king\'s Publish time 18-5-2010 10:42 PM

utusan online

2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0518/Utusan_Malaysia/Johor/wj_08.1.jpg
SEBAHAGIAN daripada jururawat yang menghadiri Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Muar, Johor, baru-baru ini. - utusan/Ishak Rahmad

--------------------------------------------------------------------------------



MUAR 17 Mei - Hampir 2,000 jururawat dari seluruh negeri ini berhimpun di Dewan Jubli Intan di sini kelmarin bagi meraikan sambutan Hari Jururawat Sedunia 2010.

Dewan berkenaan bagaikan 'lautan putih' apabila dipenuhi jururawat yang lengkap beruniform bagi mengisi pelbagai aktiviti dijalankan.

Pada majlis yang bermula pukul 8 pagi, para jururawat terbabit mengikuti sesi ceramah mengenai pelbagai topik kesihatan terkini selain menjalankan aktiviti derma darah dan kem kesihatan.

Program yang dikenali sebagai 'Titipan Kasih Untaian Rasa' itu anjuran Bahagian Kejururawatan Jabatan Kesihatan negeri Johor serta Persatuan Jururawat Malaysia.

Hadir mewakili Menteri Besar Johor bagi merasmikan sambutan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr. Robia Kosai.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mohd. Khairi Yakub serta Pegawai Daerah Muar, Mislan Karmani.

Robia dalam ucapannya berkata, kerajaan amat prihatin terhadap sebarang masalah jururawat dan berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkan tahap profesionalisme bidang pekerjaan tersebut.

"Kita melaksanakan tapisan yang utuh dalam pemilihan bakal jururawat serta memastikan mereka ini memiliki kelulusan akademik yang baik demi menjaga kualiti modal insan.

"Di samping itu, kerajaan juga sentiasa berusaha menghantar jururawat ke luar negara untuk mendapatkan latihan lanjutan sesuai dengan keperluan semasa," katanya.

Jelas beliau, sememangnya perkara yang cukup membanggakan apabila jururawat tempatan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan semakin ramai yang diterima berkhidmat di Arab Saudi, Australia atau negara-negara maju yang lain.

Katanya, sehingga kini, bilangan jururawat di Malaysia adalah berjumlah seramai 82,000 orang dengan seramai 6,343 jururawat berkhidmat di negeri Johor.

king\'s Publish time 18-5-2010 10:44 PM

utusan online

CEDERA LANGGAR LUBANG JALAN

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0518/Utusan_Malaysia/Johor/wj_07.1.jpg
KEADAAN jalan yang berlubang tanpa dibaiki menyebabkan penunggang motosikal, Ashaari Mohamad mengalami kemalangan terjatuh di Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bahru, baru-baru ini. – utusan/ Nasirruddin Yazid

--------------------------------------------------------------------------------



SEBAHAGIAN Jalan Serampang di Taman Pelangi, Johor Bahru yang keadaannya berlubang dan berlopak nyaris mengakibatkan seorang penunggang motosikal, Ashaari Mohamad, 50, terlibat dalam kemalangan maut baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu, Ashaari yang menunggang motosikal sendirian tidak sempat mengelak lubang dan lopak besar mengakibatkan mangsa terjatuh di tengah-tengah jalan itu.

Nasib baik ketika terjatuh, sebuah kereta yang berada di belakangnya sempat mengelak daripada merempuh Ashaari yang merupakan penduduk Kampung Melayu Majidee.

Kejadian itu mengakibatkan Ashaari cedera di bahagian badan, tangan, muka dan kaki serta motosikalnya turut rosak.

Menurutnya, dia menunggang motosikalnya seperti biasa tanpa memperlahankan kelajuan kerana tidak menyedari terdapat lubang besar di jalan tersebut.

“Apabila sudah terlalu hampir baru ternampak lubang tapi saya tak sempat mengelak,” katanya yang sebelum itu berurusan dengan sebuah bank di jalan berkenaan.

Ashaari kemudiannya dibawa ambulans ke Hospital Tun Aminah di Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

king\'s Publish time 18-5-2010 10:47 PM

berita harian online

Johor: Sasaran perompak
Oleh Mahani Ishak
bhnews@bharian.com.my
2010/05/18
Banglo Taman Permata Saujana tiada kawalan keselamatan

KOTA TINGGI: Penduduk perumahan banglo Permata Saujana, di sini diselubungi kebimbangan apabila kediaman mereka sering menjadi sasaran penjenayah berikutan kawasan berkenaan tidak mempunyai perkhidmatan kawalan keselamatan tetap sejak dibuka empat tahun lalu. Penduduk mendakwa syarikat pemaju hanya menyediakan pengawal keselamatan di pondok pengawalnya yang terletak di laluan masuk utama taman beberapa bulan pada tahun pertama. Bagaimanapun, pemaju menghentikannya dengan alasan perkhidmatan itu sudah berakhir walaupun penduduk mendakwa perjanjian dimeterai untuk tempoh dua tahun.

Pengerusi Taman Permata Saujana, Hassan Karno, 48, berkata, lebih 10 rompakan berlaku di kediaman berkenaan berikutan tiada kawalan keselamatan sewajarnya bagi memantau pergerakan kenderaan keluar masuk ke taman berkenaan sejak ia mula didiami.

