Kak Mas'.

Menurut Mona, dia yang sebelum ini bekerja di sebuah restoran makanan segera di Taman Sutera sering didatangi oleh Kak Mas yang memujuknya supaya bekerja di Singapura sejak empat bulan lalu.

Akibat termakan pujuk, Mona akhirnya berhenti kerja dan bersetuju mengikut Kak Mas yang berjanji menawarkan kerja di restoran makanan segera di negara jiran itu dengan gaji AS$1,300 (RM3,022) sebulan.
"Pada masa saya setuju itu, saya hanya fikir untuk mendapat pendapatan lumayan untuk menolong ibu yang menjaga anak lelaki saya berusia lapan tahun.

"Tetapi semua harapan itu berkecai apabila saya ditipunya dan hidup terseksa sehingga terpaksa mengemis sepanjang tujuh hari berada di sana," katanya semasa ditemui di sini hari ini.
Mona memberitahu, dia dibawa masuk ke Singapura oleh Kak Mas pada 1 April lalu sebelum terus dibawa bekerja di sebuah restoran makanan bukan Islam.Lebih menyedihkan, dia tidak diberi makan dan minum oleh majikannya selain dimarahi apabila dia cuba mencuri-curi meminum air paip semasa mencuci pinggan mangkuk.

"Sudahlah tidak diberi makan dan minum, tempat tinggal yang disediakan juga tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

"Apabila saya minta penjelasan daripada Kak Mas, dia hanya memberi alasan saya hanya bekerja di restoran itu untuk sementara waktu selain mengugut mahu menjual saya sekiranya mahu berhenti kerja," katanya.

Mona mendakwa, selain dirinya, terdapat sekurang-kurangnya 15 rakyat negara ini yang tinggal di 'asrama' yang disediakan itu.

Dia yang rasa ditipu oleh Kak Mas bertindak melarikan diri sebaik habis bekerja keesokan harinya.

"Saya tidak tahu mana nak pergi memandangkan pasport dan kad pengenalan dipegang oleh Kak Mas menyebabkan saya terpaksa merempat di tepi jalan selain mengemis untuk makan dan minum.

"Akhirnya, pada 7 April lalu saya berjaya menemui Kedutaan Malaysia di sana untuk meminta pertolongan sebelum membuat laporan polis di keesokan harinya," kata Mona.

Dia yang pulang semula ke negara ini dengan bantuan Kedutaan Malaysia kemudiannya membuat satu lagi laporan di Balai Polis Larkin di sini pada 10 April lalu.

Mona tidak menyangka Kak Mas yang berperwatakan baik dan alim selain bercakap lemah lembut itu sanggup mengeksploitasi dirinya.

"Saya yakin bukan saya seorang sahaja menjadi mangsa kerana ramai lagi yang ditipu oleh Kak Mas.

"Saya mendedahkan semua ini kerana tidak mahu orang lain turut menjadi mangsanya," kata Mona lagi.

hh_hs Publish time 19-4-2010 01:06 AM

Utusan Online

Pulihara khazanah Endau-Rompin
Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0418/Utusan_Malaysia/Johor/wj_01.1.jpg
TAN Kok Hong (dua dari kiri) menunjukkan gambar-gambar binatang liar yang dirakamkan dengan menggunakan kamera khas di dalam hutan Taman Negara Endau Rompin di Johor Bahru, semalam.
-------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU 17 April - Kerajaan Johor akan memperakukan semua kaji selidik dan penemuan para penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) bagi memulihara sumber dan khazanah alam sekitar Taman Negara Endau-Rompin.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, perakuan itu penting bagi memastikan semua khazanah alam di hutan seluas 48,905 hektar itu, dapat dipulihara kekayaan sumber secara berkesan demi faedah masyarakat keseluruhannya.

Kata beliau, pada dasarnya memorandum perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dengan USM, pada 15 Jun tahun lalu telah menunjukkan hasil.

"Dalam tempoh hampir setahun, USM mengadakan dua ekspedisi saintifik ke Endau-Rompin menerusi laluan Peta yang mana menerusi ekspedisi itu USM telah menemui pelbagai jenis flora dan fauna serta pohon-pohon endemik yang bernilai tinggi dari segi khazanah sumber alam," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar, Tan Kok Hong pada Simposium Biodiversiti dan Kelestarian Taman Negara Endau-Rompin di Hotel Puteri Pacific di sini hari ini.

Pada simposium dua hari yang bermula hari ini, sebanyak 15 kertas kajian hasil kaji para penyelidik USM dibentangkan dan ia akan dibukukan sebagai panduan dan rujukan pada masa akan datang.