“Rompakan berlaku kerana pondok pengawal yang disediakan hanya dibiarkan kosong tanpa dilengkapi pengawal untuk memantau pergerakan kenderaan dari luar.

“Pemaju juga tidak mendirikan pagar bagi memisahkan kawasan yang belum dimajukan, sekali gus menyebabkan kawasan itu ditumbuhi lalang membolehkan perompak bersembunyi sebelum bertindak memecah masuk rumah yang penghuni tidak berada di rumah, ” katanya.
Hassan berkata, penduduk bersedia berkongsi tanggungjawab membiayai sebahagian kos penempatan pengawal keselamatan dengan pemaju, tetapi pemaju menolak dengan alasan tidak semua penghuni bersetuju dikenakan bayaran bagi tujuan berkenaan.

Dalam kejadian 24 April lalu, kediaman P Villasamy Nadarajan, 41, dirompak ketika beliau tiada di rumah tetapi bernasib baik keluarganya selamat.

“Sejurus saya keluar dari rumah pada jam 9 malam, rumah saya dirompak membabitkan kerugian lebih RM 100,000 antaranya wang tunai, barang kemas dan sebuah kenderaan, walaupun ahli keluarga saya masih berada dalam rumah.

“Bagaimanapun, rompakan yang berlaku tidak kurang 20 minit menyebabkan jiran lain tidak menyedarinya selain penggera keselamatan yang hanya diaktifkan menjelang tengah malam, " katanya.

Villasamy berkata, penduduk turut meminta pihak berkuasa meletakkan pondok kawalan polis kerana balai polis berhampiran agak jauh menyebabkan beberapa kawasan perumahan di kawasan Sri Saujana kerap dirompak.

Selain itu, katanya, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan pemaju perlu bekerjasama bagi membersihkan kawasan semak sekitar taman perumahan bagi menangani masalah jenayah di perumahan berkenaan.

“Kebanyakan penghuni terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk memotong rumput dan lalang yang dikhuatiri menjadi tempat persembunyian penjenayah kerana MDKT hanya membersihkan sempadan kawasannya saja sehingga menyebabkan penduduk terdedah kepada bahaya, " katanya.

Mereka juga meminta pihak MDKT menambahkan lampu jalan bagi menerangi keseluruhan kawasan selain meningkatkan tahap keselamatan di persimpangan trafik di laluan utama Jalan Kota Tinggi-Jalan Ulu Tiram kerana mengelirukan pengguna untuk membelok ke kawasan Sri Saujana.

king\'s Publish time 18-5-2010 10:49 PM

berita harian online

Johor: Premis niaga perlu dinaik taraf
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2010/05/18
Lot tingkat atas Terminal Bas, Teksi Kluang kurang pengunjung

KLUANG: Suasana suram di lot niaga tingkat atas Terminal Bas dan Teksi Kluang dan kewujudan penjaja dari kalangan pendatang asing di sekitar bandar ini akan diatasi oleh Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor cawangan Kluang. Dua masalah berkenaan diajukan oleh peniaga dan penjaja yang menghadiri majlis dialog dan taklimat pertama persatuan berkenaan baru-baru ini yang turut meminta supaya penyelesaian dapat dirangka bersama supaya perniagaan mereka tidak terjejas. Memahami kebimbangan ahlinya itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor cawangan Kluang, Mohamed Iyoob Abdul Salam, berjanji akan membawa perkara berkenaan kepada Majlis Perbandaran Kluang (MPK) bagi mencari kata sepakat dan penyelesaiannya.

Mohamad Iyoob berkata, beliau memahami masalah yang dihadapi ahlinya sekali gus mengadakan program berkenaan sebagai landasan kepada mereka menyalurkan segala masalah.

Katanya, masalah peniaga di lot niaga tingkat atas terminal bas dan teksi berkenaan adalah disebabkan kekurangan pengunjung sejak kebelakangan ini dan ia menjejaskan perniagaan mereka.

“Oleh itu, kami akan merujuk perkara ini kepada MPK supaya mungkin suasana sekitar lot perniagaan terbabit dapat dinaik taraf serta diceriakan bagi menarik minat lebih ramai pengunjung mengunjungi kedai di situ.
“Begitu juga bagi masalah kewujudan penjaja dari kalangan pendatang asing juga akan dirujuk kepada MPK dan pihak berkaitan seperti Jabatan Imigresen bagi mengesahkan sama ada mereka mempunyai lesen perniagaan atau tidak. Jika tiada, tindakan penguatkuasaan tegas perlu diambil segera bagi memastikan peniaga tempatan tidak terjejas, ” katanya.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor, Datuk Mohamad Mahmood yang turut merasmikan majlis berkenaan.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau berharap kepimpinan yang baru dilantik mengendalikan persatuan cawangan Kluang berkenaan akan bekerja keras bagi memastikan nasib ahli persatuan mampu dibela sepenuhnya.

king\'s Publish time 18-5-2010 10:50 PM

berita harian online

Johor: Pesta sukan DUN Mahkota erat perpaduan


2010/05/18
KLUANG: Lebih 300 penduduk menyertai Festival Sukan Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang diadakan di Dataran Persiaran Datuk Haji Ismail Hassan, di sini.

Pelbagai acara menarik yang dipertandingkan dalam festival berkenaan antaranya futsal, sepak takraw, bola jaring, street soccer dan sukaneka. Ketua Pergerakan Puteri Umno Kluang, Zainan Jamaludin berkata, festival itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama generasi muda di daerah berkenaan. “Kita menyokong penuh sebarang program yang dijalankan dan pihak kami juga mengambil kesempatan menganjurkan Piala Pusingan Puteri UMNO Kluang untuk acara bola jaring, " katanya.

“Sambutan untuk acara itu baik dan kami terpaksa mengehadkan kepada 20 pasukan yang bertanding saja, " katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md Jais Sarday, berkata festival sukan itu salah satu acara tahunan dan pada masa yang sama mereka yang memenangi acara yang dipertandingkan itu akan dipilih mewakili DUN untuk festival JPMM peringkat negeri.

“Selain itu, tujuan festival ini untuk membudayakan sukan di negeri ini selain ia lebih kepada mempromosikan aktiviti gaya hidup sihat dengan sambutan pada tahun ini menggalakkan apabila ramai belia yang menyertainya, " katanya.
Sempena festival itu, gelanggang futsal pelbagai guna di Taman Sri Kluang dan Taman Intan diserahkan kepada persatuan belia daerah untuk diuruskan bagi menggalakkan budaya sukan di kalangan belia

king\'s Publish time 19-5-2010 01:51 PM

metro online

Tindakan patut dipuji
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin

2010/05/19

MUAR: “Harus hukumnya dari segi Islam,” kata penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz (gambar) mengulas mengenai isu dua wanita hidup bermadu selepas menjadi ‘isteri sanggup’ seorang usahawan yang membayar denda mereka di mahkamah sebelum meletakkan syarat berkahwin.

Katanya, tindakan lelaki terbabit tidak salah dari sudut hukum agama, malah ia dituntut bagi mengelak wanita terbabit menerima aib seterusnya boleh kufur pada bila-bila masa.

“Namun, suami perlu mendidik dan membimbing isteri ke jalan diredai Allah, malah menegur mereka supaya tidak lagi melakukan kesalahan serupa pada masa datang.


“Dalam hukum Islam, tindakan seperti itu memang dibolehkan kerana selain dapat menutup aib wanita terbabit, ia juga melahirkan masyarakat sempurna dan terpuji akhlaknya,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, perjanjian seperti itu ‘harus’ hukumnya berbanding tindakan kahwin cina buta atau pak sanggup yang meletakkan syarat hubungan suami suami amat terbatas dan hanya berfungsi sebagai patung.


“Dua konsep ini berbeza kerana dalam perjanjian dilakukan dua wanita itu untuk menutup aib mereka, manakala perkahwinan cina buta menebus aib, malah bersifat songsang.


“Ini kerana kaedah cina buta diamalkan sesetengah masyarakat Melayu dulu membataskan hubungan kelamin di antara suami isteri walhal mereka pasangan sah,” katanya.


Hassan yang juga Pengetua program realiti Imam Muda berkata, tindakan usahawan lelaki itu wajar dipuji tetapi perjanjian kahwin berkenaan mestilah tidak bermotifkan nafsu semata-mata.


Harian Metro semalam melaporkan dua wanita tidak mampu membayar denda RM3,000 setiap orang selepas didapati bersalah Mahkamah Syariah kerana berkhalwat lega apabila muncul seorang lelaki budiman menghulurkan wang dengan syarat berkahwin dengannya.


Kisah pelik tapi benar ini menimpa dua wanita yang kini bermadu iaitu Azah, 32 dan Ani, 25, (bukan nama sebenar) apabila menjadi isteri kedua dan ketiga usahawan berusia 55 tahun.


Azah berkata, walaupun terpaksa, dia hidup bahagia dengan suami dalam keadaan serba mencukupi walaupun bergelar isteri kedua.


Menurutnya, setahun kemudian, dia dikejutkan dengan khabar suaminya berkahwin satu lagi dengan gadis berusia 20-an menerusi taktik jerat kasih yang sama.


Isteri ketiga dikenali sebagai Ani, berusia 25 tahun berkata, dia bermadu dengan Azah selepas berkahwin dengan suami, juga melalui taktik ‘isteri sanggup’.

king\'s Publish time 19-5-2010 01:56 PM

metro online

Enam strategi
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

2010/05/19      JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran akan melaksanakan enam strategi khas bagi menyokong pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan mulai tahun depan sebagai melengkapkan skop pembangunan sukan di sekolah sekali gus melahirkan pelajar seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dasar yang akan dilaksanakan bagi tujuan mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah itu bukan perkara baru memandangkan sukan menjadi aktiviti wajib dan keperluan sepanjang pertumbuhan murid atau pelajar sekolah.

Berikutan itu, Muhyiddin berkata, sebuah jawatankuasa ad-hoc dipengerusikannya mengadakan mesyuarat menyenaraikan enam pelan tindakan strategik menjayakan dasar berkenaan.