Menteri Besar seterusnya mahu USM dengan institusi-institusi penyelidik lain terus meneroka kekayaan khazanah kepelbagaian biologi yang ada di situ bagi manfaat masyarakat sejagat.

Tambah Abdul Ghani, penyelidikan saintifik juga merupakan satu aspek penting dalam PTNJ yang mensasarkan matlamat menjadikannya sebagai tapak warisan dunia pada 2015.

Sementara itu, Pengarah Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar, Melvin T. Gumal yang terlibat secara langsung dalam ekspedisi dan kaji selidik di hutan berkenaan turut menceritakan pengalaman dan penemuannya.

"Ia sungguh menakjubkan, dengan menggunakan kamera perangkap berteknologi tinggi dari Amerika Syarikat (AS), saya dapat merakamkan imej tidak kurang 32 spesies haiwan yang terdapat di habitat asal mereka.

"Antaranya harimau bintang hitam, harimau bintang keemasan, tidak kurang enam spesies kucing hutan, memerang, harimau kumbang, tidak kurang 200 ekor gajah dan banyak lagi," katanya.

Kata Melvin, kesemua haiwan itu dapat didokumentasikan dengan lengkap menerusi imej-imej (gambar) yang diperoleh hasil pemasangan sebanyak 70 kamera perangkap yang sesuai dengan cuaca tropika.

hh_hs Publish time 19-4-2010 01:16 AM

Utusan Online

8 cedera, bas terbabas

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0418/Utusan_Malaysia/Johor/wj_02.1.jpg
SEORANG anggota polis melihat bas ekspres yang terbabas sehingga menyebabkan lapan penumpangnya cedera di Lebuh Raya Utara Selatan di Hentian Kulaijaya, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

KULAIJAYA 17 April - Lapan penumpang cedera apabila sebuah bas ekspres yang membawa 14 penumpang terbabas lalu merempuh penghadang kiri jalan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Hentian Kulaijaya di sini awal pagi ini.

Kesemua mangsa berusia antara 20 dan 40 tahun itu cedera ringan manakala seorang penumpang lelaki berusia 30-an patah tulang rusuk akibat kemalangan pada pukul 3.30 pagi tersebut.

Ketua Polis daerah, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, enam lagi penumpang, pemandu dan pemandu kedua kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan pemandu terbabit terlelap seketika gara-gara mengantuk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkefly berkata, bas ekspres itu dalam perjalanan dari Terminal Bas Larkin di sini ke Kuala Lumpur sebelum terbabas sejurus tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, bas tersebut sepatutnya bertolak dari terminal itu pada pukul 12.30 tengah malam tetapi terlewat dua jam kerana berlaku sedikit masalah.

"Kesemua mangsa dilaporkan stabil dan mendapatkan rawatan di Hospital Kulaijaya di sini," jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengambil keterangan pemandu berusia 40 tahun terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan berbahaya.

Menurutnya, bas tersebut yang rosak di bahagian kiri telah dihantar ke Balai Polis Bemban di sini untuk siasatan lanjut.

"Polis juga sedang menyiasat sama ada kemalangan itu berpunca daripada kerosakan enjin atau kecuaian manusia," katanya.

teessot Publish time 20-4-2010 09:24 AM

Tiga termasuk pasangan adik beradik didakwa merompak

UTUSAN ONLINE
19/04/2010


JOHOR BAHRU 19 April - Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan merompak secara berkumpulan dan menyamar sebagai penjawat awam, bulan lepas.

Mohamad Fadzil Jamaludin, 26, Mohd Hedayat Salleh, 29, dan Mohamad Rizuan Salleh, 32, didakwa merompak wang tunai RM550 dan sebuah telefon bimbit Nokia serta Samsung bernilai RM1,500 milik Liew Yun Choy, 42, selain menyamar sebagai polis ketika melakukan perbuatan tersebut terhadap lelaki berkenaan.

Mohamad Fadzil serta pasangan adik beradik, Mohd. Hedayat dan Mohamad Rizuan didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Jalan Beladau 9, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, kira-kira pukul 7.30 malam, 24 Mac lepas.

Ketiga-tiga mereka turut didakwa merompak sebuah telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM1,800 milik Wong Woei Jian, 28, serta menyamar sebagai polis di tepi Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti, Skudai, kira-kira pukul 9 malam, 16 Mac lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly dan Hakim Aliman Musri menetapkan wang jaminan RM16,000 setiap seorang bagi kesemua tuduhan serta 6 Julai depan untuk sebutan semula kes. - Bernama
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Keratan Akhbar / Petikan Berita


ADVERTISEMENT