“Antaranya memberi bantuan kewangan sukan kepada sekolah, memberi wajaran wajib untuk pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan, mengenal pasti program sukan sekolah untuk dilaksanakan sepanjang tahun dan menubuhkan Bahagian Sukan secara berasingan.


“Selain itu, kita turut menekankan elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan mengenal pasti lima Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk melatih guru sukan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-52, di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus di sini, malam tadi.


Muhyiddin berkata, Dasar 1Murid 1Sukan itu mampu melengkapkan skop pembangunan sukan kerana program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) khusus membangunkan atlet sekolah cemerlang sudah dilaksanakan sejak Julai 2008.


Menurutnya, selaras pelaksanaan transformasi pendidikan, sampai masa kementerian mempunyai kerangka penilaian lebih komprehensif dalam mengukur keberkesanan pelaksanaan agenda pendidikan termasuk sukan.

king\'s Publish time 19-5-2010 02:07 PM

utusan online

Pesakit mental tetak ibu ditahan
MUAR 18 Mei - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pesakit mental selepas dia dikatakan menetak ibunya dengan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Parit Bakar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, Soh Ah Kim, 65, cedera di bahagian bahu dan leher kiri selepas ditetak sebanyak tiga kali oleh anaknya yang berusia 36 tahun.

Difahamkan, suspek baru sahaja keluar dari Hospital Permai Tampoi dan kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara mereka.

Sebaik sahaja menerima panggilan daripada anggota keluarga mangsa, polis kemudian menahan mangsa di tempat kejadian.

Polis turut merampas sebilah parang berukuran kira-kira 60 sentimeter panjang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan.

"Suspek kini ditahan di Wad Psikiatri Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk siasatan lanjut," katanya sambil memberitahu suspek mempunyai rekod jenayah lampau menggunakan kekerasan untuk mendatangkan kecederaan.

Mohamad Nasir menasihati masyarakat supaya sentiasa memantau ahli keluarga mereka yang mempunyai masalah mental bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku

king\'s Publish time 19-5-2010 02:11 PM

utusan online

Enam rumah kampung Orang Asli dipukul ribut
KOTA TINGGI 18 Mei - Sebanyak enam rumah Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Selangi, Mawai dekat sini, rosak di bahagian bumbung akibat dipukul ribut, kelmarin.

Ketua Orang Asli Puak Kanaq, Tok Batin Mutalib Abdullah, 54, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang apabila hujan lebat tiba-tiba disusuli dengan angin kencang bertiup lalu menumbangkan pokok-pokok kelapa sawit yang berusia lebih 20 tahun.

"Suasana ketika kejadian memang kelam-kabut kerana belum pernah kami mengalami angin pusar kencang seperti ini.

"Saya melihat pokok kelapa sawit bergoyang-goyang sebelum tumbang dan ramai penduduk yang keluar ke kawasan lapang untuk menyelamatkan diri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sedili, Rasman Ithnain yang dihubungi berkata, enam rumah di kampung itu rosak di bahagian atap akibat diterbangkan angin ribut dan ditimpa pokok tumbang dalam kejadian ribut selama kira-kira 15 minit itu.

Sementara itu, pegawai-pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM dan Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) semalam menghulurkan bantuan kepada mangsa dan menilai jumlah kerugian sebenar.

teessot Publish time 21-5-2010 09:43 AM

RM6.5 juta naik taraf bekalan elektrik

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
editjohor@utusangroup.com.my

KULAIJAYA 20 Mei - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan hampir RM6.5 juta untuk melaksanakan projek menaik taraf sistem pembekalan elektrik di daerah ini.

Pengurus Besar Kanan Operasi Wilayah 1, Mustafa Din berkata, projek menaik taraf berkenaan bertujuan mengurangkan risiko gangguan bekalan, tempoh gangguan dan mengatasi masalah kejatuhan voltan.

"Projek sedemikian perlu dilaksanakan bagi memastikan masyarakat di sini dapat menikmati bekalan elektrik yang mencukupi dan berkualiti tinggi," katanya pada majlis perasmian Program Bersama Pemimpin Komuniti di Dewan Raya Putra, Majlis Perbandaran Kulaijaya di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus Besar TNB Johor, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd. Amin.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian; ADUN Bukit Batu, Cheong Chin Liang; Pegawai Daerah Kulaijaya, Elias Hasran dan Ketua Kawasan Suruhanjaya Tenaga Johor, Idris Jamalludin.

Pada majlis itu, para pemimpin masyarakat di daerah berkenaan turut mendaftar talian khidmat TNB.

Mustafa berkata, pihaknya juga merancang beberapa projek pembangunan baru sepanjang tahun ini yang dijangka menelan belanja RM3.7 juta.

Beliau menasihati penduduk di kawasan berkenaan agar memberikan kerjasama bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku sepanjang tempoh projek pembangunan itu dilaksanakan.

"Projek yang bakal dilaksanakan itu bertujuan meningkatkan daya harap bekalan ke kawasan ini agar masalah gangguan bekalan elektrik dapat diminimumkan dan kepuasan pelanggan dapat dipertingkatkan," katanya.

Sementara itu, Program Bersama Pemimpin Komuniti anjuran TNB itu perlu dijadikan platform oleh pemimpin serta penduduk sesuatu kawasan untuk menyuarakan pendapat atau cadangan memperbaiki mutu perkhidmatan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan diri dan keluarga kepada sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan elektrik yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda.

teessot Publish time 21-5-2010 09:49 AM

UTUSAN ONLINE

Jeti Tanjung Emas hampir runtuh

http://i940.photobucket.com/albums/ad250/teessot/wj_0711-1.jpg
KEADAAN Jeti Tanjung Emas di Muar yang digunakan untuk menaiki bot menyusuri Sungai Muar kini terbenam akibat pelampungnya yang bocor.

--------------------------------------------------------------------------------


MUAR 20 Mei - Kegiatan pelancongan menyusuri Sungai Muar dikhuatiri terjejas dengan masalah yang menimpa Jeti Tanjung Emas di sini yang semakin senget dan hampir runtuh.

Difahamkan, struktur jeti berkenaan mengalami masalah berikutan pelampung yang menyokong jeti itu pecah akibat keadaan muara sungai yang semakin cetek.

Masalah tersebut mula dikesan kira-kira dua minggu lalu namun ia menjadi semakin serius apabila jeti berkenaan hampir terbenam dan hanya empat tiang serta laluan ke pelantarnya sahaja yang masih kelihatan.

Dirasmikan pada 13 Ogos 2002 lalu oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, jeti yang bernilai kira-kira RM300,000 itu memainkan pelbagai peranan untuk menggerakkan pelbagai aktiviti pelancongan di Sungai Muar terutamanya sukan air.

Ekoran masalah yang berlaku itu juga, perkhidmatan bot penumpang menyusuri Sungai Muar dan melihat kelip-kelip terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Abdul Wahab Ridwan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung masalah berkenaan pada Isnin lalu dan sepasukan kakitangan telah dihantar untuk memeriksa jeti tersebut.

"Pemeriksaan awal mendapati jeti ini bukannya runtuh, sebaliknya sebahagian daripada strukturnya terbenam ke dalam sungai.

"Tinjauan yang dilakukan mendapati masalah pelantar jeti terbenam ini kerana pelampung yang bocor dipercayai akibat kawasan dasar sungai yang semakin cetek," katanya.

Jelas beliau, pihaknya akan meneliti kerosakan yang dialami oleh jeti itu termasuk kos membaikinya sebelum tindakan susulan diambil.

teessot Publish time 21-5-2010 09:52 AM

UTUSAN ONLINE

Penduduk mahu surau baru

BATU PAHAT 20 Mei - "Kami mahu surau baru". Itu harapan penduduk Kampung Parit Lapis Batu Puteh, Simpang Lima supaya surau sedia ada yang dindingnya mula retak dan bumbung bocor diganti baru.

Keadaan bertambah teruk semasa hujan apabila sebahagian bumbung di bahagian hadapan bocor menyebabkan jemaah terpaksa berganjak ke bahagian lain bagi mengelak titisan air.

Setiausaha surau, Abu Bakar Adam, 50, berkata, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan kepada jemaah untuk beribadat dan menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan di surau itu.

Menurutnya, setiap Rabu surau itu akan digunakan untuk kelas agama dan pelbagai aktiviti lain seperti membaca surah Yassin dan mengaji.

Ekoran keadaan surau yang tidak begitu selesa, pihaknya turut terpaksa menangguhkan pelbagai aktiviti khususnya untuk menarik lebih ramai golongan muda mendekati rumah ibadat itu.

Katanya, dengan beberapa bulan lagi umat Islam akan menyambut Ramadan, pastinya surau tersebut akan digunakan untuk solat terawih dan pelbagai aktiviti.

Abu Bakar memberitahu, surau itu mula bocor dan mengalami keretakan di beberapa bahagian dinding sejak lebih setahun lalu dan usaha untuk membaik pulih sukar kerana keadaannya teruk.

Sementara itu Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang meninjau keadaan surau tersebut kelmarin berkata, kemungkinan semasa dibina lima tahun lalu, asas bangunan itu tidak kukuh menyebabkan ia mulai retak.

Beliau berjanji untuk memantau masalah itu sama ada ia boleh dibaik pulih atau dibina surau baru serta membawa rintihan penduduk berkenaan kepada pihak yang berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia turut mendapati bahagian siling mula melengkung kerana sentiasa dibasahi air hujan selain dinding retak.

hh_hs Publish time 21-5-2010 11:04 AM

Harian Metro

20 tiang elektrik, telefon dalam parit

2010/05/21      TANGKAK: Memang pelik, tetapi itulah yang berlaku di kawasan perumahan awam di Taman Serom 4, Ledang di sini, apabila tiang elektrik dan telefon berada di dalam longkang di depan kediaman penduduk.

Perkara tidak masuk akal itu berlaku disebabkan kerja menaik taraf saliran dalam kawasan perumahan berkenaan dilaksanakan sebulan lalu.

Tinjauan mendapati sekurang-kurangnya 20 tiang elektrik dan telefon berada di tengah saliran yang sedang dinaik taraf dengan jarak tidak sampai lima meter daripada beranda rumah hingga menimbulkan kebimbangan penduduk.

Mereka khuatir sekiranya konkrit yang menjadi tapak tiang berkenaan di dalam saliran itu tidak dapat bertahan lama dan boleh rebah serta menimpa rumah.

Ketua Umno Cawangan Serom 4 dalam Bahagian Ledang, Murad Jaafar, 60, berkata, kedudukan tiang elektrik dan telefon sebelum ini ditanam tepi saliran.

Katanya, projek melebarkan saliran konkrit yang dibina lebih 25 tahun berukuran 150 sentimeter lebar dan 250 sentimeter itu dijalankan berikutan ia terlalu sempit dan cetek menyebabkan sering tersumbat.

“Masalah itu menyebabkan penghuni taman sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat.

“Bagaimanapun, apabila saliran itu dinaik taraf kepada kira-kira 500 sentimeter lebar dan dalam 1.5 meter menyebabkan kedudukan tiang terbabit berada di dalam parit,” katanya.

king\'s Publish time 23-5-2010 07:52 PM

metro online

Salah anggap PFI
Oleh INTAN MAS AYU SHAHIMI

2010/05/23      SENAI: “Saya terima banyak sampul coklat mengenai projek yang kononnya memerlukan PFI (Inisiatif Pembiayaan Swasta). Ingin saya tegaskan, PFI bukan bermakna kerajaan membiayai keseluruhan projek pembangunan, sebaliknya hanya menyuntik dana berbentuk geran sebagai galakan kepada sektor swasta melabur dan membangunkannya secara keseluruhan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan bangunan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI), di sini, semalam.


Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Datin Paduka Profesor Jamilah Ariffin; Pengerusi Senai Airport, Datuk Seri Ismail Yusuf dan Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (Senai Airport), Datuk Mohd Sidik Shaik Osman.


Menurut Najib, kajian peringkat makro negara menunjukkan sejak krisis kewangan dunia 1997, sektor swasta kurang memainkan peranan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara berbanding kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).


“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan perlu dibuang supaya sektor swasta dapat menjadi sektor yang dinamik serta kreatif dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara ke tahap lebih tinggi.


“Ini teras utama dalam Model Ekonomi Baru (MEB) dan melalui PFI, kerajaan akan menyuntik sedikit pelaburan selain memberi pelbagai insentif lain bagi meyakinkan sektor swasta untuk membuat pelaburan lebih besar,” katanya.


Najib berkata, pembangunan bersepadu Bandar Lapangan Terbang Senai itu boleh dijadikan contoh berikutan kerajaan bersetuju menyuntik dana berbentuk geran sebanyak RM150 juta untuk pembangunan lapangan terbang dan RM300 juta bagi Taman Teknologi Senai.


“Senai Airport pula melabur lebih RM2 bilion dalam tempoh lima tahun untuk pelbagai pembangunan baru, sekali gus memacu pertumbuhan sektor perkhidmatan serta perindustrian di Iskandar Malaysia.


“Inilah bentuk PFI yang kita mahukan dan melaluinya mampu menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Iskandar Malaysia serta Malaysia,” katanya.

king\'s Publish time 23-5-2010 07:56 PM

utusan online

RM200 juta bersih Sungai Segget

Oleh LUQMAN HAZIQ
dan ARIF NIZAM ABDULLAH
utusanjohor@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0523/Utusan_Malaysia/Johor/wj_01.1.jpg

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika mengadakan lawatan rasmi ke Bazar JB, Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU 22 Mei - Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan berjumlah RM200 juta untuk membersihkan Sungai Segget di tengah pusat bandar raya ini bagi menjadikannya ala Venice, Itali.

Perdana Menteri yang mengadakan tinjauan mesra selama dua jam dengan berjalan kaki untuk beramah mesra di tengah pusat bandar raya ini termasuk merasmikan Pasar Karat berkata, peruntukan berkenaan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Pusat.

"Kita akan serahkan kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) untuk menjalankan kerja pembersihan ini bermula dengan mengatasi masalah kumbahan yang mengakibatkan pencemaran di sungai ini.

"Selepas itu, saya sudah membayangkan gondola akan berada di Sungai Segget seperti di Venice dan ia pasti menjadi tumpuan pelancong asing dan dalam negara," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada 5,000 orang ramai yang membanjiri tengah pusat bandar ini.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin.

Perdana Menteri berkata, beliau telah mendapat taklimat mengenai pelan pembangunan pusat bandar raya Johor Bahru daripada Abdul Ghani petang tadi.

Beliau berkata, pelan transformasi pusat bandar raya Johor Bahru akan turut membabitkan pembinaan pintu ikonik di Tambak Johor dan beberapa pembangunan lain yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Rombongan Perdana Menteri sebelum itu turut melawat Muzium Tionghua di Jalan Ibrahim sebelum berjalan kaki ke Bazar JB untuk merasmikan Pasar Karat yang menempatkan lebih 450 peniaga.

Beliau kemudian menikmati minuman teh tarik di sebuah restoran India dan melawat kuil India yang berada di tengah pusat bandar raya.

king\'s Publish time 23-5-2010 07:58 PM

utusan online

Masalah kesesakan Lebuh Raya Pasir Gudang akan diatasi
JOHOR BAHRU 22 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberi keutamaan menyelesaikan masalah kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang di sini supaya ia dapat memberi keselesaan kepada orang ramai yang tinggal di kawasan sekitar.

Perdana Menteri berkata, masalah itu sudah lama dibangkitkan dan tindakan susulan perlu diambil segera bagi mengatasinya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkata, Perdana Menteri membangkitkan perkara itu ketika bertemu dengan pemimpin masyarakat di sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kampung Baru Plentong di sini hari ini.

Katanya, selain masalah kesesakan Lebuhraya Pasir Gudang, Perdana Menteri turut menyentuh permohonan untuk membina sebuah jambatan baru dan masalah banjir di kampung tersebut.

Cher Puk berkata, Perdana Menteri telah mendengar dengan teliti masalah dan keluhan rakyat di kawasan tersebut yang dikemukakan oleh Mohamed Khaled semasa pertemuan tersebut.

"Perdana Menteri kemudian memberitahu bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan khususnya masalah kesesakan Lebuh Raya Pasir Gudang akan menjadi keutamaan kerajaan dalam menyelesaikannya," katanya.

Perdana Menteri sebelum itu meluangkan kira-kira 45 minit melawat Kampung Baru dan beramah mesra dengan penduduk serta meninjau pameran mengenai projek tebatan banjir Sungai Plentong di kampung berkenaan.

Najib juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin tempatan dan veteran MCA di kedai kopi Keng Guan Tong yang merupakan kedai kopi tertua di kampung itu.

Cher Puk berkata, kerajaan telah bersetuju membina jambatan konkrit di Kampung Baru dengan perbelanjaan kira-kira RM3 juta bagi menggantikan jambatan besi lama yang usang.

"Pembinaan jambatan baru ini amat penting untuk 2,000 penduduk termasuk digunakan oleh murid sekolah berulang alik," katanya.

Cher Puk berkata, Perdana Menteri juga dimaklumkan tentang projek tebatan banjir Sungai Plentong bernilai RM60 juta yang siap pada tahun lalu dan berjaya menangani masalah banjir melibatkan lebih 2,600 keluarga.

king\'s Publish time 23-5-2010 08:04 PM

utusan online

FAMA sasar jual 40 tan mangga
JOHOR BAHRU 22 Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor menyasarkan jualan mangga sebanyak 40 tan sempena Pesta Jualan Mangga 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ab. Aziz Kaprawi berkata, bekalan mangga tersebut diperoleh daripada lebih 100 petani di negara ini.

Beliau berkata, pesta jualan yang berlangsung selama enam hari iaitu pada 20 hingga 22 Mei dan 27 hingga 29 Mei di Tapak Pasar Tani Mega Datin Halimah di sini adalah untuk mempromosi hasil tanaman tersebut.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan mendapat maklum balas daripada petani bahawa buah-buahan tersebut tidak dapat dijual secara optimum dan ia secara tidak langsung membebankan mereka kerana tidak mendapat pulangan modal.

"Sebenarnya hasil tanaman mangga banyak dan mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat. Sebab itu FAMA mengadakan pesta begini untuk mempromosi produk tersebut.

"Lagipun mangga keluaran tempatan tidak kurang kualitinya berbanding luar. Kita ada mangga jenis sala, chokanan dan harum manis. Diharap dengan promosi begini, buah mangga dapat dijual terus kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak pesta jualan itu semalam. Turut hadir Pengarah FAMA Wilayah Selatan, Shahid Abu Bakar.

Ab. Aziz berkata, sempena pesta jualan berkenaan, FAMA menawarkan harga murah iaitu RM10 bagi tiga kilogram dan RM15 untuk lima kilogram yang turut dibekalkan dengan bakul.

Beliau berkata, harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding mangga dari Australia atau India yang dijual di pasaran sekarang.

Selain mangga, produk yang dihasilkan berasaskan buah tersebut seperti kordial, puding dan donat turut dijual oleh FAMA dan para peniaga yang mengambil bahagian.

king\'s Publish time 23-5-2010 08:06 PM

berita harian online

Dua lelaki ditahan, lapan wanita diselamatkan dari pusat urut di JB


2010/05/23
JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 28 dan 58 tahun kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pemerdagangan manusia di dua pusat urut yang terletak bersebelahan di Jalan Pingai, Taman Pelangi di sini, malam semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan jam 8.30 malam oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan polis Kontinjen Johor itu, tujuh wanita Kemboja dan seorang wanita Indonesia berusia 20-an yang dipercayai mangsa kegiatan itu diselamatkan. Asisten Superintendan Nordin Ibrahim, yang mengetuai operasi itu, berkata polis turut menahan lima wanita warga Thailand, dan dua wanita warga China berusia 21 hingga 42 tahun atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1953/1967. "Kedua-dua lelaki berusia 28 dan 58 tahun itu dipercayai menggunakan wanita warga asing berkenaan untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di sebalik perniagaan mengurut," katanya di lokasi serbuan.

Polis juga menemui paket-paket kondom dan kondom terpakai di kedua-dua premis tersebut.

Siasatan awal mendapati pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan “ekstra” perlu tawar menawar dengan wanita terbabit.

Nordin berkata, pemeriksaan mendapati premis tersebut beroperasi sejak lima bulan lalu.
Kedua-dua lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1953/1967 kerana mengambil pekerja asing tanpa permit yang sah dan Seksyen 55E akta yang sama kerana memberi perlindungan kepada warga asing. - Bernama

king\'s Publish time 23-5-2010 08:08 PM

berita harian online

Exco pertanian Johor masuk hospital kerana sakit dada


2010/05/23
JOHOR BAHRU: Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51 dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam selepas mengadu sakit dada.

Serangan jantung itu dipercayai berlaku ketika Abd Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja menghadiri tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Bazar JB semalam. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Ali Hassan, berkata Abd Aziz mengadu sakit badan dan dada semasa mereka berbual-bual selepas tinjauan mesra itu. "Dia kata dia tak sedap badan. Saya tak sangka ia jadi macam tu," kata beliau.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Khairi Yakub ketika dihubungi hari ini tidak dapat mengulas lanjut mengenai kesihatan beliau. - Bernama

Komen AndaGuna Facebook id anda.
   Nama :
Emel :
Komen :
   

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.


Senarai komen

king\'s Publish time 23-5-2010 08:11 PM

berita harian online

Najib mahu swasta jadi pemacu utama ekonomi
Oleh Mohd Zin Ali, Johan Afandi, Azida Shaharuddin dan Umi Nadirah Abdul Rahman
bminggu@bharian.com.my
2010/05/23

http://www.bharian.com.my/articles/Najibmahuswastajadipemacuutamaekonomi/pix_gal0
NAJIB beramah mesra dengan penduduk ketika meluangkan masa setengah jam singgah di Kedai Kopi Keng Guan Tong di Kampung Baru Plentong, Johor Bahru, semalam. Turut sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ketibaan rombongan disambut kira-kira 1,000 penduduk kampung dengan persembahan tarian naga. Kerajaan bertindak sebagai ‘enabler’, sedia pelbagai insentif

SENAI: Kerajaan mahu melihat sektor swasta mengambil alih peranan yang dimainkan sektor awam sebagai pemacu utama ekonomi negara selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE), kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, peranan sektor swasta akan menjadi lebih penting dalam MBE, malah ia boleh diibaratkan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara. “Kerajaan hanya akan bertindak sebagai ‘enabler’, menerusi pelaksanaan pelbagai galakan serta insentif bagi membolehkan sektor swasta menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara,” katanya semalam ketika merasmikan bangunan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di sini.

Najib berkata, sejak berlaku krisis kewangan Asia pada 1997, peranan sektor swasta dalam mendorong ekonomi semakin susut dan ia diambil alih kerajaan.

Beliau berkata, pembangunan bersepadu di Lapangan Terbang Senai membabitkan sektor swasta dalam industri aeroangkasa, logistik dan kargo serta Taman Teknologi Tinggi Senai (SHTP) adalah selaras dengan kehendak kerajaan dalam MBE.

Kerajaan, katanya, sebagai ‘enabler’ menerusi pemberian galakan dan insentif, sudah memberi geran sebanyak RM150 juta untuk membangunkan industri kargo di Lapangan Terbang Senai serta geran RM300 juta untuk pembangunan SHTP.
“Menerusi pelbagai galakan dan insentif oleh kerajaan, Lapangan Terbang Senai dijangka menerima lebih banyak pelaburan daripada dalam dan luar negara dalam tempoh terdekat,” katanya.

Najib berkata, kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini dengan menjadi ‘enabler’ terhadap kemasukan lebih banyak pelaburan ke negara ini adalah cara yang tepat.

Namun, katanya, banyak pihak salah anggap terhadap kaedah PFI dengan ramai yang menganggapnya suatu bentuk ‘bayaran tertangguh’, yang pihak swasta membina kemudahan infrastruktur terlebih dulu dan kerajaan membayarnya kemudian.

Jika kaedah PFI yang salah itu dilaksanakan, katanya, kerajaan akan terdedah kepada bahaya seperti yang dihadapi Greece dan beberapa negara Eropah lain dalam krisis hutangnya.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar MBE oleh kerajaan sudah menampakkan hasil awal dengan pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini melonjak kepada 10.1 peratus.

“Ia juga berjaya meningkatkan daya saing negara daripada kedudukan ke-18 kepada kedudukan ke-10, seperti dinyatakan IMD World Competitiveness Yearbook 2010,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata, daya saing negara kini lebih baik berbanding negara lain seperti United Kingdom.

Mengenai Lapangan Terbang Senai, Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan pengendali lapangan terbang itu, Senai Airport Terminal Service Sdn Bhd (SATS) sehingga kini sudah membelanjakan RM350 juta untuk membangunkannya.

Terdahulu ketika berucap, Ketua Pegawai Eksekutif SATS, Datuk Mohd Sidik Shaik Othman, berkata syarikat itu akan melabur tambahan RM2 bilion untuk infrastruktur dan kemudahan awam dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau berkata, kemudahan tambahan itu akan mempercepatkan kadar pertumbuhan dan melonjakkan Lapangan Terbang Senai ke suatu tahap lebih tinggi.
Pages: 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 [12] 13 14 15 16 17 18 19 20 21
View full version: Keratan Akhbar / Petikan Berita


ADVERTISEMENT